Follow Us @soratemplates

Showing posts with label Kisah Maher. Show all posts
Showing posts with label Kisah Maher. Show all posts

Tuesday, July 10, 2012

My Imam Maher ^_^

July 10, 2012 1 Comments
Kenal tak saya? hihi..
Ini lah wajah saya selepas di potong rambut.. ^_^
~ konon Maher cakap la ni.. :) ~
Bagi ummi, rasa macam berbeza sangat muka maher sebelum dan selepas di potong rambut.. :)
Awal tu, memang nak potong sikit je rambut dia.. mungkin ada miss communication dengan tukang gunting tu, jadi lah macam ni..

Takpelah.. mak tok kata, macam orang baru balik dari umrah.. :)
suatu statement yang cukup menenangkan ummi.. moga ianya suatu doa, agar kami dapat membawa anak2 ke Haramain suatu hari nanti.. InsyaAllah..
Dan, kalau ada rezeki, dapat ketemukan Imam Maher kami, dengan Syeikh Maher yang menjadi Imam Besar Masjidil Haram tu.. Aameen.. Moga di permudahkan.. InsyaAllah..

Tak pe.. rambut yang di potong, ia akan tumbuh kembali.. cuma, cepat dengan lambat je..
Apapun, mari kita tengok reaksi si kecik ni sewaktu melalui pengalaman pertamanya bo'jeng .. ceria lagi la awal2 tu.. :D

Excited dapat duduk di kerusi yang tinggi tu.. masih ceria dan bergurau dengan abang muadz..

Abah assist maher..
yang si kecik tu, masih xpaham apa yg org nak buat kat dia tu :P


Peminat tegar air vitagen.. :)


Ok.. episod bermula.. :)
Awal tu, cuba la pakaikan kain alas tu ke badan dia.. tapi, xsempat seminit pun.. terus menangis tak nak di tutup dengan kain tu..


Botak dah separuh.. :(
Akhirnya, terpaksa abah yang duduk di kerusi, dan tolong pegangkan dia.. hihi.. Maher.. Maher..

waaa....
Huhu.. ni part yang paling tragis.. siap meraung lagi dia, tak nak orang kacau kepala dia... cian nye sayang ummi.. ;(
Tapi, kejap je nangis pun.. bila dah siap tu, ok semula la dia..
Cuma, lepas tu dia macam tak cam diri dia sendiri.. malu2 nak tengok cermin, dan bila orang usik dia kepala botak, dia akan sembunyi la.. malu kut.. ^_^

Ringan kepala saya sekarang, dan no gegirl lagi.. hihi..
~ Maher ~
~ 08 Julai 2012 ~

Wednesday, May 9, 2012

Maher ber'posing' di Putrajaya

May 09, 2012 0 Comments
Kali ni, jauh sikit tempat penggambaran Maher.. :)

Sebenarnya, ni adalah kali pertama kami membawa nya ke Putrajaya.. begitu juga dengan Abang Muadz..
Seingat - ingat ummi, paling last kami ke sana, semasa along berumur 3 tahun.. kecik lagi along time tu..
Tapi, sekarang ni along dah masuk darjah 3, dan 25 mei ni, genap lah usia along 9 tahun.. emm.. cepat masa berlalu kan?.. :) tup2.. dah 6 tahun kami tak menjengah ke sana.. tapi, tak banyak perubahan nampak nya.. cuma, bangunan kerajaan yang semakin bertambah..

( bila terpandang bangunan2 kerajaan ni.. terimbau la kisah lama.. )
emm.. Kalau ummi terima tawaran kerja sebagai Pegawai Sistem Maklumat 2004 dulu, means.. di sini lah tempat kerja ummi sekarang kan?.... hihi.. ( tp, tu citer lama.. malas nak citer lah.. dah bersyukur sangat dah dengan apa yang Allah rezeki kan sekarang.. ).. dah!. cukup2..

Okla.. xmau sembang panjang.. just nak share gambar si kecik yang sempat berposing di masjid Putra, Putrajaya ni.. :) suka sangat tengok dia membesar.. isy.. geram!..

Awang sengeh.. :D
Seronok di agah along..

