Follow Us @soratemplates

Showing posts with label Muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah diri. Show all posts

Wednesday, October 2, 2019

Al Quran Sahabatku

October 02, 2019 0 Comments
Teringat kata2 ustazah Asma Harun yang memberi pesanan agar kita ni, perlu lah mempunyai Al Quran sendiri yang boleh di anggap sebagai sahabat baik kita.
Jika belum ada, kena cuba cari dan dampingi lah ia. Sentiasa lah baca dan faham kan lah maksud yang terkandung di dalam nya.
Memahami ayat quran mampu melembutkan hati kita yang terlalu banyak kotoran ni (sayalah tu)😔
Ianya bukan sahaja akan menjadi terapi untuk kita untuk mendapat ketenangan, malah ia juga akan mampu memberikan syafaat (pertolongan) kepada kita di akhirat kelak.


------------- ok ini kisah saya -----------------------
Saya ni terinspirasi dengan mak saya ( mek ) dan anak saya Nur Alia Syakirah sebenarnya.
Mek saya, memang dia ada AlQuran kesayangan nya yang tersendiri. Sangat tebal kerana berserta terjemahan. Dan yang special nya, terjemahan tu dalam tulisan jawi. Mek memang expert membaca tulisan jawi. Dan, pernah juga saya hadiah kan Al Quran lain ( yang berserta Audio tu ).. tetapi mek tetap sayangkan AlQuran nya yang satu tu.
Alhamdulillah, sebenarnya AlQuran tu juga merupakan hadiah saya buat mek, sewaktu saya belajar di USM dulu. Saya pun dah lupa kat kedai mane yang saya beli tu. Tetapi, rasa sebak dan terharu kerana ianya cukup berbakti pada mek.
Mampu menjadi sahabat baik mek, walaupun anak sendiri tidak dapat berada berdekatan dengan mek. ( Nanti saya balik kampung, saya snap gambar Al Quran tu..) InsyaAllah..
Allah ala kulli hal.
Moga ianya menjadi syafaat buat mek di akhirat kelak. Aameen.
Ok. Terinspirasi dengan anak sulong saya pulak, kerana dia mempunyai musyhaf AlQuran tulisan tangan nya yang sendiri. Kebanyakan pelajar tahfiz Ulul Albab memang di train untuk menulis sendiri setiap huruf di dalam Quran mereka sendiri untuk memudahkan mereka mengingati ayat2 Quran hafazan mereka.
Alhamdulillah, sikit sahaja lagi akan complete la Quran nya itu. Moga di permudahkan olehNya.
Dan, semoga ianya juga akan menjadi syafaat buat dirinya di akhirat kelak.
Aameen..
Ok. Ini masuk cerita saya. hehe..
Saya ni, entah berapa banyak step yang saya guna ni pun tak pasti. Tapi, yang saya tahu.. saya ingin jadikan ianya sebagai sahabat saya juga.
Sehingga lah saya 'bertemu' dengan tablet ini, MasyaAllah.. ianya sangat memudahkan saya.
Alkisah nya, sebelum ini saya hanya usung ke sana sini Quran terjemahan yang kecik ni je. Tapi, bila dah hala ke tua ni, mata dah semakin senak tak boleh nak baca tulisan yang kecik2..
Jadi sempena Anniversary kami aritu, ada suami hadiah kan Terjemahan perkata pada saya.. .. tapi, saya sayang nak conteng dan pernah juga letak sticky note kat tepi2 tu.. tapi, macam kurang praktikal sebab ia akan menghalang tulisan dan ayat2 Quran yang ada di mukasurat tersebut.
Ini yang saya guna sebelum ini. Banyak berbakti pada saya juga. Tetapi, bila dah hala ke tua ni, mata dah tak boleh baca tulisan haluih2.. huhu..

Nikmat di tarik sikit demi sedikit..

Jadi, saya pun cuba la macam step pertama tu, print border dalam a4 paper, dan tulis ayat Quran tu satu persatu.
Alahai, comot dengan tulisan nya ada yang salah2.. dan ada juga yang saya tulis separuh tapi tak puas hati dengan tulisan saya la.. alahai.. macam2 la..
Aim saya.. nak ada tempat untuk saya conteng maksud setiap ayat tu. Untuk saya mudah ingat bila jumpa lain ms. Dalam masa sama, saya boleh belajar bahasa Al Quran juga serta faham dengan lebih mendalam maksud ayat tersebut.

ha. ini korang tengok laa.. bukan mudah ye nak tulis ayat Quran ni.. salah baris satu pun dah lari maksud.. dengan comotnya lagi.. patut la anak saya alia tu guna kemain banyak correction tape.. huhu.. kita sedap hati je nk suruh dia hafal laju2.. huhu..
Korang tengok lah, saya dah cuba print ayat quran juga, dan tampal.. juga tak menjadi. jadi saya cuba pulak beli buku yang cute comel tu tulis tangan.. juga tak menjadi.
Buruk je rasa tulisan tu..
Last2, saya rasa saya ni dah buang masa yang banyak hanya dengan kerana nak cantik dan menarik je ni. Jadi saya tinggalkan dah semua ni.. Baca jela dari Quran terjemahan yang asal tu.
Baru2 ini, saya ada terbeli Tablet samsung ni. Tujuan asal untuk lukis doodle.. Tetapi selepas projek tu siap, saya seakan mengabaikan dah penggunaan nya.
Lepas tu, baru saya terfikir untuk gunakan ia untuk tujuan ini.
MasyaAllah.. saya sangat gembira kerana apa yang saya hajati, dah tercapai.
Caranya, mudah je.
Saya crop page Quran yang sedang saya baca, masukkan dalam Notes dan saya dah boleh tulis maksud perkataan words by word..
Alllahuakbar.. kenapa saya tak terfikir sebelum ni..
Bersyukur dan sangat teruja.
Alhamdulillah.. moga ia mampu menjadi syafaat buat saya juga di akhirat kelak..
Aameen3,.. ya Rabbal Alamin...
- umi - 031019 -
ini saya print, konon nak tampal dalam buku kecik2 tu.. tapi, tak menjadi juga.

Ini lagi la.. nak tulis guna pen khat, xmuat .. tulis tulisan biasa, aihh.. rasa ketar jugak jari nak siapkan. tu belumm letak baris lagi..huhu

Ini nak buat Musyhaf ke, buku design.
i'm confused. haha

Sempat la pegi print dekat kedai. satu bundle lagi kosong ni.

Baru page ke berapa je ni.. sebab Quran ni diberi hadiah oleh Suami ai.. sempena Anniversary aritu. Thanks abah.. moga ia juga mampu menjadi syafaat di akhirat kelak. Aameen..

Yes. ini yang saya guna sekarang..
Alhamdulillah.. syukur kpdNya..



ecece.. ini yg 1st buat..
tengah rajin, siap ada bunga2 lagi.. huhu


yang ni konon buat latihan nak guna tulisan gaya mane.. biasalah.. bukan mahir sgt pun dalam khat.. dah berkarat damat dah aih... berpuluh tahun dulu kut belajar.. hihi


ini jenis tampal sticky note. abis halang ayat quran page tu.

