Follow Us @soratemplates

Thursday, June 21, 2012

Jom tengok ore gagha udang!!..

June 21, 2012 0 Comments
Sebenar nya ni citer lama.. kiranya macam dah nak basi pun ader.. :)
Tapi, nak jugak bercerita memandangkan ianya suatu pengalaman yang jarang - jarang kami perolehi.. terutamanya bagi Abang Muadz dan Abah.. :)

( Kalau ummi, dah biasa la main selut ni masa kecik2 dulu.. yelah,.. anak orang kampung kan?.. turun sawah padi, tolong mek "ce'dung" .. cari ikan, cari siput sedut, cari etak.. semua tu ummi dah lalui nya.. :)
hehe.. budak kampung la katakan.. biasalah gitu.. membesar dengan pengalaman.. )

Tapi, kali ni.. ummi pun boleh di golongkan dalam kalangan mereka yang jakun, sebab tak pernah jugak tengok macamane keadaan orang gagha udang ni sebenarnya..

Jadi, mari kita sama - sama tengok.. rupa rupanya beginilah caranya.. hehe.. ummi pun, lepas abah bawak balik kamera tu, barulah tau.. oo gini ke cara orang gagha udang.. :)

Tengok tu!!.. Betul dah nama program ni "Pesta Gagha Udang Galah".. sebab memang kena gagha pun.. :)
Dan, lagi ramai yang join, lagi senang nak tangkap udang ni sebenarnya, sebab udang tu akan mudah timbul di permukaan air apabila pening ~ mabuk.. ( yela kut.. Ni pun, bercerita dari apa yg dimaklumkan oleh orang lebih arif lah..^_^ )
Sebenarnya ini adalah salah satu program anjuran pemuda, dan berlangsung pada 04 februari yang lepas.. Sesiapa yang berminat, boleh je join kerana mereka adakan program ni pun, untuk mendekatkan para remaja dengan aktiviti bermanfaat..

Abah yang beria - ia mengajak ummi dan anak - anak ikut sama ke tempat program.. Abah pun, sebenarnya tak pernah jugak tengok macamana cara orang tangkap udang ni.. Duk imagine, yang terdapat satu paya besar, dan ummi serta anak - anak boleh je lah duduk kat tepi tu tengok orang tangkap udang..

Rupanya tak.. ^_^

Mereka yang nak join aktiviti ni, perlu selusuri sungai yang terdapat di kawasan tu (sewaktu air surut), dan keadaannya bukan lah seperti yang kami bayangkan.. Kawasan tu penuh dengan lumpur, dan memang takde tebing macam yang kami sangkakan.. Serta, ianya kurang sesuai untuk orang perempuan dan budak2.. :)

Bila poksu (pakcik merangkap ketua dlm aktiviti ni) tu cakap macam tu, muadz dah mula tarik muka.. Yelah, dia beria sangat nak tengok orang tangkap udang.. Tu pun sebab abah dah janji nak bawa dia sekali..

Merengek, menangis.. Nak ngikut abah.. :)
Bila poksu tu tengok, dia kata muadz boleh ikut, tapi kena duduk dalam perahu kecik yang poksu tu kayuh..
Hheh.. Bile dia dengar macam tu, semangat semula la dia.. Tak kira dah, dengan berkasut pun, redah jugak la.. Sama lah dengan abah.. Dengan takde apa2 preparation, join sama la dengan yang lain.. Gagha udang!!...

