Follow Us @soratemplates

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Monday, April 10, 2017

6 Langkah Mudah untuk buat Gambar Pelangi @ Rainbow Photo

April 10, 2017 1 Comments
Assalamualaikum semua. Memandangkan ramai yang minta saya buat satu tutorial cara untuk siapkan Rainbow Photo tu, InSyaAllah harini saya tunaikan.
Gambar yang siap :)
Anda hanya ikut 6 langkah ini sahaja, inSyaAllah akan siap gambar seperti yang anda mahukan.


Langkah 1: Install 2 Apps ini
Langkah 1: Install 2 Apps ini – PicsArt dan Focus n Filters (untuk android download di sini, untuk iPhone muat turun di sini)

Langkah 2 : Buka apps Focus n Filters

 Langkah 2 : Buka apps Focus n Filters untuk buat latar belakang (background).


Masih di Langkah 2: Focus n Filters

Masih di Langkah 2: Focus n Filters
(i) Klik BG
(ii) Pilih BG seperti gambar di bawah
(iii) Save

Langkah 3: Buka PicsArt.
 Langkah 3: Buka PicsArt. Masukkan gambar anda dari gallery.

Masih di Langkah 3 : PicsArt.
Masih di Langkah 3 : PicsArt.
Masukkan gambar anda dari gallery
Klik Magic
Pilih Rainbow
Pilih Soft Light
Klik √ di bahagian atas


Masih di Langkah 3 : Pilih Save Private

Masih di Langkah 3 : Pilih Save Private


Masih di Langkah 3 : Di PicsArt, Klik back, Klik discard
 Masih di Langkah 3 : Di PicsArt, Klik back, Klik discard

Langkah 4: Masukkan Background.

Langkah 4: Masukkan Background. Masukkan gambar background yang telah di save tadi.

Klik Effects – Pilih Vibrant.
Langkah 4 : Masukkan Background. Untuk jadikan background jadi lebih cerah – Klik Effects – Pilih Vibrant.

Langkah 5 : Edit Photo.
 Langkah 5 : Edit Photo. Masukkan gambar anda yang telah di edit tadi.


Langkah 5: Edit Photo
Langkah 5: Edit Photo. Klik pemadam. Padam bahagian tepi-tepi gambar.




Save Private.
 Masih di Langkah 5 : Edit Photo. Save Private.

Buka semula Focus n Filters. Crop border.
Masih di Langkah 5 : Langkah  ke 5 yang terakhir. Buka semula Focus n Filters. Crop border. Klik crop kat bawah.


Langkah 6: Final step. Masukkan font.

Langkah 6: Final step. Masukkan font. Bagaimana ia jadi macam stroke tu, anda hanya masukkan tulisan yang sama dua kali. Anda hiaslah dengan masukkan symbol yang anda suka.
Anda perlu adjust intensity sebelum save supaya lingkaran hitam tu hilang. Bila dah puas hati, tekan save.
Okey. Siap.

 Semoga bermanfaat ye.

With Love,
Imah SulamKaseh Creative

Wednesday, September 18, 2013

Syarbat Gula, Afghan Girl Versi Kemaman :)

September 18, 2013 0 Comments
Kisah 'Afghan Girl' yang diceritakan oleh cikgu syamsul sebelum menutup tirai kelas Fotografi semalam amat menarik perhatian saya..
( Nampak sangatkan saya ni jenis yang tak suka membaca. Hihi...kisah yang cukup glamer macam ni pun xtau...aduii..
Tapi, nampaknya pelajar lain yang sekelas saya tu pun macam dua kali lima jek.. masing masing cam blur je waktu cikgu citer...
Jadi.... jangan salah kan saya je yang buta info... hihi.. ~ ni alasan membela diri ~ .. sila jangan amalkan ye...hee..)

