Follow Us @soratemplates

Saturday, March 31, 2012

Jadi 'Dear Tercinta' la pulak..

March 31, 2012 0 Comments
Harini dapat satu email dari seseorang..
Nak tergelak pun ada.. yelah, tak kenal batang idung, dah siap boleh panggil kita ni 'dear tercinta' lagi..

Sekarang ni orang semakin canggih.. nak menipu pun, pelbagai cara yang di 'create' supaya nampak macam real.. kesian...

Bacalah kisah hamba Allah ni..


Dear Tercinta
Saya Puan Natasha Hamed dari Kuala Lumpur. Saya tidak mempunyai anak dan merupakan seorang janda. Saya berkahwin dengan Engr Sahad Hamed , beliau telah meninggal dan beliau juga bekerja dengan Kedutaan Besar Malaysia di United Kingdom untuk Dua belas tahun dan bersara sebagai pelabur real estate, ia meninggal pada tahun 2006. Setelah kematian suami saya, saya memutuskan untuk tidak berkahwin semula.

Kami berkahwin selama dua belas tahun tanpa anak. Dia meninggal setelah sakit selama beberapa bulan. Sejak Kematian suami saya, saya telah menderita menghidap masalah fibroid dan tunarungu akibat dari reaksi ubat. Baru-baru ini, doktor saya mengatakan bahawa saya tidak mungkin bertahan lama, akibat dari penyakit fibroid ini, mungin dalam masa 3 bulan saya akan ke rahmatullah.

Mengetahui akan keadaan saya, saya memutuskan untuk menyumbangkan deposit saya $ 5,6 Juta Dollar (Lima Juta Enam Ratus Ribu Dolar Amerika Syarikat) dengan bank-bank di sini die salah satu amal / panti asuhan rumah atau individu yang dipercayai yang akan melabur ke dana atau ke organisasi amal untuk meningkatkan kemanusiaan. Saya mengambil keputusan ini kerana saya tidak mempunyai anak atau saudara yang akan mewarisi wang ini. tolong respon jika anda dapat membantu saya dalam melaksanakan perkhidmatan kemanusiaan ini. setelah saya menerima balasan dari anda, saya akan memberitahu peguam saya untuk membantu anda dengan melepaskan wang iaitu amanah saya kepada anda. Saya ingin anda secara eksklusif menggunakan dana ini untuk membantu mereka yang kurang beruntung dan membina rumah panti asuhan.

ini alamat emailperibadi saya :natashahamed@live.com

Allah memberkati anda.

saudara anda,
Mrs Natasha Hamed

> Terfikir sendiri; ada ke orang yang saanngat baik macam ni?.. nak bagi duit kepada orang yang betul2 kita tidak kenal batang hidung?.. ermmm... ntah lah.

> Main rambang jer dia email kan pada orang..
Moga tiada yang termakan dengan umpan yang sebegini..
Maaf. Ummi pun bukan ikan yang cepat menyambar pancing yang suka menggunakan umpan begini.. InsyaAllah Allah lindungi diri ini dari segala bentuk penipuan.. Ameen..

Tuesday, March 27, 2012

Belajar untuk Redha..

March 27, 2012 0 Comments

Setiap kali mengingatkan peristiwa itu, hati ini pasti akan menangis.. sebak, sedih, pilu dan merasakan semua yang berlaku ini berlalu dengan pantas sekali.

Seakan mimpi yang menjengah di dalam tidur.. dan, begitu lah yang ku rasakan.. cukup pantas.

Sesekali, terasa seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi, tetapi itulah hakikat yang terpaksa dan perlu di lalui.. walaupun sepahit mana yang perlu di telan, namun itu lah realitinya..

Kakak iparku, Rosmini Awang atau lebih dikenali sebagai kak ros, telah pergi meninggalkan kami buat selamanya.. Al - Fatihah buat arwah dan doa ku yang pernah putus, agar dia di tempatkan di kalangan orang yang beriman dan di lepaskan dari segala azab kubur.. Ameen..

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. berat dan sukar untuk ku terima, berat lagi abang ku dan anak- anaknya untuk menerima ujian Allah ini..

Sebak di dada, dan sesekali terburai jua esakan ku ini tika bersendirian.. mana tidak nya, arwah agak rapat dengan ku dan begitu juga dengan ipar - iparnya yang lain.. sikap peramah nya, happy go lucky nya, pemurahnya, ringan tulangnya.. membuatkan semua orang begitu senang dengan sikap nya itu..

Rumah nya hanya beberapa km dari rumahku, dan sekiranya ada kelapangan, rumah nya adalah tempat lepak ku bersama anak - anak.. ku cuba juga luangkan masa ke rumah nya di kala sibuk, untuk melepaskan rindu padanya dan anak - anak saudara ku.. Biasalah, walaupun berada dekat, tak semestinya selalu dapat berjumpa kerana masing - masing sibuk dengan kerja.

Walaupun arwah tidak bekerja, namun sibuknya sebagai seorang surirumah kekadang lebih sibuk dari seorang staf di pejabat. Dialah bibik, dialah pemandu, dia jugalah guru kepada anak - anak nya.. tugasnya all in one.. sebab itulah, abangku adalah seorang yang sangat beruntung memiliki seorang isteri sepertinya. Begitu juga dengan anak - anak saudaraku yang sempat di didik dan di asuh olehnya kerana sememangnya 'amanah Allah' yang diperolehi nya itu di jaga dengan sebaik mungkin.

Setiap orang yang mengenali nya, percaya dengan semua kelebihan nya itu dan memang tak boleh di nafikan yang anak - anak adalah cerminan ibubapa. Lihat lah anak - anak nya sekarang, .. sangat berbudi bahasa, penuh tatatertib serta pandai membawa diri, malah mereka juga bijak dalam pelajaran.
Alhamdulillah.. sejuk perut ibu mengandung..
Di tambah pula dengan mendapat menantu yang tidak kurang juga budi bahasa nya.. Syukur..

Masih ku ingat, di saat akhir hayat arwah, dia sempat ber message dengan ku, mengatakan yang dia merasakan yang di sudah cukup selesa sekarang kerana anak - anak nya telah berjaya dalam pelajaran masing - masing. Dia juga bersyukur sangat kerana mendapat menantu yang baik.. dan, sudah cukup berpuas hati dengan segala nikmat Allah itu..

Ku akui, dan tumpang gembira dengan segala yang di kecapi nya..
( tanpa menyedari bahawa itu adalah petanda untuk dia pergi buat selamanya.. )

Allah.. Allah.. Allah.. ( sebak di dada.. )

Ku pasrah.. Ya Allah..
dan dalam masa yang sama, ku belajar untuk redha di atas segala ketentuan Allah ini..
Setiap kali ingatkan nya, Al - Fatihah ku sedekah kan buat nya.. agar dia akan tenang berada di sana..
Ya Allah..
doaku, semoga kak ros akan damai di sana..
Ya Allah..
Semoga Engkau luaskan lah kubur nya,
di lepas kan dari segala azab kubur..
Jadikan lah kubur nya adalah salah satu dari taman - taman di Syurga..
Ya Allah..
Moga dengan sabar nya dia di atas segala ujian Mu,
dia akan di tempatkan di kalangan orang - orang yang beriman..

Ameen Ya Allah.. Ameen Ya Rahman.. Ameen Ya Rahim..
Ameen Ya Rabb..
Amin Ya Rabbal Alamin..

Monday, March 26, 2012

Puisi Buat Suami

March 26, 2012 1 Comments
Suamiku…
Usah gusar
Bila melalui jalan sukar
Kerana kita harus sedar
Hidup tidakkan mudah
Jika semangat kita lemah…

Suamiku…
Usah membisu
Jika ada rasa terbuku
Bukankah kita ditakdirkan bersatu
Berkongsi rindu dan sendu
Kerana kita harus tahu
Beratnya beban menanggung pilu…

Suamiku…
Memang tidak mudah
Untuk memulakan alam baru ini
Tetapi kita tongkah dengan seribu tabah
Dan…semusim sudah kita bersama
Semua yang pahit jadi indah
Bila haluan kita searah…

Suamiku…
Menjelang malam ini
Ingin kupinjam cahaya bintang
Biar ia menyinar
Hingga ke siang
Kerana kilaunya adalah
….KASIH SAYANG ISTERIMU…

Sumber

Saturday, March 10, 2012

Sajak menyentuh hati dari Oki Setiana Dewi..

