Follow Us @soratemplates

Tuesday, April 11, 2017

Teruja Artikel Tersiar Di The Vocket

April 11, 2017 0 Comments
Assalamualaikum semua..

Mungkin anda menganggap cerita ni dah basi.. 😜.. tapi, bagi saya.. ianya sebuah keterujaan yang tidak dapat di gambarkan.. yelah, artikel saya berjaya tersiar di The Vocket gitu.. hik hik..😁
Website terkenal tu.. sape yang tak gembira kan?.. hee...


FB Profile Picture
Sebagai kenangan, saya simpan sini agar ianya akan dapat di baca dan ditenung semula oleh saya sendiri ( terutamanya la ) agar segala yang akan saya lakukan di masa hadapan tidak akan lari dari niat sebenar saya berada dalam bidang ini..
InsyaAllah..
Moga Allah permudahkan.. Aameen..


Artikel di tulis pada 10 February 2017
Artikel asal saya ini telah di muat naik ke dalam fb pada 10 February 2017 yang lepas. Sebenarnya tulisan saya ni dah beberapa kali tersangkut - sangkut..

Yelah, dalam masa yang sama saya begitu sibuk dengan tempahan dari cikgu - cikgu dan pelanggan luar yang membuat pesanan tanpa henti.. hee

Alhamdulillah.. saya bersyukur sangat dengan rezeki Allah ini.. bila sibuk tu, bermakna saya akan ada kerja dan akan ada rezeki yang akan masuk..
Kerana itu... "Nikmat Mana Lagi Yang Engkau Dustakan?.. " ( Wahai Karimah? )
huhu... Allahu.. nikmat Allah ini terlalu banyak..
Tak termampu ku mengiranya.... 😩
Ampuni lah diriku sekiranya ku terlalai...

( patah balik.. )
Kerana itu, walau dalam kesibukan yang melampau saya cuba juga siapkan coretan saya yang menceritakan sedikit sebanyak kronologi bermulanya saya dalam bisnes yang saya berada sekarang ini..

InsyaAllah saya cnp sini..
Bagi yang belum baca dan nak baca deh.. hee

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum
Salam Jumaat yang barakah..
Harini perasan nak berkarya pulak. Saje nak buat hilang penat menyiapkan order.. hehe..
Jom baca sape yang berminat 😊🤓
-------------------------------------------------------------------------------

. PERKONGSIAN .
Saya teringin untuk berkongsi dengan semua kisah saya ini, agar ianya menjadi inspirasi kepada mereka di luar sana yang ingin mencuba. Sememangnya rezeki Allah itu amat luas. Tak pernah kita terbayang dan boleh anggar dari mana Allah nak datangkan rezeki buat kita tu.
Konsep yang sentiasa saya tanam dalam diri, ialah husnuzhon dengan Allah.. sekiranya ianya memang dah rezeki kita, maka ia tidak akan ke mana. Adalah tu.. InsyaAllah.. yakin dengan Allah. Itu yang penting.
Semoga setiap yang saya perkatakan ini adalah sesuatu yang bermanfaat buat saya dan anda semua yang sudi membacanya. InsyaAllah.

. PELBAGAI BISNES .
Sebelum ini, saya telah mencuba pelbagai bisnes, samada dalam atau di luar talian. Semua yang nampak mendatangkan keuntungan (konsep yang silap sebenarnya), saya akan cuba. Seperti yang saya pernah katakan sebelum ni, saya ni memang seorang yang jenis suka try and error. Cuba dan terus mencuba..
Namun, tidak ada satu pun yang betul – betul ‘lekat’ dengan saya.
Saya dapat agak kenapa Allah tidak permudahkan apa yang saya lakukan pada waktu itu.. Allah tak nak saya menggunakan waktu kerja pejabat saya dengan kerja sampingan yang mungkin bercampur aduk dengan kerja yang sepatutnya. MUNGKIN?...
Wallahua’lam..
Namun, saya tetap yakin perancangan Allah adalah yang terbaik. InsyaAllah..

. NIAT ASAL .
Bermulanya perniagaan saya ini, selepas anak saya yang sulong ( Alia ) memasuki sekolah berasrama. Agak jauh jarak nya dengan kami... Dia di Sekolah Imtiaz Besut sana, manakala kami di Kemaman sini. Nak ke sana mengambil masa lebih kurang 3 – 4 jam juga.

