Follow Us @soratemplates

Showing posts with label Kisah KAMI. Show all posts
Showing posts with label Kisah KAMI. Show all posts

Tuesday, May 7, 2019

Bahagia dan barakah dalam rumahtangga

May 07, 2019 0 Comments
Dalam rumahtangga, soal bahagia dan barakah sangat subjektif. Tak dpt diukur dgn banyaknya harta, cantiknya rupa, ramainya anak, tingginya pangkat atau apa saja yg zahir semata2....

Tetapi bahagia dan barakah ada pada kebaikan, ketulusan, ketaqwaan, ketenangan, keimanan, qanaah, tanggungjawab, ihsan dan segala sifat yg Allah redho.

Langkah dalam rumahtangga adalah langkah kembali kepada Allah. Semakin dekat dgn Allah.

Ada masalah atau ujian rumahtangga, baik suami atau pun isteri harus jujur utk kembali pd Allah... Sbb itu Rasulullah saw anjurkan...berwuduk dan solatlah dua rakaat...angkat segala hajat dan permasalahan kepada Allah. Jgn nafsu jadi konsultan..apatah lagi iblis yg suka menjauhkan manusia dari nilai SYUKUR dan menyesatkan. 

Seorang suami yg berusaha menyenangkan hati isterinya ...percayalah itu adalah ibadah. Seperti itu juga utk seorang isteri.

Ustazah percaya Allah beri bahagia pd sikap kita yg suka membahagiakan...dan pasangan kita yg bersama kita susah dan senang adalah insan yg paling berhak utk kita bahagiakan mereka dengan izin Allah.

Apapun keputusan dlm hidup berumahtangga ingatlah " Terburu2 itu dari Syaitan, tenang itu dari Allah". Elakkan gelojoh dalam keputusan. Kerana yg datang dari syaitan selalu berakhir dgn penyesalan.

Nukilan : Ustazah Norhafizah Musa Koleksi Kuliah

Rumahtangga Perlukan Kematangan : http://www.fatehteam.com/rumah-tangga-perlukan-kematangan/

#JomToJannah #J2J

Taiba Arac Suites penginapan kami di Madinah

May 07, 2019 0 Comments
Untuk anda yang pergi umrah bersama keluarga, sesuai sangat stay kat Taiba Arac Suites ni.
Hotel ni ada 4 bilik kesemua, dan 3 bilik air.
Ada ruang tamu dan dapur yang mana terdapat mesin basuh.
So, macam tinggal kat rumah sendiri.. Boleh basuh2 baju dan tak perlu hantar dobi. Sangat berbaloi kerana kami ni ramai. Sangat bermanfaat la mesin basuh tu.
Cuma dapur tu memang kami tak sempat guna la. Beli makanan yang siap masak je. Dan boleh di panas kan menggunakan microwave yang disediakan.
Hotel ni letak betul2 depan pintu 17, yang mana access ke ruang muslimat sangat dekat.
Dalam building yang sama juga terdapat banyak kedai2 untuk membeli belah serta makanan dan keperluan asas juga mudah dibeli kerana terdapat nya Pasaraya Bin Dawud juga dalam bangunan yg sama.

Alhamdulillah. Saya share sini sekadar untuk panduan mereka yang akan mengerjakan umrah nanti..
Moga bermanfaat. 😉😚

Sori.. Rakaman dari amatur kan.. Bergegar2 skali rakaman nya.. 😆😅


Tuesday, February 19, 2013

'Petlin Cop' yg echem gitu ^_^

February 19, 2013 0 Comments
Ini adalah sambungan citer sebelum ni..

The LOVE and TIES that Bind

Kali ni.. my hensem man.. jadi "Petlin Cop".. hihi..

Acara ni sewaktu sukaneka petang kami sampai tu.. dan terbuka kepada semua staff petlin yang nak join.. cuma, dengan syarat, semua manager di jemput untuk menjadi model..

Tak terkecuali la abah.. ^_^
"Good luck to u.. "
Senyum ye abah..umi snap gambar ni.. hee..
( bukan senang nak dapat gambar abah senyum.. mahal tu.. hehe..)


bersiap sedia untuk di 'hias'..hehe
Pada awal2 tu, nampak ok je design diorang ni... nampak kemas dan teratur berbanding robot kumpulan lain.. tapi, bila dah banyak sangat aksesori tu.. nampak berserabut pun ada.. :)


robot  siap ada topi ..hihi
Bila tiba yang last tu, mereka taruk macam renda kat depan muka tu, macam tak elok.. tapi, dari segi kekemasan, kumpulan abah yang terbaik.. :)
Ada peluang untuk menang la.. hehe..

