Follow Us @soratemplates

Thursday, May 10, 2012

Mereka mungkin ahli syurga….

Bila terbaca artikel kat bawah ni, teringat dengan Abang Muadz.. :)
Pernah sekali ummi tanya dia,
"Abang nak jadi apa ye bile besar nanti?"
"emm.. abang nak jadi orang kutip sampah lah ummi.. "jawab nya..
errkk.. ( alamak.. agak terkejut juga dengan jawapan dia tu pd mulanya.. )

"nape abang nak jadi pengutip sampah nye?.. kan banyak lagi kerja lain yang abang boleh pilih?" tanya ummi sekadar nak tahu apa jawapan nya.. :)
"kan ummi kata orang yang kutip sampah tu banyak pahala?.. abang nok jadi lah orang kutip sampah.. sebab abang nak banyak pahala.." jawab nya dengan tulus..

hihi.. anak ummi ni kan..betul sungguh.. :)

"ye.. memang tugas pengutip sampah tu sangat mulia, dan InsyaAllah banyak pahala dia kalau dia buat kerja tu dengan ikhlas.. tapi, tak semesti nya kerja tu sahaja yang kita dapat pahala banyak.. kalau kita buat apa - apa kerja pun, tapi kalau niat kita ikhlas, dan buat kerana Allah, semua tu Allah kira sebagai ibadat dan InsyaAllah kita akan dapat pahala.. "

"oo gitu ye ummi?.. abang nak jadi tok imam lah kalu gitu.. Imam Muadz.. " jawab nya..ringkas.

Alhamdulillah..:D
InsyaAllah.. sebenarnya tu lah juga impian ummi.. :) Moga anak ummi akan menjadi seorang yang cerdik pandai apabila besar nanti, dan dapat menyebar luaskan agama Allah ini, mengikuti jejak perjuangan Rasulullah SAW.. Ameen.. InsyaAllah..

Mereka mungkin ahli syurga….

Pernahkah anda melihat kehebatan yang dimiliki oleh pekerja-pekerja rendah am seperti mereka?
1-Mereka bekerja mencari rezeki yang halal demi menampung kehidupan ahli keluarga mereka. Ini adalah satu ibadah yang sangat mulia.
2-Mereka bertungkus lumus menjaga kebersihan alam sekitar dan tanpanya sukar untuk dibayangkan bagaimana kita berhadapan dengan permasalahan sampah dan bau busuk yang begitu menguja setiap kita.
3-Mereka mampu merendahkan diri untuk bekerja di sektor seumpama ini untuk menyara keluarga dan memanfaatkan masyarakat menghayati kebersihan yang merupakan sebahagian daripada Islam.
Beberapa soalan :
  • Pernahkah anda menyapa mereka ?
  • Pernahkah anda menggembirakan mereka?
  • Pernahkah anda memberi salam atau mengangkat tangan kepada mereka ?
  • Pernahkah anda menghadiahkan sesuatu bersempena hari perayaan seumpama hari raya dsb kepada mereka ?
  • Adakah anda sentiasa memudahkan kerja-kerja mereka dengan menyediakan sampah untuk diuruskan dengan baik dan sebersih mungkin?
Walau pun anda mungkin menganggap ini adalah isu kecil tetapi hidup anda pasti sukar tanpa mereka…..
Ada seorang di kalangan mereka yang sempat saya kenali dengan lebih rapat. Dia bekerja sebagai buruh pengutip sampah di siang hari dan kemudiannya bekerja sebagai ‘jaga’ atau ‘security guard’ di sebelah malam bagi menampung pendapatannya yang rendah. Beliau terpaksa menyara 6 orang anaknya yang bersekolah dan yang sedang membesar. Namun beliau tidak pernah kelihatan mengeluh dan kelihatan sentiasa menjaga solatnya. Lebih mengkagumkan lagi apabila beliau turut membayar zakat di Pusat Zakat Negeri walau pun pernah diberitahu bahawa kadar pendapatannya yang rendah menyebabkan beliau dimasukkan di dalam kategori ‘tidak wajib’ untuk membayar zakat.
Mereka mungkin dipandang rendah oleh orang ramai tetapi jangan lupa bahawa kehebatan mereka memungkinkan mereka mendahului kita sebagai calon ahli syurga…..!



Sumber

No comments:

Post a Comment