Alhamdulillah la.. selepas ada LPT2 ni, jarak perjalanan makin cepat juga lah berbanding jalan biasa yang lebih sejam berbanding melalui LPT2.. syukur dah tu. Dah dapat jimat masa dan jimat minyak kereta gak. Hehe.. ( tapi sekarang dah ada tol maa… jadi kos jadi naik juga la .. hihi )

Ok. Berbalik kepada niat asal tadi kan.. sebenarnya saya bermula membuat design dan print ke material tarpaulin ni dengan niat untuk menceriakan kelas Alia. Niat saya, apabila saya menghias dan mencantikkan kelasnya itu, anak sulong saya yang ‘manja’ + homesick itu akan lebih ceria dan dapat belajar dengan baik…

Ini kerana seakan - akan saya berada ‘dekat’ dengan dia, memandangkan tatahias dalam kelas dan idea untuk mencantikkan kelas nya itu adalah sumbangan dari saya.
Saya masih ingat lagi, pelbagai cara yang saya lakukan untuk mengutip idea bagaimana untuk menghias kelas ni. Yelah, saya bukan nya guru dan tidak biasa dengan persekitaran di sekolah.. apa yang do and don’t.. saya kurang arif.

Alhamdulillah, Allah buka kan jalan buat saya iaitu dengan join sebuah group guru-guru seluruh Malaysia. Iaitu TcherCollection TC.. saya memang cukup – cukup berterima kasih kepada Arisya Adam dan kawan – kawan nya yang menubuhkan group ini. Banyak info dan maklumat yang dapat saya cedok dari perkongsian dan idea yang diberikan oleh para guru seluruh Malaysia. Allahu.. jasa baik mereka yang membantu takkan saya lupakan.

Saya sangat teruja dengan semangat dan pengorbanan para guru ni.. yelah.. mereka bukan sekadar menjadi tenaga pengajar.. tetapi mereka semua serba boleh. Kalau saya boleh kalungkan hadiah ke setiap guru seluruh Malaysia ni, akan saya lakukan bagi menghargai jasa mereka. Tapi, mane nak mampu aihh.. ramai tu.. hee..

Sekarang, apa yang saya mampu lakukan ialah dengan memberikan sekalung doa buat kalian semua yang bergelar guru..

Saya sentiasa mendoakan semoga kalian akan di permudahkan dalam segala urusan dan semoga segala pengorbanan kalian akan mendapat barakah dari Allah SWT. Aameen..

. SULAMKASEH ENTERPRISE .
Dari niat asal yang hanya untuk menghias kelas Alia, saya cuba beralih kepada menjual hasil kerja tangan saya itu. Saya nampak peluang ini selepas membuat promosi di dalam fb yang mana agak ramai juga yang berminat. Jadi saya fikir, apa salah nya saya cuba pula untuk pasarkan produk saya ini kerana ianya mendapat sambutan dari kawan – kawan dan ada juga tempahan dari guru – guru seluruh Malaysia.

Saya masih ingat pada masa itu, sebuah kedai di Kemaman ini ada membuat promosi awal tahun dengan memberi tawaran harga yang agak rendah dari kebiasaan untuk printing. Saya cuba print hasil kerja tangan saya tu di kedai tersebut, dan berasa sangat berpuas hati. Ini kerana effect penggunaan warna yang terang dan kualiti material nya juga amat memuaskan.

Namun, promosi harga murah itu hanya berlangsung selama 2 bulan sahaja. Dari Januari hingga Februari. Jalan lain untuk saya mendapatkan harga sama ialah dengan menjadi agen kepada kedai tersebut. Syarat untuk menjadi agen, ialah dengan mengemuka kan salinan SSM syarikat dan sedikit bayaran ke dalam akaun agen.

Maka tanggal 3 Mac 2016, dengan rasminya saya mempunyai syarikat sendiri. Mula bertatih dengan mengambil tempahan – tempahan dari guru – guru. Alhamdulillah sambutan yang boleh di katakan agak memberangsangkan dan saya berasa amat bersyukur kerana mampu mempunyai syarikat enterprise saya sendiri. Syukur..