March 10, 2012 0 Comments
Pagi ni, tersentuh hati mendengar sebuah sajak yang di sampaikan oleh seorang yang selebriti terkenal, Oki Setiana di Kota Bharu baru2 ini..

Sajak - Negeri Kelantan Seindah Namamu

Negeri Kelantan seindah namamu,
Tanah serendah sekebun bunga,
Negeri tadahan wahyu.. Cik Siti Wan Kembang,
Cukup indah namamu.. Seindah negerimu..

Duhai wajahmu yang indah,
Persis Jeddah.. Yang pernah ku lewati,
Taat menjunjung Al-Quran.. Teguh menggalas syariat,
Yang tidak pernah goyah.. Tersentuh hati kudusku,

Lantaran aku disini.. Biar tidak pernah ku duga,
Bertemu dengan seorang ulama'.. Yang dicintai rakyatnya,
Lalu kuntum rindu yang lama tersimpan,
Terubat jua akhirnya.. Biar sekelumit cintaku..

Beruntung rakyatnya.. Menumpang teduh seorang ulama',
Yang lembut tetapi tegas beribadah,
Yang pengasih namun tidak goyah pada percikan kealpaan dunia,
Pasti aku merindui lagi.. Entah kapan bisa di ubati,
Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu membaja,
Membangun Islam bersama.. Semoga kita bertemu kembali..


Oki Setiana Dewi,
Kelantan Trade Center, Kota Bharu, Kelantan




Kata-kata dari buku Melukis Pelangi -Oki Setiana Dewi

Aku sampai pada keadaan ku sekarang adalah dengan perjuangan, 
Dan selama nafas ini masih terus berhembus, 
Selama itu pula aku dan semua manusia akan terus berjuang,berjuang dan terus berjuang, 
Kehidupan didunia adalah sebuah perjuangan tanpa henti,
Sejak lahir hingga akhir hayat semua dari kita berjuang,
Tengok saja seorang bayi berjuang untuk mulai membiasakan diri dengan lingkungan asing yang belum ia pernah kenal sebelumnya,
Seorang ibu berjuang untuk mendidik anak-anak menjadi generasi yang tangguh,
Seorang ayah berjuang mati-matian untuk menafkahi keluarganya,
Seorang pelajar berjuang untuk meraih ilmu,
Yang miskin berjuang untuk bisa mendapatkan kehidupan yang layak,
Yang sedang jatuh cinta berjuang untuk menahan rindu,
Yang baru bertudung berjuang untuk tidak tergoda dan membuka tudungnya,
Suami isteri berjuang mengharungi bahtera rumahtangga,
Yang terkena musibah atau yang ditinggal oleh orang yang dikasihi berjuang dengan sabar dan tabah menjalani kehidupannya,
Yang berselisih berjuang untuk berdamai,
Dan setiap hamba Allah berjuang untuk kembali kepada Allah serta memiliki tugas untuk memperjuangkan agama Allah menyebarkan kebaikan dan kasih sayang kepada seluruh makhluk bumi.

p/s : terima kasih kepada wan yang sudi berkongsi.. sumber.

Thursday, March 8, 2012

Blog pengisian baru...

March 08, 2012 0 Comments
Dah lama sangat tak menulis di SulamKaseh ni.. rasanya hampir sebulan kot. :) banyak yang di copy dari blog lain je banyak.. kekadang terasa macam bukan blog sendiri pulak, sebab banyak pengisian dari orang lain berbanding citer sendiri. :(

Maka, setelah di diteliti dan di fikirkan masak2.. maka, umi telah mengambil keputusan untuk membina satu lagi blog yang bernama Islam Pelita Hidup sebagai tempat umi masukkan pengisian yang telah umi perolehi dari pelbagai sumber. Tidak lain, sebagai perkongsian juga dari umi dengan semua pembaca yang sudi berkunjung ke blog ini dan yang paling utama; sebagai panduan dan rujukan umi sendiri di masa lapang. InsyaAllah, segala usaha umi ini akan mendapat berkat dariNya .. Ameen.

Bagi yang pernah layari blog baru umi tu, [ islampelitahidup.blogspot.com ] mesti tak sangka. Aik?.. kenapa artikel2 yang terdapat di dalam blog tu, bertarikh dari 2005 lagi, sedangkan umi kata ianya baru di create kan?.
[ :D.. sebenarnya semua pengisian tu, umi import dari blog SulamKaseh dan blog lama umi yang memang telah di masukkan sejak 2005 lagi. Kan blogger ada function tu, maka umi gunakan lah segala kemudahan yang di sediakan.. :D ]

Buat masa sekarang ni, selepas beberapa hari ianya di publish, sebanyak 855 view dari pengunjung. Terima kasih buat semua.

Dan untuk pengetahuan semua, umi juga telah create satu page yang khas untuk blog ini iaitu https://www.facebook.com/IslamPelitaHidup

dan sehingga hari ini, telah terdapat seramai 89 sahabat yang telah LIKE page ini.. :) juga terima kasih umi ucapkan.

Seperti yang telah di tekankan di blog mahupun di fb page, pengharapan yang tinggi umi kepada Islam Pelita Hidup ini. Semoga segala ilmu yang dikongsikan di dalamnya, adalah ilmu yang memberikan manfaat buat semua pembaca dan mendapat rahmat dariNya Yang Esa..

Buat semua penulis asal kepada kesemua artikel yang di kongsikan di dalamnya juga, di harapkan semoga di halalkan segala ilmu yang diperolehi oleh para pembaca dan semoga mereka juga akan di berkatiNya Yang Maha Kuasa.. Ameen Ya Rabb

Monday, February 27, 2012

KAA'BAH SEBAGAI PUSAT DUNIA

February 27, 2012 0 Comments
Allah telah menjadikan Ka'abah, rumah suci itu sebagai pusat (peribadatan dan urusan dunia) bagi manusia, dan (demikian pula) bulan Haram, had-ya (yakni binatang untuk dikorbankan), qalaid. (Allah menjadikan yang) demikian itu agar kamu tahu, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan bahawa sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. [Al-Maa'idah: 97]



Astronout Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari Planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : “Planet Bumi ternyata menggantung di area yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya ???”

Para Astronot telah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara resmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut raib yang sepertinya ada masalah tersembunyi dibalik penghapusan website tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite ( tidak berujung ), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus.

Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, artinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya kenapa jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sehat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravitasi. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Ka’Bah, maka seakan-akan diri kita di charged ulang oleh suatu energi misterius dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Prof. Hussain Kamel, menemukan suatu fakta mengejutkan bahawa Mekah adalah pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu cara untuk menentukan arah kiblat di kota-kota besar di dunia.

Untuk tujuan itu, ia menarik garis-garis pada peta, dan setelah itu ia mengamati dengan saksama posisi ketujuh benua terhadap Mekah dan jarak masing-masing.

Ia memulai untuk menggambar garis-garis sejajar hanya untuk memudahkan projek garis bujur dan garis lintang. Ia kagum dengan apa yang ditemukan, bahawa Mekah merupakan pusat bumi atau dunia. (Majalah al-Arabiyyah, edisi 237, Ogos, 1978).

Ka'bah sebagai pusat bumi

Perhatikanlah arah panah dari setiap arah penjuru di bumi, semua Ummat Islam melakukan Ibadah dengan mengarah pada satu Pusat (Kiblat) yaitu ke Ka'bah, baik pada saat melakukan shalat maupun saat menunaikan salah satu rukun berhaji, yaitu Tawaf.