Kak Ainul ( salah sorang officemate abah ) bersungguh suruh umi snap gambar abah masuk dalam fb.. suka sangat dia tengok abah jadi robot.. comel katanya..hehe

p/s : kak ainul, selepas hampir setahun, baru sempat imah masukkan.. basi sda... hihi

competitors.. :) ada chance utk abah menang..
Dan, seperti yang di jangka kan.. kumpulan abah menang!!.. hehe..
Tahniah kepada semua yang telah berusaha men'comel'kan Petlin Cop ni..
Harap hadiah yang kalian dapat tu, masih berguna.. hehe..

anak2 pun sibuk nak jadi robot jugak..
Gambar bawah kanan : kak ainul.. ^_^
Sepetang tu, kami di tepian pantai.. sambil tengok orang ber sukaneka.. sambil melayan budak nenchik ni.. :)

hai..

ada masa, abah ambil alih tugas.. ^_^

tengok gelagat dia tu.. hehe..




Along, mok dek dan abang muadz yang join dalam sukaneka.. berebut makanan dalam shredding paper. Dan, masing2 dengan hasil masing - masing...
Tengok tu, along... hee.. banyak paper dari makanan.. ^_^

to be continue.. :)

Wednesday, January 30, 2013

The LOVE and TIES that Bind ~ Mystery Drive

January 30, 2013 0 Comments
Ni citer tahun lepas punye.. tapi, baru sempat post..
Biasalah, alasan yang sama gak .. sibuk la kunun2 nye.. hee.. ^_^

Ini adalah antara program tahunan syarikat abah. Kami mengikut je la..
Alhamdulillah.. kali ni, kami berpeluang 'berjalan' jauh sikit.. GOLD COAST gitu.. hehe.. tapi, ni bukannya GC Australia .. tp ini Morib Sepang maa.. hee..

Tapi, kata je Morib tu dalam mesia.. tp, mak ai.. jauh jugak tu.. pinor mata driver nak sampai sana.. nasib baik committee ada buat Mystery Drive, jadi takde la stress sangat .. sesambil bawa keta, sambil cari jawapan.. :) ~ NO.. Zeto Rules ~ driver tolong bagi jawapan je.. co-pilot yang tulung tulis..hee..

Jadi, co-pilot pun xde masa la nak layan mengantuk sangat, sebab nak kena tulis jawapan dan selesaikan soalan yang berderet - deret tu sebelum sampai sana..

25 May 2012 ~ sempena Anniversary kami dan bdy Along tu..
Acara pelepasan berkonvoi bermula dari Kerteh.. tapi, memandangkan kami dah berada di haluan menuju ke sana, maka kami hanya bertolak dari Kemaman je..

Seingat umi, checkpoint yang pertama adalah di RnR Gambang..
Dan, ada beberapa lagi checkpoint yang perlu kami berhenti untuk mencari jawapan kepada Mystery Drive yang diberikan tu... Seperti sebelum ni la, tak semua yang join dalam MD ni. So, pada yang tak join tu, mereka boleh proceed utk terus ke Gold Coast..

Semenjak ada anak kecik ni, hanya abah yang handle untuk mencari jawapan kepada soalan - soalan ni. Tugas umi hanya mengawal anak - anak yang turun main atau nak minum sementara menunggu abah siap mencari jawapan.. ( ada dua situasi ~ samada cari jawapan, atau meniru jawapan.. haha.. ~ kalau bukan kita tiru orang, orang yang akan tiru kita.. biasa la tu.. )


Melayan anak  anak pun best jugek.. dan, ini adalah antara gambar yang sempat di snap, dan di edit.. :)

budak nenchik nomel2.. geram.. suke sangat dia dapat main ..

Abang Muadz..

my beloved assistant.. along ^_^

along..
Menjadi kebiasaan, kalau berjalan tu mesti nak bawa sesape untuk join kami..
Kali ni, kami bawa mok dek dan THE .. :)
Berkongsi kegembiraan tu kan besstt... hehe..

mok dek ina sakina.. 

tengok.. ada assistant kan best.. ^_^


Untuk mencari jawapan tu, abah terpaksa lakukan sepantas yang mungkin.. Siap satu checkpoint, terus bergerak ke checkpoint seterusnya..