Selepas setahun berlalu, walaupun jualan agak memberangsangkan namun saya masih belum mampu membuat simpanan tetap. Sekadar lepas kos overhead dan untuk pusingan modal sahaja.
Sebagai permulaan, saya sudah berpuas hati. InsyaAllah..
Kenapa saya sangat bermotivasi untuk meneruskan perniagaan ini?.
Kenapa saya masih ingin meneruskan sedangkan ianya bukan nya mendatangkan jualan yang begitu lumayan?

Kenapa saya masih melayan permintaan guru – guru ini yang macam – macam itu?
Tidak lain, kerana setting minda saya yang sudah berubah dari mencari keuntungan kepada bisnes yang berkebajikan..
Dan, saya sangat – sangat seronok dengan matlamat baru saya ini. Hee..

. BISNES BERKEBAJIKAN .
Apa yang memotivasikan saya untuk meneruskan perniagaan saya ini kerana selepas melihat semangat dan pengorbanan guru – guru. Saya dapat nampak semangat mereka itu melalui bagaimana mereka yang sangat bersungguh dan berikhtiar untuk menghasilkan sesuatu bahan untuk di tampal di dalam kelas – kelas jagaan mereka.

Saya sangat terharu dengan segala pengorbanan dan usaha mereka. Jadi, saya bertanya kepada diri kenapa saya tidak berusaha untuk membantu mereka.

Dari situlah, saya betul – betul berazam untuk membantu guru – guru ini.
Sekarang bukan keuntungan yang mendepani matlamat saya, tetapi kerja yang berkebajikan.
Saya sematkan dalam hati, bahawa saya sedang membantu guru – guru ini disamping membuat kerja kebajikan kepada mereka.

Ye. Saya sebagai pemudah cara kepada mereka.

Segala yang mereka ingin adakan di dalam kelas, saya mudahkan dan bantu.
Dengan hanya bermesej dengan saya, mereka mampu dapatkan apa yang mereka nak kan. Semuanya menjimatkan. Mereka jimat masa dan kos. Jimat masa kerana mereka tidak perlu lagi ke kedai untuk menempah apa yang mereka mahukan, dan jimat kos kerana saya memang tidak meletakkan harga yang tinggi buat mereka.

Biasanya, saya hanya caj untuk printing sahaja, dan saya tidak meletakkan caj untuk design yang mereka minta. Terkadang untuk kes – kes tertentu, kos pos pun saya tidak ambil. Malah ada juga ketika nya, saya selitkan juga free gift kepada mereka. Gembira mereka itu yang saya raihkan.. tentu mereka sangat seronok kan.. hee
Alhamdulillah saya sangat senang dengan pendekatan itu.

. PEMUDAHCARA DAN MURAH .
Dua perkara ini sentiasa di set kan dalam hati. Iaitu bertindak sebagai pemudah cara dan menjual dengan harga yang murah.

Saya berniat untuk memberikan servis yang terbaik buat semua pelanggan. Saya cukup seronok apabila dapat mengembirakan mereka kerana walaupun saya tidak mampu menjadi guru, tapi saya masih dapat menyumbangkan sesuatu buat mereka yang banyak berjasa kepada anak bangsa ini.. dan dalam masa yang sama dapat membantu pelajar – pelajar juga kan.. betul tak?.. :D
InsyaAllah..

Saya sangat seronok melihat guru – guru ini gembira dengan apa yang saya hasilkan. Saya cukup terharu apabila hasil tangan saya di tampal dan dibaca oleh murid – murid seluruh Malaysia.
Sekarang saya bukan guru di mana – mana, tapi kerja tangan saya telah jelajah ke seluruh Malaysia. Kerja tangan saya telah berada di sekolah – sekolah di seluruh Malaysia, baik di semenanjung mahupun di Sabah Sarawak.. Allahu…

Saya sendiri pun belum mampu berada di sana, tetapi “kalian” ( hasil kerja tangan saya ) telah mendahului saya.. hee

Tidak dapat dibayangkan dengan kata – kata perasaan gembira saya itu..
Terharu, seronok, bangga dan sebagai nya.. huhu.. Alhamdulillah.. Syukur Ya Allah..

