Follow Us @soratemplates

Monday, June 8, 2009

Semalaman yang menyedarkan ummi..

Jam di tangan, dah pun menunjukkan tepat pukul 2.00 pagi.. abah baru berlalu pulang ke rumah, selepas datang menghantar barang - barang keperluan kepada ummi.. 2nd cermin mata, jam tangan, charger hp, kain sembahyang, susu adik dan makanan..

Syarat tinggal di hospital kerajaan ni, only one person je.. so, takpe la.. biar ummi yang jaga adik.. dah terbiasa tinggal di hospital private ni, terasa tak biasa dengan keadaan pun ada, tak selesa pun ada, rimas pun ada.. kekadang terlintas pelbagai cerita2 seram yang menerjah ke kotak fikiran, kes2 keliwon, yang pastinya menimbulkan perasaan seram sejuk jugak la dalam diri ummi ni.. takpe.., kuatkan hati.. InsyaAllah tak de apa yang perlu di takutkan.. Allah kan ada..

Isy.. kenapa la mata ni tak mboh lena ni.. mujur la muadz dah lena tido.. kalau tak, jenuh jugak ummi nak handle dia.. pejamkan mata.. harap2 lena la diri ini.. supaya tak kepenatan besok pagi..

kreekk.. tetiba bunyi langsir di tarik.. "puan, maaf ye.. bantal ni kami nak guna..ada patient nak masuk kejap lagi".. oppss..sori.. sori.. lantas ummi bingkas bangun dan memberikan bantal yang ummi pinjam dari katil sebelah.. di dalam bb cort, muadz still lena tido.. Alhamdulillah..

dah pukul 3.30 pagi rupanya.. emm.. sempat jugak ummi lena sekejap. berselimutkan tuala, dan dengan pakaian lengkap, bertudung ni, teringat masa tinggal kat asrama desa damai dulu2.. berkongsi bilik dengan none muslim.. rimas sangat.. tido pun nak kena pakai tudung.. yela, kita sebagai muslim ni, kena jaga aurat dengan none muslim.. mujur jugak la semua kesulitan seperti itu, pernah ummi lalui.. menyebabkan kes2 seperti ini, dah biasa handle..bersyukur dengan kesedaran yang Allah berikan kepada ummi dan keluarga, tentang agama Islam ini.. mata tak semena - mena melirik ke arah seorang kakak yang sedang lena tido, agak kurang sopan jika di lihat orang.. dalam hati berbisik.. "kesian dia, maybe dia tak tahu yang aurat itu perlu di tutup dengan sempurna.. ini bukan nya rumah kita.. dan, kemungkinan orang lelaki, esp doktor akan datang untuk melawat patient nya.. bile2 masa..Moga Allah berikan hidayah kepadanya.."

Bile dah terjaga ni, susah pulak la nak tido kembali..

Tengah dok betulkan kedudukan, untuk sambung tido.. datang beberapa orang nurse sambil menolak katil yang terdapat seseorang di atasnya.. oo ni la patient yang nurse tu cakap tadi..

mulanya, rasa malas nak ambil cakne.. tapi, bile terlihat kepayahan emak patient tu memindahkan dia ke katil sebelah, menyebabkan ummi tertanya - tanya.. sakit apa la adik ni.. kesian dia..

lepas berlalunya nurse tadi, ummi mendekati katil sebelah ..
"sakit apa adik ni kak?.." sambil tersenyum kakak tu menjawab : "dia kena sawan tadi.. terus akak bawa dia ke hospital.." .. oo patut la.. kesian dia. memang nampak sangat kesakitan dia.. tergeliat2.. nyetok (kalau bahasa kelate).. isy.. sakit rasa tengok dia.. kesiannya..
nampak muka kakak tu, relaks je.. maybe dia dah biasa dengan keadaan anak dia macam tu.. so, ummi pun tak nak kacau dia lelama..

tengah nak lelap mata, nurse membuka lampu yang di padamkan tadi.. emm.. nape pulak buka lampu??.. nurse tu cepat2 ke katil kakak yang tidur kurang sopan tu tadi, mengejutkan kakak tu supaya membetulkan kedudukan tidur nya..
oo.. rupanya ada doktor lelaki yang nak datang ke bahagian kami.. mujurla nurse kat sini memahami..
ummi bingkas bangun, kot2 doktor tu nak datang ke tempat muadz.. tak sebenarnya.. rupanya dia nak datang jenguk adik fatiha.. ( yang sakit disebelah kami tu)..