Ok. Berbalik kepada kisah tadi..
Dalam fikiran ni asyik berlegar..yang mana kah tuan empunye gambar yang mencetus populariti di seluruh dunia itu..
Seaakan dapat bayangan..tetapi adakah benar dia?.. ceh konon.. :P

Terasa nak sangat kenal gadis misteri ini..
Bagaimana kah raut wajah nya ( yang mana dari penceritaan cikgu ), menggambarkan keseluruhan kehidupan nya..
Dan yang paling menarik perhatian apabila orang melihat gambar itu adalah 'matanya'...

 Dari sepasang mata itu, dapat menceritakan tentang keperitan, kepayahan dan konflik yang dihadapi nya.. emm...semakin menarik kisah ni..

Sewaktu cikgu duk bercerita tu, , sebenarnya hati ni melonjak nak search tentang kisah gadis misteri ni, tapi terbantut la plak..henpon kehabisan bateri....

Jadinya kami semua, termasuk lah saya...sekadar menjadi pendengar setia je.. :)
lagipun masa tu dah menunjukkan jam hampir 5.30ptg..masing masing dah gelisah nak balik..

Cikgu ada cakap, siapa yang berminat nak tau lebih lanjut, boleh je gugel cari gambar afghan girl ni.. pasti akan keluar banyak pautan yang akan menceritakan kisah ni.

Sebenarnya apa yang membuatkan cikgu Syamsul berminat nak berkongsi mengenai kisah ni apabila dia terpandangkan aisyah ( niqabis selain saya dalam kelas tu ).
Saya yang memakai baju hijau.
Di sebelah saya, Aisyah; Taman Islam Girl :)
Berkebetulan juga, aisyah pun mempunyai sepasang mata yang cantik dan menarik, mungkin itu yang membuatkan Cikgu Syamsul teringat nak bercerita mengenai kisah ni..
"Apabila saya lihat awak, teringat saya pada Syarbat Gula". Tersenyum cikgu sambil mengambil pen marker dan menuliskan nama Syarbat Gula ni di papan putih di hadapan kami..
"Siapa Syarbat Gula ni sebenarnya?"bertanya lagi cikgu kepada kami..
Namun masing2 tak berani nak meneka..
Dan ada juga yang macam saya, memang tak tahu...huhu..

Cikgu mula bercerita...yang mana potret Syarbat Gula ini lah yang telah menaikkan nama Steve McCurry ke persada antarabangsa..
( asalnya saya ingatkan McCurry ni adalah photographer sepenuh masa..rupanya beliau adalah seorang wartawan terkenal yang telah menyelami kehidupan bersama dengan pelarian Afghanistan yang telah melarikan diri ke Pakistan ~ maklumat ni saya dapat selepas menggunakan khidmat macik gugel.. .hehe.. )
Dan sedikit maklumat tambahan yang saya kutip dari wikipedia tentang Gula ni..
"Sharbat Gula (Pashto: شربت ګله‎) (pronounced [ˈʃaɾbat]) (born ca. 1972) is an Afghan woman who was the subject of a famous photograph by journalist Steve McCurry. Gula was living as a refugee in Pakistan during the time of the Soviet occupation of Afghanistan when she was photographed. The image brought her recognition when it was featured on the cover of the June 1985 issue of National Geographic Magazine at a time when she was approximately 12 years old. Gula was known throughout the world simply as "the Afghan Girl" until she was formally identified in early 2002. The photograph has been likened to Leonardo da Vinci's painting of the Mona Lisa[1][2] and is sometimes popularly referred to as "the Afghan Mona Lisa".[3]"
~ terjemahan yang saya edit sedikit..
Sharbat Gula (Pashto: شربت ګله) (disebut [ʃaɾbat]) (lahir sekitar tahun 1972.) Adalah seorang wanita Afghanistan yang menjadi subjek gambar oleh wartawan terkenal Steve McCurry.
Gula telah hidup sebagai pelarian di Pakistan semasa pendudukan Soviet di Afghanistan sewaktu gambar ni di ambil.
Imej yang dibawa pengiktirafan itu apabila ia telah dipaparkan di penutup Jun 1985 isu National Geographic Magazine yang mana pada ketika dia berumur kira-kira 12 tahun.
Gula telah terkenal di seluruh dunia sebagai "Afghan Girl" sehinggalah dia telah dikenal pasti secara rasmi pada awal tahun 2002.
Gambar yang telah disamakan dengan lukisan Leonardo da Vinci Mona Lisa [1] [2] ini juga terkenal dengan jolokan "Afghan Mona Lisa". [3] ~