. SALES MELONJAK NAIK TAHUN INI .
Bagi mereka yang dah biasa tengok update saya di fb, mungkin ada yang dah maklum dengan apa yang saya sedang sibukkan... Tapi, bagi mereka yang belum tahu.. mai saya kkabor.. hee..
Bermula awal tahun ini, saya mula menjual set jadual kelas di samping banner – banner lain yang sesuai untuk menghias kelas dan untuk pembelajaran anak – anak di sekolah.

Bagaimana tercetusnya idea untuk menghasilkan produk ini, adalah sumbangan buah fikiran dari sahabat saya, iaitu Hafidzoh Zainon (Vit) yang telah meminta agar saya membuat satu set jadual yang sesuai untuk di tampal di dalam kelas. Dia menyerahkan sepenuhnya kepada saya untuk menghasilkan design yang bagaimana, asalkan yang bersesuaian. Kebetulan dalam masa yang sama, kawan sekolah rendah saya iaitu Hasrul Harnani Hamzah ( kak nani ) juga meminta benda yang sama dengan apa yang Vit cadangkan.. bertitik tolak dari situlah saya dilanda dengan kesibukan yang teramat. Gelombang set jadual kelas.. hee

Sepertimana yang di minta oleh Vit, saya berjaya menyiapkan 2 set tema dalam masa 5 hari. Yang pertama adalah Tema Owl dan yang kedua saya namakan sebagai Tema Alatulis. Untuk setiap set itu mengandungi 5 keping yang terdiri dari Jadual kelas, Jadual Bertugas, Carta Organisasi, Birthday dan Maklumat Kelas. Selepas dua minggu ianya di jual, baru lah saya terlintas untuk menambah sekeping lagi untuk setiap set, iaitu Selamat Datang dan menjadikan setiap set terdiri dari 6 keping.

Asalnya saya membuat harga promosi untuk jualan iaitu dengan harga RM45, dan pembeli akan mendapat 5 keping untuk satu set. Mereka juga dapat memasukkan nama, gambar, nama kelas dan tahun ke dalam set yang mereka tempah. Namun, selepas saya menerima tempahan yang bertubi – tubi, maka custom made terpaksa saya tutup. Tak menang tangan saya untuk mengendalikan seluruh order dengan mana nak edit lagi, nak kena uruskan rumahtangga lagi. Huhu..

Dan pada asal nya juga, saya menetapkan harga RM45 itu hanya untuk tempoh promosi sahaja. Namun, selepas melihat sambutan yang sangat memberangsangkan dari guru – guru, maka saya membuat keputusan untuk kekalkan harga yang sama cuma saya menutup untuk custom made.
Saya tidak sampai hati untuk naikkan harga kerana saya tahu, ramai juga di kalangan guru ini menggunakan duit mereka sendiri untuk menghias kelas.

Pada hemat saya, tidak wajar untuk saya mengaut untung yang terlalu tinggi kepada mereka yang banyak berjasa kepada anak bangsa ini.
Saya masih senang dengan kaedah yang telah saya dahpun sematkan dalam hati.. iaitu
Sebagai pemudahcara dan murah. InsyaAllah..

. REZEKI TIDAK DISANGKA .
Kerja utama saya sebenarnya adalah sebagai pengurus rumahtangga. Jawatan ini diberi oleh suami selepas meminta saya berhenti kerja pada akhir tahun 2015.

Kerja menjual ini hanyalah sebagai sampingan sahaja. Yang utama adalah menguruskan hal anak – anak dan hal rumahtangga. Suami memberi izin untuk membuat kerja ini, dengan tidak kesamping kerja utama saya.. Alhamdulillah setakat ini saya masih mampu kendalikan nya. Sebenarnya suami saya ( Sukiman Jinazan ) adalah pendorong dan tulang belakang saya yang paling kuat. Terima kasih abang.

Saya sangat bersyukur kerana Allah lorongkan saya dengan cara ini untuk mendapat rezeki. Saya juga sangat seronok membuat semua kerja ini kerana saya mampu menjana pendapatan sendiri walaupun berada di rumah.

Saya merasa sangat teruja kerana set jadual yang saya jual ini sangat mendapat sambutan dari semua guru – guru seluruh Malaysia. Sehingga ke hari ini, hampir 500 set telah pun terjual di samping tempahan lain seperti doa, kata – kata hikmah dan bunting pintu kelas.

