Follow Us @soratemplates

Showing posts with label Kisah Muadz. Show all posts
Showing posts with label Kisah Muadz. Show all posts

Tuesday, May 7, 2019

Tragedi 2 Ramadhan, daging khetung ^_^

May 07, 2019 0 Comments

Ini bukan setakat bakar, khetung doh.. haha
Nak marah anak, tak sampai hati omak 😂
Ini dah bukan daging bakar nakk.. Ini dah hangit.. Huhu..

Alkisahnya Umi nak cepat ambik si adik kat sekolah, jadi mintak si abang nya tolong tengok2 kan apa yang sedang di masak.

Kebetulannya dia ada kat rumah cuti sekolah sempena sambut awal ramadan.

Bila umi sampai kat rumah, dari luar dah bau macam hangit. Alamakk...
Daging bakar umiii..

Jawapan dia mudah je.
"abang tengok dah tadi lepas umi suruh. Masuk kali pertama tu ok lagi.. Bila masuk kali kedua, ia macam dah hangit.. ."
Huhu.. Ni bukan macam hangit.. Tapi benar2 hangit.. 😅😆

Nasib laa ia hanya nampak buruk kat luar, tapi molek je kat dalam..
Alhamdulillah sedap dan menyelerakan bila di gabungkan dengan air asam.
😁😁

Begitulah adanya.
Abang muadz.. Abang muadz.. Anak soleh umi ni. Malam ni dah nak hantar asrama. Moga di permudahkan segala urusan ye..

Daging bakar cicah air asam




Thursday, June 21, 2012

Jom tengok ore gagha udang!!..

June 21, 2012 0 Comments
Sebenar nya ni citer lama.. kiranya macam dah nak basi pun ader.. :)
Tapi, nak jugak bercerita memandangkan ianya suatu pengalaman yang jarang - jarang kami perolehi.. terutamanya bagi Abang Muadz dan Abah.. :)

( Kalau ummi, dah biasa la main selut ni masa kecik2 dulu.. yelah,.. anak orang kampung kan?.. turun sawah padi, tolong mek "ce'dung" .. cari ikan, cari siput sedut, cari etak.. semua tu ummi dah lalui nya.. :)
hehe.. budak kampung la katakan.. biasalah gitu.. membesar dengan pengalaman.. )

Tapi, kali ni.. ummi pun boleh di golongkan dalam kalangan mereka yang jakun, sebab tak pernah jugak tengok macamane keadaan orang gagha udang ni sebenarnya..

Jadi, mari kita sama - sama tengok.. rupa rupanya beginilah caranya.. hehe.. ummi pun, lepas abah bawak balik kamera tu, barulah tau.. oo gini ke cara orang gagha udang.. :)

Tengok tu!!.. Betul dah nama program ni "Pesta Gagha Udang Galah".. sebab memang kena gagha pun.. :)
Dan, lagi ramai yang join, lagi senang nak tangkap udang ni sebenarnya, sebab udang tu akan mudah timbul di permukaan air apabila pening ~ mabuk.. ( yela kut.. Ni pun, bercerita dari apa yg dimaklumkan oleh orang lebih arif lah..^_^ )
Sebenarnya ini adalah salah satu program anjuran pemuda, dan berlangsung pada 04 februari yang lepas.. Sesiapa yang berminat, boleh je join kerana mereka adakan program ni pun, untuk mendekatkan para remaja dengan aktiviti bermanfaat..

Abah yang beria - ia mengajak ummi dan anak - anak ikut sama ke tempat program.. Abah pun, sebenarnya tak pernah jugak tengok macamana cara orang tangkap udang ni.. Duk imagine, yang terdapat satu paya besar, dan ummi serta anak - anak boleh je lah duduk kat tepi tu tengok orang tangkap udang..