Sunday, May 12, 2019

Kematian itu dekat

May 12, 2019 0 Comments
(یَسۡتَفۡتُونَكَ قُلِ ٱللَّهُ یُفۡتِیكُمۡ فِی ٱلۡكَلَـٰلَةِۚ إِنِ ٱمۡرُؤٌا۟ هَلَكَ لَیۡسَ لَهُۥ وَلَدࣱ وَلَهُۥۤ أُخۡتࣱ فَلَهَا نِصۡفُ مَا تَرَكَۚ وَهُوَ یَرِثُهَاۤ إِن لَّمۡ یَكُن لَّهَا وَلَدࣱۚ فَإِن كَانَتَا ٱثۡنَتَیۡنِ فَلَهُمَا ٱلثُّلُثَانِ مِمَّا تَرَكَۚ وَإِن كَانُوۤا۟ إِخۡوَةࣰ رِّجَالࣰا وَنِسَاۤءࣰ فَلِلذَّكَرِ مِثۡلُ حَظِّ ٱلۡأُنثَیَیۡنِۗ یُبَیِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ أَن تَضِلُّوا۟ۗ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَیۡءٍ عَلِیمُۢ)
[Surat An-Nisa' 176]

Kematian itu dekat.
Kematian bukan lah "bencana" yang harus dilupakan, melainkan pelajaran penting yang mengajarkannya kepada manusia erti hidup yang sebenarnya. Dengan demikian, kematian seharusnya menjadi bahan pemikiran yang mendalam. Seorang muslim akan benar2 merenungi kenyataan penting ini dengan kesungguhan dan kearifan.

Tuesday, May 7, 2019

Bahagia dan barakah dalam rumahtangga

May 07, 2019 0 Comments
Dalam rumahtangga, soal bahagia dan barakah sangat subjektif. Tak dpt diukur dgn banyaknya harta, cantiknya rupa, ramainya anak, tingginya pangkat atau apa saja yg zahir semata2....

Tetapi bahagia dan barakah ada pada kebaikan, ketulusan, ketaqwaan, ketenangan, keimanan, qanaah, tanggungjawab, ihsan dan segala sifat yg Allah redho.

Langkah dalam rumahtangga adalah langkah kembali kepada Allah. Semakin dekat dgn Allah.

Ada masalah atau ujian rumahtangga, baik suami atau pun isteri harus jujur utk kembali pd Allah... Sbb itu Rasulullah saw anjurkan...berwuduk dan solatlah dua rakaat...angkat segala hajat dan permasalahan kepada Allah. Jgn nafsu jadi konsultan..apatah lagi iblis yg suka menjauhkan manusia dari nilai SYUKUR dan menyesatkan. 

Seorang suami yg berusaha menyenangkan hati isterinya ...percayalah itu adalah ibadah. Seperti itu juga utk seorang isteri.

Ustazah percaya Allah beri bahagia pd sikap kita yg suka membahagiakan...dan pasangan kita yg bersama kita susah dan senang adalah insan yg paling berhak utk kita bahagiakan mereka dengan izin Allah.

Apapun keputusan dlm hidup berumahtangga ingatlah " Terburu2 itu dari Syaitan, tenang itu dari Allah". Elakkan gelojoh dalam keputusan. Kerana yg datang dari syaitan selalu berakhir dgn penyesalan.

Nukilan : Ustazah Norhafizah Musa Koleksi Kuliah

Rumahtangga Perlukan Kematangan : http://www.fatehteam.com/rumah-tangga-perlukan-kematangan/

#JomToJannah #J2J

Sunday, May 10, 2015

PASUKAN ELIT IBLIS DI MEDIA SOSIAL

May 10, 2015 0 Comments
Muhasabah diri hari ini.
In Syaa Allah..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PASUKAN ELIT IBLIS DI MEDIA SOSIAL
Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.
Nota Kelas Tafsir Sabtu (al-A’raf [7:16-17]) pada 9 Mei 2015. Antara isunya adalah janji Iblis untuk mengerahkan segala pasukan tenteranya untuk memusnahkan manusia.
Mat Zain terpaku melihat kehebatan teknologi dan kecekapan gerak kerja yang dimiliki “Kementerian Teknologi Maklumat” Iblis di lautan Atlantik. “Ini barangkali pusat kawalan Iblis”, getus hati Mat Zain. Lantas dia teringat sebuah hadith:
إِنَّ عَرْشَ إِبْلِيسَ عَلَى الْبَحْرِ فَيَبْعَثُ سَرَايَاهُ فَيَفْتِنُونَ النَّاسَ فَأَعْظَمُهُمْ عِنْدَهُ أَعْظَمُهُمْ فِتْنَةً
Ertinya: SESUNGGUHNYA SINGGAHSANA (PUSAT PEMERINTAHAN) IBLIS BERADA ATAS LAUT, maka dia mengutus pasukan tenteranya yang memfitnah (merosakkan) manusia, syaitan yang paling dekat kedudukan dengannya adalah yang paling banyak kejahatannya (Sahih Muslim).
Kementerian itu pula mempunyai banyak pecahan, terlalu banyak tapi antara yang paling aktif beroperasi selama 24 adalah “Jabatan What’s App, Jabatan Facebook, Jabatan Twitter dan Jabatan Pornografi.”
Pada pintu masuk Kementerian tersebut tertulis banyak sasaran kerja tahunan atau “KPI.” Mat Zain sempat mengingat beberapa sasaran sahaja iaitu; menyalakan api permusuhan, meruntuhkan rumah tangga, melagakan sahabat, menelanjangkan diri, menabur fitnah, mengaibkan orang dan menghanguskan amalan. Sedang asyik Mat Zain meneliti segenap penjuru Kementerian itu, tiba-tiba bahunya digoncang kuat oleh satu lembaga huduh bertanduk yang menjerit padanya: “HOI! APA KAMU BUAT DI SINI?”
Mat Zain tersentak lalu tersedar. Oh! Aku bermimpi rupanya! Peluh jantan membasahi dahinya. Mat Zain berazam untuk mem”viral”kan mimpinya itu di media social, namun bimbang juga dia bakal ditertawakan kerana sibuk berbicara tentang mimpi, tambahan pula “MIMPI TIDAK SAH SEBAGAI HUJAH DALAM AGAMA.”
Kisah mimpi Mat Zain adalah rekaan, namun di sebaliknya ada metafora untuk renungan bersama. Mengapa? Sejurus Iblis dilaknat Allah kerana sombong, dia bersumpah akan melancarkan perang merosakkan manusia dari segenap penjuru:
قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ (16) ثُمَّ لَآَتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ (17)
Ertinya: Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; "KEMUDIAN AKU AKAN BENAR-BENAR DATANGI MEREKA, DARI HADAPAN MEREKA SERTA DARI BELAKANG MEREKA, DAN DARI KANAN MEREKA SERTA DARI KIRI MEREKA; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur" (al-A’raf [7:16-17]).
Bukan setakat dari empat penjuru, Iblis juga akan menyerang dengan segala bala tenteranya:
قَالَ أَرَأَيْتَكَ هَذَا الَّذِي كَرَّمْتَ عَلَيَّ لَئِنْ أَخَّرْتَنِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَأَحْتَنِكَنَّ ذُرِّيَّتَهُ إِلَّا قَلِيلًا (62) قَالَ اذْهَبْ فَمَنْ تَبِعَكَ مِنْهُمْ فَإِنَّ جَهَنَّمَ جَزَاؤُكُمْ جَزَاءً مَوْفُورًا (63) وَاسْتَفْزِزْ مَنِ اسْتَطَعْتَ مِنْهُمْ بِصَوْتِكَ وَأَجْلِبْ عَلَيْهِمْ بِخَيْلِكَ وَرَجِلِكَ وَشَارِكْهُمْ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ وَعِدْهُمْ وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلَّا غُرُورًا (64)
Ertinya: Iblis berkata lagi: "Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya)". Allah berfirman (kepada iblis): "Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup. DAN DESAK SERTA PUJUKLAH SESIAPA YANG ENGKAU DAPAT MEMUJUKNYA DENGAN SUARAMU; DAN KERAHLAH PENYOKONG-PENYOKONGMU YANG BERKUDA SERTA YANG BERJALAN KAKI UNTUK MENGALAHKAN MEREKA; DAN TURUT - CAMPURLAH DENGAN MEREKA DALAM MENGURUSKAN HARTA-BENDA DAN ANAK-ANAK (MEREKA); DAN JANJIKANLAH MEREKA (DENGAN JANJI-JANJIMU)". Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata (al-Isra’ [17:62-64]).
Subhanallah! Benar sekali firman Allah ini. Bala tentera Iblis sangat ramai, teratur dan sangat “semasa.” Jika keperluan dan obsesi semasa adalah media sosial maka fokus pasukan elit Iblis juga tertumpu untuk merosakkan anak Adam melalui lorong ini. Banyak kali saya mendengar dialog sebegini:
“Encik “K” sudah bercerai dengan isterinya. Ia gara-gara sibuk ber”facebook” kemudian jumpa kekasih lama pada zaman persekolahan. Perang besar dalam rumah tangga mereka akhirnya bercerai. Kesian sekali anak-anak mereka.”
“Ustaz! Boleh tak tolong nasihatkan suami saya. Tak kira masa ber”whats app” dengan wanita asing sehingga ke tengah malam. Bila saya tegur berbagai alasan diberi. Itu pun boleh dikira KHALWAT JUGA KAN?”
“Terkejut saya Ustaz. Sedih pun ada. Gambar ibu saya diubahsuai menjadi poster gurauan lucah malam Jumaat.”
“Kawan saya menangis tak berhenti. Sudahlah baru kematian anak dalam kemalangan ngeri. Ramai pula menyebarkan gambar kematian anaknya melalui media social. Selamba sahaja disebar atas alasan PENGAJARAN.”
Semua dialog di atas hanya sebahagian dosa media sosial yang memang banyak berlaku. Belum lagi dikira dosa memaki hamun dengan jari yang menaip dan sebagainya. Semua dosa itu telah menjadi sebab “ANUGERAH PINGAT EMAS PEROSAK MANUSIA” diberikan kepada Pasukan Elit Media Sosial Iblis kerana berjaya merealisasikan akujanji Iblis untuk merosakkan umat manusia. Beringatlah semua, usahlah terjerumus ke dalam perangkap Iblis:
أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يَا بَنِي آَدَمَ أَنْ لَا تَعْبُدُوا الشَّيْطَانَ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ (60) وَأَنِ اعْبُدُونِي هَذَا صِرَاطٌ مُسْتَقِيمٌ (61) وَلَقَدْ أَضَلَّ مِنْكُمْ جِبِلًّا كَثِيرًا أَفَلَمْ تَكُونُوا تَعْقِلُونَ (62)
Ertinya: "Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu! "Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus. "Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf? (Yasin[36:60-62]).
Perisainya adalah Iman dan Taqwa. Sebelum berbicara, menyebar, berkongsi, bergurau dan sebagainya ingatlah bahawa segala gerak kita di alam realiti dan di ALAM MAYA ada “audit dan hisabnya” di akhirat kelak. Ya Allah! Selamatkan kami dari musibah dosa media social.