Yang membuatkan saya lebih teruja apabila mendapat khabar dari seorang pelanggan saya yang mana, guru besar nya sendiri yang mendapatkan set jadual ini untuk diberikan kepada semua guru – guru yang memegang kelas. Subhanallah.. terharu nya saya. MasyaAllah… seronok sangat dengar.
Selain itu, ada juga di kalangan guru – guru ini berpakat antara mereka yang pegang kelas untuk membeli secara pukal. Ada yang membeli sehingga 20 set, 15set dan 10set. Ada juga yang repeat order berulang – ulang. Mereka suka dan seronok mendapatkan set ini, kerana ianya sangat murah dan berpatutan. Walaupun berapa kali mereka order, harga nya masih sama tanpa ada caj lain.

. MEMANG RARE .
Selepas anda membaca perkongsian saya ini, ada rasa Rare dok?.. hee..
Yelah.. bisnes saya ni, mungkin tak nampak kepentingannya pun pada orang biasa. Namun, pada guru – guru ianya amat membantu.

Apa yang saya nak sampaikan di sini adalah mengenai niat dalam berniaga. Sekiranya apa yang kita usahakan kerana Allah, InsyaAllah Allah akan permudahkan. Rezeki yang tidak disangka – sangka akan datang kepada kita.. InsyaAllah..
Semuanya bermula dari niat kita.
Sekiranya akhirat yang kita kejar, maka dunia akan mengikut kita..
Saham akhirat yang kita dambakan, bukan sekadar saham di dunia semata.
Semoga perkongsian saya ini akan memberi semangat untuk anda untuk mencari redha Allah dalam berniaga agar segalanya dipermudahkan olehNya.. Aameen.. InsyaAllah..

Saya selitkan di sini firman Allah SWT :
Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagiamu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak akan menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.
(QS. Al-Qashash: 77)

. NOTA KAKI TIPS BISNES INI .
Saya ingin kongsi kan di sini beberapa tips sekiranya anda berminat dalam bisnes ini.
1. Membuat kerja dengan perasaan seronok dan enjoy. Tidak stress – stress
2. Jangan meletakkan keuntungan di depan. Sebalik nya kena betul kan niat hanya kerana Allah
3. Niat untuk membantu, maka anda tidak boleh memarahi pelanggan anda walaupun mereka salah. Customer is always right.
4. Melayan pelanggan anda sebagai seorang sahabat yang anda dah kenal lama. Peramah dan tidak membuatkan mereka merasa janggal
5. Tidak meletakkan caj yang berlebihan
6. Tidak boleh memaksa pelanggan untuk membeli barangan kita. Sekiranya mereka mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan untuk membeli, jangan rasa kecewa
7. Menjawab persoalan dan pertanyaan pelanggan dengan baik walaupun pertanyaan dan permintaan mereka pelbagai
8. Banyak kan bersabar kerana kita sedang memberikan servis.
9. Cuba memenuhi segala kehendak pelanggan walaupun agak sukar dan seperti tidak munasabah. Ini kerana mereka lebih maklum apa yang mereka mahukan
10. Membina hubungan yang baik dengan pelanggan. Nasib baik, mereka boleh kekal menjadi sahabat anda sampai bila – bila.. InsyaAllah…😍
Sekian perkongsian dari saya.


Wassalam.

Imah SulamKaseh Creative.
10 Februari 2017



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selepas tersiar di The Vocket, banyak respon dan ucapan Tahniah yang saya dapat dari Sahabat2 Fb.. Alhamdulillah.. ramai yang masih ingat saya..

Moga segala yang baik kembali kepada anda semua juga.. InsyaAllah.. Aameen..










 Perkongsian saya di The Vocket juga telah di kongsikan oleh seorang guru ( Cik Apple Merah ) ke dalam Group TcherCollection.. Ramai juga yang mengucapkan terima kasih dan tahniah...

Saya mendoakan segala yang baik juga buat kalian.. InsyaAllah.. Aameen..













Okey.. itulah semua yang saya nak story malam ni.. huhu
Mata pun dah ngantuk dah..
InsyaAllah kita jumpa lagi esok jika jodoh masih panjang..