Hal ini sama seperti pergerakan Bumi dan planet-planet lainnya yang berpusat pada Matahari, atau sama seperti pergerakan Matahari dan bintang-bintang yang berpusat pada satu titik sehingga membentuk satu kelompok atau kumpulan bintang-bintang atau yang disebut dengan Galaksi.

Setiap arah Rotasi dari bintang-bintang, Planet-planet dan benda lainnya dalam galaksi-galaksi tersebut membentuk lingkaran/ mengelilingi suatu pusat dengan arah berlawanan dengan arah jarum jam, sesuai dengan Hukum/ aturan dalam melakukan Tawaf dalam salah satu Ritual Haji.

Gambar-gambar satelit yang muncul kemudian pada tahun 90-an menekankan hasil dan natijah yang sama, ketika kajian-kajian lebih lanjut mengarah kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan geografi waktu daratan itu diciptakan.

Telah menjadi teori yang mapan secara ilmiah bahawa lempengan-lempengan bumi terbentuk selama masa geologi yang panjang, bergerak secara teratur di sekitar lempengan Arab. Lempengan-lempengan itu terus menerus memusat ke arah itu seolah-olah menunjuk ke arah Makkah.

Allah berfirman maksud-Nya: Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan penduduk (negeri-negeri di sekelilingnya). (asy-Syura: 7).

Kata Ummul Qura berarti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.

Lebih dari itu, kata ummu (ibu) mempunyai arti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Makkah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.

Ada beberapa ayat dan hadis nabawi yang memperkuatkan fakta ini. Allah berfirman maksud-nya: Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan). (ar-Rahman: 33).

Berdasarkan ayat ini dan beberapa hadis dapat difahamkan bahwa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan langit.

Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.

Nabi SAW bersabda maksudnya: “Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit”.

Berdasarkan kajian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia.

Hal ini akan mengakhiri kontroversi yang timbul pada empat dekad yang lalu oleh kalangan Barat.

Ada banyak perdebatan ilmiah untuk membuktikan bahawa Mekah merupakan wilayah kosong bujur sangkar yang melalui kota suci tersebut. Jika waktu Mekah diterapkan, maka mudah bagi setiap orang mengetahui waktu shalat


Disalin dari http://www.sumbawanews.com/berita/agama/fakta-ilmiah-kaabah-sebagai-pusat-bumi-dan-prototipe-alam-semesta.html

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wednesday, February 22, 2012

Jutaan Rakyat Syria Bersumpah Untuk Syahid!

February 22, 2012 0 Comments
Bismillah.

Kita panjatkan doa qunut nazilah untuk saudara-saudara kita di Syria. Semoga Allah terima amalan kita sebagai usaha membantu saudara-saudara kita yang teraniaya di sana.
Nu’man bin Basyir r.a melaporkan bahawa Nabi s.a.w. berkata:
“Kemesraan, kasih sayang, dan saling berbelas kasihan antara orang-orang beriman diibaratkan seperti satu jasad; apabila satu anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut serta berjaga malam serta merasa panas dan gelisah.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
FATWA ULAMA SYRIA
Kenyataan ulamak terkenal Syria, Syeikh Muhammad Abul Huda Al-Ya’aqubi yang menyeru kebangkitan rakyat menentang kezaliman rejim Basyar:

Wahai rakyat Syria! Sesungguhnya rejim telah melakukan penyembelihan terbaru setiap hari di Homs dan di tempat-tempat lain yang dikepung, maka sudah sampai masanya untuk tidak harus kita duduk berdiam diri. Demikian itu kerana wajib kita membantu golongan yang lemah, mengharamkan mereka dari meneruskan pembunuhan, mempertahankan hak manusia. Ini kerana rejim hari ini sudah hilang kelayakan memerintah, maka kami mengeluarkan fatwa bahawa wajib bagi kita memikul senjata dan meniup semboyan bagi menghapuskan mereka yang membunuh secara berluluasa demi menyelamatkan nyawa-nyawa lelaki dan wanita, kanak-kanak dan warga tua di Homs, Zabdani, Dir Zur, Lazaqiyah, pinggir Halab dan semua bandar-bandar Syria. Ramai penduduk yang sudah disembelih, rumah-rumah dimusnahkan dan manusia yang dibunuh oleh skuad penembak. Oleh itu, kami mengeluarkan fatawa bahawa:

Pertama: Wajib bagi tentera dan polis rejim keluar dan menyelamatkan diri

Kedua: Wajib bagi pasukan tentera simpanan untuk menyertai tentera yang berpaling tadah dan tidak boleh bagi mereka menyertai tentera rejim. Wajib bagi rakyat memberikan bantuan sedaya mungkin kepada pasukan tentera yang berpaling tadah ini dari sudut perlindungan dan apa jua bantuan.

Ketiga: Wajib bagi para peniaga dan usahawan mengumpulkan sumbangan kewangan bagi membantu daerah yang dikepung.

Keempat: wajib bagi para ulamak dan khatib menyeru kepada kebangkitan selain mendirikan solat ghaib untuk roh mereka yang terkorban.

Kelima: Kami menyeru kepada penduduk Damsyik dan Halab menyertai kebangkitan ini

Keenam: Kami menyeru kepada para pegawai tinggi kerajaan, ahli-ahli politik dan pegawai diplomatik kerajaan untuk keluar dari pentadbiran rejim


PUISI UNTUKMU, SYRIA

Saudara-saudara Islamku di Syria,
Hatiku bersama hatimu

Jantungku berdegup bersama jantungmu
Aqidahku bersama aqidahmu
Tuhan kita hanya SATU… Allah!

Nabi untuk kita hanya satu…Muhammad s.a.w
Akhawatmu akhawatku
Ikhwanmu ikhwanku
Anak-anak lelakimu, anak-anak lelakiku
Anak-anak perempuanmu, anak-anak perempuanku
Ibubapa kamu, ibubapaku

Kita adalah satu jasad
Kita adalah satu ummah

Perjuangan kita hanya satu
Membebaskan bumi ini dari para taghut
Menyebar keadilan ke seluruh benua

Kutangisi pemergianmu
Namun
Aku berbangga
Sekaligus…
Aku cemburu
Menyaksikan impian Rasulullah s.a.w yang tidak tercapai
Dianugerahkan Allah buatmu

Itulah SYAHID.

Ya Allah,

Ampunilah segala dosa kami
Maafkanlah segala kelemahan kami
Dalam mentaatiMu

Ummu Abbas
1.26pm
21 Rabi’ul Awwal 1433H
Melbourne

Nasyid indah sempena kebangkitan rakyat Syria.

Monday, February 20, 2012

Istighfarlah.. Moga jiwamu lebih tenang..

February 20, 2012 0 Comments
Sewaktu dalam kereta datang ke pejabat tadi, sempat dengar sebuah lagu yang begitu meruntun jiwa..
Terasa sebak di dada..
Ya Allah, terasa banyak nya dosa diri ini.. Ampunkan lah dosa ku ini.. dan dosa suami, anak2 dan keluarga ku.. Masukkan lah kami di kalangan orang2 beriman Ya Allah.. Ameen..



Masuk ke pejabat, terus search lagu ni, dan jumpa video ni dari Youtube.. sekali pasang, terasa nak ia terpasang je.. biar lembut hati yang keras ini.. Astaqfirullah..


Istighfar, Menghapus Duka dan Mengundang Rezeki

“Barang siapa memperbanyak Istighfar maka Allah akan membebaskannya dari kedukaan, dan memberinya jalan keluar bagi kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga-duga.”
(Riwayat Abu Dawud).


Istighfar artinya memohon ampun kepada Allah SWT. Islam mengajarkan kepada umatnya agar memperbanyak istighfar. Rasulallah SAW sendiri sehari minimal 70 kali mengucapkan Istighfar (Riwayat Bukhari). Rasulallah yang sudah dijamin suci dari dosa (ma’sum) masih melakukan hal itu, apalagi kita, mestinya lebih banyak lagi beristighfar, karena jelas tidak dijamin suci. Bahkan mungkin lebih banyak dosanya ketimbang pahalanya.