Monday, July 22, 2013

WARKAH 14 RAMADHAN dari Ustazah Norhafizah Musa

July 22, 2013 0 Comments
Warkah dari seorang Ustazah yang cukup ku kagumi.. iaitu Ustazah Norhafizah Musa..
Membaca warkah ini, seaakan dia yang sedang bercakap di hadapan ku.. dengan tutur kata yang lemah lembut, seperti seorang ibu yang menasihati anak nya.. sungguh terkesan di jiwa.. :(

Ya Allah, aku juga ingin menjadi seorang yang solehah dan sejuk di mata.. bukan di pandangan manusia semata, tetapi di sisi mu Ya Allah..

Ampunilah aku yang sentiasa lupa dan leka dengan nikmat dunia yang sementara ini..

Bantu lah aku dan keluarga dalam mengecapi serta mengutip segala bekerkatan di bulan yang mulia ini..
Tolong lah kami Ya Allah.. Engkau Yang Maha Pengampun.. Ampuni lah kami, kedua ibubapa kami, anak2 kami dan seluruh keluarga serta umat Islam yang hidup atau yang sudah mati Ya Allah.. perkenan kan doa ku ini.. Aameen Ya Allah....

Buat Sahabatku.. baca lah warkah ini .. khas buat semua..


WARKAH 14 RAMADHAN

assalamua'laikumwarahmatullah wa barakatuh
Puji syukur ku rafa' pada Allah
Solawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah saw, ahli keluarga dan sahabat2 Baginda.

Salam sayang sahabat2ku semua...
Ramadhan tidak menunggu kita... SAAT berdetik dengan TAAT. Hitunglah...hari ini sudah hari yang ke14, esok Ramadhan yang ke 15, esok 16...dan RAMADHAN akan berlalu insyaAllah. Kerana itu ada ulama' yang berkata, jika anda menyembah ramadhan ( dgn berbuat baik waktu ramadhan sahaja)..ramadhan akan berlalu, tetapi andai anda menyembah Allah ( dengan istiqamah melakukan amal soleh)..Allah itu Hayyun la Yamut ( Allah Maha HIdup Kekal). Namun...ramadhan adalah pakej perlatihan dari Allah secocok untuk zahir dan batin. KURSUS ini dari Allah..pengisiannya disyariatkan oleh Allah..tidak terkira jumlah malaikat yang seolah2 menjadi fasilitator kepada kita yang menjadi peserta kursus ramadhan. 
Sahabat..mari tanyakan pada diri kita...apa yang telah kita persembahkan pada Allah Yang Maha Baik itu....Allahuakbar! Ampun dosa kami Ya Allah...sedikit sekali yang telah kami lakukan....belum lagi andai Engkau hitung ..betapa amalan kami hanya indah di luar...tidak seiring dengan penyucian hati.
Sahabat...kadang2 Allah datangkan penyakit pada kita di ramadhan ini...atau sedikit kesusahan...atau sentuhan ujian...kerana kita tidak akan pernah mampu menunaikan hak ubudiyyah yang sebenar2nya...lantas Allah Yang Maha Baik membantu kita...agar dengannya dosa kita diampunkan...darjat kita dinaikkan...nama kita ditinggikan..rahmat untuk kita terus dicucuri. Segala yang ku katakan tadi...tidak akan pernah mampu diberikan oleh manusia..tiada yang mengampunkan kecuali Allah...tiada yang Meninggikan darjat kecuali ALLAH...tiada yang menerima amalan kecuali Allah..tiada yang mengganjari pahala kecuali Allah. 
Justeru...di hari ke14 ramadhan ini...gandakan taubat dan istighfar...akui saja kelemahan kita di hadapan Allah...tangiskan sajalah dihadapan Allah betapa melesetnya syukur kita...kita bukan sesiapa pun..JANGAN PERASAN! Kalau tanpa rahmatMU YA Allah...entah jadi apa dengan nasib kami. Entah ke mana haluan kami..entah bagaimana kami mengisi ketaatan kepadaMu...entah dosa apa yang akan kami lakukan ANDAI TANPA RAHMATMU.
Di hari ke 14 ramadhan...semaklah apa yang telah berlaku kepada hati kita? Apa yang menjadi harapan hati ini? Apa yang ditakutkannya? kepada siapa ditawajjuhkan ( dihadapkan) segala amal? Apa yang dicintainya? Apa yang dibencinya?

Andai bisa ...HARAPANNYA ADALAH RAHMAT ALLAH YANG MAHA LUAS..KETAKUTANNYA KEPADA KEMURKAAN ALLAH..DIHADAPKAN SEGALA AMAL DAN KEHIDUPAN UNTUK DIBELAS KASIHANI OLEH ALLAH LALU ALLAH MENERIMANYA...KECINTAANNYA YANG PALING TINGGI ADALAH ALLAH DAN BENCINYA TERJEBAK DENGAN MAKSIAT DAN KEMBALI KEPADA KESESATAN DAN HIDUP JAUH DARI ALLAH.