Kami agak berkejar dengan masa juga kerana abah nak solat Jumaat. Alhamdulillah, sempat juga berhenti di salah sebuah masjid di kawasan Gombak tu.. sementara menunggu abah siap solat, ummi siapkan soalan teka - teki.. hee.. sekarang tak susah sangat nak tahu jawapan teka teki ni.. browse je dalam internet.. :)
hee.. aci lah.. dulu kemain perah otak nak cari jawapan.. tp, sekarang semua di hujung jari.. taip je soalan, berderet - deret jawapan keluar.. bijak ar tu.. jalan pintas.. hihi..

Sesampai nya kami di GC, kertas jawapan tu dah kena kembalikan.. abah menyemak beberapa kali sebelum menghantarnya.. hee.. biasanya abah banyak kali luck dengan join contest je.. nak harapkan dapat Cabutan Bertuah tu, biasa nya kureng bertuah.. hihi.. :D

Kiranya kami adalah peserta yang ke lapan yang sampai dan menghantar contest MD tu.. emm.. kalau ada rezeki, dapat la hadiah.. tapi, harapan tu memang tinggi untuk dapat 1st prize.. hehe..

bersambung .... ^_^

Thursday, July 28, 2011

Berfemili day, sambil pulang kampung..

July 28, 2011 0 Comments
Best dapat balik kampung

Minggu lepas, kami sekeluarga sempat 'menyelam sambil minum air'.. :) yelah, sebab kali ni Family Day Petlin telah di adakan di Kota Bharu.. k'apong kito tuh.. ( kampung kita tu.. ) hihi.. so, boleh la kami balik kampung sambil berfemili day.. best2..

Lagipun, dah plan awal.. sebelum ummi masuk kerja, ingatnya nak balik kampung dulu.. jadi, molek sangat lah Kota Bharu yang dipilih sebagai destinasi staff Petlin kali ni. Boleh la kami pulang menghirup udara segar di kampung, sebelum ke program syarikat abah tu..

Kali ni, kami tidak mengikuti konvoi beramai - ramai kerana kami balik awal 2 hari dari mereka yang akan ke tempat program pada hari Jumaat 22/11 tu. Kebetulan jugak, hari Rabu tu abah dapat cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu. Jadi, pepagi hari Rabu tu, kami dah bertolak balik ke kampung. Untuk hari Khamis tu, Along terpaksa minta cuti dari pihak sekolah dan telah pun di maklumkan terlebih awal kepada guru kelas nya.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.. seronok dapat pulang berjumpa dengan mek dan sedara mara.. mereka juga gembira dapat tengok anak sedara baru.. ( Ahmad Maher Zafry..)

Hari pertama femili day

Sebagai mana yang di rancangkan, pada hari Jumaat tu lah, baru kami bertolak ke Kota Bharu untuk menginap di Grand Riverview sepanjang program ini berlangsung. Semasa kami sampai sana, dah ada beberapa keluarga yang sudah pun sampai. Kami di benarkan makan tengahari terlebih dahulu sebelum masuk ke bilik.

Lepas makan tu, abah bersama staff lelaki yang lain ke masjid untuk sembahyang Jumaat. Jalan kaki je ke Masjid Muhammadi dari Hotel ni, sebab dekat je..

Selepas abah balik dari masjid tu, barulah boleh kami check in.. 
nasib baik si kecik ni tak meragam.. cuma, nak nyusu jelah..

Dalam pukul 3 petang, kami semua di minta turun untuk aktiviti Sukaneka. Anak - anak ummi, along dan abang muadz ada mengambil bahagian.. mereka seronok nak join, sebab teringat tahun lepas mereka dapat banyak hadiah..

Cuma, jenis permainan yang mereka main kali ni berbeza la dari yang tahun lepas. Masa kat Genting tahun lepas tu, kawasan nya luas. Kali ni, hotel GR takde ruang luar yang luas untuk di adakan acara sukaneka ni. Jadi, kali ni permainan yang di adakan adalah lebih kepada permainan yang sesuai dengan aktiviti indoor. Apapun, semua ceria dengan hadiah yang mereka dapat.. :)

Antara permainan yang mereka main. Pecahkan belon, bawa bola dalam sudu,
dan bawa belon dalam sarong.
Hadiah untuk sukaneka yang along dan abang main.
Tempat pertama
Ni hadiah tempat kedua yang along je dapat.
Kumpulan abang muadz xdpt hadiah..
Bergambar bersama anak - anak.. budak kecik tu tido je :)
Abah juga ada mengambil bahagian dalam sukaneka dewasa. Permainan yang abah main tu, di namakan 'Main Sarong'. 3 orang dalam satu kumpulan. Mereka di minta menghias salah seorang dari ahli kumpulan, dengan menggunakan kain sarong yang di sediakan oleh pihak ajk.

