Follow Us @soratemplates

Sunday, January 16, 2011

Everlasting Love..

January 16, 2011 0 Comments
Sewaktu budak - budak dulu, pernah minat lagu ni.. bukannya niat nak tuju pada sesiapa pun, tetapi saje suka dengan lirik nya yang ala - ala jiwang karat .. :) 

Masa berlalu, dan minat pada lagu - lagu jiwang ni, dah pun beralih arah kepada lagu - lagu nasyid yang lebih kepada pengisian jiwa, dan kerohanian.. yang lebih mendidik jiwa, dan mendekatkan diri dengan Nya Yang Esa...

Namun, sempena menyambut hari bahagia yang ke 34 tahun ini, di rasakan kewajaran untuk menujukan bait - bait lagu ini sebagai kenangan buat Abang terkasih fillah..rasanya tidak salah untuk berjiwang dengan suami sendiri.. kan.. :)
 
 ~ Everlasting Love ~

It looks like heaven to see you walk
To see the way you're moving on
Sounds like an 'angel' when you talk
The words come out like in a song
Never thought what love could do inside
You're the place where I can hide

It feels like heaven to be with you
When you treat me like you do
Every minute of the day
Just with you I wanna stay
There will be no end....

We've got an everlasting love
So pure divine
We've got an everlasting love
Our love will last for all time

Could draw a picture just by heart
Know every line on your face
You stopped me doing from the start
Ask the things I used to chase

Every minute of the day
Just with you I wanna stay
There will be no end

We've got an everlasting love
So pure divine
We've got an everlasting love
Our love will last for all time

Should you ever
Have any doubt bout you and me
Please don't ever
No love never
Don't hesitate to tell me how it should be

We've got an everlasting love
So pure divine
We've got an everlasting love
Our love will last for all time


Selamat hari lahir buat suami tersayang Sukiman Jinazan ..


Terima kasih di atas segala pengorbanan, penghargaan dan kasih sayang yang telah diberikan kepada imah dan anak - anak..


Imah sentiasa mendoakan semoga kehidupan abang, dan kita sekeluarga akan tetap mendapat rahmat dariNya Yang Esa dan semoga jodoh kita akan berkekalan hingga ke Syurga..


Ameen.. Ya Rabbal Alamin..

~ Luv you ~
.. Imah, Alia & Muadz...

Tuesday, January 11, 2011

Pengalaman Muadz bersekolah..

January 11, 2011 0 Comments
Lama rasanya tidak bercerita tentang anak - anak.. kebanyakan posting yang ummi masukkan, lebih kepada pengisian jiwa dan banyak juga yang di cedok dari orang lain. :(
menyesali dengan kekurangan diri.. masih tidak mampu untuk menjadi seorang pembimbing dan pemberi tunjuk ajar kepada orang lain, lantaran ceteknya ilmu di dada..
( namun, masih mengharapkan ada sesuatu yang bermanfaat buat semua.. InsyaAllah.. )

Oleh itu, kali ini ingin ummi kongsikan sedikit pengalaman yang kami lalui di sepanjang hari pertama Muadz bersekolah..


02 January 2011 ~ Ahad ~


Perasaan gembiranya tidak dapat di gambarkan pada pagi tu.. dengan penuh semangat, bangun pagi dan mandi serta bersiap nak ke sekolah. Memakai uniform baru, dengan berkopiah.. sejuk mata memandang.. menguntum senyuman tatkala ummi menyatakan dia seperti seorang hafiz.. :)



Sementara menunggu kami bersiap, dia ngadap tv dulu..

Memandangkan dia akan berada di sekolah nya sehingga petang untuk kelas KAFA di sekolah yang sama, maka ummi membekalkan dua buah beg kepada nya. Satu untuk beg sekolah, dan satu lagi untuk beg baju.. dan inilah gaya dia semasa berada di rumah..sebelum bertolak ke sekolah..sangat teruja dan gembira.

Sebaik sampai ke sekolah, terdapat announcement yang meminta ibubapa membawa anak - anak untuk berkumpul di dewan sekolah untuk perhimpunan..
Kami pun bergegas lah membawanya ke dalam dewan, tempat berkumpul semua pelajar.