Saya dah boleh merangkak.. :)
Jalan je belum.. :)
hihi.. nampak gigi yang dah nak cukup 7 batang, atas bawah


Posing lagi..
cak!.. :D
Sempat juga bergambar dengan along sayang.. :)

Selebihnya, nak gigit along.. :D

Tersenyum sendiri melihat gelagat dia.. ( dalam hati.. Ya Allah, aku bersyukur dengan segala nikmat yang Engkau berikan padaku ini.. dari tiada, Engkau adakan.. seorang anak. Sebagai pelengkap hidup kami.. Moga Engkau janganlah leka kan kami dengan nikmat yang Engkau berikan ini, dan dekat kan lah kami padaMu dengan kehadiran mereka.. dan, semoga dapat kami didik dan asuh mereka dengan ilmu dan agama yang secukup nya bagi mereka menempuh segala liku kehidupan di dunia ini Ya Allah..
Jauh kan lah mereka dari segala fitnah akhir zaman, dan jadikan lah kami di kalangan hambaMu yang beruntung.. )
Ameen Ya Allah.. Ameen Ya Rahman.. Ameen Ya Rahimm..

Ummi sayang kamu kerana Allah. InsyaAllah..

Wednesday, May 2, 2012

Maher bermesra dengan alam

May 02, 2012 0 Comments

Sejak Maher di jaga Moktok, ini kali pertama dia di beri kebebasan untuk turun ke rumput di halaman rumah moktok. Setia menemani, along, Abang Muadz dan mokdek yang 'mulut banyak' tu.. hehe


"Adik cuba pegang ni.. "
Yang kat belakang tu kira nak posing je.. :)

"Adik nak tau.., ni lah daun pokok mangga"
"Ok.. along bagi adik pegang satu ye.."
"Abang.. jangan la kacau yang adik punye.."
Tengok tu, nak cuba rasa la pulak daun tu.. :)

"ok.. line clear.. dah boleh masuk mulut sekarang.. :)"
Ni dorang punya kerja la ni.. penuh bunga kat badan adik.. hehe.. Ingat adik gegirl ke... 

nampak dua batang gigi.. :)

"yey.. harini saya bebas bermain dengan alam.."
Abang suka nyakat adik...

"emphh.. hiraukan orang la.. asal dapat masuk mulut, jadilah.."
Bila dah puas kenakan adik, naik beskal pulak.. macam ni lah, melayan anak - anak bermain..
Seronok tengok mereka ceria.. moga mereka dapat membesar dengan cergas, dan dapat menimba ilmu dengan sebaik mungkin..
Suatu hari nanti, akan menjadi orang yang berjaya dalam hidup, bahagia dunia dan akhirat.. Ameen..

kak imah.. ambil la gambar adik ni.. ~ mok dek
p/s : dan, bagi tidak menghampakan hasrat si budak yang bermulut becok ala2 makcik endon ni.. maka, di masukkan lah juga gambar dia.. :)


Nanti kak imah masukkan gambar adik dalam fesbuk deh hehe ~ mok dek..

Sunday, July 31, 2011

Senyuman Maher pembakar semangat ummi!

July 31, 2011 1 Comments
Minggu ni, ummi dah kena start keja semula selepas 2 bulan bercuti.. sedih sangat bila teringat nak kena tinggalkan budak kecik yang montel ni.. :(

Namun, semua nya terubat apabila melihat senyuman nya ini.. Maher sayang ummi.. :) Dikau pembakar semangat ummi untuk bekerja semula.. :D


Sunday, July 3, 2011

Thursday, June 23, 2011

Welcome home, bb Maher.. :)

June 23, 2011 2 Comments
Catatan bertarikh 1hb Jun 2011

Selepas 3 malam terpaksa bermalam di KMC, maka harini kami sudah dapat balik umah.. yey!.. kali ni, kami akan balik bersama si kecil ni.. :)
 


situasi nya sudah berbeza bb..
sebelum ni, bb berada di 'dalam'.. tapi, sekarang sudah berada di 'luar' tau.. :)

 
Setelah di periksa oleh Dr Yeoh (pakar kanak - kanak), kami di maklumkan bb sihat dan sudah boleh di bawa pulang dan di minta untuk kembali sebulan selepas ini untuk pemeriksaan selanjutnya.

Menunggu urusan bil bagi kesemua kos perubatan, mengambil masa yang agak lama. Sekira - kiranya, waktu tengahari juga untuk selesaikan semua proses. Sempat juga ummi di hidangkan dengan makanan untuk orang bersalin ni..

emm.. perut tengah lapar, sedap jugak la makanan ni.. berselera je makan.. nyum2.
 .

nampak cam best je..
ikan tenggiri panggang, nasi putih, sayur, lada hitam, epal dan air
inilah menu yang akan ummi hadap untuk 60hari seterusnya..
makan lah sementara berselera kan.. hihi..