Tapi yang berlaku pada hati kita tidak seindah itu...Ampunkan kami Ya Allah...kami masih sangat terpesona dengan dunia dan akhirat jadi mengecil dan jauh. Kami masih mencari apa yang ada di sisi makhluk lebih dari mengghairahkan dengan segala apa yang ada di sisiMU. Kami belum mampu mengorbankan sesuatu yang terbaik demiMU....masa kan kami mampu...tilam, katil dan tidur kami saja tidak mampu kami korbankan untuk mendatangiMU di malam hari. Kami cuma membaca kenikmatan para salafussoleh menghidupkan malam bersamaMU..tapi kami belum menikmati keindahan dan kemanisan terjelepuk di pintuMU dengan tangisan airmata dan jeritan batin kami. Astaghfirullah ..

Pada hari yang ke 14 ramadhan ini...kami cuba melupakan diri kami yang dulu...syukur..kami rasa nyaman ketika mengaku salah dan lemah di hadapanMu...kami ingin gagahkan kembali mujahadah ini..dengan melihat pada belas kasihanMU...dengan bernaung di bawah limpahan rahmatMU yang maha luas...Engkau Pengurnia hidayah kepada sesiapa jua yang Engkau Kehendaki....KeampunanMu melupuskirakan kesalahan dan dosa kami..dan Engkau Maha Penutub aib kami.

Di hari ke 14 ini....kami mohon Engkau sucikan hati kami..Engkau Sebaik2 Yang Menyucikan...Engkau Maha Mengetahui kebusukan dan kejelekkan hati kami...kami tidak pernah layak untuk sebarang pujian..menerima pujian bererti kami membohongi diri sendiri. Sucikan hati kami Ya Allah....agar di dalamnya Engkau pasakkan akidah yang kukuh..Engkau beningkan dengan cintaMU...Engkau berikan kecukupan dengan restuMU..Engkau limpahkan ilmu yang Engkau redho untuk kami mendekatiMU..Engkau hiasi akhlak mahmudah yang mengundang redhoMu dan pada makhlukmu tidak kami zalimi dan khianati.

Ampun kami ya Allah..atas dosa yang kami tahu dan kami tidak tahu..yang kami sengaja dan kami tidak sengaja..limpahilah rahmatMU untuk kami Ya Allah.

Ya Allah...segala yang kami minta ini...inilah juga doa kami buat suami kami, ibubapa kami,guru-guru kami.isteri kami, anak-anak kami,adik beradik kami, jiran tetangga kami, sahabat andai kami serta seluruh muslimin dan muslimat.
Kami khususkan doa kami buat saudara-saudara kami yang sedang berjuang memrtabatkan syariatMu..yang sedang berkorban meninggikan KalamMU diseluruh pelusuk bumiMU. Jadikan kami sebahagian dari mereka Ya Allah..
Ya Allah..sekalipun kami malu dan berasa tidak layak...namun kami mohon dengan rahmatMu...hidupkan kami persis hidupnya seorang ulama' dan mati kami sebagai syuhada'...yang darahnya segar dan hidup, hanya manusia tidak mengetahuinya.

Sahabatku....
Doakan keampunan Allah padaku....doakan keikhlasan untukku dalam setiap amal dan perkataan. 

Di pagi hari yang ke 14 ramadhan ini...mari kita solat dhuha dengan limpahan airmata taubat...semoga Allah sudi mengurniakan kita nikmat lailatul qadar. Sucikan hati, buangkan khianat dan dengki, maafkan saja insan yang pernah menyakiti dan menzalimi..KERANA RAHMAT ALLAH MAHA LUAS.

Salam sayang,
Dari sahabatmu
NORHAFIZAH MUSA

8.10 am
14 ramadhan

Wednesday, July 3, 2013

Hargailah Anak Anda Selagi Diorang Belum Dewasa..

July 03, 2013 0 Comments
Semenjak pru13 yang lepas, ini lah posting saya yang pertama.
Seperti biasa..kekangan masa dan juga dijangkiti dengan penyakit M.hihi..
Kali ni tertarik dengan sebuah artikel yang sangat menyentuh perasaan saya sebagai seorang ibu.. ( saya rasa, bapa pun turut merasainya..kerana artikel yang sangat menarik ini di forward oleh suami saya kepada saya untuk di baca.. huu..)
Alhamdulillah kepada ibubapa yang mempunyai anak anak....semoga kita dapat mengambil pengajaran dari cerita ini dan di manfaatkan dalam kehidupan kita seharian.. (nasihat pada diri sendiri sebenarnya. .) In syaa Allah. .. aameen
............................................................
"Harith! Jangan la nak mengada-ngada sangat. mainan harith banyak dah abah beli.. ni nak lagi lorry la, car la segala macam benda pun nak.. Duduk elok-elok la..", Bentak aku bila Harith mula mengada-ngada sebab aku tak belikan dia permainan. dah banyak kali aku cakap dengan baik tapi Harith tetap mengada-ngada, merengek tak tentu pasal. Sungguh menguji kesabaran.
Mendengar suara aku yang agak luar biasa, harith diam mencebik bibir. dia pandang ke suatu arah. Langsung taknak pandang aku lagi. Harith merajuk.
Aku bawak anakanda Harith ke suatu tempat yang agak jauh bagi melarikan tumpuan Harith daripada barang mainan yang ada kat shoppng mall tu. Wife aku masuk balik ke dalam shopping mall untuk beli barang yang dia terlupa nak beli masa sibuk nak pujuk harith tadi. Masa tengah tunggu tu, tiba-tiba ada seorang lelaki cina tua berjanggut putih dalam usia 60-an berjalan perlahan-lahan datang menegur aku dengan Harith.
"Hello, how are you?", sapanya mesra. Selalunya masyarakat Malaysia susah nak bertegur sapa dengan orang yang diorang tak kenal. Tapi, orang tua ni lain. Kalau kat kampung tu biasa la kalau orang tua yang kita tak kenal bertegur sapa, mesra dengan kita. Tapi kalau kat kolumpo ni berbeza.
"I'm good..", Aku jawab sapaannya dengan wajah yang manis biarpun dalam hati marah kat Harith belum reda lagi.
"Such lovely son you have here, he is so sweet.", lelaki cina tua tu tunduk melihat Harith dengan renungan penuh tersirat.
"I remember when i was your age, i'm like you, young and have beautiful kids like this. Those were the most wonderful times in my life, more than anything...", Lelaki tua tu berbicara mengingatkan diri dia tentang masa silam yang cukup indah yang pernah dilaluinya.
"Enjoy it while you still can, young man.. when they grow up, you will look back and wish if this moment could happen again. Oh, I wish I was in your age now..!", Bicaranya dengan loghat British yang agak pekat, aku rasa mesti pakcik ni dulu kerja lama kat Britain ni..
Aku terdiam mendengar kata-kata orang tua tu, nak balas balik cakap dia tapi kang takut aku tersalah cakap pulak.. Orang-orang tua ni kekadang sensitif..
"I'll remember that, thanks...", Hanya itu je la yang mampu aku ungkapkan sambil merenung wajahnya dia yang penuh kedutan yang menyimpan seribu satu rahsia kehidupan. lelaki tua tu kemudiannya merenung jauh ke hadapan dan kemudiannya berlalu pergi meninggalkan kami dengan perlahan.
Masih terngiang-ngiang di telinga dengan kata-katanya,
"I wish I was in your age..."
Aku merenung wajah Harith, hilang segala kemarahan yang bersarang dalam hati ni tadi. Sungguh, masa yang berlalu tak akan dapat kembali dan setiap detik yang ada bersama dengan anakanda Harith ni harus dinikmati dengan penuh rasa syukur. benarlah pepatah yang mengatakan.. Yesterday is history, tomorrow is still a mystery and today is a gift, that's why it's called present....
Ada ketikanya kita mengeluh akan sukarnya kehidupan dan susahnya melayan karenah anak-anak yang menduga kesabaran. Ketahuilah betapa ramai daripada kita yang menyesali masa silamnya, menginginkan agar masa itu berulang kembali untuk dinikmati...
Sesungguhnya anak-anak adalah permata berharga yang tiada galang gantinya jika dibandingkan dengan urusan kerjaya atau harta kita. Kita hanya akan mengetahuinya tika kita telah kehilangan mereka. Kehilangan itu tidak semestinya pada hilangnya jiwa mereka, tapi hilangnya kasih sayang mereka pada kita tika mereka sudah dewasa. Kasihilah, bermainlah, bacakanlah mereka buku, peluklah dan ciumlah mereka sementara kita masih mampu melakukannya. Biar susah dahulu, jangan kita menyesal kerana kehilangan mereka kemudian....
Yesterday is history, tomorrow is still a mystery and today is a gift....
sumber : penulismerapu.blogspot

Wednesday, April 17, 2013

ROLL CALL HARIAN ANAK SAYA

April 17, 2013 0 Comments
Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah.. harini Allah berikan satu ilmu baru buat saya. Mungkin sebelum ini saya dan suami ada juga pernah mem praktikkan nya, namun tidak secara formal.