Selain menghapus dosa, istighfar juga memberi manfaat lain. Ia bisa membuka pintu rezeki. Alquran mengatakan demikian. “ Maka Aku berkata (kepada mereka), Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu fan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) untukmu sungai-sungai”. (S.Nuh [71]: 10-12).

Berkaitan dengan ayat di atas, dalam Tafsir Al-Maraghi ada cerita menarik. Hasan Al Basri adalah salah satu generasi tabi’in (ulama yang pernah bertemu dengan sahabat). Ia ulama berilmu dan shaleh. Banyak orang dating kepadanya bertanya soal agama dan minta nasehat atas berbagai persoalan. Suatu kali datang kepadanya seorang laki-laki mengadu tentang masa paceklik yang menimpanya. Hasan pun menerima pengaduan itu dengan penuh perhatian. Tapi nasihat yang diberikan tidak panjang-panjang. Ia hanya berucap “Beristighfarlah kepada Allah SWT”.

Tak berapa lama datang laki-laki lain yang mengeluh soal kemelaratan yang menderanya. Ulama yang masyhur itu juga hanya bilang “Beristighfarlah kepada Allah SWT”. Ada pula laki-laki lain yang berkata “Doakanlah aku agar Allah memberiku anak”. Lagi-lagi Hasan Cuma bilang “Beristighfarlah kepada Allah SWT”. Datang lagi laki-laki lain yang mengeluh kebunnya mengalami kekeringan. Jawaban Hasan tetap sama “Beristighfarlah kepada Allah SWT”.

Sikap Hasan tadi rupanya menjadi perhatian seseorang. Orang itu bingung, ditanya berbagai persolan, eh…jawabannya itu-itu saja. Memangnya semua persoalan itu bisa dipecahkan dengan hanya membaca Istighfar, kira-kira begitu pikiran orang itu. Tak tahan menahan keheranan, ia pun bertanya kepada Hasan, “Beberapa orang laki-laki mendatangimu mengeluhkan berbagai persoalan, tetapi engkau hanya menyuruh mereka semua untuk membaca istighfar!”. Hasan menjawab tenang “Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri. Sesungguhnya Allah SWT berfirman (seperti itu)”. Ulama yang namany masyhur hingga kini itu lalu mengutip surat Nuh ayat 10-12 seperti dikutip di atas.

Anak, Hujan dan Rezeki.

Kisah ini terdapat dalam Musnad Abu Hanifah. Dari kitab yang ditulis oleh imam Hanafi, salah satu imam mahzab, disebutkan sebuah riwayat dari Jabir bin Abdullah. Suatu ketika, ada seseorang yang dating menemui Nabi SAW. Orang ini belum dikaruniai anak, karena itu ia ingin mendapat keturunan. Rasulallah SAW lalu berkata “Engkau memperbanyak Istighfar dan sedekah maka engkau akan diberi rizki dengan lantaran keduanya.” Laki-laki itu lalu memperbanyak Istighfar dan sedekah. Jabir mengatakan bahwa laki-laki itu akhirnya dikaruniai sembilan anak laki-laki.

Ini kisah lain lagi, dituturkan Syaikh ‘Aidh al-Qarni, penulis buku best seller La Tahzan. Ada seorang yang tak kunjung dikarunia anak. Sementara para dokter sudah angkat tangan tidak mampu mengobatinya dan obat-obatan pun sudah tidak mempan lagi. Orang itu akhirnya bertanya kepada salah seorang ulama yang kemudian menyarankan kepadanya, “Hendaklah engkau memperbanyak Istighfar di kala subuh dan sore hari, sesungguhnya Allah SWT mengatakan perihal orang-orang yang beristighfar, ‘Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu.’ (Nuh[71]:12). Lelaki itu kemudian memperbanyak Istighfar secara terus menerus. Akhirnya dengan izin Allah SWT dan kasih sayang Nya, ia pun mendapatkan keturunan yang shaleh-shaleh.

Umar bin Khaththab, salah satu sahabat Rasuallah SAW yang pernah menjadi Amirul Mukminin memegang erat ayat-ayat tersebut ketika ia meminta supaya Allah SWT menurunkan hujan. Mathraf meriwayatkan dari cerita asy-Sya’bi bahwa suatu ketika Umar keluar dari rumahnya untuk berkumpul bersama orang-orang meminta hujan turun. Namun, Umar hanya membaca Istighfar dan tidak lebih dari itu, sampai akhirnya ia pulang. Ada orang berkata kepadanya, “Aku tidak mendengar engkau memohon supaya turun hujan.” Umar berkata, “Aku memohon supaya didatangkan bintang majadin di langit yang biasanya turun membawa hujan. Setekah itu ia membaca ayat (dalam surat Nuh ayat 10-12), Maka aku katakan kepada mereka, ‘Mohonlah ampun kepada tuhanmu, sesungguhnya Dia maha pengampun niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat.”

Allah SWT berfirman dalam kitab Nya yang mulia, “Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhamnu dan bertaubat kepadaNya, (jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus-menerus) kepadamu sampai waktu yang telah ditentukan…”(Hud[11]:3).
Ayat tersebut menyatakan janji Allah SWT yang akan memberikan kenikmatan bagi orang yang memohon ampunan dan bertaubat. Adapun yang dimaksud “Dia akan memeberi kenikmatan yang baik”,menurut Ibnu Abbas adalah memeberi anugerah berupa rezeki dan kelapangan.
Al Qurtubi mengatakan, itulah buah dari Istighfar dan taubat, yaitu Allah SWT memberi kenikmatan dan berupa manfaat berupa luasnya rezeki dan kesenangan.

Adapun lafal istighfar itu macam-macam, sebagaimana terdapat dalam Hadis-hadis Shahih. Ada yang pendek dan ada pula yang panjang. Lafal-lafal itu antara lain, “Aku memohon ampunan kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya.” (Mutafaq’alaih).

“Aku Memohon ampunan kepada Allah, zat yang tiada Tuhan selain Dia, yang Maha Hidup lagi Maha Menegakkan dan aku bertaubat kepadan-Nya.” (Riwayat Abu Dawud, Tirmizi, Hakim).

Namun jika semua hal itu telah dilakukan, lalu pertolonga Allah SWT tak kunjung dating, tak layak bagi seorang beriman bersikap putus asa, hingga mengaggapnya sebagai ketidakadilan Tuhan. Naudzubillah mindzalik. Boleh jadi yang demikian itu merupakan cara “terbaik” Allah SWT menyayangi dan menyelamatkan hamba-Nya.

Nah, marilah kita beristighfar sebanyak-banyaknya dengan niat mengikuti perintah Nabi SAW. Semoga Allah SWT memberikan jalan keluar atas persoalan yang kita hadapi. Amin. Wallahu a’lam.



sumber :
http://www.taushiyah-online.com/index.php?page=taushiyah/detail_Tausyiah&idT=182

Sunday, February 19, 2012

Seorang Suami Bernama Muhammad

February 19, 2012 0 Comments
Jika ingin membina dunia yang lebih aman, kembalilah ke rumah masing-masing dan sayangi keluarga kita. Insya-Allah, apabila keluarga telah aman, masyarakat akan aman. Apabila masyarakat aman, negeri dan seterusnya negara akan aman. Dan apabila negara-negara telah aman, seluruh dunia akan aman. Oleh itu, apabila dunia semakin bergolak pada saat ini, percayalah itu semua berpunca daripada pergolakan rumah tangga. Ribut dalam cawan rumah tangga boleh mencetuskan badai di seantero dunia.