Setelah siap semua urusan bil - bil, abah kembali ke wad untuk solat sebelum kami bertolak pulang. Kali ni, kos perubatan agak tinggi berbanding abang Muadz dulu. Mencecah 4k jugak la.. Berbeza dengan yang sebelumnya. Ini kerana ubat induce yang terpaksa ummi ambil sebanyak 2 kali, dan juga procedure lain yang perlu di lakukan oleh Dr, serta bayaran untuk bilik yang kami inap sepanjang berada di sana. Semua itu melibatkan kos. Nasib baik semuanya di tanggung oleh syarikat abah, kalau tak banyak jugak yang perlu kami belanjakan..Syukur. Terima kasih di atas kemudahan yang diberikan. :) terima kasih daun keladi.. hee :D

Sebelum pulang, sempat kami tangkap gambar bersama seorang yang banyak berjasa kepada kami.. :)
Setelah di edit, maka terhasil lah gambar ini.. :D



Dr Suriati, jasamu sentiasa kami kenang..
Semoga hidup Dr Su akan sentiasa di berkati dan di rahmatiNya. Ameen


Ok bb.. sekarang masa untuk kita pulang..
Abang Muadz dan Along sudah tak sabar menunggu bb balik.
Welcome home, bb Maher!!.. :)

Tuesday, June 21, 2011

Ahmad Maher Zafry.. kelahiranmu kami syukuri..

June 21, 2011 4 Comments
Mencuri waktu berpantang jap

Alhamdulillah, harini dah pun masuk hari yang ke 21 ummi berpantang dan sama jugak la sudah umur bb Maher.. Syukur ke hadratNya di atas kesihatan yang diberikan Nya..

Sengaja mengambil masa berpantang sekejap untuk update blog semasa kenangan itu masih segar lagi dalam ingatan.. yela, bila dah lama tinggal.. akan makin berkarat ingatan dan sudah lupa apa yang nak di kenang.. :)

Kali ni, ummi ingin bercerita tentang detik kelahiran baby Maher, yang pada ummi.. adalah proses kelahiran paling senang berbanding 2 orang anak yang terdahulu, iaitu Along dan abang Muadz.. Syukur, berkat doa  Abang, mek, mak, pak dan semua yang sudi mendoakan ummi.. Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa semua, dan ummi sentiasa mengharapkan semoga kalian juga akan sentiasa di berkati Nya.. Ameen..


Imbas kembali..
Segalanya bermula di sini...


Ummi masih ingat lagi, petang Ahad tu ummi sibuk dok ber message dengan sahabat baik ummi kat usm dulu iaitu Siti Sarah. Memang dah lama kami tak jumpa.. contact pun sesekali je, sebab masing - masing sibuk. Tetiba je petang tu dia message ummi. Rindu la tu.. hehe.. biasala, dah lama sangat tak jumpa, sesekali teringat jugak. Dia bagitau yang dia termimpi jumpa ummi..tu yang dia sms pada ummi, sambil bertanyakan keadaan ummi yang sedang sarat sekarang.. seronok sangat dok berbalas message dengan dia, sehinggalah tiba waktu maghrib.

Masa nak ke bilik air untuk mengambil air sembahyang tulah, ummi perasan seaakan ada tanda - tanda seperti ummi mengalami ketuban air. Sebenarnya ummi tak biasa dengan tanda seperti ni, kerana bersalin 2 kali sebelum ini, kedua - duanya mentuban darah.

Walaupun agak cemas dengan keadaan ummi yang pertama kali mengalami pengalaman sebegini, namun cuba untuk tidak terlalu panik dengan apa yang di hadapi... (tu pun sebab tak sakit.. :D) Jadi, lepas ambil air sembahyang tu, barulah ummi call abah dan bagitau apa yang ummi alami. Abah yang dalam perjalanan dari pejabat, meminta ummi untuk solat dan terus berkemas selepas solat. Dia akan membawa ummi ke Kuantan Medical Centre (KMC) pada malam tu jugak. Along dan Abang Muadz, akan kami tinggalkan di rumah Mak Tok.