Time ni, bb tido.. so, sempat la ummi menangkap gambar abah sepanjang menyiapkan model mereka. Bersemangat abah menghias, dan nampak gaya macam ada peluang untuk menang..

Kretif juga abah .. :) dengan bantuan ahli kumpulan juga..
Dengan kesungguhan abah dan kawan nya, dapat lah mereka tempat ketiga.. masa terima hadiah tu, ummi dah tak sempat nak tangkap gambar mereka, kerana bb dah nangis nak susu..

Abah juga dapat hadiah :) tempat ketiga
Ni antara game yang along dan abang main. Main berebut kerusi.. Tapi, dua - dua tak dapat hadiah.. hihi.. apapun, bagi ummi along tetap menang kerana masa saat - saat terakhir tu, hanya tinggal along sorang je perempuan.. yang lain, semua laki.. so, nak menang camne.. nak kena lawan budak laki.. :( takpelah.. yang penting along gembira.. :D

Mane abang muadz?.. hehe.. awal2 lagi dia kena kuar..
ni saat - saat akhir dah ni.. tinggal along sorang je pompuan.





Kira - kira jam 6 petang, selesai semua aktiviti untuk petang tu. Semua balik ke bilik dan bersiap untuk aktiviti malam pula.


Pilih.. pilih.. kami hanya tunggu abah tolong pilihkan untuk kami..
Pada malam tu, selepas makan malam, telah di adakan Pesta Durian di Riveira Cafe.. kami sempat jugak la makan sikit.. tak sempat tangkap gambar pun, sebab gelap. :)

Hari Kedua
Sebelah pagi. ( Amazing race dan sudoku )


Hari kedua.. selepas sarapan pagi, kami bertolak ke Taman Tengku Anis untuk aktiviti Amazing Race. Ada pilihan untuk semua, samada nak pergi ke taman, ataupun pergi lawatan ke kilang budu dan kilang batik.

Abah memilih untuk ke taman, kerana lebih santai.. lagipun susah sikit dengan adanya bb ni.. risau dia meragam je..

Abah join Amazing Race.. sementara bagi mereka yang tidak menyertainya, ada di sediakan aktiviti lain seperti mewarna dan pertandingan Sudoku..

Along dan abang muadz mewarna..sekadar untuk mengisi masa lapang mereka. Bukannya pertandingan pun.. dan, ummi ambil peluang masuk pertandingan Sudoku.. hehe.. dalam dok kalut dengan bb Maher yang sekejap - sekejap nak minum susu, sempat lah ummi siapkan Sudoku tu.. ummi orang ketiga yang menghantarnya.. harap dapat hadiah.. :)
Lebih kurang pukul 11 pagi, semua aktiviti siap di jalankan. Selepas tu, masing - masing bebas untuk membuat aktiviti sendiri, sementara menunggu acara gemilang yang akan di adakan pada sebelah petang iaitu Bekwah Besa.


Hari Kedua.
Sebelah petang ( Bekwah Besa )


Bekwah besa ni, di ambil daripada perkataan ore kelate.. konsep yang di bawa pun, bertemakan sarung dan semuanya secara traditional ore kelate.. dari hiasan, makanan dan juga acara pentas.. semuanya di ambil dari tradisi ore kelate..

Seperti biasa, Abah di minta menjadi pembaca doa sebelum program bermula

Kami di minta memakai pakaian bertemakan sarung..
tapi, kami tak berapa sarung sangat pun .. :)
Salah satu acara pentas yang menarik perhatian ramai, adalah persembahan wayang kulit. Ummi ni, nama je anak jati kelate.. tapi, tak pernah pun tengok wayang kulit.. sepanjang 33 tahun hidup ni, ini adalah pertama ummi tengok persembahan wayang kulit.. hehe.. sebenarnya tak berapa nak minat sangat.. :) abang muadz yang minat.. siap dok chongok kat depan lagi..

Persembahan wayang kulit

Selepas persembahan tu, barulah adanya penyampaian hadiah kepada peserta yang menyertai pertandingan Amazing race dan sudoku yang di adakan di sebelah pagi tadi.