Rupanya tak.. ^_^

Mereka yang nak join aktiviti ni, perlu selusuri sungai yang terdapat di kawasan tu (sewaktu air surut), dan keadaannya bukan lah seperti yang kami bayangkan.. Kawasan tu penuh dengan lumpur, dan memang takde tebing macam yang kami sangkakan.. Serta, ianya kurang sesuai untuk orang perempuan dan budak2.. :)

Bila poksu (pakcik merangkap ketua dlm aktiviti ni) tu cakap macam tu, muadz dah mula tarik muka.. Yelah, dia beria sangat nak tengok orang tangkap udang.. Tu pun sebab abah dah janji nak bawa dia sekali..

Merengek, menangis.. Nak ngikut abah.. :)
Bila poksu tu tengok, dia kata muadz boleh ikut, tapi kena duduk dalam perahu kecik yang poksu tu kayuh..
Hheh.. Bile dia dengar macam tu, semangat semula la dia.. Tak kira dah, dengan berkasut pun, redah jugak la.. Sama lah dengan abah.. Dengan takde apa2 preparation, join sama la dengan yang lain.. Gagha udang!!...

Memandangkan abah bukan lah seorang yang expert dalam bab2 menangkap udang ni, maka abah lebih kepada menjadi kameraman.. ^_^
Seronok juga, .. Dapat pengalaman baru, abah kata.. Zaman budak2 dulu, tak sempat nak merasa.. Kena study je manjang.. :)

Tula.. Ramai2 ni, seronok jugak lah..Kalau nak suruh kami pergi sendiri.. Idok ler.. :D
Cuba teka, buah apa ni ? :)

Cantik kan ? Pemandangan yang jarang boleh kita lihat ni.. Lubuk Udang.. Jangan lubuk buaya, sudah !!.. :)
Bersama perahu yang abah naik, ada 2 biji lagi perahu yang ikut serta dalam program ni..
Sementara ummi menunggu abah dan peserta lain tu pulang, ummi di ajak ke rumah moksu (wife poksu). Sebenarnya mereka dah berpakat untuk memasak bersama - sama makcik2 yang tinggal berhampiran rumahnya tu bagi menyediakan makanan kepada peserta yang join program ni..

Yelah.. Peserta2 tu mesti penat, sepagi jugak nak siapkan menangkap udang tu.. Apabila badan dah penat, mesti perut jadi lapar kan?.. :)

Jadi, sementara ummi di sana, sempat jugak lah ummi membantu mereka.. :)
Hampir zohor jugak, menunggu abah dan peserta yang lain tu pulang.. Sempat Maher tertidur di rumah Moksu tu..dan, nasib baik juga.. Ada buaian kat sana, jadi lebih senang nak tidur kan si kecik ni.. :)
Tunggu punya tunggu.. Sampai lah abang muadz dan abah..
Hihi.. Tengok lah mereka.. Ber boloks.. ^_^
Tapi, kopiah tetap maintain.. :)
Dan, selepas berpagi mereka berusaha, inilah hasil yang mereka dapat..

Udang.. Dan, ikan baung..
Ikan baung ni ada sengat, yang mesti dibuang.. Terkena tu, bisa jugak la..
Itulah sedikit sebanyak ceritanya.. Kami dapat jugak lah bawa balik sikit udang, dan ikan baung.. Sebenarnya pada malam tu, mereka buat majlis penyampaian hadiah dan bbq kepada semua peserta yang join..

Tetapi, memandangkan kami ada program lain yang perlu di penuhi, maka malam tu tak sempat kami hadir.. Tak mengapalah.. Hari tu, kami dah bawa balik pengalaman yang julung - julung kami perolehi.. :)

Moga dapat di kenang oleh abang muadz terutamanya, apabila dia besar nanti.. ^_^
InsyaAllah...

Thursday, May 10, 2012

Mereka mungkin ahli syurga….