Sebaik Muadz memasuki barisan pelajar yang sekelas dengannya, terdengar pula pengumuman yang meminta kesemua ibubapa keluar dari dewan, dan meninggalkan anak - anak bersama guru mereka, agar kondisi pelajar - pelajar tidak terganggu dengan kehadiran ibubapa...

Tanpa sempat kami bersalaman dengan Muadz, terpaksa lah kami keluar dari situ.. dan, dari sinilah.. bermulanya episod pertama muadz di sekolah barunya.. :)

Jom review action dia selepas terasa 'kehilangan' kami...

 Mula sebak kerana bayang ummi dan abah sudah tidak nampak..
tetapi, masih mengikuti arahan guru supaya menadah tangan utk bacaan doa.. :)
  Pandang ke kanan, kiri.. masih tercari - cari.. "manalah ummi dan abah ni??..huhu..".
Ha!.. tu pun ummi dan abah.. "bakpe tinggal muadz nye??.."
huhu.. Ummi.. abah...
Dah mula nangis.. tadi boleh control lagi..

 Hehe.. nangis sungguh2.. sedih tak tertahan..
( ummi pun turut sebak tengok dia nangis..ciannye cayang ummi.. )

 Cikgu Kutom sudah tidak dapat mengawalnya.. akhirnya dia berlari keluar dari dewan.

Selepas dia berlari keluar, kami cuba memujuknya dengan membawanya minum di kedai sebelah sekolahnya agar dia lebih tenang.. apabila siap, kami membuat percubaan kedua.. dan, kali ini semua dah masuk ke kelas masing - masing...

 Perasaan nya masih lagi berkecamuk.. tak tenang..
 Namun, masih dapat mengikuti arahan guru..

Apabila kami nampak dia dah semakin ok, kami pun mulalah beredar dari kelasnya.. tetapi, tangisnya semakin kuat dan, terpaksa cikgu mengawalnya, agar tidak keluar dari kelas.. dari luar kelas, kami dapat mendengar tangisannya dan dia mengamuk untuk keluar dan pergi bersama kami...

Cikgu sedaya untuk memujuknya.. namun tangisannya semakin kuat.. ummi tak tahan mendengar rintihannya, dan akhirnya ummi mengajak abah untuk beredar dari sekolah.. ummi yakin dengan kebolehan gurunya.. InsyaAllah dia akan pandai mengawal keadaan dan moga Muadz akan elok dan ikut arahan gurunya.. 
dengan itu, kami keluar dari kawasan sekolah, meninggalkan dia bersama guru dan pelajar lain..
Sofea yang tak pernah ke sekolah pun maintain je.. isy muadz ni, buat malu je nangis.. :D
Hari pertama persekolahan, waktu pulang di percepatkan kerana masih ramai pelajar yang sama kondisi dengan Muadz.. ada yang menangis, mengamuk, sebak dalam diam.. dan ada juga yang ceria .. macam - macam la gelagat diorang.. so, tidak pelik lah muadz nangis.. :)

Dalam pukul 10.30 pagi, semua pelajar sudahpun di benarkan pulang.. dan, kami pun kembali ke sekolah nya untuk melihat keadaan muadz di waktu itu..

Alhamdulillah, sewaktu kami meninjau ke kelasnya, dia dah pun dapat adaptasi dengan keadaan dia.. emm.. buat penat je nangis tadi.. :D


Bila tanya padanya "Nape muadz nangis tadi ?" .. 
dengan selamba je dia jawab : 
"doh muadz dok dang nok salang dengan ummi dn abah.. sebak tu lah muadz nangis.. sedih jah.. "
translate : 
"dah muadz tak sempat nak salam dengan ummi dn abah, sebab tulah muadz nangis.. sedih je"

Ni selepas semua pelajar di benarkan pulang.. 
 Muadz ni.. maintain la pulak.. buat penat je nangis tadi.. :D

Bergambar bersama sofea
Kan bagus macam tu.. tak payah nak nangis2 la..
( ala.. sekali je muadz nangis.. esok muadz xmboh nangis doh la.. jawabnye..)

Sempat menunjukkan bekas pensil nya kepada sofea dn Talhah..

Nama teratas tuh.. :) Kelas Al - Fatah ( Cikgu Kutom).. :)
Doa ummi dan abah.. moga muadz dapat belajar dengan baik dan menjadi seorang soleh, berjaya di dunia dan akhirat.. Ameen Ya Rabbal Alamin..