Menyambung cerita dari cikgu tadi..
Sememangnya nasib McCurry amat bertuah !!. Hanya berbekalkan sekeping gambar, sepasang mata Gula itu mampu meragut perasaan sesiapa yang melihatnya..

McCurry sendiri tidak menyangka..dengan sekeping gambar yang di namakan dengan 'Afghan Girl' itu telah melonjakkan dirinya bukan sahaja dalam bidang kewartawanan, malah photography.. sekaligus memberi pulangan yang amat lumayan kepadanya..

Sesiapa yang memandang kepada potret Gula itu pasti akan terpegun. Bukan kerana kecantikan, tetapi kerana 'rahsia' kehidupan yang terselindung di sebalik sepasang matanya yang sangat unik itu..
McCurry menjadi terkenal dan di jemput ke merata dunia berbekal kan pengalaman nya sebagai wartawan di negara itu..

Kisah konflik dari sepasang mata itu berjaya menjadi bualan dunia..sedangkan 'tuannya' tidak tahu menahu tentang ini..heee..

Cikgu menyambung, selama berbelas tahun juga usaha untuk mencari kembali pemilik sepasang mata unik ni..  timbul dari keinginan McCurry untuk menyatakan terima kasih nya dia kepada pemilik asal raut wajah yang dikenali di seluruh dunia itu..
Alahai, bayang kan lah kesukaran nya itu.. yelah, bukannya McCurry tu tau nama gadis tu, kerana dia main snap je..dan tambah pulak..dah berbelas tahun tuu..

Cikgu menambah.
Proses pencarian semula pemilik sepasang mata unik itu telah mendapat liputan meluas. Dan, ianya telah menjadi projek komisel kepada semua pihak..

 Hehe.. bila fikir fikir, seaakan cerita Cinderella pun ada.. cuma Cinderella tu misteri mencari pemilik tuan kasut, manakala yang ini pemilik sepasang mata.. :)

Semua pihak yang terlibat telah ke penempatan Gula ni semula untuk mencari 'Cinderella' itu...
Bukan kerja mudah. Sehinggakan terpaksa di buat scan mata seorang demi seorang untuk mendapat sepasang mata yang sepadan dengan gambar asal.

Di pendekkan cerita, akhirnya mereka yang telah berusaha ini telah berjaya menemui Gula ni. Akan tetapi dia dah berumur dan dah pun berkahwin dan mempunyai anak dah..hehe
( proses nak memujuk dia untuk membuka niqab nya untuk tujuan pengesahan juga ambil masa..

 Yelah.. selepas pertama kali di ambil gambar 17tahun yang lalu, ~ waktu tu gadis lagi..~ ini lah kali kedua dia berdepan dengan kamera..

 Jika pun bukan kerana kamera, tetapi atas dasar prinsip.. bila dah berniqab, pastu sekadar nak membuka nya hanya untuk saje2 tu susah jugak..sedangkan waktu makan pun kita tutup...
Tapi, selepas di pujuk..Gula setuju juga akhirnya untuk membuka niqabnya.. dan, terhasil nya gambar kedua ini..)
Alhamdulillah pencarian yang berjaya! :)

Bagi membalas jasa Gula ni, McCurry menawarkan apa sahaja yang di minta oleh Gula akan ditunaikan..
Maka dengan itu, Gula telah meminta untuk di hantarkan untuk menunaikan haji ke Tanah Haram..
Nampak seperti tak padan dengan keuntungan yang McCurry tu dapat, maka bukan sekadar Gula sahaja yang dapat menunaikan Haji...malah seluruh kampung tu !!.. hehe

Alhamdulillah. Permintaan yang diberkati.. Syukur. .

