Follow Us @soratemplates

Tuesday, July 10, 2012

My Imam Maher ^_^

Kenal tak saya? hihi..
Ini lah wajah saya selepas di potong rambut.. ^_^
~ konon Maher cakap la ni.. :) ~
Bagi ummi, rasa macam berbeza sangat muka maher sebelum dan selepas di potong rambut.. :)
Awal tu, memang nak potong sikit je rambut dia.. mungkin ada miss communication dengan tukang gunting tu, jadi lah macam ni..

Takpelah.. mak tok kata, macam orang baru balik dari umrah.. :)
suatu statement yang cukup menenangkan ummi.. moga ianya suatu doa, agar kami dapat membawa anak2 ke Haramain suatu hari nanti.. InsyaAllah..
Dan, kalau ada rezeki, dapat ketemukan Imam Maher kami, dengan Syeikh Maher yang menjadi Imam Besar Masjidil Haram tu.. Aameen.. Moga di permudahkan.. InsyaAllah..

Tak pe.. rambut yang di potong, ia akan tumbuh kembali.. cuma, cepat dengan lambat je..
Apapun, mari kita tengok reaksi si kecik ni sewaktu melalui pengalaman pertamanya bo'jeng .. ceria lagi la awal2 tu.. :D

Excited dapat duduk di kerusi yang tinggi tu.. masih ceria dan bergurau dengan abang muadz..

Abah assist maher..
yang si kecik tu, masih xpaham apa yg org nak buat kat dia tu :P


Peminat tegar air vitagen.. :)


Ok.. episod bermula.. :)
Awal tu, cuba la pakaikan kain alas tu ke badan dia.. tapi, xsempat seminit pun.. terus menangis tak nak di tutup dengan kain tu..


Botak dah separuh.. :(
Akhirnya, terpaksa abah yang duduk di kerusi, dan tolong pegangkan dia.. hihi.. Maher.. Maher..

waaa....
Huhu.. ni part yang paling tragis.. siap meraung lagi dia, tak nak orang kacau kepala dia... cian nye sayang ummi.. ;(
Tapi, kejap je nangis pun.. bila dah siap tu, ok semula la dia..
Cuma, lepas tu dia macam tak cam diri dia sendiri.. malu2 nak tengok cermin, dan bila orang usik dia kepala botak, dia akan sembunyi la.. malu kut.. ^_^

Ringan kepala saya sekarang, dan no gegirl lagi.. hihi..
~ Maher ~
~ 08 Julai 2012 ~

1 comment:

  1. hihi..kelakar pula baca part maher malu lepas rambutnya dipotong. rambut shakir ni pun dah panjang dah kak mah...tak pernah potong sejak dibotakkan dulu tapi nasib baik la tak perasan sangat sebab rambut kerinting..hihi..

    p/s: ala, tak sama dah rambut maher dengan shakir

    ReplyDelete