May 10, 2012 0 Comments
Bila terbaca artikel kat bawah ni, teringat dengan Abang Muadz.. :)
Pernah sekali ummi tanya dia,
"Abang nak jadi apa ye bile besar nanti?"
"emm.. abang nak jadi orang kutip sampah lah ummi.. "jawab nya..
errkk.. ( alamak.. agak terkejut juga dengan jawapan dia tu pd mulanya.. )

"nape abang nak jadi pengutip sampah nye?.. kan banyak lagi kerja lain yang abang boleh pilih?" tanya ummi sekadar nak tahu apa jawapan nya.. :)
"kan ummi kata orang yang kutip sampah tu banyak pahala?.. abang nok jadi lah orang kutip sampah.. sebab abang nak banyak pahala.." jawab nya dengan tulus..

hihi.. anak ummi ni kan..betul sungguh.. :)

"ye.. memang tugas pengutip sampah tu sangat mulia, dan InsyaAllah banyak pahala dia kalau dia buat kerja tu dengan ikhlas.. tapi, tak semesti nya kerja tu sahaja yang kita dapat pahala banyak.. kalau kita buat apa - apa kerja pun, tapi kalau niat kita ikhlas, dan buat kerana Allah, semua tu Allah kira sebagai ibadat dan InsyaAllah kita akan dapat pahala.. "

"oo gitu ye ummi?.. abang nak jadi tok imam lah kalu gitu.. Imam Muadz.. " jawab nya..ringkas.

Alhamdulillah..:D
InsyaAllah.. sebenarnya tu lah juga impian ummi.. :) Moga anak ummi akan menjadi seorang yang cerdik pandai apabila besar nanti, dan dapat menyebar luaskan agama Allah ini, mengikuti jejak perjuangan Rasulullah SAW.. Ameen.. InsyaAllah..

Mereka mungkin ahli syurga….

Pernahkah anda melihat kehebatan yang dimiliki oleh pekerja-pekerja rendah am seperti mereka?
1-Mereka bekerja mencari rezeki yang halal demi menampung kehidupan ahli keluarga mereka. Ini adalah satu ibadah yang sangat mulia.
2-Mereka bertungkus lumus menjaga kebersihan alam sekitar dan tanpanya sukar untuk dibayangkan bagaimana kita berhadapan dengan permasalahan sampah dan bau busuk yang begitu menguja setiap kita.
3-Mereka mampu merendahkan diri untuk bekerja di sektor seumpama ini untuk menyara keluarga dan memanfaatkan masyarakat menghayati kebersihan yang merupakan sebahagian daripada Islam.
Beberapa soalan :
  • Pernahkah anda menyapa mereka ?
  • Pernahkah anda menggembirakan mereka?
  • Pernahkah anda memberi salam atau mengangkat tangan kepada mereka ?
  • Pernahkah anda menghadiahkan sesuatu bersempena hari perayaan seumpama hari raya dsb kepada mereka ?
  • Adakah anda sentiasa memudahkan kerja-kerja mereka dengan menyediakan sampah untuk diuruskan dengan baik dan sebersih mungkin?
Walau pun anda mungkin menganggap ini adalah isu kecil tetapi hidup anda pasti sukar tanpa mereka…..
Ada seorang di kalangan mereka yang sempat saya kenali dengan lebih rapat. Dia bekerja sebagai buruh pengutip sampah di siang hari dan kemudiannya bekerja sebagai ‘jaga’ atau ‘security guard’ di sebelah malam bagi menampung pendapatannya yang rendah. Beliau terpaksa menyara 6 orang anaknya yang bersekolah dan yang sedang membesar. Namun beliau tidak pernah kelihatan mengeluh dan kelihatan sentiasa menjaga solatnya. Lebih mengkagumkan lagi apabila beliau turut membayar zakat di Pusat Zakat Negeri walau pun pernah diberitahu bahawa kadar pendapatannya yang rendah menyebabkan beliau dimasukkan di dalam kategori ‘tidak wajib’ untuk membayar zakat.
Mereka mungkin dipandang rendah oleh orang ramai tetapi jangan lupa bahawa kehebatan mereka memungkinkan mereka mendahului kita sebagai calon ahli syurga…..!