Wassalam
Imah SulamKaseh.
1.12am : 12 April 2017

Monday, April 10, 2017

6 Langkah Mudah untuk buat Gambar Pelangi @ Rainbow Photo

April 10, 2017 1 Comments
Assalamualaikum semua. Memandangkan ramai yang minta saya buat satu tutorial cara untuk siapkan Rainbow Photo tu, InSyaAllah harini saya tunaikan.
Gambar yang siap :)
Anda hanya ikut 6 langkah ini sahaja, inSyaAllah akan siap gambar seperti yang anda mahukan.


Langkah 1: Install 2 Apps ini
Langkah 1: Install 2 Apps ini – PicsArt dan Focus n Filters (untuk android download di sini, untuk iPhone muat turun di sini)

Langkah 2 : Buka apps Focus n Filters

 Langkah 2 : Buka apps Focus n Filters untuk buat latar belakang (background).


Masih di Langkah 2: Focus n Filters

Masih di Langkah 2: Focus n Filters
(i) Klik BG
(ii) Pilih BG seperti gambar di bawah
(iii) Save

Langkah 3: Buka PicsArt.
 Langkah 3: Buka PicsArt. Masukkan gambar anda dari gallery.

Masih di Langkah 3 : PicsArt.
Masih di Langkah 3 : PicsArt.
Masukkan gambar anda dari gallery
Klik Magic
Pilih Rainbow
Pilih Soft Light
Klik √ di bahagian atas


Masih di Langkah 3 : Pilih Save Private

Masih di Langkah 3 : Pilih Save Private


Masih di Langkah 3 : Di PicsArt, Klik back, Klik discard
 Masih di Langkah 3 : Di PicsArt, Klik back, Klik discard

Langkah 4: Masukkan Background.

Langkah 4: Masukkan Background. Masukkan gambar background yang telah di save tadi.

Klik Effects – Pilih Vibrant.
Langkah 4 : Masukkan Background. Untuk jadikan background jadi lebih cerah – Klik Effects – Pilih Vibrant.

Langkah 5 : Edit Photo.
 Langkah 5 : Edit Photo. Masukkan gambar anda yang telah di edit tadi.


Langkah 5: Edit Photo
Langkah 5: Edit Photo. Klik pemadam. Padam bahagian tepi-tepi gambar.




Save Private.
 Masih di Langkah 5 : Edit Photo. Save Private.

Buka semula Focus n Filters. Crop border.
Masih di Langkah 5 : Langkah  ke 5 yang terakhir. Buka semula Focus n Filters. Crop border. Klik crop kat bawah.


Langkah 6: Final step. Masukkan font.

Langkah 6: Final step. Masukkan font. Bagaimana ia jadi macam stroke tu, anda hanya masukkan tulisan yang sama dua kali. Anda hiaslah dengan masukkan symbol yang anda suka.
Anda perlu adjust intensity sebelum save supaya lingkaran hitam tu hilang. Bila dah puas hati, tekan save.
Okey. Siap.

 Semoga bermanfaat ye.

With Love,
Imah SulamKaseh Creative

Tuesday, March 28, 2017

Banner Femily Day Jalinan Kasih

March 28, 2017 0 Comments
Assalamualaikum..

Banner ini digunakan untuk Femily Day Jalinan Kasih baru - baru ni.. ( Keluarga sebelah saya )..
Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan...

Syukur sangat, kerana bukan selalu kami dapat berkumpul ramai - ramai macamni..
Memasing seronok dan gembira..

Paling seronok, tengok anak - anak yang dapat berseronok bermain, dan bermesra dengan sepupu sepapat.. serta berkenalan sesama mereka. Yela, ada yang antara kami ni, bertahun baru dapat jumpa sekali.. bukan selalu.. kerana tulah, saya sendiri pun teruja bila program yang kami rancangkan ini dapat berlangsung dengan jayanya

Kami bukan sekadar untuk suka-suka, namun banyak hikmah yang dapat kami kutip sepanjang ianya berlangsung..
Silaturrahim itu yang paling penting.. InsyaAllah..


Banner untuk di print


Tadaa.. dah siap di gantung






Inilah keluarga besar kami...