Perkara yang pertama dan utama dalam hidup seorang lelaki bernama suami adalah keluarga. Tidak ada gunanya dia berjaya di peringkat yang tinggi dan dalam bidang apa sahaja… sekiranya rumah tangganya sendiri berantakan. Justeru, Allah telah awal-awal lagi mengingatkan melalui firmanNya yang bermaksu, selamatkanlah dirimu dan keluargamu daripada api neraka!


Setiap lelaki pasti ditanya tentang kepimpinanya. Dan kepimpinan yang pertama akan dipersoalkan di Hari Akhirat nanti, bukan kepimpinan masyarakat, organisasi, jabatan, kabinet atau negaranya… tetapi kepimpinan dalam keluarganya. Seorang wanita mudah masuk ke dalam syurga walaupun tanpa suami bersamanya, tetapi seorang lelaki sangat sukar masuk ke syurga tanpa isterinya. Seorang suami hanya layak ke syurga apabila semua yang berkaitan isteri dan anggota keluarganya sudah dipersoalkan.

Oleh kerana itu tertib dalam usaha membina kehidupan yang baik dimulakan dengan membaiki diri, kemudian membaiki rumah tangga dan seterusnya pancarkanlah sinar dalam rumah tangga itu ke tengah masyarakat. Bukankah sinar Islam itu pun bermula dari rumah Rasulullah saw? Nur wahyu dari gua Hira’ terpancar ke dalam diri Rasulullah, kemudian menyinari jiwa Khadijah dan kemudian dari situlah… bermulanya cahaya Islam ke dalam masyarakat Arab di Makkah, seterusnya merebak ke Madinah dan akhirnya tersebar ke seluruh semesta.

Justeru, sebelum kita mencari pengiktirafan sebagai pengurus, pengarah, CEO, menteri, perdana menteri, Presiden, raja dan sultan yang berjaya, carilah dahulu pengiktirafan dari dalam rumah tangga sendiri. Jadilah suami yang berjaya. Tegasnya, kita belum benar-benar diiktiraf sebagai seorang yang baik sekiranya belum menjadi suami yang baik. Sekiranya kita bertanya siapakah orang yang paling baik? Dengarlah jawapan dari Rasulullah saw ini: “Orang yang paling baik diantara kamu adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya. Dan aku adalah orang yang paling baik diantara kamu terhadap keluargaku.”

Mari sejenak kita layangkan fikiran dan terbangkan rasa menjelajah rumah tangga Rasulullah. Kita saksikan bagaimana manusia agung ini berjuang dalam gelanggang yang paling kecil tetapi sangat besar pengaruhnya kepada pembinaan ummah. Ya, bagaimana sikap, cakap dan diam baginda sebagai seorang suami. Semoga kita tidak hanya mengumpul riwayat dan hikayat, tetapi benar-benar menghayati makna sirah yang tersurat dan tersirat.

Adakalanya baginda pulang ke rumah lewat malam malah menjelang dinihari. Kerja dakwah dan memimpn masyarakat acapkali menyebabkan baginda berenggang dengan isteri. Sejarah menceritakan bagaimana baginda tidak akan mengetuk pintu rumah untuk mengejutkan isteri yang sedang nyenyak tidur. Bahkan dibentangkannya sahaja kain ridaknya lalu dijadikan lapik untuk baginda tidur di muka pintu.
Apabila baginda bertanya kepada isterinya apakah pada hari itu ada makanan untuk dimasak dan apabila isterinya menjawab tidak ada… baginda akan tersenyum lalu memutuskan pada hari itu baginda akan berpuasa. Tenang dan indah sekali. Pada hari ada rezki untuk dimakan, baginda syukur. Apabila tidak ada, baginda sabar.

Sejarah menceritakan juga bagaimana baginda sendiri menjahit bajunya yang koyak dan menampal kasutnya yang bocor. Walaupun dia insan yang paling agung dan mulia, tetapi sentiasa sedia turun ke bawah membuat kerja-kerja yang dianggap remeh dan kecil oleh lelaki-lelaki lain yang kononnya lebih hebat dan unggul. Mereka terlupa bahawa pemimpin yang hebat ialah mereka yang rela membuat kerja-kerja kecil tetapi dengan jiwa yang besar. Dan Rasulullah telah membuktikan hakikat itu!

Bayangkan baginda yang sering menangis, bimbang dan takut akan nasib umatnya di akhirat tetapi masih punya masa untuk bergurau senda dengan isteri-isterinya. Bukan sekali baginda berlumba lari dengan iserinya hinggakan Aisyah berkata, “adakalanya baginda menang, adakalanya aku menang.” Sikap baginda yang romantik itu merupakan sesuatu yang masih sangat baru di kalangan umat Arab, kerana baru beberapa tahun sebelumnya wanita dianggap warga kelas dua sehingga bayi perempuan pun biasa ditanam hidup-hidup.

Sikap ‘gentleman’ dan romantik baginda bukan sahaja pada Aisyah yang jelita tetapi juga pada Saudah, seorang janda yang telah dinikahi oleh baginda ketika telah berusia. Oleh kerana Saudah telah tua dan kurang berdaya dan badannya yang besar, baginda sering melipatkan lututnya untuk dipijak oleh Saudah apabila isterinya hendak menaiki unta. Sebagai perbandingan, ramai daripada para suami kini yang membuka pintu kereta untuk isterinya?

Sekiranya terbayang juga kebimbangan pada raut wajahnya ketika masuk ke rumah isterinya, baginda akan menjawab jika isterinya bertanya kenapa? Ketika peristiwa perjanjian Hudaibiyah dimetrai dan para saabat begitu sedih sehinggakan tidak sedar akan perintah Rasulullah supaya bercukur dan menyembelih binatang, Ummu Salamah mendengar kebimbangan baginda itu lalu mencadangkan agar Rasulullah saw dahulu yang bercukur dan menyembelih korban…
Mata baginda bersinar atas cadangan dan pandangan isterinya lantas keluar semula lalu bercukur dan menyembelih kambing tanpa berkata sepatah pun kepada sahabat-sahabatnya. Baginda ‘bercakap’ dengan sikap seperti yang dicadangkan oleh Ummu Salamah. Dan melihat perbuatan baginda itu, para sahabat tersentak, tersedar lalu turut bercukur dan menyembelih binatang.

Bayangkan betapa besarnya jiwa baginda tetapi masih sudi mendengar cadangan daripada para isterinya. Jika benar dan betul, baginda akan menerimanya tanpa rasa malu dan ego. Tetapi jika batil dan salah, baginda tidak akan mengalah atau berundur walaupun selangkah.

Pernah baginda dihadiahkan seekor kambing untuk dimakan bersama keluarga. Baginda meminta Aisyah agar memberikan daging-daging kambing kepada orang yang lebih memerlukan. Aisyah dengan segera menunaikan perintah baginda… cuma ditinggalkan sedikit yakni bahagian kaki untuk Rasulullah saw. Ya, Rasulullullah gemar memakan kambing terutama bahagian kakinya dan itulah yang dititip oleh Aisyah untuk suaminya tersayang.
Apabila tiba waktu makan, Rasulullah bertanya apakah daging-daging kambing itu telah diberikan kepada fakir miskin? Lantas Aisyah menjawab sudah kecuali bahagian kaki yang dimasak untuk baginda. Baginda tersenyum gembira, namun masih sempat mengingatkan isterinya dengan kenyataan yang penuh tarbiah dan hikmah, bahawa semua bahagian kambing itu menjadi hak mereka di akhirat kecuali bahagian kaki itu!

Di rumah baginda sentiasa tersenyum, ceria dan menolong kerja-kerja rumah. Hanya apabila azan bergema baginda akan berhenti dan serta merta menuju masjid seolah-olah tidak mengenal isterinya lagi. Jangan terkejut jika diberitakan adakalanya baginda akan mandi bersama dengan isterinya dan menceduk air dari bekas yang sama. Bukan berlakon-lakon, jauh sekali mengada-mengada, tetapi itulah realiti peribadi Rasulullah, insan paling kasih, paling sayang, yang segala perbuatannya lahir dari hati nurani yang paling murni. Sifat romantiknya lahir dari hati.