Sumber

Tuesday, April 24, 2012

Album terbaru Maher Zain ~ Forgive Me ~

April 24, 2012 1 Comments
Dah lama tak post citer mengenai anak - anak..
Sekarang ni, ummi tidak punya masa yang sesuai untuk menaip panjang - panjang dan memilih serta meng-edit gambar untuk di postkan kerana sekarang ni lebih banyak masa yang di peruntukkan untuk melayan budak kecik si Maher tu.. :)
Masa amat terhad dan perlu di gunakan sebaik yang mungkin.

Kebetulan sekarang ni, ummi sedikit berkelapangan kerana 'menginap' di rumah mak. Abah ke KL atas urusan kerja. ~ Walaupun abah di sana, kami di sini tetap mendoakan moga Abah kan sentiasa dipermudahkan segala urusan dan sentiasa rindu kan kami di sini ye.. ~ InsyaAllah..

Ni saje nak bercerita tentang si along dan abang muadz yang tersangat lah excited bila di belikan cd album terbaru Maher Zain ~ Forgive Me ~..

Tu pun, mereka yang minta belikan selepas membaca mengenai pelancarannya di akhbar baru - baru ni. Abah setuju membelikan untuk mereka, memandangkan album pertama MZ yang pernah kami beli dulu tu pun banyak yang berunsur ketuhanan dan lebih mendidik jiwa.

Kami fikir, lebih baik mereka minat dengan lagu - lagu sebegini, berbading mereka suka kan lagu2 yang lagha.. ( nak sekat sangat anak2 dari menjauhi muzik pun, tak boleh juga kerana Islam tidak melarang hiburan itu.. namun, perlu kena pada caranya.. )

InsyaAllah; kami ingin kan yang terbaik buat mereka.. dan, moga mereka tidak terarah kepada benda - benda yang tidak elok.. Aamiinn..

Terima kasih abah, belikan kami cd ni.. :)

Dalam banyak - banyak lagu yang terdapat dalam album MZ kali ni, ada satu lagu yang sangat mereka minat, iaitu Ku MilikMU.. ( ada ummi post sebelum ni, lirik lagu nya di sini..)


Hanya selepas beberapa kali je mendengar lagu tu, mereka dah dapat menghafal liriknya.. ( lebih senang kut, sebab ia dlm bm/indonesia.. berbanding album sebelum ni yang banyak dlm versi arab dan bi :))

Ada banyak lagi lagu yang best2, antaranya :-

01. I Love You So
02. Number One For Me
03. Mawlaya
04. My Little Girl feat. Aya Zain
05. Forgive Me
06. One Big Family
07. Assalamu Alayka
08. Paradise
09. Masha Allah
10. Radhitu Billahi Rabba
11. Freedom
12. So Soon
13. Muhammad (pbuh)
14. Guide Me All the Way

Dan satu lagi lagu yang juga berbahasa Indonesia berjudul:
01. Tuntunku KepadaMu


Menarik cover album dia kan?

Semoga segala usaha MZ dan kakitangannya yang telah berjaya dalam menerbitkan satu lagi album yang mendidik jiwa ini, akan di berkati Allah.. InsyaAllah..

Ia boleh di jadikan sebagai salah satu alternatif kepada anak - anak muda dalam berhibur, dan dalam masa yang sama untuk mendekatkan diri kita kepada Nya Yang Maha Esa..

Harap nya, dengan mendengar lagu nya, akan menerbitkan rasa kehambaan dalam diri kita.. :) InsyaAllah..

Buat anak - anak ummi; bukan ummi nak agar kalian menjadi penyanyi tau!.. menyanyi, berhibur dengan keluarga tak salah.. jangan sampai melupakan kewajipan kita sebagai hambaNya .. okey?.. :)

Siap disertakan lirik lagu lagi..patutlah senang mereka nk hafal.. :)

Sunday, May 8, 2011

Ummi dapat kad ada 'mulut' :)

May 08, 2011 3 Comments

Sempena hari ibu ni, ummi dapat kad yang special dari anak - anak.. :) siap ada mulut lagi.. comel sangat.. kreatif sungguh anak ummi ni..