Dapat mengenali SAIFUL NANG juga merupakan satu anugerah buat saya. Antara ilmu yang dapat saya kongsi kan dengan semua pada hari ini ialah mengenai amalan nya bersama anak - anak nya yang saya andaikan amat bermanfaat untuk di kongsikan bersama. In Syaa Allah.. <3

ROLL CALL HARIAN ANAK SAYA (Seperti dalam foto yang isteri saya ambil ini)


Zaman nabi dahulu ia dipanggil TAKRIR (ikrar dan azamkan apa nak buat seharian) & TAKLIM (maklum & lapor apa yg telah dibuat) cuma di sini saya gunakan istilah inggeris...ROLL CALL. Orked (4 tahun), Seri (2 tahun) & Lela (9 bulan) bukanlah muda lagi untuk pembelajaran bermula. Pendidikan bermula dari buaian dan bukan tunggu dah darjah 1. Seri dah mula bercerita pada umur antara 1-2 tahun apabila dia
diletakkan bersama kakaknya sekali dalam roll-call. Lela masih belum pandai bercakap tetapi diwajibkan hadir roll-call saya. Untuk apa? Method ini yang diamalkan oleh keseluruhan organisasi Rumah Pengasih Warga Prihatin lalu saya lanjutkannya di unit keluarga saya sendiri.

Anak seperti Lela yang belum pandai bercakap sebenarnya sudah lengkap deria input mereka seperti pendengarannya juga penglihatannya. Jangan ingat mereka tidak mampu berkata (output) bermakna mereka tidak mampu menerima input ilmu? Rugi sangat jika anda fikir begitu kerana dari buaian sehingga mereka pandai berbicara itu adalah INPUT SEHALA yang Allah dah jadikan dalam keadaan anak TIDAK BOLEH MENJAWAB.

Ketika itu, anda perlu masukkan tentang MATLAMAT HIDUP yang anda ulang-ulanginya walaupun mereka tidak boleh respon. Tiada ruang menjawab memberi kita RUANG UNTUK BENTUK JIWA & MINDA MEREKA DARI AWAL. Semasa mereka mula pandai berbicara, ketika itu pendirian dan aspirasi kita sudah terlalu kuat dalam hati mereka untuk mereka pertikaikan dengan mulut.

Masa saya terhad dengan keluarga, biasanya roll call berlaku semasa sarapan & makan malam. Kadangkala seperti gambar ini apabila keadaan memerlukan.

Anda pasti terkejut apabila anak anda mula pandai berkata-kata sahaja, mereka dah berbicara dalam bahasa kamu dan cara fikir yang kamu (ibu bapa) mahukan mereka berfikir. Anda pasti terkejut apabila mereka mula membicarakan istilah-istilah tinggi yang anda tidak perasan bila anda ajarkannya tetapi anda gunakannya dalam perbualan bersama isteri dan didengari oleh mereka


KANDUNGAN ROLL CALL

- Laporan harian Aktiviti anak
- Laporan harian salahbuat anak (sendiri mengaku)
- Pesanan & aspirasi Ayah
- Pesanan hormati ibu (ulang-ulang)
- Pesanan taati bapa, Rasul & Allah.

Itu sahaja, biasanya row call ini saya jalankan secara santai dan anak akan bercerita. Biasanya ia berlangsung dalam 5 minit. Saya hanya bertanyakan dalam row call kepada Orked tetapi kemudiannya itu menyebabkan Seri yang berumur 2 tahun juga mampu meniru dengan cepat sekali. Sekarang Lela yang masih 9 bulan dan belum pandai bercakap juga sudah mula mumbling bila kakak-kakaknya membuat laporan. InsyaAllah very soon, Lela mampu berkata-kata dan berpendirian seperti mana saya ulang-ulangi kepada kakak-kakak mereka.


WAKTU PENTING PENDIDIKAN ANAK ADALAH DARI BUAIAN

Post ini saya kongsikan kerana banyak pertanyaan common yang orang bertanyakan kepada saya tentang kaedah pendidikan anak-anak saya khususnya dan Rumah Prihatin umumnya (yang masih kecil lagi). Memang lah, masa kecil bolehlah nak jaga begitu, nanti bila besar tak tentu lagi. Pada saya pula, jika tidak dimula dari sekarang nanti besar dah jadi liat dan bila dah jadi rebung pasti susah nak dilentur dan bentuk. Jika boleh pun dengan API & PAKSAAN (tapi siksalah).

Mengapa mereka bertanya begitu? Pasti bagi mereka yang pernah jumpa Orked, Seri dan anak-anak Rumah Pengasih Warga Prihatin akan bertanya soalan yang sama kerana bual bicara mereka tak sama dengan kanak-kanak lain (Yang ragu dan sangsi boleh datang melawat Rumah ini). Perbualan mereka lebih kepada perkara yang sudah diterapkan dalam row-call itu. Maka setiap hari ada pendirian-pendirian yang ditanam dan diulangi. Isteri saya pula merapikan dan melaksanakan pendidikan secara akademik kepada anak-anak itu untuk mengejar visi yang saya (bapa) tanamkan.

Mungkin ada yang pelik bila kanak-kanak ini bertanya kepada kakak-kakak sukarelawan dari universiti tempatan yang membuat program menceriakan anak-anak Warga Prihatin ini mendengar soalan dari anak sebesar Orked (4 tahun) yang berbunyi lebih kurang sebegini ;

Orked : Kak, apa RASIONAL gerakan ini? (bila disuruh menari)
Siswi : (Terkejut) Ohh..ini untuk kita suka-suka main bersama.
Orked : Ayah saya pesan, semua perbuatan dan permainan perlu ada FUNDAMENTAL yang kuat supaya mampu memberi PELAJARAN kepada anak-anak kecil seperti kami. Jika kurang kebaikannya, saya minta izin untuk tidak ikut aktiviti ini boleh tak kak?
Siswi : (Menoleh ke arah saya dengan senyum) Bijaknya budak ni.

(Kemudian baru siswa siswi itu mula menerangkan rasional aktiviti yang mereka mahu lakukan sebagai pelajaran kepada anak-anak kecil itu. Rasional yang melebihi sekadar suka-suka sahaja).


Satu lagi, jika yang sebesar Lela tu perlu juga ke masuk row call ?

jawapan saya, semestinya kerana disiplin row call hanya saya terap pada Orked tetapi Seri tahu dengan CONTOH kakaknya, Lela juga nanti akan dapat melalui contoh kakak-kakaknya. Kerja saya kan jadi mudah?

Selain dari itu, row call membentuk disiplin anak yang DATANG BILA DIPANGGIL. Sedih melihat zaman ini apabila anak dipanggil sampai dikejar dan ditangkap juga masih tak mahu datang. Semasa kecil ok lah, bila dah besar nanti bila dipanggil terus lari rumah pula.