Banyak kali baginda mengingatkan, agar suami berlaku baik kepada wanita dan digalakkan bergurau senda dan bermain-main dengan isteri. Baginda bersabda:” bermain-main itu boleh dalam tiga hal. Ketika melatih kudamu, memanah dan bercanda dengan isterimu.” Biasa baginda mencium isterinya, ketika hendak berpergian jauh ataupun dekat, lama atau sekejap. Ciuman yang bukan hanya apabila nafsu bergolak, tetapi ciuman cinta yang lahir dari hati yang penuh kasih, kasihan dan sayang.

Baginda adalah suami yang ‘sporting’. Suatu ketika pada suatu Hari Raya, Sayidina Abu Bakar masuk ke rumah Aisyah di mana pada ketika itu ada dua orang perempuan sedang menari dan memukul gendang, sedangkan nabi menutup dirinya dengan baju (tidak melihat), maka Abu Bakar yang melihat keadaaan itu membentak kedua wanita tersebut, lalu Rasulullah menampakkan wajahnya seraya berkata, “hai Abu Bakar, biarkanlah mereka, sekarang adalah Hari Raya.”

Baginda minum daripada gelas yang sama dengan isterinya. Bahkan baginda mencecahkan bibirnya pada tempat di mana betul-betul bibir isterinya minum. Bahkan pada saat-saat akhir pemergiannya pun baginda meminta Siti Aisyah melembutkan kayu sugi dengan menggigitnya dan kemudian baginda minta disugikan dengan kayu sugi tersebut. Hinggakan kerana itu Aisyah menyatakan air liurnya dan air liur baginda bertemu sehingga saat akhir menuju kewafatannya.

Apabila baginda berada di bulan Ramadan, sentiasa baginda akan bangun pada waktu dinihari untuk solat dan munajat. Demi kasih sayang terhadap isteri, baginda akan mengejutkan mereka untuk sama-sama memburu kecintaan Allah. Tidak digerakkan isterinya dengan gerakan yang kasar ataupun lengkingan suara yang tinggi, tetapi cuma disentuh dengan penuh kasih sayang dan dibelai dengan kata-kata bujukan.

Jika kita ingin menjadi suami… contohilah seorang suami yang bergelar Rasulullah – utusan Allah yang membuktikan kepada kita bahawa perkahwinan itu bukan hanya soal hidup bersama tetapi ‘cinta bersama’ buat selama-lamanya.

Masyhurlah kemudiannya kata-kata “marriage is loving-together, not just living together” namun Nabi Muhammadlah suami yang membuktikan hakikat itu dalam kehidupan berumahtangganya lebih 1400 tahun yang lalu. Teladanilah seorang suami bernama Muhammad s.a.w.

Sumber : MyIbrah

Tuesday, February 14, 2012

BAITUL ATEEQ : Keajaiban Dunia Yang Terunggul Sepanjang Zaman!

February 14, 2012 0 Comments


KUALA LUMPUR – Sejak zaman berzaman, ahli sarjana masyarakat barat begitu mengagung-agungkan hasil-hasil binaan yang disifatkan sebagai lambang ketamadunan yang maju dan menyenaraikannya sebagai salah satu keajaiban dunia.

Sejak dari kecil, kita dimomokkan bahawa Tembok Besar di China, Taman Tergantung Babylon di sempadan Iraq, Piramid Giza di Mesir, Taj Mahal di India, Candi Borobodur di Pulau Jawa, Angkor Watt di Kemboja dan Menara Condong Pisa di Itali sebagai tujuh benda ajaib di dunia.

Namun, tidakkah terlintas di fikiran kita bahawa rumah Allah, Kaabah, merupakan satu keajaiban dunia yang tiada tolok bandingnya dan tidak pun disenaraikan oleh sarjana-sarjana itu berbanding keajaiban-keajaiban lain.

Menurut golongan ulama dan pakar sejarah Islam, Kaabah yang terletak di dalam kawasan Masjidil Haram di Mekah pertama kali dibina di atas dunia oleh manusia pertama yang diturunkan Allah di muka bumi ini iaitu Nabi Adam AS.

Perkara tersebut dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran Al-Karim dan diriwayatkan oleh Ibnu Abbas RA bahawa Nabi Adam mengerjakan tawaf di keliling Kaabah sebanyak 40 kali.

Selain itu, Kaabah yang juga digelar sebagai Baitullah atau Baitul Ateeq itu dikatakan telah dibina semula sebanyak 11 kali lagi dan di antara yang membinanya ialah Nabi Syith AS, Nabi Ibrahim AS, kaum Amaliqah, kaum Jurhum, Qusai Ibnu Qilab, dan datuk kepada Rasulullah SAW, Abdul Muttalib Ibnu Hasyim.

Kaabah yang dilanda banjir besar pada tahun 605 Masihi telah dibina oleh empat ketua suku kaum Quraisy bersama Muhammad SAW Al-Amin yang meletakkan posisi batu Hajarul Aswad ketika Baginda berumur 35 tahun, lima tahun sebelum diangkat menjadi Rasul.

Seterusnya, rumah Allah itu juga pernah dibina oleh seorang sahabat, Abdullah Ibnu Zubair RA pada tahun 64 Hijrah, Hajjaj Ibnu Yusuf At-Thaqafi pada tahun 74 Hijrah dan Sultan Murad Khan pada tahun 1040 Hijrah.

Menurut reka bentuk Kaabah ketika di bina oleh Nabi Ibrahim AS dan anaknya, Nabi Ismail AS, rumah Allah itu berukuran 48 kaki 6 inci bagi Dinding Timur, Dinding Barat 46.5 kaki, Dinding Hatim 33 kaki, manakala dinding antara Hajarul Aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki.

Binaan suci ini yang berbentuk kubus berukuran 12 x 10 x 15 meter itu, mencetus keajaiban teragung apabila jutaan umat Islam di dunia sujud kepadaNya setiap saat dan masa sejak di zaman Rasulullah SAW lagi.
Antara keajaiban Kaabah yang tiada pada benda keajaiban dunia lain ialah sebiji batu besar yang asalnya berwarna putih dan dinamakan sebagai Hajar Al-Aswad yang bermakna ‘batu yang berwarna hitam’ setelah batu yang dikatakan dibawa dari syurga itu bertukar ke warna hitam kemudiannya.

Selain itu, Kaabah turut dibina dengan ‘pakej ajaib’ dengan melengkapkan binaan itu dengan sebuah telaga Zam-Zam yang bermaksud ‘berkumpullah..berkumpullah’, yang tidak pernah kering-kering sejak dibina sejak di zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail lagi.

Memakmurkan rumah Allah, puluhan juta umat Islam akan berkumpul mengelilingi Kaabah bagi menunaikan rukun Islam kelima, menunaikan haji, di mana hanya mereka-mereka yang terpilih sahaja yang akan mendapat ‘surat jemputan’ dari Allah SWT sebagai ‘tetamu’Nya setiap tahun.

Subhanallah! Beruntunglah kepada sesiapa yang pernah mendapat ‘surat jemputan’ itu untuk menjadi tetamu Allah di rumahNya memandangkan ramai yang kaya raya dan berkemampuan pun tidak pun bernasib baik menerima ‘surat’ itu.

Semoga kita semua, umat Islam, diberikan kemudahan dan lorongan dari Allah untuk menjadi tetamuNya sebelum uzur dan ajal menjemput kita menemuinya. Wallahua’lam.


SUMBER : http://www.harian-metro-online.com/baitul-ateeq-keajaiban-dunia-yang-terunggul-sepanjang-zaman

Sunday, February 5, 2012

Capt Zainuddin, pergimu buat selamanya..