Betul lah...setiap apa yang berlaku di dunia ni.. pasti ada hikmah di sebalik nya..
Allah Maha Berkuasa...

 Dia Mampu untuk menaikkan atau menjatuhkan sesiapa yang Dia ingini, dengan sekelip mata sahaja..
Moga Allah merahmati dan memberkati seluruh umat Islam di seluruh dunia..
In syaa Allah. . Aameen.


Gambar sebelah kiri : Gula di usia 12 tahun
Gambar Kanan : Selepas 17tahun kemudian

~ Info tambahan :
Saya telah berjaya menghadirkan diri ke Kelas Fotografi dan Videografi yang di anjurkan oleh Empoyer Kemaman. Semua nya free. Terdapat 16 slot kelas, setiap sabtu jam 2 - 5 petang.

2 orang guru yang mengendalikan kelas ini, iaitu Cikgu Syamsul dan Cikgu Sawlihim.
Cikgu Syamsul yang banyak mengendalikan kelas, dan Cikgu Sawlihim more to technical. Apapun, dua dua nya sifuu..

Moga berkat ilmu yang sifuu curahkan buat kami... In Syaa Allah..


Moga Bermanfaat
~ SulamKaseh 140913 ~

Sunday, October 17, 2010

Sokongan kuat isteri antara pendorong kejayaan Maher Zain

October 17, 2010 0 Comments
Artikel ni, ummi dapat dari blog kegemaran ummi, iaitu Keluargaku Sayang yang telah banyak memberikan input - input berguna sebagai panduan hidup ini. InsyaAllah. Semoga anda juga sudi2 kan berkunjung ke laman webnya juga bagi mendapatkan pelbagai maklumat yang sangat bermanfaat untuk semua.

Kali ini, ummi sangat tertarik untuk 'menyimpan' cerita yang di petik oleh kak chik dari harian metro baru - baru ini. Suka untuk menyimpannya kerana ia melambangkan suatu penghargaan yang sangat besar buat insan yang bergelar isteri. Ini kerana dengan sokongan dan dorongan yang kuat dari isteri lah, antara penyebab Maher Zain dapat berjaya sehingga ke hari ini.

Walaupun tidak didedahkan dan dipublisitikan siapakah isteri nya, namun ummi percaya isterinya sangat berbangga dengan apa yang telah di capai oleh suami nya itu dan, bagi ummi, mendoakan semoga kehidupan mereka akan berkekalan hingga ke Syurga..

Alhamdulillah, selain dari lagu yang di nyanyikan oleh Sami Yusof, lagu dendangan Maher Zain adalah antara lagu pilihan yang menjadi halwa telinga kami sekeluarga. InsyaAllah, moga Allah pandu jalan yang baik kepada kami, dan akan mendekatkan lagi kami kepadaNya Yang Esa sewaktu mendengar lagu - lagu mereka. InsyaAllah.

Buat Aisyah ( isteri Maher Zain ), didoakan juga moga dia akan tabah dan sabar dalam menghadapi segala ujian Allah. InsyaAllah..

Sokongan kuat isteri
Oleh MURSHID EUNOS
murshid@hmetro.com.my
2010/10/16

Pun begitu, penyanyi kelahiran Lubnan ini kemas mengunci bibirnya, enggan bercerita lanjut soal peribadi. Maher menolak dengan penuh hemah dan berbudi bahasa.

Bisik salah seorang teman yang mengiringinya, nama wanita bertuah yang sudah lebih setahun disunting menjadi permaisurinya itu adalah Aisyah dan usianya 21 tahun. Nama yang sama ditanyakan kepada Maher, senyumnya meleret, terdiam seketika menyusun bicara.