Kad dari Along

Bahagian depan
Bahagian tengah. Tu dia, siap ada mulut.. comel je mulut ummi tu.. hihi..
Siap ada dialog lagi tu..
Ummi " Along!."
Along "Ya Ummi!.."

Ucapan along untuk ummi ( biasala alia ni jiwang sikit.. :))

"Along saayaang Ummi, sebab UMMI baik dan comel. Terima Kasih
kerana menjaga Along dari kecil. Apa sahaja yang Along mahu Ummi bagi.
Terima Kasih UMMI.
Selamat Hari Ibu UMMI."


Kad dari Abang Muadz

emm.. ini kad dari abang muadz.. (sebenarnya along juga tukang buat nye.. dia ambik nama
je.. :))

Nak yang ada mulut jugak.. :D
Ucapan dari abang (tak tahula, skrip along ke dia ni.. tp mcm lebih kurang
macam yang along je.. )
"Abang saayaang UMMI.
UMMI sangat comel.
dan Ummi baik"
Ini lah kad yang paling istimewa ummi terima setakat ni.. :)
Hasil kreativiti anak - anak..
Alhamdulillah Ya Allah,
kurniakan ku anak - anak yang sejuk mata memandang dan
patuh kepada agamaMu..
Doaku, semoga mereka membesar menjadi seorang
yang sentiasa taat dan bertakwa kepadaMu, serta menjadi pejuang agamaMu..
Jauhilah mereka dari mala petaka dan fitnah dunia akhir zaman..
Lindungilah mereka dari bala bencana..
Masukkan lah mereka di kalangan orang - orang yang beriman..
Ameen Ya Allah,
Ameen Ya Rahman..
Ameen.. Ya Rahimm..

Wednesday, March 30, 2011

Ummi jaga elok - elok ye ummi..

March 30, 2011 0 Comments
Masa nak keluar rumah pagi tadi, ummi ternampak ada something yang muadz sempat ambil dari bakul mainan nya. Ummi tak perasan sangat apa yang dia ambil, tapi ummi pasti yang ianya adalah mainan..

Belum sempat dia menyembunyikan mainan nya tu ke dalam beg sekolahnya, ummi terlebih dahulu menegurnya..

"Abang, tak yah lah bawa mainan gi sekolah.. nanti cikgu marah.. abang kan dah janji dengan abah, nak belajar elok - elok..tak mboh (tak nak) main - main dah kat sekolah.." pesan ummi.

"Bukan abang nak bawa gi sekolah la ummi.. abang nak bawa naik keta je..abang nak main dalam keta je ni.." jawabnya, dengan nada terkilan kerana hajatnya tak kesampaian.

Ummi tahu, jika tidak ditegur perbuatan nya tadi, pasti mainan tu dah sampai ke sekolah la harini..

Namun, ummi perasan.. nampak kekecewaan di mukanya.. mungkin sebab taktiknya sempat di kesan ummi.. dan, usahanya kali ini tidak berjaya..
Oleh kerana helah dia tak berapa menjadi kali ni.. dia mencari helah lain.. yelah, kononnya dia amat concern dengan mainan nya itu, siap pesan lagi kat ummi..

"ummi, kalu (kalau) abang tinggal power rangers ni dalam keta ummi, abang takut ada orang ambik pulok..nanti ummi kunci pintu keta ye bile ummi nak gi kerja?.."
"okey.. " jawab ummi ringkas, sebelum menaiki kereta..

Perjalanan ke sekolah Muadz hanya mengambil masa lebih kurang 3 - 5 minit, tetapi ummi tetap menekankan supaya dia sentiasa membaca doa  dan surah2 lazim yang dia dah hafal semasa di dalam kereta.. Alhamdulillah, setakat ini.. dia akan terus membacanya selepas menaiki kereta.. tapi, kekadang perlu di peringatkan juga.. :) biasanya gitu lah.. anak - anak..