Alhamdulillah, untuk Amazing Race yang abah join tu dapat no ke 15. Tu pun, sebab sangkut kat bahagian main gasing.. asyik tak jadi.. dari yang sepatutnya top 5, terpaksa turun ke no 15.. hehe.. apapun, dapat jugak hadiah.. :)
Hadiah yang abah dapat
Dan, ummi pun dapat juga hadiah untuk sudoku yang ummi masuk tu.. dah jadi orang ketiga yang menghantarnya, jadi dapat la tempat ketiga.. Alhamdulillah.. dapat jugak la hadiah..
Hadiah untuk pertandingan sudoku yg ummi dapat
Ada 42 hadiah yang di sediakan untuk cabutan bertuah.. Alhamdulillah, kali ni kami bernasib baik kerana terpilih juga untuk mendapat hadiah di tangga ke 8.. hadiahnya adalah, kipas nyamuk.. :)


Ini lah citer serba sedikit femili day Petlin yang kami lalui pada kali ni.. seronok.. dan penat jugak, sebab terpaksa check out kul 3 pagi.. nak berkejar untuk sampai ke kemaman.. sebab nya along dah sekolah pada ahad tu.. :) abah kata, cukup sehari je along ponteng sekolah..

Syukur, kami sampai dengan selamatnya.. dan along dapat ke sekolah ahad tu..  :)

Wednesday, March 30, 2011

Nur Kasih kami.. :)

March 30, 2011 0 Comments
Membelek - belek gambar lama. Terjumpa gambar dua beradik ni.. :)
Sengaja nak masukkan sebagai posting, sekadar untuk kenangan mereka di masa - masa yang akan datang.. Bila diorang dah besar, bolehlah mereka lihat kembali kenangan mereka sewaktu menggayakan busana muslim/muslimah dengan tema Nur Kasih..


Sebenarnya event ni berlangsung semasa Family day Petlin yang di adakan di Gambang Resort, Kuantan pada tahun 2009. Masa tu, ummi dan abah agak kalut kerana kebetulan juga pada masa yang sama, nama kami tersenarai sebagai antara jemaah yang dapat pergi mengerjakan haji.

Pada malam acara ni, abah tak dapat hadir kerana terpaksa membuat beberapa persiapan untuk ke Kursus Haji yang akan berlangsung pada keesokan harinya.

Memandangkan persiapan untuk anak - anak memasuki pertandingan ini telahpun di sediakan semenjak awal, dan anak - anak juga sudah seronok sangat nak menggayakan pakaian masing - masing, maka pada malam tu terpaksalah ummi tinggal bersama dengan anak - anak untuk acara tu, dan melayan anak - anak seorang diri... :(

Idea untuk menggayakan pakaian dengan tema Nur Kasih timbul kerana memandangkan pada masa tu, citer Nur Kasih tengah hangat di tayangkan di TV3. Jadi, ummi mengambil kesempatan itu bagi membolehkan along naik bersama adik nya ke atas pentas, supaya tidak lah mereka gementar sorang - sorang di atas pentas nanti..

Sebenarnya sejak awal lagi, Ummi dan anak - anak juga telah berpakat untuk membuat surprise ini kepada abah, dan rahsiakan segala idea kami ini, sehinggalah abah melihatnya sendiri pada malam acara tu..
akan tetapi, surprise kami tidak menjadi kerana abah tidak dapat hadir pada malam tu.. sedey.. :(
dan, abah juga tidak dapat bersama kami menerima hadiah - hadiah yang berjaya kami sekeluarga perolehi bagi acara - acara yang kami sertai pada sebelah petangnya..

apapun, ummi sangat seronok melihat anak - anak yang gembira dengan apa yang mereka perolehi.. dan, along lah orang yang paling penat pada malam tu, kerana terpaksa berulang alik ke pentas bagi mewakili abah untuk mengambil hadiah.. :)
( kebetulan banyak pula acara yang kami sertai tu, menang dan layak utk mendapat hadiah.. so, malam tu ummi dan anak - anak kepenatan membawa hadiah - hadiah balik ke bilik..banyak gitu.. )

 Along mendapat tempat pertama dalam pertandingan ini.. Alhamdulillah.. suka sangat dia dapat hadiah..
Along yang memegang watak NUR dan Abang Muadz yang suam - suam kuku menjadi ADAM.. :)

 Abang Muadz yang tetap gembira walaupun tidak menang.