Banyak masalah BESAR anak-anak kita sekarang ini terjadi apabila kita mengabaikan banyak perkara-perkara kecil pada awal pembesaran mereka. Antaranya ialah SILATURRAHIM (yang saya buat dalam bentuk row call dan bukannya PS3, Game console, tablet, smartphone dll). Mendidik anak zaman ini memang mencabar. Mari kita bincangkan perkara ini.

SAIFUL NANG

Wednesday, February 27, 2013

Alkisah ciuman pagi…

February 27, 2013 0 Comments
"Abah.. abah sayang tak Maher?.."
"yes. for sure sayang... :)"

Alkisah ciuman pagi…

Sejak kecil saya sering melihat, papa sebelum keluar dari rumah untuk kerja, papa akan mencium dahi mak sambil membisik ‘I love you’ di telinga mama.

Mama pula akan senyum keriangan sepanjang hari, melakukan kerja-kerja rumah menanti kepulangan papa dari kerja.

Bila tiba waktu zohor, selepas solat, mama akan menghantar satu sms untuk papa bertanyakan sudah papa makan tengahari.

Bila lepas azar, mak akan mula ke dapur menyiapkan makanan untuk makan malam bersama papa.

Mama tidak bertanya apakah papa malam ini akan pulang makan. Mama selalu masak dan lepas itu barulah mak menghantar sms ke papa bertanya apakah papa akan pulang untuk makan.

Jika papa kata ya, mama akan tunggu sehingga papa balik baru makan, walaupun perut sudah berbunyi kuat tapi saya akan disuruh makan dulu tanpa menunggu papa.

Satu malam, mama bertengkar dengan papa kerana papa berkata sesuatu yang mama tidak suka.

Pada sebelah paginya, mama tetap menyediakan sarapan pagi untuk saya dan papa.

Tapi mama dan papa tetap tidak bercakap antara satu sama lain.

Pagi itu, ketika papa keluar pintu rumah, papa tidak mengucup dahi mama. Mama pula buat tidak tahu dan tidak memberikan salam pada papa.

Apabila kereta papa sudah keluar, mama menangis.

“Mama, mengapa ngangis?” tanya saya.

“Tak ada apa,” kata mak yang melihat ke ruang tempat ayah meletak kereta yang kini kosong.

Mama balik ke bilik melipat kain. Saya pula bersiap nak

15 minit kemudian, ada kereta henti di depan rumah. Saya keluar melihat.

Papa patah balik. “Mana mana?”

“Dalam bilik.”

Papa terus ke bilik. Saya mengikut. Papa terus memeluk mama dan mencium dahinya dan membisik ‘I love you’ di telinga mama.

Air mata mama mengalir lagi.

“Hati abang tak tenteram bila abang pergi kerja tanpa salam dan doa ayang,” kata papa sebelum beredar balik ke kerja.

Mama tersenyum semula riang.

“Mama tadi menangis pasal papa ke? Mama senyum ini pun pasal papa ke?”

“Anak mama ini. Ya, mama menangis dan senyum pun untuk papa?” jawab mama.

“Papa ini nakallah, sekejap buat mama ngangis, sekejap buat mama senyum,” kata saya.

“Tak. Papa orang baik. Mama yang sakitkan hati papa semalam. Apa yang mama nak papa beri, tapi itu bukan sumber kegembiraan mama. Mama merajuk semalam tatkala papa letih kerja kerana lupa belikan hadiah buat harijadi ayang. Papa kata terlupa, mama pula terlebih kata papa tiada hati untuk keluarga.

Biasalah perempuan ini mudah merajuk, walaupun salah, dia mengharapkan suaminya datang memujuknya semula. Tapi oleh kerana papa tak buat demikian, mama merajuk dalam hati tak cakap. Tapi bila papa pergi kerja tak cium dahi mama, mama menangis bukan kerana papa, tapi kerana mama terasa terlepas peluang untuk berbaik dengan papa, dan terasa papa tak sayang kat mama. Tapi apabila papa balik mencium dahi mama, mama terasa papa sangat sayang kat mama, dan mama sempat memohon maaf pada papa, sebab itu mama senyum,” kata mama.

Saya tak berapa faham kata-kata mama kerana masa itu kecil.

Sebelah malamnya, saya bertanya papa ketika mama sudah tidur keletihan.

“Papa, mengapa papa patah balik pagi tadi?” tanya saya.

“Mama dah bertungkus-lumus jaga keluarga ini dan ingin pastikan keluarga ini bahagia dan gembira. Tapi bila mama tahu papa terlupa beli harijadi ayang, mama naik berang kata papa tiada hati untuk keluarga. Papa terguris sedikit, tapi papa ada ego tak nak mengaku salah.

Masa memandu terfikir bagaimana mama setiap hari membuat yang terbaik untuk sarapan dan menunggu papa pulang untuk makan malam bersama, papa terasa bersalah bertindak kejam pada mama dengan tidak mencium dahi mama. Papa pulang kerana papa tahu mama adalah orang terpenting dalam hidup papa dan papa tak boleh biarkan mama sedih walaupun sesaat... ayang akan faham bila kahwin nanti,” terang papa.

Kini saya sudah berkahwin – saya akhirnya faham apa yang dilalui mama dan papa. Rupa-rupanya ombak yang melanda mama dan papa sekali-sekala ini bukan merosakkan hubungan tapi ia memperkuatkan lagi kesayangan dan keeratan dengan orang tersayang setelah ombak itu reda kerana kedua-dua akan memahami betapa pentingnya pasangan masing-masing dalam hidup mereka.

Satu lagi cerita untuk renungan malam ini.

Senyum.

hee... saya dapat citer ni, dari fb mentor saya, Ust Tuan Ibrahim Tuan Man.. ^_^ .. saje nak kongsi dengan sahabat semua.. kan saya pernah bagitau.. kalau ust tuan bercakap, saya mesti sebak, sayu dan mudah meresap ke hati... apa yang dia cakap tu, memang tulus dari hati... :)
Moga segala apa ilmu yang saya perolehi darinya, akan dapat di praktikkan dalam hidup saya dan keluarga.. Aameen.. :) 

Saturday, April 14, 2012

Inspirasi ~ Keluarga Ust Don

April 14, 2012 0 Comments
Ternampak gambar ni di fb, yang di share oleh seorang kawan.. macam familiar je wajah2 mereka ni.
Bila baca komen2 kat bawah gambar tu, ye. betul jangkaan ummi. Ini adalah gambar keluarga Ust Don.. :)

Kenapa nak share gambar keluarga dia? apa specialnya dia?.. ( saje buat2 tanya, sedangkan semua dah tahu bagaimana special nya, dan betapa bertuah nya ibubapa yang memiliki anak seperti nya.. )

Kat bawah ni, komen dari Prof Muhaya :

"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak?

Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja ...bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun.

Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"


SUBHANALLAH...indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.

Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan???
Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID

>
Takkan lahir anak seperti nya, sekiranya ia bukan dari 'baja' yang di berikan oleh ibubapa mereka sendiri..
> Moga Allah permudahkan kami untuk mendidik anak - anak kami agar menjadi seorang yang soleh, beriman dan sentiasa menghargai ibubapa mereka.. Ameen..

Saturday, March 10, 2012

Sajak menyentuh hati dari Oki Setiana Dewi..

March 10, 2012 0 Comments
Pagi ni, tersentuh hati mendengar sebuah sajak yang di sampaikan oleh seorang yang selebriti terkenal, Oki Setiana di Kota Bharu baru2 ini..

Sajak - Negeri Kelantan Seindah Namamu

Negeri Kelantan seindah namamu,
Tanah serendah sekebun bunga,
Negeri tadahan wahyu.. Cik Siti Wan Kembang,
Cukup indah namamu.. Seindah negerimu..