Hari ni, sambil baca doa.. sambil dia main dengan power rangers nya.. mengotakan janjinya. Mainan itu hanya untuk di mainkan di dalam kereta sahaja, bukan untuk di bawa ke sekolah. :)

Selepas bersalam dengan ummi, dan sewaktu ingin turun dari kereta, ada satu lagi pesanannya kepada ummi, yang membuatkan ummi nak tergelak.. namun, tahann jee.. yelah, tak nak juga menggores perasaannya..

"Ummi jaga baik - baik power ranger muadz ni.. jangan bagi orang ambik.. ummi kunci ye keta ummi.. ingat tu.." pesan dia pada ummi, macam penting sesangat mainan dia tu..
"iye!.. " jawab ummi ringkas..
"ummi janji ye ummi.." pesannya lagi sambil memeluk ummi, sebelum turun dari kereta..
"Okey.. ummi janji.. :)"

Tersenyum sendiri ummi ingatkan gelagat dia sorang ni..
hehe.. macam - macam la muadz ni.. :)

Sunday, February 20, 2011

Muadz di Sambutan Maulidur Rasul PASTI

February 20, 2011 0 Comments
Khamis lepas, ada sambutan Maulidur Rasul di sekolah Muadz, PASTI Adam Mak Chili. Ada beberapa gambar yang sempat ummi ambil menggunakan hp sebelum mereka memulakan perarakan.. sebagai kenang - kenangan.. :)


Ustazah sedang sibuk menyusun pelajar untuk perarakan.

Berkumpul di hadapan kelas sebelum perarakan bermula.

Pengalaman pertama Muadz.. masih blur.. macamane ye nak berarak ni..

Perarakan bermula dari perkarangan sekolah, mengelilingi kampung sebelah dan masuk semula ke perkarangan sekolah..
Selepas mereka melepasi kawasan sekolah, ummi pun keluar menuju ke pejabat. Tidak sempat menunggu mereka siap berarak kerana jam dah menunjukkan 9 pagi.. perlu masuk pejabat :)



Thursday, February 17, 2011

Kreativiti anak menyambut Maulidur Rasul

February 17, 2011 0 Comments
Selepas balik dari kelas KAFA petang semalam, nampak sibuk sangat anak - anak, terutamanya Along.. Entah apa yang mereka sedang lakukan, tidak pula ummi kisah kan. Apatah lagi, sebelah petang ni.. merupakan masa yang paling kalut buat ummi..apa tidaknya, perlu memperuntukkan masa sebaiknya untuk menyiapkan makan malam buat kami sekeluarga. Makin lambat ummi mula, maka akan lambat juga untuk persiapan solat Maghrib. Biasanya ummi akan berjemaah bersama anak - anak, memandangkan abah selalunya pulang lewat dari tempat kerja. Sebolehnya, ummi ingin selalu mengawalkan solat Maghrib bagi mengajarkan anak - anak tentang kepentingan solat berjamaah dan solat di awal waktu..

Allah akan melapangkan segala urusan buat kita, sekiranya kita melakukan sesuatu itu keranaNya dan kita juga perlu sentiasa yakin dengan janji Allah ini..
Nasihat yang sangat berguna, terutamanya buat diri ummi sendiri..:) InsyaAllah...
dan, Alhamdulillah.. buat sekian kalinya, kami dapat berjemaah bersama - sama.. Syukur juga, kerana selepas 'Abang' ( Muadz yang ingin di panggil abang selepas mendapat tahu dia yang akan mendapat adik.. ) bersekolah ni, sudah pandai dia mengalunkan iqamah. Jadi, tidak perlu lagi menyuruh Along membacanya  kerana Abang sudah pandai sekarang. Cumanya, ada juga kekadang pelat dia tu masih berbaki.. tak mengapalah.. InsyaAllah lama - lama nanti biasanya lah dia.