February 05, 2012 0 Comments
Farewell Capt Zainuddin sebelum dia berpindah ke Alam Maritime

Sebaik melangkah masuk ke pejabat tadi, terasa sayu sangat hati ini..
Ya Allah, sesungguh nya kematian itu tidak akan di lengahkan walaupun sesaat.. ia tiba walau tidak di undang, dan tidak mengenal siapa sahaja kita...
Setelah hampir 6 tahun Capt mengharungi suka duka bersama Bahtera Marine, November lepas dia telah mengambil keputusan untuk menyambung kerjaya nya ke tempat kerja yang lebih baik dan lebih mencabar, iaitu Alam Maritime. Walaupun dengan berat hati kami semua untuk melepaskannya pergi, namun itu lah janji Allah dengan nya.. dia pergi dari Bahtera Marine, dan kali ini.. dia pergi untuk selama - lamanya..

Kini, tiada lagi gelak tawanya di pejabat.. tiada lagi teman sepejabat yang suka bercerita tentang anak - anak dan keluarga nya.. dan tiada lagi seorang teman sepejabat yang sangat pemurah..

Capt, merupakan seorang ayah yang sangat prihatin dengan persekolahan anak - anaknya, serta seorang suami yang penyayang dan suka melayan isteri nya.. setiap perkembangan mereka, akan di ceritakan kepada kami, terutamanya alli, serta pendengar setianya, ummi dan kliza..

Kami di Bahtera ni, hanya lah 8 orang.. dan, kami ni sudah seperti adik beradik.. suka kami, duka kami.. akan kami kongsikan bersama.. seakan cubit peha kiri, terasa lah peha kanan..
Itu lah keakraban persaudaraan kami di Bahtera yang mungkin sukar untuk diperolehi di tempat lain..

Selepas 2 bulan dia meninggalkan kami di Bahtera Marine, kini dia telah pergi buat selamanya..
Sukar untuk kami menerima berita ini, sedih, pilu.. namun, itulah hakikat yang kami perlu terima..

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..
Sukarnya menerima kenyataan kematian suami, di tambah pula dengan tanggungjawab yang perlu di pikul oleh seorang isteri yang kini perlu menguruskan 5 orang anak seorang diri..

Jika dulu, semua tugas di bahagikan sama rata, kini.. segala nya perlu di lakukan sendiri..
Kak Nor, kami doakan semoga knor akan sentiasa tabah dengan dugaan Nya ini, dan yakin lah dengan janji Allah.. orang yang sabar adalah orang yang beruntung..

Hajat Capt yang pernah di ungkapkan nya kepada kami,
adalah untuk menyekolahkan anak - anak ke sekolah agama..
Moga knor akan dapat memenuhi hajatnya ini dan
dipermudahkan segala urusan.. Ameen.

Saat posting ini di buat, seakan tidak dapat menahan air mata ini dari terus mengalir..
Ya Allah, .. tabah kan lah hatiku,.. dan tabah kan lah hati - hati mereka ini..
Doaku, dan doa kami semua.. moga membesar kalian, menjadi anak yang soleh dan solehah..
Semoga kalian dapat menjadi aset utama untuk ayahanda kalian di akhirat kelak.. Ameen..
( Ya Allah,.. sedih nya melihatkan wajah - wajah sugul mereka tatkala menaiki van menemani ayah nya buat kali terakhir haritu... )

Anak - anak nya yang begitu tulus dan beradab,
inilah kesan dari ajaran seorang ayah yang tegas.

Al Fatihah buat Capt Zainuddin Shuib.. hilang mu tiada gantinya..




Selamat tinggal capt.. kami di sini sentiasa mendoakan semoga roh mu akan tenang dan di tempatkan di kalangan orang - orang yang beriman...

Semoga perginya di hari Jumaat juga, akan dilepas kan dari segala azab kubur, 

dan semoga dia akan dapat 'berehat' dari segala kekusutan dan masalah dunia yang tidak pernah berakhir ini.. semoga damai lah engkau di sana..

Ameen.. Ya Rabbal Alamin..

Saturday, January 28, 2012

Pesan ummi buat Alia sayang..

January 28, 2012 0 Comments
Alia sayang ummi..
Ingatlah pesanan ini..
Wanita solehah diibaratkn spt sebutir mutiara yg terlindung di dlm cangkerangnya sendiri..
suci dan bersih tanpa dikotori atau dsentuh..
selagi mutiara itu terlindung di dlm cangkerangnya selagi itu ianya mempunyai nilai yg tinggi..
wanita solehah amatlh tinggi nilainya dlm Islam andai muslimah itu tahu memagari batas-batas pgaulannya,
tahu adab sopan sbg seorang muslimah,
senantiasa menjaga penampilan mengikut hukum Allah SWT...
MAsyaAllah...beruntunglah kamu wahai solehah..
perhiasan yg tiada tolok bandingnya....=)
Sumber : Nur'Ain Vivian
Doa ummi yang tak pernah pudar buatmu.. semoga dirimu akan membesar menjadi seorang anak yang sentiasa patuh kepada ibubapa, seorang yang sentiasa bertakwa kepadaNya dan menjadi seorang yang cintakan Agama dan Ilmu.. serta, berjaya dunia dan akhirat.. Ameen..
Ummi sayang Along..

Subhanallah…Dapat Hidayah Bawah Lautan

January 28, 2012 0 Comments

Jika anda termasuk orang yang gemar menonton acara TV `Discovery Chanel pasti kenal Mr. Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli Oceanografer dan pakar selam terkemuka dari Perancis.

Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke berbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton oleh seluruh dunia.
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba Captain Jacques Yves Costeau menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu menjadikan Mr. Costeau pelik dan mendorongnya untuk mencari jawapan penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan.

Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak juga mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sehingga pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez.

Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laayabghiyaan…” Artinya: “Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing. Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tidak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut.

Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” Ertinya “Dari keduanya keluar mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemui mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam.


Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman semasa belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman lautan.


Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.
Subhanallah… Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.
sumber : informasikini

Wednesday, January 25, 2012

Ke Pangkuan-Mu, Ilahi

January 25, 2012 0 Comments
Terima kasih kepada Ummu Abbas yang tidak jemu - jemu menitipkan sesuatu untuk jiwa yang sentiasa dahagakan pengisian ini.. ( merujuk kepada diri sendiri.. )

Posting dari Ummu Abbas kali ini, ummi post kan ke blog ummi, kerana ianya sangat berkait rapat dengan diri ummi sekarang..

Di doakan semoga ianya mendatangkan faedah dan manfaat buat semua.. Ameen..
Aku bersyukur Ya Allah, di atas kurniaMu yang cukup berharga ini..
Semoga ku dapat memelihara amanah Mu ini sebaik mungkin..
Ameen Ya Rabb..

Beberapa hari lepas, ada satu peristiwa yang agak meruntun hati.
Saat itu, saya berada dalam tahiyat awal, iaitu duduk semasa rakaat kedua solat Asar.  Aleeya yang berusia 10 bulan lebih merangkak menuju ke arah saya dan merebahkan kepalanya di atas riba.  Dia diam sahaja.  Hati seorang ibu mana yang tidak tersentuh dengan aksi manja bayi kecilnya begitu.  Dalam keheningan menunaikan solat pula.

Ya Allah… bersyukurnya padaMu atas kurniaan perasaan yang indah ini.  Perasaan kasih sayang itu menyapa lembut di hati kepada bayi yang pernah dikandung lebih 9 bulan.  Dan perasaan kasih itu begitu mendalam.  Ia lebih hebat dari rasa kasih pada mana-mana insan di dunia ini.

Habis membaca tahiyat, saya menunggu seketika.  Saya teringatkan Rasulullah s.a.w yang hanya bangun seusai cucunya beredar dari belakangnya.  Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh rujuk video dalam entry ‘Komunikasi dengan Kanak-kanak Cara Rasulullah s.a.w’.  Rasulullah s.a.w membiarkan cucunya bermain puas-puas dahulu di atas belakangnya sedangkan waktu itu baginda sedang sujud.