Memandangkan abah bukan lah seorang yang expert dalam bab2 menangkap udang ni, maka abah lebih kepada menjadi kameraman.. ^_^
Seronok juga, .. Dapat pengalaman baru, abah kata.. Zaman budak2 dulu, tak sempat nak merasa.. Kena study je manjang.. :)

Tula.. Ramai2 ni, seronok jugak lah..Kalau nak suruh kami pergi sendiri.. Idok ler.. :D
Cuba teka, buah apa ni ? :)

Cantik kan ? Pemandangan yang jarang boleh kita lihat ni.. Lubuk Udang.. Jangan lubuk buaya, sudah !!.. :)
Bersama perahu yang abah naik, ada 2 biji lagi perahu yang ikut serta dalam program ni..
Sementara ummi menunggu abah dan peserta lain tu pulang, ummi di ajak ke rumah moksu (wife poksu). Sebenarnya mereka dah berpakat untuk memasak bersama - sama makcik2 yang tinggal berhampiran rumahnya tu bagi menyediakan makanan kepada peserta yang join program ni..

Yelah.. Peserta2 tu mesti penat, sepagi jugak nak siapkan menangkap udang tu.. Apabila badan dah penat, mesti perut jadi lapar kan?.. :)

Jadi, sementara ummi di sana, sempat jugak lah ummi membantu mereka.. :)
Hampir zohor jugak, menunggu abah dan peserta yang lain tu pulang.. Sempat Maher tertidur di rumah Moksu tu..dan, nasib baik juga.. Ada buaian kat sana, jadi lebih senang nak tidur kan si kecik ni.. :)
Tunggu punya tunggu.. Sampai lah abang muadz dan abah..
Hihi.. Tengok lah mereka.. Ber boloks.. ^_^
Tapi, kopiah tetap maintain.. :)
Dan, selepas berpagi mereka berusaha, inilah hasil yang mereka dapat..

Udang.. Dan, ikan baung..
Ikan baung ni ada sengat, yang mesti dibuang.. Terkena tu, bisa jugak la..
Itulah sedikit sebanyak ceritanya.. Kami dapat jugak lah bawa balik sikit udang, dan ikan baung.. Sebenarnya pada malam tu, mereka buat majlis penyampaian hadiah dan bbq kepada semua peserta yang join..

Tetapi, memandangkan kami ada program lain yang perlu di penuhi, maka malam tu tak sempat kami hadir.. Tak mengapalah.. Hari tu, kami dah bawa balik pengalaman yang julung - julung kami perolehi.. :)

Moga dapat di kenang oleh abang muadz terutamanya, apabila dia besar nanti.. ^_^
InsyaAllah...

Thursday, May 17, 2012

Lensa Along ~ sepetang di rumah Mak Tok

May 17, 2012 1 Comments
Ini adalah gambar - gambar yang di 'picit - picit' oleh Along selepas dia 'berjaya' memujuk ummi memberinya memegang dslr abah.. :)

Selepas lebih kurang 15 minit diberi dia memegang kamera tu, dan ini lah hasil nya..
aik.. macam berbakat jugak budak ni.. :)
"Ok.. lain kali, kalau along jaga elok - elok kamera ni, ummi bagi lagi along tangkap gambar.."
:P gembira sangat lah dia.. ^_^

Bunga tulip di depan umah ayah

Buah sukun yang belum masak

Buah nangka belakang umah mak tok


Bulan yang tiada cahaya di siang hari

Bunga kemboja depan umah mak tok

Bunga kertas

Buah nangka lagi..

Pokok buah jambu

hihi.. ini yang paling kreatif.. beskal mok dek yang berbunga bunga

Tuesday, May 15, 2012

Memperingati hari An Nakbah ~ 15 Mei

May 15, 2012 0 Comments
Tanggal 15 Mei 2012 ~ sempena memperingati hari An Nakbah dan sebagai tanda kesatuan jiwa, ummi telah menukarkan profile pic ni di fb ummi..

Bagi yang belum mengetahui apakah hari An Nakbah tu, boleh membacanya di sini..
http://islampelitahidup.blogspot.com/2012/05/sepuluh-fakta-tentang-nakba.html

Sedih, dan teramat sedih dengan segala penderitaan dan kesengsaraan yang telah mereka hadapi di Palestine.. Hanya doa dan pengharapan moga Allah tetap meneguhkan iman mereka, dan SYAHID buat pejuang - pejuang Islam di sana.. Ameen..