Seusai meng amin kan doa ummi tu.. nampak sibuk sangat diorang, bergegas keluar dari bilik.. sebentar kemudian, datanglah mereka ke arah ummi sambil menatang sesuatu di atas buku. Rupanya inilah yang mereka sibukkan petang tadi... patutla sekejap - sekejap, Abang yang bertindak sebagai utusan datang bertanya kan tentang sellotape lah, gam lah.. hingga kan penat ummi yang sedang sibuk memasak nak melayannya.. rupanya sibuk membuat kan kad buat ummi.. :)






Seronok menerimanya.. dan, tercuit hati melihat gambar yang di lukis Along di atas kad yang di reka khas oleh nya untuk ummi .. dan, seperti kebiasaan.. ayat memujinya akan sentiasa ada.. :)

"Terima kasih Along.. comel kad Along buatkan untuk ummi... tapi kan, kenapa muka ummi yang along lukis ni kecik sangat??.. " sambil berseloroh dengan nya, ummi bertanya..
"hehe.. dah tak muat along nak lukis besar - besar.." jawabnya sambil tersengeh..
"takpela.. ok.. nanti ummi simpan kad yang Along bagi ni.. time kaseh ye.. "
"Sama - sama.. ummi nak tengok?? untuk Abah pun ada ummi.. yang abah lagi lucu along lukis.. " jawab nya..
"oo yang abah pun ada ye?.. takpe, nanti along dan abang bagi sendiri pada abah.. biar abah yang buka.." sambil mengusap kepalanya..




Tersenyum Along menerima pujian dari ummi.. begitu juga dengan Abang.. walaupun namanya tidak tercatat di atas kad tu.. apapun, ummi sangat berterima kasih dan bersyukur kepadaNya kerana kurniakan kami anak - anak yang cerdik dan pandai hargai ibubapanya.. Moga segala nya akan berkekalan dan besar mereka nanti, akan menjadi seorang yang beriman, bertakwa dan sentiasa berjasa kepada kedua ibubapa mereka.. Ameen Ya Rabbal Alamin..

Tuesday, January 11, 2011

Pengalaman Muadz bersekolah..

January 11, 2011 0 Comments
Lama rasanya tidak bercerita tentang anak - anak.. kebanyakan posting yang ummi masukkan, lebih kepada pengisian jiwa dan banyak juga yang di cedok dari orang lain. :(
menyesali dengan kekurangan diri.. masih tidak mampu untuk menjadi seorang pembimbing dan pemberi tunjuk ajar kepada orang lain, lantaran ceteknya ilmu di dada..
( namun, masih mengharapkan ada sesuatu yang bermanfaat buat semua.. InsyaAllah.. )

Oleh itu, kali ini ingin ummi kongsikan sedikit pengalaman yang kami lalui di sepanjang hari pertama Muadz bersekolah..


02 January 2011 ~ Ahad ~


Perasaan gembiranya tidak dapat di gambarkan pada pagi tu.. dengan penuh semangat, bangun pagi dan mandi serta bersiap nak ke sekolah. Memakai uniform baru, dengan berkopiah.. sejuk mata memandang.. menguntum senyuman tatkala ummi menyatakan dia seperti seorang hafiz.. :)



Sementara menunggu kami bersiap, dia ngadap tv dulu..

Memandangkan dia akan berada di sekolah nya sehingga petang untuk kelas KAFA di sekolah yang sama, maka ummi membekalkan dua buah beg kepada nya. Satu untuk beg sekolah, dan satu lagi untuk beg baju.. dan inilah gaya dia semasa berada di rumah..sebelum bertolak ke sekolah..sangat teruja dan gembira.

Sebaik sampai ke sekolah, terdapat announcement yang meminta ibubapa membawa anak - anak untuk berkumpul di dewan sekolah untuk perhimpunan..
Kami pun bergegas lah membawanya ke dalam dewan, tempat berkumpul semua pelajar.

Sebaik Muadz memasuki barisan pelajar yang sekelas dengannya, terdengar pula pengumuman yang meminta kesemua ibubapa keluar dari dewan, dan meninggalkan anak - anak bersama guru mereka, agar kondisi pelajar - pelajar tidak terganggu dengan kehadiran ibubapa...