“Jujurnya, saya tidak mahu mengheret soal peribadi dan keluarga dalam lapangan kerjaya yang semakin menunjukkan peningkatan seperti sekarang. Saya akui yang sudah berkahwin dengan seorang wanita yang benar-benar memahami diri saya pada Jun tahun lalu dan sehingga kini perkahwinan kami diulit bahagia.

“Dia (isteri) memang inspirasi kepada perjalanan diri seorang lelaki pada saya. Bukan saja menjadi peminat setia dan sahabat baik yang tidak jemu mendengar cerita manis dan pahit, malah dia juga penyokong utama yang sentiasa memastikan kerjaya saya tidak terhenti separuh jalan. Sejak awal lagi, dia mengetahui minat dan perjuangan yang ingin saya lakukan.

“Saya berharap agar pihak media dan peminat menghormati pendirian ini untuk tidak mendedahkan identiti keluarga. Biarlah kerjaya nyanyian yang ditonjolkan bukannya soal peribadi. Malah, isteri dan keluarga saya juga tidak mahu jika publisiti tempias kepada mereka,” kata anak kedua daripada lima beradik ini dengan intonasi rendah dirinya.

Hampir dua minggu Maher di Kuala Lumpur mempromosi album sulungnya, Thank You Allah sempat berkongsi pengalaman yang pernah terpalit dalam diari hidupnya. Selain menggegarkan Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam malam Khamis dan Jumaat lalu dengan persembahan istimewanya di hadapan lebih 1,000 penonton, Maher juga hadir bagi menyampaikan dakwah melalui melodinya.

Meskipun masih hijau di pentas nyanyian antarabangsa, namun konsepnya yang berbeza dengan elemen muzik yang menjurus ke arah balada ketuhanan ini jelas menggambarkan sebuah fenomena baru kepada peminat muzik dunia.

SELEBRITI enggan terlepas peluang dalam membuat liputan ke atas usahanya dalam menyebarkan keagungan Islam menerusi nyanyian meskipun cerita mengenai Maher sudah banyak dipaparkan. Setidak-tidaknya, dakwah serta niat murninya itu diperluaskan lagi.

“Album ini satu usaha yang mungkin dapat saya lakukan bagi menebus dosa lama selain menyebarkan agama menerusi bakat yang ada. Mungkin ini yang mampu saya lakukan dan saya percaya, setiap insan itu punya kelebihan masing-masing. Setakat ini usaha ini berkesan dan saya cukup berpuas hati maklum balasnya.

“Saya adalah wajah Islam dan menjadi satu tanggungjawab saya untuk terus mengagungkan dalam apa saja cara sekalipun. Saya bersama beberapa tenaga kreatif yang menerbitkan album ini bersungguh-sungguh memperkenalkan karektor terbaik dalam Islam.

“Saya perangi kezaliman yang berlaku terhadap saudara Islam lain dan pastinya saya cintai kedamaian untuk agama sejagat. Saya tidak mahu melihat umat Islam terus ditindas dan mustahil untuk saya terus ke depan dan berperang hingga pertumpahan darah. Justeru, perjuangan yang mungkin mampu saya lakukan adalah secara halus seperti ini. Alhamdulillah ia berkesan.

“Bayangkanlah, setiap lagu saya yang sarat menceritakan kebesaran Islam ini mampu menarik perhatian peminat bukan Islam hingga mereka menitiskan air mata kerana kagum dengan keindahannya. Mereka mungkin tidak memahaminya, namun setidak-tidaknya, keharmonian dalam Islam itu berjaya memancing perhatian mereka,” katanya yang sempat mengajak peminat bagi mengunjungi laman sosialnya di facebook.com/maherzain.

Sejauh mana kita tersasar daripada landasan kebenaran, itu tidak bermakna perjalanan seterusnya kekal gelap. Sesungguhnya, detik itu akan mengajar dan memberi ruang yang lebih luas untuk menoleh pada kesilapan lalu kepada mereka yang tergelincir. Untungnya mereka yang diberi peluang kedua.