Itu pun kerana saya baru menyalin lampin Aleeya sebelum memulakan solat.  Jadi saya kira dia masih dalam keadaan bersih dari najis.  Kalau lampin dia sudah kotor, biasanya saya akan angkat dan letak dia di sisi.
Seketika kemudian, melihat dia bangun sedikit, saya tidak berlengah lagi untuk menyambung qiyam (berdiri) bagi rakaat ketiga.

Subhanallah!  Alhamdulillah!   Peristiwa Aleeya datang baring di atas ribaan saya itu hakikatnya jawapan Allah s.w.t secara halus mengenai kerisauan saya sejak akhir-akhir ini.
Biar penat sedikit di dunia asalkan dapat berehat sepenuhnya di akhirat kelak
Dalam meniti perjalanan hidup dunia menuju akhirat, saya melalui fasa-fasa kehidupan sebagaimana ramai insan di luar sana. Ada masa pasang surut sama ada pada amalan dan juga keimanan.  Sudah ditakdirkan saya bersama anda semua berada di zaman iman dan taqwa yang susah untuk meningkat naik.  Kalau dapat konsisten, itu dikira sudah cukup baik.  Insya Allah.

Kadang-kadang saya merasa cemburu dengan para sahabat dan ummah di zaman Rasulullah s.a.w.  Mereka dapat bertemu Rasulullah s.a.w secara langsung dan hidup di zaman keimanan setiap mukmin sering meningkat lewat ujian yang dihadapi.  Namun bila difikirkan secara lebih mendalam, saya percaya saya tidak mampu menjadi seperti mereka andai hidup di zaman mereka.  Ini  disebabkan saya mempercayai kalam Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat  286,
“ Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”
Saya risau akan dosa-dosa yang sentiasa dilakukan setiap hari.  Kadang-kadang hati lembut dan mudah tersentuh dengan ingatan-ingatan.  Kadang-kadang yang lain, hati terasa keras kematu- susah tersentuh.  Lalu saya beristighfar dan cuba muhasabah diri, amalan mana yang perlu diperbaiki lagi.  Terutama hubungan dengan suami dan hubungan dengan anak-anak kerana sebahagian besar masa saya adalah bersama mereka di rumah.

Tatkala berusaha memperbaiki diri, saya berfikir adakah Allah masih sudi memberi perhatianNya pada saya yang sering tidak konsisten dalam memelihara taat dan ikhlas?  Namun dalam masa yang sama,  sentiasa mahu kembali kepadaNya.  Dalam kebingungan itulah, Allah takdirkan peristiwa yang tercatat di atas serta memberi ilham bahawa jika hubungan saya sebagai ibu dengan anak kandung sudah melahirkan rasa kasih sedemikian rupa, apalah sangat jika hendak dibandingkan rahmatNya yang melaut luas dan berganda-ganda lagi dari kasih sayang saya pada anak sendiri?

Saat bayi itu datang merangkak perlahan menuju ibunya, naluri kasih seorang ibu tidak akan lari, sebaliknya ibu itu akan segera menyambut kedatangan bayinya… yang serba lemah itu.

Saat bayi itu menyentuh kepalanya di atas paha ibunya, naluri sayang seorang ibu membuatkan ibu itu tersenyum melihat kelakuan anaknya yang mendambakan dirinya.
Perlakuan bayi yang mahu dimanja biasa disambut mesra oleh si ibu.

Tidak sesekali ibu itu merasa marah apatah  lagi mahu menjauhkan diri dari bayi kecilnya.
Bahkan si ibu akan bergerak lebih cepat menuju bayinya tatkala bayi menangis mencari dirinya.

Ya Allah… hebat dan agungnya nilai sebuah kasih sayang.

Kasih sayang yang ada pada seorang ibu memadamkan segala penat lelah menguruskan si bayi- makan minum, tawa tangis dan membersihkan bayi setiap hari, berkali-kali.

Itu baru kasih sayang ibu pada anaknya, kasih sayang Allah mengatasi segala kasih makhluknya kepada hambaNya.

Jika dahulu tatkala saya menukilkan perumpamaan,
Sekasih ibu pada anaknya,
Sayang lagi Nabi pada umatnya.
Sesayang Nabi pada umatnya,
Cinta lagi Allah pada hambanya.

Dulu saya menukilkan ungkapan di atas tanpa merasai sendiri perasaan kasih seorang ibu… cukup dengan memerhati naluri keibuan orang lain.  Namun hari ini, Allah beri saya merasainya sendiri.  Ya Allah… ia cukup hebat.  Ungkapan di atas adalah untuk menzahirkan kasih sayang Allah yang tidak bertepi pada setiap hambaNya dan peluang yang terbuka luas untuk setiap insan mendekatkan diri padaNya.

 Abu Hurairah r.a melaporkan daripada Rasulullah s.a.w, katanya,
Allah Azza wa jalla berkata dalam Hadis Qudsi,  ”Aku adalah menurut sangkaan
hambaKu dan Aku akan selalu bersamanya selama ia berdoa padaKu.”
“Demi Allah,  nescayalah Allah itu lebih gembira kepada taubatnya seseorang
hambaNya daripada seseorang di antara kamu semua yang menemukan sesuatu bendanya
yang telah hilang di padang yang luas.”
“Apabila seseorang mendekatiKu dalam jarak sejengkal, maka Aku mendekatinya dalam jarak sehasta.  Sesiapa mendekatiKu dalam jarak sehasta,  maka Aku mendekatinya dalam jarak sedepa. Jikalau hambaKu itu mendatangi Aku dengan berjalan, maka Aku mendatanginya dengan berlari.”
Hadis-hadis direkodkan oleh Imam Muslim.

Mutiara Untuk Pembaca

Sebenarnya setiap orang akan ada saat-saat yang menyentuh hatinya serta menimbulkan keinsafan… sama ada melalui perantaraan manusia atau peristiwa lain yang dihadapi setiap hari.  Ia merupakan nasihat-nasihat secara langsung dari Allah untuk kita.  Itu petanda Allah sentiasa memberi perhatian dan mahu menarik perhatian kita kepadaNya.  Jika kita sedar dan faham iaitu memandang dengan hati terbuka untuk menerima hidayahNya, kita akan merasa seronok dan bahagia dengan perhatian-perhatian tersebut.  Namun jika kita menutup pintu hati, maka kita akan memandang dengan rasa jengkel serta mahu lari dari kasih sayang Allah itu.   Na’uzubillah.
Carilah perhatian dan petunjuk-petunjuk Ilahi dari setiap peristiwa, nescaya engkau akan menemui cintaNya yang abadi.
Wassalam.
Ummu Abbas
2 Rabie’ Awwal 1433H
7.47pm
Melbourne

Jordan, bumi Anbiya'...

January 25, 2012 0 Comments
Jordan merupakan sebahagian daripada negara Syam yang mempunyai nilai yang sangat tinggi dalam sejarah keagungan umat Islam.

Inilah bumi yang telah menempatkan ramai para rasul yang telah menghabiskan hayat mereka untuk berdakwah bagi mendaulatkan agama Allah swt.

Inilah bumi yang telah menyaksikan pertembungan yang besar di antara Islam dan kuasa besar Rom di Mu'tah ( معركة مؤتة , غزوة مؤتة) di akhir kehidupan Rasulullah saw apabila seramai 3,000 tentera Islam telah berhadapan dengan lebih 150,000 tentera Rom Byzantine.

Inilah bumi yang menempatkan tempat Umar al Khattab untuk bermalam sebelum beliau menerima kunci bagi membuka kota Baitul Maqdis pada tahun ke 15 H/641M.

Inilah juga bumi yang telah menyaksikan berulangnya sejarah kegemilangan Islam apabila generasi Solahuddin berjaya mengalahkan pasukan tentera Salib yang sebenarnya merupakan batalion tentera terkuat di dunia pada ketika itu (gabungan tentera daripada 22 negara-negara Eropah).

Semoga umat kini mampu menekuni & menghayati sejarah kegemilangan ini.

Sumber :