Kandungan berusia 38 Minggu

Masuk minggu ini, kandungan ummi baru sahaja mencecah 38 minggu. Sedari kandungan sudahpun matang,  tu yang menyebabkan kami bergegas juga ke KMC walaupun ummi masih belum sakit dan alami apa - apa kontraksi.

Jadi, perjalanan kami ke Kuantan pada malam itu agak santai dan tidak terlalu terdesak walaupun ianya mengambil masa sejam untuk sampai sana. Kalau ikutkan abah, nak je dia pecut untuk sampai ke sana. Takut tak sempat, katanya.. :) hehe.. lucu juga, sebab dia siap berkira - kira, jalan mana yang patut kami ambil untuk lebih cepat sampai sana.. sedangkan dalam masa yang sama, ummi ni takde lah sakit mana pun .. kekadang rasa malu pada diri sendiri.. yelah, bayangkan kita tak sakit, tapi orang layan seaakan kita ni sakit sangat.. hee.. tu menunjukkan keprihatinan abah pada ummi.. ummi akan tetap hargai nya.. :)



Hari Pertama, bermalam di wad


Sampai ke Kmc, kami terus di bawa ke bilik untuk pemeriksaan yang lebih lanjut. Kat sini, sekali lagi kami berjumpa dengan orang yang sama sewaktu proses kelahiran Abang Muadz, 5 tahun yang lalu iaitu Sister Lecthumi.. banyak jasanya sepanjang bekerja di kmc.. :)
Dia yang membuat pemeriksaan melalui sensor elektronik kepada ummi samada ummi sudah ada tanda contraction atau pun tak.

Selepas 20 minit berlalu, nampak nya memang ummi masih tidak mengalami kontraksi. Namun, atas nasihat doktor, kami perlu juga bermalam di wad pada malam itu kerana memandangkan ummi sudah keluar tanda.

Menurut kata Dr Su, sekiranya tanda itu adalah darah ataupun lendir, maka dia berani melepaskan ummi pulang pada malam tu. Namun, di sebabkan ianya adalah tanda ketuban air, maka dia risau akan ada jangkitan kuman pada bayi sekiranya ianya di tangguhkan.

Oleh itu, sekiranya ummi tidak juga merasa sakit pada esok hari, maka besar kemungkinan ummi akan di induce. Pada malam itu, terpaksa lah kami bermalam di wad.. dan, malam pertama berada di kmc ini jugala ummi tak dapat nak lelap. Bukan kerana sakit, tetapi risau dok fikir, bila la rasa sakit tu akan tiba, dan sebenarnya... dah lupa bagaimana rasa sakit nak bersalin.. hehe..



Hari ke-2, masih tidak sakit

Ini lah masalah yang ummi hadapi, iaitu tidak merasa sakit langsung. Apabila Dr Su datang, dia menasihatkan ummi untuk mengambil ubat induce supaya akan ada contraction. Ummi pun, setuju dengan keputusan tu memandangkan agak jemu juga menunggu sesuatu yang tidak pasti.. :D


Ummi yang masih dapat bersantai di bilik 221.. :)
Walaupun agak sempit, tetapi lengkap dengan astro..
(tp xberminat pun nak tengok..)

Siap dapat merakamkan keadaan sewaktu awal pagi di hadapan kmc, yang masih lengang..


Parking lot pun masih kosong..
burung - burung mencari rezeki di pagi hari

Dari jauh nampak tersergam 2 menara Hotel Zenith..
dan langit yang membiru ..


Keadaan ummi yang masih sama, tidak sakit..
walaupun tengahari menjengah.

Hidangan untuk 'orang sakit' yang tidak sakit..

Hidangan malam pula datang, tapi ummi masih dalam keadaan yang sama..


Induce ke-2 pada malam kedua

Di sebabkan ummi masih tidak sakit selepas di berikan suntikan induce yang pertama, maka pada malam kedua tu, ummi di berikan sekali lagi induce. Telefon ummi, mahupun abah sibuk dok berdering datang dari keluarga yang bertanya kan keadaan ummi yang masih tidak bersalin.

Sebelum ini, risau takut sakit.. tapi, kali ini.. sampai ummi terlintas di hati, Ya Allah, berilah aku rasa sakit supaya dapat mempercepatkan proses kelahiran.. sampai gitu sekali, kerana rasa jemu dah menunggu.