Moga kita adalah di kalangan mereka yang peduli dengan nasib saudara kita di sana..




Peristiwa Nakbah Pedulikah Kita 64 Tahun Berlalu


“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).”
(Al Baqarah 120)

Salam perjuangan. Hari ini kita dihangatkan dengan sambutan hari guru yang akan disambut pada 16 Mei setiap tahun. Akan tetapi, ingatlah wahai saudara Islamku sekalian bahawa pada tarikh 15 Mei 1948 merupakan salah satu titik hitam kepada seluruh umat Islam.

Akan tetapi, apakah kita seorang muslim yang peduli akan keadaan saudara kita ditempat lain?? Sedarlah wahai saudara ku sekalian pada 15 Mei 1948 satu titik hitam bersejarah yang menghentam umat islam di Tanah Palastin yang dinamakan Peristiwa Nakbah.

64 tahun telah berlaku, peristiwa nakbah yang menyasikan pembantaian keatas umat Islam di Palastine dengan rasminya Negara Haram Israel ditubuhkan. Sebahagian tanah Umat Islam telah dirampas, umat Islam di Palastin dibunuh dengan sewenang-wenangnya.

Zionis dengan angkuhnya, mengusir penduduk lebih daripada 60% penduduk Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Sungguh kejam!! Perkataan yang dapat diluahkan. Dalam peperangan tersebut, dengan menyayat hati umat Islam peristiwa pembunuhan beramai-ramai umat Palestin dilakukan oleh tentera yahudi. Anak-anak kecil, wanita, orang-orang tua lelali mahupun perempuan dibunuh bagaikan binatang-binatang buruan oleh tentera yahudi ini.

Lembaran 64 tahun berlalu, hari ini kita kian lupa akan peristiwa nakbah ini. Umat Palestin kian meratapi kesedihan dan dihamparan kesensaraan. Apakah kita peduli dengan semua yang belaku itu. Hari ini, jutaan umat Islam Palsetin menjadi pelarian dinegara sendiri. Pelik tapi benar itulah yang mampu diungkapkan.

Teringat kata-kata yang keluar dari Khalifah Islam terakhir, Sultan Abdul Hamid “ Demi Allah, tanah ini bukan milik aku, tetapi milik umat Islam seluruh dunia. Aku lebih rela melihat daging tubuhku dicincang-cincang, daripada melihat tanah umat Islam di pisah-pisahkan., dan itu takkan berlaku selagi aku hidup. Beritahu pada Yahudi untuk simpan duit-berjuta-juta itu, dan mereka boleh ambil tanah Palestin sesuka mereka tanpa membayar sesen pun, ketika khilafah telah tumbang”

Kehancuran khalifah oleh Yahudi membenarkan tanah Palestin dirampas oleh tangan-tangan mereka. Wahai saudaraku sekalian, buka dan fahamilah kembali sejarah silam agar kita mengerti apa yang berlaku pada hari ini. Umat Islam di Palestin meratapi, kita sini perlu sedari.

Ameer al-Maliki


Profile picture sy ni adalah seorang banduan di Israel. Warna Coklat adalah warna pakaian yang dikenakan oleh entiti zionis Israel ke atas BANDUAN BERANI MATI PALESTIN. (*Logo di sebelah kanan ertinya "Shabas" dan ia merupakan singkatan bagi "Perkhidmatan Penjara Israel) Tahanan Palestin mogok lapar memerlukan bantuan anda, sila berkongsi ini dengan kawan anda untuk menyebarkan kesedaran mengenai mogok lapar yang terbesar dalam sejarah. Jangan biarkan media antarabangsa mengebumikan kes mereka, semua tahanan meminta hak asasi mereka sebagai tawanan perang, hak lawatan, hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.~ Nor Abdullah



Seronok melihat kesatuan jiwa dari sahabat niqabis.. :)
Buat semua sahabat Niqab Girls, semoga persahabatan kita di alam maya ini, di berkati dan di rahmati olehNya Yang Esa.. InsyaAllah sayang kamu kerana Allah.. :)