Gambar nya terlalu banyak kalau nak upload sini.. hee... biasalah... ramai tu. Memasing dengan kamera masing.. full memory.. haha.. tapi, semua gambar sangat sangat sangat bermakna... senyum sorang tengok... love u all



with love,
Imah SulamKaseh

Friday, March 10, 2017

Doa Qunut dan terjemahan nya

March 10, 2017 1 Comments
Harini, saya nak kongsi design untuk doa qunut dan terjemahan nya..

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan design ini, sila hubungi saya di 013-9014626.
InsyaAllah dengan harga yang sangat berpatutan..

--------------------------------------------------------------------------------



Doa qunut dan terjemahan

اَللّهُمَّ اهْدِنِىْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ
Ya Allah tunjukkanlah akan daku sebagaimana mereka yang telah Engkau tunjukkan

وَعَافِنِى فِيْمَنْ عَافَيْتَ
Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan

وَتَوَلَّنِىْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ
Dan peliharalah daku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan

وَبَارِكْ لِىْ فِيْمَا اَعْطَيْتَ
Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan

وَقِنِيْ شَرَّمَا قََضَيْتَ
Dan selamatkan aku dari bahaya kejahatan yang Engkau telah tentukan

فَاِ نَّكَ تَقْضِىْ وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ
Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukan kena hukum

وَاِ نَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ
Maka sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin

وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ
Dan tidak mulia orang yang Engkau memusuhinya


 تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha tinggi Engkau

فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ
Maha bagi Engkau segala pujian di atas yang Engkau hukumkan

وَاَسْتَغْفِرُكَ وَاَتُوْبُ اِلَيْكَ
Ku memohon ampun dari Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ اْلاُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

(Dan semoga Allah) mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.

Friday, March 3, 2017

Kelebihan Surah Al Mulk

March 03, 2017 1 Comments
Assalamualaikum.

Salam Jumaat yang barakah.

Alhamdulillah.. berjaya siapkan tempahan dari Cikgu Yatie dari Dungun yang request Backdrop surah Al Mulk..

Ini Hasilnya. Full surah Al Mulk dan hadis mengenai kelebihan
membacanya


Cikgu Yatie sangat gembira dengan hasil nya.. hee.. thanks..


- imah SkC -

Wednesday, March 1, 2017

Islamic Calligraphy ~ Surah Al Ikhlas

March 01, 2017 0 Comments
Jenuh juga nak siapkan tempahan kali ni.. serba tak kena.. dari segi pemilihan warna dan jenis khat.. last² jadi kaler dan khat cam gini. huhu..
Moga bertepatan dengan konsep. .
Sebab tulah kan.. designer ni ambik upah mahal juga.. sebab nak buat satu² artwork tu berjam jugak la nak boleh ke siap..

 
Tadaa.. ini yang dah siap

Ni step yg saya guna.
1st step : lukis batik dan warnakan nya..
2nd : warnakan background
3rd : pemilihan khat
( Yang ini paling mencabar dan paling lama saya terpaksa ngadap laptop )..
Sebelum ni saya hanya guna font Islamic calligraphy utk khat tu.. tp setelah mendapat nasihat dari adik ipar, Ahmad Suhaili Hassan yang arif dlm bab² khat ni.. saya tukar buat sendiri tulisan khat tu..
Boleh kata lenguh jugok laa pinggang nye.. huhu..
Tapi, betul kata adik ipar tu.. kita akan lebih feel bila buat sendiri ni..
Aa yela.. feel la ni.. dh dekat kul 2 dah aihh..


Susun satu - satu huruf tuu... huhuhu

Notakaki :
Dibuka untuk komen... Saya pun nk menaip dah keluar wording lain dh ni.. ngantukkk...


Original lukisan tangan dah siap !.. hee

 With Love.
Imah. SulamKaseh Creative.
02 March 2017

About Me. Imah. SulamKaseh Creative

March 01, 2017 0 Comments

Assalamualaikum.

Hi there! My name is Karimah Hanapi. I’m a Freelance Graphic Designer, Art & Islamic Calligrapher, and Illustrator. I design Islamic Calligraphy, Batik, Canvas Frames, Logos, Brochures, Banners, Book covers, apps, and everything in between. I have collaborated with many clients from all over the Malaysia and hopefully can go more, all over the world.

InsyaAllah..