Untuk suntikan kedua ni, ummi sudah ada sedikit kontraksi. Tetapi, mengikut bacaan sensor elektronik, tahap yang paling tinggi pun, bacaan nya hanyalah mencecah 41. Malam ini, ummi tidak dapat lena juga kerana masih berdebar - debar bagaimana rasa sakit yang amat, kerana sakit kali ini masih boleh dikatakan hanyalah sakit main - main.. InsyaAllah masih boleh bertahan..


Hari ke-3, detik kelahiran bb Maher

Hari ini, adalah hari yang di tunggu - tunggu.. :)
Tepat jam 10.30 pagi, Dr Su datang ke bilik, dan bertanya kan keadaan ummi.. selepas melihat kepada carta bacaan sensor elektronik tu, dia menyatakan yang ummi sudah ada tanda kontraksi, namun tak tinggi. Jadi, dia menyuruh ummi terus ke bilik bersalin dan drip hormon akan di berikan kepada ummi supaya kontraksi akan menjadi lebih cepat dan efektif.

Semasa dalam bilik bersalin tu, abah baru teringat yang kami masih takde air zam - zam dan buah kurma untuk di berikan kepada bayi kami yang akan lahir nanti. Memandangkan keadaan ummi yang masih stabil, abah meminta kebenaran ummi untuk keluar mencari nya di kedai berhampiran.

Pada masa tu, ummi masih dapat bertahan.. jadi ummi benarkan lah abah keluar untuk sementara waktu, namun tetap harapkan abah akan segera kembali...  ( risau juga kalau takde supporter ni.. )
di bilik bersalin ni pun ada juga astro, tetapi ummi memilih untuk bertemankan alunan bacaan Al - Quran daripada Syed Al Ghamidi yang di pasang dari handphone ummi. Dari mula -mula masuk wad, ummi memasangnya tanpa henti.. mengharapkan ianya akan lebih menenangkan situasi ummi ketika itu..

Lebih kurang jam 12.45 tengahari, Dr Su datang sekali lagi dan meminta izin untuk memecahkan mentuban bagi mempercepatkan proses kelahiran. Mujurlah abah sudah kembali semasa Dr Su membuat keputusan tu.

Sepanjang 3 jam selepas itu, sempat juga abah membaca Surah - surah penting sebagai doa pemudah cara untuk ummi bersalin sambil menggosok belakang ummi yang sakit.. ( kali ini, memang betul - betul sakit.. takde main - main dah.. ) hehe.. dan, sakit inilah yang ummi anggapkan sebagai penghapus dosa - dosa ummi selama ini.. moga di perkenankan.. Ameen..
( namun, risau juga.. adakah Allah memendekkan masa sakit, maka kafarah dosa kita juga akan semakin sikit? ) Moga - moga tidak.. InsyaAllah..

Moga moga juga, keadaan ummi yang tidak perlu menunggu masa yang lama untuk proses kelahiran adalah kerana berkat doa semua.. InsyaAllah..

Dan, tepat jam 2.52, maka kedengaran lah suara budak ini di muka bumi Allah ini.. dan, lafaz syukur yang tidak terhingga sejurus mendengar tangisan itu.. Syukur Ya Allah.. Alhamdulillah.. semuanya selamat..
Abah mengucapkan ucapan syahadah ke telinganya sebaik sahaja di letakkan ke atas dada ummi, dan selepas itu di bawa oleh nurse untuk di bersihkan.

Keadaan bb semasa di bersihkan oleh nurse.. mengangis kuat time ni.. :)
di bersihkan oleh nurse
Selepas di azankan oleh abah, dan di bawa ke bilik ummi.. :)

Muka bengkak lagi time ni


Tahniah !

Tarikh lahir : 31 Mei 2011
Masa : 2.52 ptg
Panjang : 52 cm
Berat : 3.52 kg
Ukur lilit kepala : 35 cm
* angka yang sinonim.. 52 :)

Abang Muadz yang excited untuk berjumpa dengan adiknya.. :)

Tengoklah abang Muadz.. dia yang sibuk nak tidur atas katil dengan ummi :)

Adik atas katil sendiri, abang muadz yang stay dengan ummi..


Along.. suke sangat dia dapat adik baru.. :)

Bergambar bersama mok dek..

Syukur.. Thank you Allah..