~ ummi ~ 15 Mei 2012

Friday, May 11, 2012

Lensa Abah ~ Putrajaya

May 11, 2012 0 Comments
Lokasi : Masjid Putra, dan kawasan sekitar Putrajaya
Tarikh : 28hb April, 2012
Hari : Sabtu

Walau di mana jua anda berada, berusahalah untuk melaksanakan i'tikaf kerana ia adalah sunnah yang tidak pernah ditinggalkan oleh baginda Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam walaupun hukumnya tidak wajib.

Arca dan penunjuk arah Kiblat..

 
 


Model meniarap.. :)















Tak ketinggalan, kami.. :)
Sempat lah nak berposing, masih tak ramai orang.. awal pagi..

Thursday, May 10, 2012

Mereka mungkin ahli syurga….

May 10, 2012 0 Comments
Bila terbaca artikel kat bawah ni, teringat dengan Abang Muadz.. :)
Pernah sekali ummi tanya dia,
"Abang nak jadi apa ye bile besar nanti?"
"emm.. abang nak jadi orang kutip sampah lah ummi.. "jawab nya..
errkk.. ( alamak.. agak terkejut juga dengan jawapan dia tu pd mulanya.. )

"nape abang nak jadi pengutip sampah nye?.. kan banyak lagi kerja lain yang abang boleh pilih?" tanya ummi sekadar nak tahu apa jawapan nya.. :)
"kan ummi kata orang yang kutip sampah tu banyak pahala?.. abang nok jadi lah orang kutip sampah.. sebab abang nak banyak pahala.." jawab nya dengan tulus..

hihi.. anak ummi ni kan..betul sungguh.. :)

"ye.. memang tugas pengutip sampah tu sangat mulia, dan InsyaAllah banyak pahala dia kalau dia buat kerja tu dengan ikhlas.. tapi, tak semesti nya kerja tu sahaja yang kita dapat pahala banyak.. kalau kita buat apa - apa kerja pun, tapi kalau niat kita ikhlas, dan buat kerana Allah, semua tu Allah kira sebagai ibadat dan InsyaAllah kita akan dapat pahala.. "

"oo gitu ye ummi?.. abang nak jadi tok imam lah kalu gitu.. Imam Muadz.. " jawab nya..ringkas.

Alhamdulillah..:D
InsyaAllah.. sebenarnya tu lah juga impian ummi.. :) Moga anak ummi akan menjadi seorang yang cerdik pandai apabila besar nanti, dan dapat menyebar luaskan agama Allah ini, mengikuti jejak perjuangan Rasulullah SAW.. Ameen.. InsyaAllah..

Mereka mungkin ahli syurga….