Tidak sekali merasa janggal dan malu, Maher mengakui dirinya bertuah selepas berjaya bangkit daripada zaman hapak bertahun-tahun lamanya. Malah, pengalaman itu digumpal kemas menjadi semangat baru. Inilah peluang kedua buatnya.

Mungkin darah muda dan segala ujian yang datang ketika menimba rezeki dan pengalaman di kota New York menggoncang imannya. Namun berkali-kali Maher yang popular menerusi lagu Insha Allah ini memanjat syukur diberi kesedaran oleh Allah.

“Itu semua ketentuan dan satu suratan. Siapa saya untuk menolaknya. Namun alhamdulillah saya tidak terus hanyut dengan dugaan itu sebaliknya lekas sedar untuk kembali ke jalan yang benar. Saya terlalu taksub dengan keseronokan dunia serta rezeki yang tidak pernah putus ketika itu hingga jujurnya, saya lupa dengan Tuhan. Malah saya akui, kira-kira tujuh tahun lalu, saya tidak mampu melawan tekanan yang bersarang dalam jiwa. Saya lupa dan terus lupa segala-galanya soal kewajipan.

Ketika di Sweden saya bertemu teman-teman yang membawa saya ke sebuah masjid dan saya merasakan satu jawapan yang selama ini dicari-cari. Ibarat teka-teki yang terjawab. Saya mula sedar akan kealpaan selama ini,” katanya.

Thank You Allah dipasarkan seluruh dunia pada Oktober tahun lalu dan memasuki pasaran tempatan kira-kira empat bulan lalu.

Pengalaman sebagai penerbit muzik di New York menambah keyakinan lelaki berusia 29 tahun ini untuk merakamkan album yang mewakili jiwanya. Jelas Maher, darah seni itu sudah lama tersembunyi dalam jiwanya kerana sejak kecil, dia sudah terbiasa melihat ayahnya menyanyi serta mengadakan persembahan.

“Ayah juga seorang penyanyi di Lubnan dan sejak kecil, saya sudah dikelilingi dengan muzik dan melodi. Alhamdulillah bakat dan minat itu datang seiring menguatkan lagi rasa percaya untuk terus memperjuangkan apa yang diimpikan. Pengalaman di New York juga membuka ruang yang lebih luas buat saya mencipta karya sendiri.

“Thank You Allah adalah satu terjemahan daripada apa yang sudah lama terpendam dalam hati. Memang jujurnya keinginan untuk berbicara melalui nyanyian sudah lama saya fikirkan, cuma langkah itu tidak pernah bermula hingga insiden yang benar-benar membuka perspektif baru dalam diri saya.

“Justeru, album sulung ini bukan sembarangan karya sebaliknya ia benar-benar dekat dengan diri saya,” katanya yang sempat bercuti ke Langkawi.

Pinta graduan Kejuruteraan Aeronikal sebuah universiti di Sweden ini agar meneliti albumnya dengan mata hati. Thank You Allah memberi satu dimensi baru dalam industri rakaman seni suara. Bukan saja konsep, malah Maher menyuntik kejujuran jiwanya.

“Inspirasi dalam penciptaan melodi serta lirik hanya berpaksi pada pengalaman dan rasa hati semata-mata. Tidak pernah saya memandang mana-mana penyanyi sedia ada atau ikon untuk dijadikan rujukan. Sebaliknya, kesemua 14 lagu dalam album ini punya cerita sendiri.

“Insha Allah umpamanya menceritakan perhitungan dan kebarangkalian yang mungkin berlaku dalam diri seseorang jika terus bertawakal dengan ketentuan. Memeluk Islam dan mengenali keindahannya membuatkan ada kalanya perasaan sayu

itu wujud kerana memikirkan soal kebesarannya. Saya berhasrat agar ada yang tersentuh setiap kali menghayati lagu ini,” katanya yang meneruskan penjelajahan dakwahnya ke lima bandar utama di Amerika Syarikat sebelum ke Dubai, Jerman dan Sarajevo bermula bulan depan.