Minggu lepas, kami sekeluarga sempat 'menyelam sambil minum air'.. :) yelah, sebab kali ni Family Day Petlin telah di adakan di Kota Bharu.. k'apong kito tuh.. ( kampung kita tu.. ) hihi.. so, boleh la kami balik kampung sambil berfemili day.. best2..
Lagipun, dah plan awal.. sebelum ummi masuk kerja, ingatnya nak balik kampung dulu.. jadi, molek sangat lah Kota Bharu yang dipilih sebagai destinasi staff Petlin kali ni. Boleh la kami pulang menghirup udara segar di kampung, sebelum ke program syarikat abah tu..
Kali ni, kami tidak mengikuti konvoi beramai - ramai kerana kami balik awal 2 hari dari mereka yang akan ke tempat program pada hari Jumaat 22/11 tu. Kebetulan jugak, hari Rabu tu abah dapat cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu. Jadi, pepagi hari Rabu tu, kami dah bertolak balik ke kampung. Untuk hari Khamis tu, Along terpaksa minta cuti dari pihak sekolah dan telah pun di maklumkan terlebih awal kepada guru kelas nya.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.. seronok dapat pulang berjumpa dengan mek dan sedara mara.. mereka juga gembira dapat tengok anak sedara baru.. ( Ahmad Maher Zafry..)
Hari pertama femili day
Sebagai mana yang di rancangkan, pada hari Jumaat tu lah, baru kami bertolak ke Kota Bharu untuk menginap di Grand Riverview sepanjang program ini berlangsung. Semasa kami sampai sana, dah ada beberapa keluarga yang sudah pun sampai. Kami di benarkan makan tengahari terlebih dahulu sebelum masuk ke bilik.
Lepas makan tu, abah bersama staff lelaki yang lain ke masjid untuk sembahyang Jumaat. Jalan kaki je ke Masjid Muhammadi dari Hotel ni, sebab dekat je..
Selepas abah balik dari masjid tu, barulah boleh kami check in..
nasib baik si kecik ni tak meragam.. cuma, nak nyusu jelah.. |
Dalam pukul 3 petang, kami semua di minta turun untuk aktiviti Sukaneka. Anak - anak ummi, along dan abang muadz ada mengambil bahagian.. mereka seronok nak join, sebab teringat tahun lepas mereka dapat banyak hadiah..
Cuma, jenis permainan yang mereka main kali ni berbeza la dari yang tahun lepas. Masa kat Genting tahun lepas tu, kawasan nya luas. Kali ni, hotel GR takde ruang luar yang luas untuk di adakan acara sukaneka ni. Jadi, kali ni permainan yang di adakan adalah lebih kepada permainan yang sesuai dengan aktiviti indoor. Apapun, semua ceria dengan hadiah yang mereka dapat.. :)
Cuma, jenis permainan yang mereka main kali ni berbeza la dari yang tahun lepas. Masa kat Genting tahun lepas tu, kawasan nya luas. Kali ni, hotel GR takde ruang luar yang luas untuk di adakan acara sukaneka ni. Jadi, kali ni permainan yang di adakan adalah lebih kepada permainan yang sesuai dengan aktiviti indoor. Apapun, semua ceria dengan hadiah yang mereka dapat.. :)
Antara permainan yang mereka main. Pecahkan belon, bawa bola dalam sudu, dan bawa belon dalam sarong. |
Hadiah untuk sukaneka yang along dan abang main. Tempat pertama |
Ni hadiah tempat kedua yang along je dapat. Kumpulan abang muadz xdpt hadiah.. |
Bergambar bersama anak - anak.. budak kecik tu tido je :) |
Abah juga ada mengambil bahagian dalam sukaneka dewasa. Permainan yang abah main tu, di namakan 'Main Sarong'. 3 orang dalam satu kumpulan. Mereka di minta menghias salah seorang dari ahli kumpulan, dengan menggunakan kain sarong yang di sediakan oleh pihak ajk.
Time ni, bb tido.. so, sempat la ummi menangkap gambar abah sepanjang menyiapkan model mereka. Bersemangat abah menghias, dan nampak gaya macam ada peluang untuk menang..
Dengan kesungguhan abah dan kawan nya, dapat lah mereka tempat ketiga.. masa terima hadiah tu, ummi dah tak sempat nak tangkap gambar mereka, kerana bb dah nangis nak susu..
Time ni, bb tido.. so, sempat la ummi menangkap gambar abah sepanjang menyiapkan model mereka. Bersemangat abah menghias, dan nampak gaya macam ada peluang untuk menang..
Kretif juga abah .. :) dengan bantuan ahli kumpulan juga.. |
Abah juga dapat hadiah :) tempat ketiga |
Mane abang muadz?.. hehe.. awal2 lagi dia kena kuar.. ni saat - saat akhir dah ni.. tinggal along sorang je pompuan. |
Pilih.. pilih.. kami hanya tunggu abah tolong pilihkan untuk kami.. |
Hari Kedua
Sebelah pagi. ( Amazing race dan sudoku )
Abah memilih untuk ke taman, kerana lebih santai.. lagipun susah sikit dengan adanya bb ni.. risau dia meragam je..
Abah join Amazing Race.. sementara bagi mereka yang tidak menyertainya, ada di sediakan aktiviti lain seperti mewarna dan pertandingan Sudoku..
Along dan abang muadz mewarna..sekadar untuk mengisi masa lapang mereka. Bukannya pertandingan pun.. dan, ummi ambil peluang masuk pertandingan Sudoku.. hehe.. dalam dok kalut dengan bb Maher yang sekejap - sekejap nak minum susu, sempat lah ummi siapkan Sudoku tu.. ummi orang ketiga yang menghantarnya.. harap dapat hadiah.. :)
Hari Kedua.
Sebelah petang ( Bekwah Besa )
Bekwah besa ni, di ambil daripada perkataan ore kelate.. konsep yang di bawa pun, bertemakan sarung dan semuanya secara traditional ore kelate.. dari hiasan, makanan dan juga acara pentas.. semuanya di ambil dari tradisi ore kelate..
Seperti biasa, Abah di minta menjadi pembaca doa sebelum program bermula |
Kami di minta memakai pakaian bertemakan sarung.. tapi, kami tak berapa sarung sangat pun .. :) |
Persembahan wayang kulit |
Selepas persembahan tu, barulah adanya penyampaian hadiah kepada peserta yang menyertai pertandingan Amazing race dan sudoku yang di adakan di sebelah pagi tadi.
Alhamdulillah, untuk Amazing Race yang abah join tu dapat no ke 15. Tu pun, sebab sangkut kat bahagian main gasing.. asyik tak jadi.. dari yang sepatutnya top 5, terpaksa turun ke no 15.. hehe.. apapun, dapat jugak hadiah.. :)
Hadiah yang abah dapat |
Hadiah untuk pertandingan sudoku yg ummi dapat |
Ini lah citer serba sedikit femili day Petlin yang kami lalui pada kali ni.. seronok.. dan penat jugak, sebab terpaksa check out kul 3 pagi.. nak berkejar untuk sampai ke kemaman.. sebab nya along dah sekolah pada ahad tu.. :) abah kata, cukup sehari je along ponteng sekolah..
Syukur, kami sampai dengan selamatnya.. dan along dapat ke sekolah ahad tu.. :)
No comments:
Post a Comment