Pernahkah anda melihat kehebatan yang dimiliki oleh pekerja-pekerja rendah am seperti mereka?
1-Mereka bekerja mencari rezeki yang halal demi menampung kehidupan ahli keluarga mereka. Ini adalah satu ibadah yang sangat mulia.
2-Mereka bertungkus lumus menjaga kebersihan alam sekitar dan tanpanya sukar untuk dibayangkan bagaimana kita berhadapan dengan permasalahan sampah dan bau busuk yang begitu menguja setiap kita.
3-Mereka mampu merendahkan diri untuk bekerja di sektor seumpama ini untuk menyara keluarga dan memanfaatkan masyarakat menghayati kebersihan yang merupakan sebahagian daripada Islam.
Beberapa soalan :
  • Pernahkah anda menyapa mereka ?
  • Pernahkah anda menggembirakan mereka?
  • Pernahkah anda memberi salam atau mengangkat tangan kepada mereka ?
  • Pernahkah anda menghadiahkan sesuatu bersempena hari perayaan seumpama hari raya dsb kepada mereka ?
  • Adakah anda sentiasa memudahkan kerja-kerja mereka dengan menyediakan sampah untuk diuruskan dengan baik dan sebersih mungkin?
Walau pun anda mungkin menganggap ini adalah isu kecil tetapi hidup anda pasti sukar tanpa mereka…..
Ada seorang di kalangan mereka yang sempat saya kenali dengan lebih rapat. Dia bekerja sebagai buruh pengutip sampah di siang hari dan kemudiannya bekerja sebagai ‘jaga’ atau ‘security guard’ di sebelah malam bagi menampung pendapatannya yang rendah. Beliau terpaksa menyara 6 orang anaknya yang bersekolah dan yang sedang membesar. Namun beliau tidak pernah kelihatan mengeluh dan kelihatan sentiasa menjaga solatnya. Lebih mengkagumkan lagi apabila beliau turut membayar zakat di Pusat Zakat Negeri walau pun pernah diberitahu bahawa kadar pendapatannya yang rendah menyebabkan beliau dimasukkan di dalam kategori ‘tidak wajib’ untuk membayar zakat.
Mereka mungkin dipandang rendah oleh orang ramai tetapi jangan lupa bahawa kehebatan mereka memungkinkan mereka mendahului kita sebagai calon ahli syurga…..!



Sumber

Wednesday, May 9, 2012

Maher ber'posing' di Putrajaya

May 09, 2012 0 Comments
Kali ni, jauh sikit tempat penggambaran Maher.. :)

Sebenarnya, ni adalah kali pertama kami membawa nya ke Putrajaya.. begitu juga dengan Abang Muadz..
Seingat - ingat ummi, paling last kami ke sana, semasa along berumur 3 tahun.. kecik lagi along time tu..
Tapi, sekarang ni along dah masuk darjah 3, dan 25 mei ni, genap lah usia along 9 tahun.. emm.. cepat masa berlalu kan?.. :) tup2.. dah 6 tahun kami tak menjengah ke sana.. tapi, tak banyak perubahan nampak nya.. cuma, bangunan kerajaan yang semakin bertambah..

( bila terpandang bangunan2 kerajaan ni.. terimbau la kisah lama.. )
emm.. Kalau ummi terima tawaran kerja sebagai Pegawai Sistem Maklumat 2004 dulu, means.. di sini lah tempat kerja ummi sekarang kan?.... hihi.. ( tp, tu citer lama.. malas nak citer lah.. dah bersyukur sangat dah dengan apa yang Allah rezeki kan sekarang.. ).. dah!. cukup2..

Okla.. xmau sembang panjang.. just nak share gambar si kecik yang sempat berposing di masjid Putra, Putrajaya ni.. :) suka sangat tengok dia membesar.. isy.. geram!..

Awang sengeh.. :D
Seronok di agah along..

Saya dah boleh merangkak.. :)
Jalan je belum.. :)
hihi.. nampak gigi yang dah nak cukup 7 batang, atas bawah


Posing lagi..
cak!.. :D
Sempat juga bergambar dengan along sayang.. :)

Selebihnya, nak gigit along.. :D

Tersenyum sendiri melihat gelagat dia.. ( dalam hati.. Ya Allah, aku bersyukur dengan segala nikmat yang Engkau berikan padaku ini.. dari tiada, Engkau adakan.. seorang anak. Sebagai pelengkap hidup kami.. Moga Engkau janganlah leka kan kami dengan nikmat yang Engkau berikan ini, dan dekat kan lah kami padaMu dengan kehadiran mereka.. dan, semoga dapat kami didik dan asuh mereka dengan ilmu dan agama yang secukup nya bagi mereka menempuh segala liku kehidupan di dunia ini Ya Allah..
Jauh kan lah mereka dari segala fitnah akhir zaman, dan jadikan lah kami di kalangan hambaMu yang beruntung.. )
Ameen Ya Allah.. Ameen Ya Rahman.. Ameen Ya Rahimm..

Ummi sayang kamu kerana Allah. InsyaAllah..