Tanpa sempat kami bersalaman dengan Muadz, terpaksa lah kami keluar dari situ.. dan, dari sinilah.. bermulanya episod pertama muadz di sekolah barunya.. :)

Jom review action dia selepas terasa 'kehilangan' kami...

 Mula sebak kerana bayang ummi dan abah sudah tidak nampak..
tetapi, masih mengikuti arahan guru supaya menadah tangan utk bacaan doa.. :)
  Pandang ke kanan, kiri.. masih tercari - cari.. "manalah ummi dan abah ni??..huhu..".
Ha!.. tu pun ummi dan abah.. "bakpe tinggal muadz nye??.."
huhu.. Ummi.. abah...
Dah mula nangis.. tadi boleh control lagi..

 Hehe.. nangis sungguh2.. sedih tak tertahan..
( ummi pun turut sebak tengok dia nangis..ciannye cayang ummi.. )

 Cikgu Kutom sudah tidak dapat mengawalnya.. akhirnya dia berlari keluar dari dewan.

Selepas dia berlari keluar, kami cuba memujuknya dengan membawanya minum di kedai sebelah sekolahnya agar dia lebih tenang.. apabila siap, kami membuat percubaan kedua.. dan, kali ini semua dah masuk ke kelas masing - masing...

 Perasaan nya masih lagi berkecamuk.. tak tenang..
 Namun, masih dapat mengikuti arahan guru..

Apabila kami nampak dia dah semakin ok, kami pun mulalah beredar dari kelasnya.. tetapi, tangisnya semakin kuat dan, terpaksa cikgu mengawalnya, agar tidak keluar dari kelas.. dari luar kelas, kami dapat mendengar tangisannya dan dia mengamuk untuk keluar dan pergi bersama kami...

Cikgu sedaya untuk memujuknya.. namun tangisannya semakin kuat.. ummi tak tahan mendengar rintihannya, dan akhirnya ummi mengajak abah untuk beredar dari sekolah.. ummi yakin dengan kebolehan gurunya.. InsyaAllah dia akan pandai mengawal keadaan dan moga Muadz akan elok dan ikut arahan gurunya.. 
dengan itu, kami keluar dari kawasan sekolah, meninggalkan dia bersama guru dan pelajar lain..
Sofea yang tak pernah ke sekolah pun maintain je.. isy muadz ni, buat malu je nangis.. :D
Hari pertama persekolahan, waktu pulang di percepatkan kerana masih ramai pelajar yang sama kondisi dengan Muadz.. ada yang menangis, mengamuk, sebak dalam diam.. dan ada juga yang ceria .. macam - macam la gelagat diorang.. so, tidak pelik lah muadz nangis.. :)

Dalam pukul 10.30 pagi, semua pelajar sudahpun di benarkan pulang.. dan, kami pun kembali ke sekolah nya untuk melihat keadaan muadz di waktu itu..

Alhamdulillah, sewaktu kami meninjau ke kelasnya, dia dah pun dapat adaptasi dengan keadaan dia.. emm.. buat penat je nangis tadi.. :D


Bila tanya padanya "Nape muadz nangis tadi ?" .. 
dengan selamba je dia jawab : 
"doh muadz dok dang nok salang dengan ummi dn abah.. sebak tu lah muadz nangis.. sedih jah.. "
translate : 
"dah muadz tak sempat nak salam dengan ummi dn abah, sebab tulah muadz nangis.. sedih je"

Ni selepas semua pelajar di benarkan pulang.. 
 Muadz ni.. maintain la pulak.. buat penat je nangis tadi.. :D

Bergambar bersama sofea
Kan bagus macam tu.. tak payah nak nangis2 la..
( ala.. sekali je muadz nangis.. esok muadz xmboh nangis doh la.. jawabnye..)

Sempat menunjukkan bekas pensil nya kepada sofea dn Talhah..

Nama teratas tuh.. :) Kelas Al - Fatah ( Cikgu Kutom).. :)
Doa ummi dan abah.. moga muadz dapat belajar dengan baik dan menjadi seorang soleh, berjaya di dunia dan akhirat.. Ameen Ya Rabbal Alamin..