Duhai wajahmu yang indah,
Persis Jeddah.. Yang pernah ku lewati,
Taat menjunjung Al-Quran.. Teguh menggalas syariat,
Yang tidak pernah goyah.. Tersentuh hati kudusku,

Lantaran aku disini.. Biar tidak pernah ku duga,
Bertemu dengan seorang ulama'.. Yang dicintai rakyatnya,
Lalu kuntum rindu yang lama tersimpan,
Terubat jua akhirnya.. Biar sekelumit cintaku..

Beruntung rakyatnya.. Menumpang teduh seorang ulama',
Yang lembut tetapi tegas beribadah,
Yang pengasih namun tidak goyah pada percikan kealpaan dunia,
Pasti aku merindui lagi.. Entah kapan bisa di ubati,
Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu membaja,
Membangun Islam bersama.. Semoga kita bertemu kembali..


Oki Setiana Dewi,
Kelantan Trade Center, Kota Bharu, Kelantan




Kata-kata dari buku Melukis Pelangi -Oki Setiana Dewi

Aku sampai pada keadaan ku sekarang adalah dengan perjuangan, 
Dan selama nafas ini masih terus berhembus, 
Selama itu pula aku dan semua manusia akan terus berjuang,berjuang dan terus berjuang, 
Kehidupan didunia adalah sebuah perjuangan tanpa henti,
Sejak lahir hingga akhir hayat semua dari kita berjuang,
Tengok saja seorang bayi berjuang untuk mulai membiasakan diri dengan lingkungan asing yang belum ia pernah kenal sebelumnya,
Seorang ibu berjuang untuk mendidik anak-anak menjadi generasi yang tangguh,
Seorang ayah berjuang mati-matian untuk menafkahi keluarganya,
Seorang pelajar berjuang untuk meraih ilmu,
Yang miskin berjuang untuk bisa mendapatkan kehidupan yang layak,
Yang sedang jatuh cinta berjuang untuk menahan rindu,
Yang baru bertudung berjuang untuk tidak tergoda dan membuka tudungnya,
Suami isteri berjuang mengharungi bahtera rumahtangga,
Yang terkena musibah atau yang ditinggal oleh orang yang dikasihi berjuang dengan sabar dan tabah menjalani kehidupannya,
Yang berselisih berjuang untuk berdamai,
Dan setiap hamba Allah berjuang untuk kembali kepada Allah serta memiliki tugas untuk memperjuangkan agama Allah menyebarkan kebaikan dan kasih sayang kepada seluruh makhluk bumi.

p/s : terima kasih kepada wan yang sudi berkongsi.. sumber.

Wednesday, January 25, 2012

Ke Pangkuan-Mu, Ilahi

January 25, 2012 0 Comments
Terima kasih kepada Ummu Abbas yang tidak jemu - jemu menitipkan sesuatu untuk jiwa yang sentiasa dahagakan pengisian ini.. ( merujuk kepada diri sendiri.. )

Posting dari Ummu Abbas kali ini, ummi post kan ke blog ummi, kerana ianya sangat berkait rapat dengan diri ummi sekarang..

Di doakan semoga ianya mendatangkan faedah dan manfaat buat semua.. Ameen..
Aku bersyukur Ya Allah, di atas kurniaMu yang cukup berharga ini..
Semoga ku dapat memelihara amanah Mu ini sebaik mungkin..
Ameen Ya Rabb..

Beberapa hari lepas, ada satu peristiwa yang agak meruntun hati.
Saat itu, saya berada dalam tahiyat awal, iaitu duduk semasa rakaat kedua solat Asar.  Aleeya yang berusia 10 bulan lebih merangkak menuju ke arah saya dan merebahkan kepalanya di atas riba.  Dia diam sahaja.  Hati seorang ibu mana yang tidak tersentuh dengan aksi manja bayi kecilnya begitu.  Dalam keheningan menunaikan solat pula.

Ya Allah… bersyukurnya padaMu atas kurniaan perasaan yang indah ini.  Perasaan kasih sayang itu menyapa lembut di hati kepada bayi yang pernah dikandung lebih 9 bulan.  Dan perasaan kasih itu begitu mendalam.  Ia lebih hebat dari rasa kasih pada mana-mana insan di dunia ini.

Habis membaca tahiyat, saya menunggu seketika.  Saya teringatkan Rasulullah s.a.w yang hanya bangun seusai cucunya beredar dari belakangnya.  Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh rujuk video dalam entry ‘Komunikasi dengan Kanak-kanak Cara Rasulullah s.a.w’.  Rasulullah s.a.w membiarkan cucunya bermain puas-puas dahulu di atas belakangnya sedangkan waktu itu baginda sedang sujud.

Itu pun kerana saya baru menyalin lampin Aleeya sebelum memulakan solat.  Jadi saya kira dia masih dalam keadaan bersih dari najis.  Kalau lampin dia sudah kotor, biasanya saya akan angkat dan letak dia di sisi.
Seketika kemudian, melihat dia bangun sedikit, saya tidak berlengah lagi untuk menyambung qiyam (berdiri) bagi rakaat ketiga.

Subhanallah!  Alhamdulillah!   Peristiwa Aleeya datang baring di atas ribaan saya itu hakikatnya jawapan Allah s.w.t secara halus mengenai kerisauan saya sejak akhir-akhir ini.
Biar penat sedikit di dunia asalkan dapat berehat sepenuhnya di akhirat kelak
Dalam meniti perjalanan hidup dunia menuju akhirat, saya melalui fasa-fasa kehidupan sebagaimana ramai insan di luar sana. Ada masa pasang surut sama ada pada amalan dan juga keimanan.  Sudah ditakdirkan saya bersama anda semua berada di zaman iman dan taqwa yang susah untuk meningkat naik.  Kalau dapat konsisten, itu dikira sudah cukup baik.  Insya Allah.

Kadang-kadang saya merasa cemburu dengan para sahabat dan ummah di zaman Rasulullah s.a.w.  Mereka dapat bertemu Rasulullah s.a.w secara langsung dan hidup di zaman keimanan setiap mukmin sering meningkat lewat ujian yang dihadapi.  Namun bila difikirkan secara lebih mendalam, saya percaya saya tidak mampu menjadi seperti mereka andai hidup di zaman mereka.  Ini  disebabkan saya mempercayai kalam Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat  286,
“ Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”
Saya risau akan dosa-dosa yang sentiasa dilakukan setiap hari.  Kadang-kadang hati lembut dan mudah tersentuh dengan ingatan-ingatan.  Kadang-kadang yang lain, hati terasa keras kematu- susah tersentuh.  Lalu saya beristighfar dan cuba muhasabah diri, amalan mana yang perlu diperbaiki lagi.  Terutama hubungan dengan suami dan hubungan dengan anak-anak kerana sebahagian besar masa saya adalah bersama mereka di rumah.

Tatkala berusaha memperbaiki diri, saya berfikir adakah Allah masih sudi memberi perhatianNya pada saya yang sering tidak konsisten dalam memelihara taat dan ikhlas?  Namun dalam masa yang sama,  sentiasa mahu kembali kepadaNya.  Dalam kebingungan itulah, Allah takdirkan peristiwa yang tercatat di atas serta memberi ilham bahawa jika hubungan saya sebagai ibu dengan anak kandung sudah melahirkan rasa kasih sedemikian rupa, apalah sangat jika hendak dibandingkan rahmatNya yang melaut luas dan berganda-ganda lagi dari kasih sayang saya pada anak sendiri?

Saat bayi itu datang merangkak perlahan menuju ibunya, naluri kasih seorang ibu tidak akan lari, sebaliknya ibu itu akan segera menyambut kedatangan bayinya… yang serba lemah itu.

Saat bayi itu menyentuh kepalanya di atas paha ibunya, naluri sayang seorang ibu membuatkan ibu itu tersenyum melihat kelakuan anaknya yang mendambakan dirinya.
Perlakuan bayi yang mahu dimanja biasa disambut mesra oleh si ibu.

Tidak sesekali ibu itu merasa marah apatah  lagi mahu menjauhkan diri dari bayi kecilnya.
Bahkan si ibu akan bergerak lebih cepat menuju bayinya tatkala bayi menangis mencari dirinya.