Imah. SulamKaseh Creative

Tuesday, February 28, 2017

Bismillah bersama Batik Warna Kuning Hitam.. Lawo tak..

February 28, 2017 0 Comments
Nafsu engkau,jika tidak disibukkan dengan kebenaran,..maka ia akan disibukkan dengan kebathilan..
Oleh itu, kita perlulah menyibukkan diri kita dengan kebaikan agar nafsu yang jahat itu xsempat untuk menyelit kedalam diri kita..

Ayuh kawan2..jom kiter!!..

Mulakan Harimu Dengan Bismillah...

Notakaki : Alhamdulillah. Siap satu lagi tempahan Batik Khat yang ditempah oleh Muallimah Sabihah Sabri.. moga berpuas hati.. InsyaAllah akan di frame kan.

Notakaki 2 : Untuk printing kepada sesiapa yang menempah, saya akan buang trademark sulamkasehCreative tu.. hee

Hasil gabungan batik dengan khat. Cantik tak.. hee


withLove :
Imah SulamKaseh Creative. 01 Mac 2017

Batik Lukis Tangan Kedua. Tema Biru

February 28, 2017 0 Comments
Status Fb pada 28 Feb 2017 :

Terapi minda..
Siapkan satu lagi Corak Batik
#CorakBatik pada carta organisasi.. hee

Alhamdulillah. Berjaya siapkan satu lagi artwork yang berkonsepkan Batik.
Jom layan macamane saya hasil kan nya..


Hasil yang dah siap. Gabungan dengan Khat SulamKaseh

Lukisan tangan. Sebelum dimasukkan ke ai

Ini yang dah siap dimasukkan sebagai background
untuk carta organisasi. Syukur tuan penempah gembira sangat
kerana kena pada tema kat sekolah, katanya.





Sunday, February 26, 2017

Promosi Frame Canvas Khat Bersama Corak Batik Murah - Murah

February 26, 2017 0 Comments
Assalamualaikum semua..

Ramai yang bertanyakan frame khat yang saya upload semalam.. tak sempat nak jawab satu² sebab sibuk packing barang yang akan diposkan harini..

Ok. Saya upload harga sekarang.

Cepat².. saya promosi kan dengan harga ini untuk 10 pembeli yang pertama.. 


Rm100 dengan percuma khat kufi Assalamualaikum seperti gambar di bawah..
Kolaborasi dengan Kayoo Studio untuk produk frame kufi itu.. 😍😍😍

Siapa berminat sila pm saya ye.. 0139014626






WithLove :

Imah SulamKaseh Creative

Saturday, February 25, 2017

Corak Batik Lukisan Tangan Pertama Di Komputer kan

February 25, 2017 0 Comments
Tanggal 25 Feb 2017..

Saya berjaya mencuba suatu yang baru.. kombinasi manual dan komputer..

Sebenarnya minat saya dalam dunia seni ni, dah lama.. namun tapi tak berpeluang untuk ambil subjek seni kat sekolah mahupun di u...

Disebabkan minat yang mendalam.. saya terus mencuba dan mencuba ..
Harini, saya berjaya gabungkan batik lukisan tangan saya bersama khat diwani di dalam komputer dan seterusnya mewarna kan nya..

Hihi.. saya tak pandai sangat nak main dengan warna.. main bubuh je.. ok lah kan untuk percubaan pertama..

Sebenarnya sewaktu menunggu keputusan spm dulu, saya pernah bekerja sebagai 'penconteng' batik di kampung.. suka tengok dengan seni ni.. dan hingga lah sekarang, minat saya tak pernah padam..

Dan, pernah juga lah menang dalam pertandingan seni khat kat sekolah dulu.. hihi... konon2 la.. xpandai sangat pun sebenarnya...

So...untuk hasil yang macam ni, agak2 boleh buka order tak? hehe...

Batik yang dah siap di warnakan dan di letakkan tulisan
Khat SulamKaseh. 




Jom tengok proses menyiapkan nya.  


1st step : Lukis tangan dulu

2nd : Scan masukkan ke AI
3rd : Warnakan bunga

4th : Tulis Khat untuk SulamKaseh

5th : Gabungkan keduanya. Batik dan Khat. Then.. Siap !


 Mekasih kepada semua yang sudi menjenguk :)