Itulah sedikit sebanyak rakaman kenangan ummi bersalin anak yang ketiga ini.. :) syukur yang tidak terhingga kerana beberapa perkara Allah tolong di saat akhir ummi dalam proses bersalin..
Antaranya :

> Nurse datang tepat pada waktunya ke bilik ummi kerana mereka juga tidak menyangka ummi akan bersalin awal ( pada waktu itu, mereka sibuk juga menyiapkan sorang lagi pesakit)

> Nurse telah menekan butang kecemasan untuk perhatian Dr Su, tetapi Dr telah pun keluar dari biliknya untuk ke OT

> Dr Su nyaris - nyaris masuk ke OT kerana ada satu operation yang perlu di lakukannya kerana pada jangkaan nya, ummi akan bersalin paling cepat pun, jam 5 petang.. Syukur sangat.. itu pun, dia hanya melalui kawasan itu untuk ke OT, dan mendengar Nurse memanggil namanya, lalu dia bergegas ke bilik ummi...

Bila kenangkan, inilah yang di katakan Allah permudahkan segala urusan buat ummi.. Syukur Syukur sangat.. mujurla.. Allah Maha Mendengar.. Thank you Allah..


Thank you to All..
Selain ucap Syukur kepadaNya Yang Esa, ingin sekali ummi rakamkan kenangan terima kasih ummi kepada semua yang telah mendoakan ummi sepanjang proses kelahiran bb Maher kali ini..

Pertama sekali, buat Suami tercinta fillah, iaitu Sukiman Jinazan yang sememangnya telah banyak berkorban untuk isterinya ini. Terima kasih yg tidak terhingga kerana abang telah banyak berkorban untuk imah.. menjadi pendokong dan tulang belakang utama semenjak dari proses kelahiran sehinggalah ke tahap sekarang dan akan datang..doa ummi, semoga abang akan di limpahkan rahmat dan di balasi dengan pahala yang berganda dariNya Yang Esa..Ameen. Terima kasih Abang.


Yang keduanya, kepada ibu ummi sendiri, yang melalukan solat hajat beberapa kali selepas mengetahui ummi di masukkan ke wad, begitu juga dengan ibu dan bapa mertua ummi yang juga tidak lekang mendoakan dan bersolat hajat untuk menantu nya ini.. segala jasa kalian juga, hanya Allah yang dapat membalasnya.. InsyaAllah..

Tidak lupa juga kepada keluarga dan teman - teman yang turut mendoakan ummi. Allah itu Maha Mengetahui.. InsyaAllah doa kalian, akan memberkati kalian juga suatu hari nanti.. InsyaAllah.. :)


Tips untuk melegakan kesakitan

Di sini, ingin ummi kongsi kan beberapa tips yang ummi lakukan sepanjang proses kelahiran agar mengurangkan kesakitan. Ummi tahu, masih ramai yang lebih tahu dan arif berbanding ummi, tetapi.. tidak salah untuk berkongsi kan? :)

1. Perlu taqarrub dengan Allah.. kita sendiri juga perlu lakukan solat hajat dan bermohon kepadaNya agar di permudahkan segala urusan buat kita. Allah sahaja yang dapat membantu kita... perlu yakin dengan Allah.

2. Mohon maaf dengan semua, terutamanya suami dan ibubapa serta mertua. InsyaAllah Allah akan permudahkan juga untuk kita sekiranya kita bermaafan.

3. Baca surah - surah penting untuk permudahkan kelahiran. Antaranya Surah Mariam dan baca juga doa - doa yang pendek sekiranya kita sudah tidak dapat membaca Quran

4. Set kan di minda dan fikiran kita, yang kita akan dapat melihat anak yang kita kandungkan selama ini. dan, ianya adalah suatu perasaan yang sangat mengembirakan kita. Jangan fikirkan tentang sakit. InsyaAllah ianya dapat kurangkan stress semasa sakit.

5. Jangan SESEKALI menjerit atau mengeluh kesakitan semasa kontraksi, sebaliknya bacalah selawat atau istighfar, dan ingatkan yang itulah antara penghapus dosa kita.. InsyaAllah Allah membantu kita.

Itu sahaja kot yang dapat ummi kongsi. Mungkin ada, tetapi di keterbatasan masa ni, InsyaAllah ini adalah yang terbaik. InsyaAllah..


Akhir kata, semoga segala kenangan ini akan sentiasa terpahat di ingatan.. InsyaAllah.. dan moga bb Maher akan membesar menjadi seorang insan yang berjaya dalam hidup, beriman, soleh dan menjadi pejuang Agama Allah .. InsyaAllah..