Ya Allah… hebat dan agungnya nilai sebuah kasih sayang.

Kasih sayang yang ada pada seorang ibu memadamkan segala penat lelah menguruskan si bayi- makan minum, tawa tangis dan membersihkan bayi setiap hari, berkali-kali.

Itu baru kasih sayang ibu pada anaknya, kasih sayang Allah mengatasi segala kasih makhluknya kepada hambaNya.

Jika dahulu tatkala saya menukilkan perumpamaan,
Sekasih ibu pada anaknya,
Sayang lagi Nabi pada umatnya.
Sesayang Nabi pada umatnya,
Cinta lagi Allah pada hambanya.

Dulu saya menukilkan ungkapan di atas tanpa merasai sendiri perasaan kasih seorang ibu… cukup dengan memerhati naluri keibuan orang lain.  Namun hari ini, Allah beri saya merasainya sendiri.  Ya Allah… ia cukup hebat.  Ungkapan di atas adalah untuk menzahirkan kasih sayang Allah yang tidak bertepi pada setiap hambaNya dan peluang yang terbuka luas untuk setiap insan mendekatkan diri padaNya.

 Abu Hurairah r.a melaporkan daripada Rasulullah s.a.w, katanya,
Allah Azza wa jalla berkata dalam Hadis Qudsi,  ”Aku adalah menurut sangkaan
hambaKu dan Aku akan selalu bersamanya selama ia berdoa padaKu.”
“Demi Allah,  nescayalah Allah itu lebih gembira kepada taubatnya seseorang
hambaNya daripada seseorang di antara kamu semua yang menemukan sesuatu bendanya
yang telah hilang di padang yang luas.”
“Apabila seseorang mendekatiKu dalam jarak sejengkal, maka Aku mendekatinya dalam jarak sehasta.  Sesiapa mendekatiKu dalam jarak sehasta,  maka Aku mendekatinya dalam jarak sedepa. Jikalau hambaKu itu mendatangi Aku dengan berjalan, maka Aku mendatanginya dengan berlari.”
Hadis-hadis direkodkan oleh Imam Muslim.

Mutiara Untuk Pembaca

Sebenarnya setiap orang akan ada saat-saat yang menyentuh hatinya serta menimbulkan keinsafan… sama ada melalui perantaraan manusia atau peristiwa lain yang dihadapi setiap hari.  Ia merupakan nasihat-nasihat secara langsung dari Allah untuk kita.  Itu petanda Allah sentiasa memberi perhatian dan mahu menarik perhatian kita kepadaNya.  Jika kita sedar dan faham iaitu memandang dengan hati terbuka untuk menerima hidayahNya, kita akan merasa seronok dan bahagia dengan perhatian-perhatian tersebut.  Namun jika kita menutup pintu hati, maka kita akan memandang dengan rasa jengkel serta mahu lari dari kasih sayang Allah itu.   Na’uzubillah.
Carilah perhatian dan petunjuk-petunjuk Ilahi dari setiap peristiwa, nescaya engkau akan menemui cintaNya yang abadi.
Wassalam.
Ummu Abbas
2 Rabie’ Awwal 1433H
7.47pm
Melbourne

Thursday, January 12, 2012

KAEDAH MENGEJUT ANAK BANGUN DARI TIDUR

January 12, 2012 0 Comments
Harini, ummi nak kongsikan satu tips yang sangat berguna buat semua.
Bagaimana kah kaedah yang terbaik boleh kita gunakan untuk kejutkan anak - anak dari tidur, tanpa merosakkan mood mereka yang sedang lena tidur.

Moga bermanfaat.. InsyaAllah..


Ibu-Ibu, bapa-bapa serta saudara-saudari seislamku,

Ingatlah,
Setiap Insan pasti mahu memulakan harinya dengan ceria dan bersemangat. Jika bangun pagi sudah dimulai dengan perkara kurang baik, ditakuti ia akan merosakkan mood sepanjang hari.

Sebelum tidur, pasti kebanyakan individu menyimpan cita-cita untuk masa depan, mengenangkan peristiwa lalu serta memikirkan perkara yang akan dilakukan pada keesokkan harinya.

Ingatlah wahai saudara-saudariku…

Cuba kita ingat dan kenang kembali bagaimana ibu mengejutkan kita bangun pagi setiap hari untuk ke sekolah serta hari-hari cuti. Namun apabila besar dan mula ke sekolah menengah kita sudah pandai mengunci jam sendiri untuk bangun pagi ke sekolah dan sebagainya.

Sedang kita lena enak dibuai mimpi, tiba-tiba kita dikejutkan dengan kasar atau perkataan yang menyakitkan telinga yang mendengar serta menyakitkan hati, sudah pasti hati berasa sangat marah. Apabila sudah dewasa dan berkeluarga, bagaimana pula kita mengejutkan anak-anak bangun dari tidur..?

Kadang-kala ibu berasa letih dan marah apabila anak yang dikejut berkali-kali tidak juga bangun dari tidurnya. Sudah digerakkan supaya bangun, tetapi masih juga mengalihkan tubuhnya ke posisi lain untuk menyambung tidurnya. Apabila dikejutkan sekali lagi, ia mendengus kerana marah diganggu.

Ibu dan bapa yang dirahmati Allah sekalian…,

Kejutlah anak kita dengan penuh kasih-sayang, bukan menjerit dan menggegarkan tubuh si anak dengan kasar.Ini akan membuatkan si anak bertambah malas untuk bangun daripada tidur akibat sikap ibu yang suka menjerit atau menggunakan kekerasan semasa mengejut si anak.

Biasanya kita menyuruh si anak segera bangun daripada tidur, sedangkan ada masanya anak mahu bermalas-malasan seketika sebelum bangun daripada tidur.

Sesungguhnya,kata-kata yang baik akan membuat si anak berasa bersemangat untuk bangun daripada tidur.
Jika si anak jenis yang liat bangun tidur, maka usahakanlah membelainya dengan kata-kata lembut dan mengusapnya. Dia akan merasa bahagia dan tahu dirinya disayangi .

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Ingat..!
jangan lupa baca doa bangun daripada tidur.
Jika tidak berjaya mengejutkan anak dengan belaian dan kata-kata lembut, cubalah gerakkan tangan dan kakinya seolah-olah sedang bersenam. Anak yang masih mengantuk juga akan cepat tersedar apabila ibu atau bapa mengejutkannya dengan cara membuat kelakar atau bergurau. Ketika masih mengantuk,dia mungkin akan ketawa apabila mendengar gurauan ibu bapanya , dan akan memulakan paginya dengan perasaan ceria dan bahagia.

Sebaliknya ,cara kekerasan seperti meleteri,merentap kain selimut dan menarik telinga si anak untuk mengejutkannya daripada tidur, hanya akan menyebabkan si anak merasa malas dan tertekan bangun daripada tidur.

Tidak kira samada anak tidur pada waktu pagi, tengahari atau malam, seharusnya ibu dan bapa menggunakan pendekatan baik untuk mengejutkan anak. Perkataan kasar atau kesat akan menyebabkan anak merasa jauh hatinya.

Jika cara kekerasan di gunakan dalam mengejutkan anak daripada tidur, bimbang ia akan merosakkan personaliti si anak. Emosi anak juga akan terganggu dan tidak menentu serta merasakan suatu seksaan untuk bangun daripada tidur setiap hari.

Tidak dinafikan, ada si anak yang mempunyai tabiat bangun pagi dengan merengek atau sering saja buat hal, Namun seharusnya kasih sayang dimanfaatkan bagi memujuk si kecil bangun daripada tidur.

Sumber: http://www.halaqah.net/
Komen :
InsyaAllah cuba untuk menjadi ibu yang terbaik buat anak - anak.. InsyaAllah..
Ummi sayang anak - anak ummi..