Acara yang sempat kami join di sebelah petang. 

Acara Family. Dapat tempat pertama. :)

Alhamdulillah dan syukur di atas segala kurniaNya..  hakikatnya, bukan hadiah yang kami kejarkan, tetapi kegembiraan yang dapat di kecapi oleh anak - anak bagi mengisi diari kehidupan mereka bersama kami.. semoga ianya akan tetap terpahat di ingatan mereka, dan doa yang tidak pernah pudar buat mereka, semoga Nur Kasih kami ini akan sentiasa mendapat limpah rahmat dariNya Yang Esa dan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.. Ameen..

Wednesday, October 20, 2010

Berbaik sangka dengan Allah..

October 20, 2010 0 Comments
Hampir 10 bulan berlalu. Peristiwa kehilangan beg tangan di Masjid Sultan Ahmad Kemaman, masih segar dalam ingatan ummi. Di anggarkan, kerugian hampir mencecah 2k dari kes ini, yang akhirnya ia 'kembali' ke pangkuan ummi setelah di jumpai di buang ke dalam tong sampah di Cherating, Pahang. Alhamdulillah..

Walaupun tidak kesemua barang di pulangkan, namun ummi sangat berterima kasih kepada pakcik dan anaknya yang telah menjumpai beg ummi itu, sewaktu mereka sedang membersihkan kawasan pantai pada hari keempat ummi kehilangan nya. Beg tangan itu di jumpai di buang ke dalam tong sampah dan berbalut dengan plastik supaya ianya tidak kotor.. ( mungkin mereka sengaja; supaya ia dipulangkan pada ummi .. )

Terima kasih juga kepada 'si pencuri' yang telah sudi memulangkan beg tangan ummi beserta dengan purse dan kad2 yang boleh di katakan kesemua sudah tidak boleh digunakan kerana sudah di block.

Ummi masih bersyukur, kerana masih ada jodoh dengan beg tangan dan purse pemberian abang itu, cuma apa yang ummi terkilan kan adalah, perginya kamera digital kami, Olympus yang juga pemberian abah kepada ummi; dan telefon yang dibeli untuk along di Mekah ~ pergi buat selama - lamanya dari kami...

 Gambar di Jabal Uhud ini sempat di snap menggunakan Olympus kami.. :)

Bercerita tentang kamera kami, sebenarnya telah banyak jasanya kepada kami sekeluarga. Dan, yang paling kami ingatkan ia kerana ia telah berjaya merakam saat - saat manis kami sewaktu berada di Haramain.. itu lah kenangan kami yang terindah.. nasib baik kami telah selamat men download kesemua gambar2 itu, walaupun banyak yang masih tersimpan di dalam kamera tersebut.


Apabila mengimbau kenangan ini, kami bersyukur dengan pemberian nya, dan kami juga perlu redha dengan ketentuannya.. Allah berhak berikan kepada sesiapa sahaja yang Dia mahu, dan Dia juga berhak untuk mengambilnya semula dari kita.. InsyaAllah kami terima segalanya ketentuanNya dengan hati terbuka.... kerana tidak akan terjadi sesuatu itu jika bukan dengan kehendak Allah Taala Yang Maha Esa...

Oleh itu, sentiasa lah kita berbaik sangka dengan Allah, moga Allah berikan yang lebih baik kepada kita di atas setiap musibah yang di timpakan kepada kita. InsyaAllah..

At Traders KL

 -----------

Yakin dengan janji Allah.. dan, rasanya tidak salah ummi katakan yang ummi dapat 'ini', adalah lebih baik dari yang sebelum nya.. Terima kasih buat abang yang telah sudi membelikan ummi D5000, sekaligus telah merawat luka kehilangan olympus yang lama tu.. walau begitu, hadirnya dslr yang baru, namun olympus yang lama masih dalam kenangan..:)

 Gambar yg di shoot oleh D5000 & yg pertama di edit menggunakan photoshop 

Tak pernah belajar pun cara menggunakannya, namun berpuas hati dengan hasil yang diperolehi. Dan, ini adalah antara yang sempat ummi editkan.. walaupun hasilnya tak seperti seorang yang pro.. tapi, agak2 nya boleh la cari makan kan.. :)

Perlu banyak belajar lagi ni..

 Sewaktu birthday muadz

Suasana malam raya..



Sewaktu majlis perkahwinan yatie & firdaus