ummi curi2 dengar doktor tu bercakap dengan kakak tu.. nampak macam ada something yang doktor tu tak puas hati dengan kakak tu.. ada something yang dia nak clarify..
bila dr tu nampak ummi macam tak selesa nak tido (coz dia ada sebelah)..so, dia ajak kakak tu berbincang di meja nurse..
emm... takpe jugak.. boleh ummi sambung tido.. mujur jugak.. :)

terkejut dari lena, bile alarm hp berbunyi.. isy.. dah pukul 6.30pg.. tengok muadz, tengah lena tido.. emm.. takpela, mintak2 dia tak tersedar.. bergegas ummi ke tandas, mandi dan mengambil wuduk..

selepas tunaikan solat.. ummi just duduk, sambil menunggu muadz bangun.. sesekali bangun ke katil sebelah.. lihat adik fatiha yang dah pun bangun dari tido nya.. ummi senyum padanya.. kesian fatiha ye.. cakap ummi pada dia.. tak tahu la dia faham ke tak apa yang ummi cakap.. yang pasti, ibunya dah pun redha dengan keadaan nya sebegitu..

sementara menunggu waktu melawat, ummi sembang2 dengan mak2 yang masing2 tinggal di hospital itu, untuk menjaga anak masing2..

rupanya fatiha, yang disebelah ummi tu, sakitnya dari kecil lagi.. kanak2 istimewa.. dan, yang menyebabkan dia di masukkan ke wad kerana mak nya ter miss memberikan ubat pada nya.. dalam sehari, dia perlukan 3 kali ubat bagi mengelakkan dia dari sakit sawan..

bersyukurnya ummi dengan nikmat sihat yang Allah berikan kepada kami.. anak2 yang sihat (walaupun kekadang ada jugak yang terpaksa masuk wad).. namun, kita tahu yang keadaan itu hanya untuk sementara sahaja.. bukan nya seperti kes adik fatiha ini..

dari cerita mak fatiha, .. dia sangat2 menginginkan anak perempuan.. memandangkan dia dah pun mempunyai 4 orang anak lelaki, so dia mintak kali terakhir dia mengandung aritu, dia akan mendapat anak perempuan..
dengan kuasa Allah, dia mengandung dengan kembar 3 rupanya.. dan, yang menyebabkan sebak hati ummi mendengar cerita kakak tu, adalah.. dari 3 orang kembar yang dilahirkan, yang pertama, lahir dengan sempurna.. adalah lelaki.. yang 2 orang lagi adalah perempuan.. seorang adalah fatiha dan seorang lagi meninggal dunia.. Ya Allah.. besarnya dugaan kakak tu perlu hadapi..
tapi, dia pasrah dengan takdir Allah.. "memang Allah nak akak jaga fatiha dengan baik.. kerana memang akak nak anak perempuan..sekarang, memang akak mendapatnya.. "
rasa nak menitik air mata dengar cerita kakak tu.. berat mata memandang, berat lagi mata memikul.. anak perempuan yang di harapkan nya, lahir nya cacat, dan tidak sempurna seperti yang di harapkan oleh ibunya..
Itu la kuasa Ilahi.. tiada siapa dapat menghalangnya.. hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui.. InsyaAllah ada la hikmat di sebalik segala apa yang dijadikan Nya itu..

itu la kisah ummi.. yang sangat menginsafkan..
jika di bandingkan diri ini, terlalu banyak kenikmatan yang Allah berikan.. tidak terhintung rasanya..

semoga segala apa yang ummi lalui ini, akan lebih membuka minda ummi, yang di sekeliling kita, masih ramai lagi insan yang lebih susah dari kita.. kalau kita rasa kita susah, ada lagi yang lebih susah.. jangan kita mengeluh dengan dugaan yang Allah berikan, malah patut bersyukur kerana dengan dugaan jugak la yang akan membuatkan diri kita lebih dekat kepadaNya..
Semoga segala kenikmatan yang Allah telah berikan kepada kami ini akan kami hargainya dengan sebaik mungkin..
Amin...

~ redha Allah yang ku cari.. ~
ummi.. 09/06/09

1 comment:

  1. Assalamualikum..takder nak komen apa, cumer ttg mslh bertudg dgn noon muslim..perkara yg sama pernsh berlaku masa ana dkt sek asrama dulu..jadi kami tanya mufti penang..dan jwpnnya untuk keadaan yg menyebbkn kita sntiasa ddk bersama non muslim prmpuan, kita dibnrkn buka aurat..tpi yg simple2 je la mcm rmbut tu...wallahualam

    ReplyDelete