Follow Us @soratemplates

Saturday, March 30, 2013

PEREMPUAN SUKA CAKAP TERBALIK, ORANG LELAKI DENGAR MACAM PELIK

March 30, 2013 0 Comments


Satu petang, Si suami yang baru pulang dari kerja, ingin memanjakan isterinya, “Jom kita keluar, malam ni kita makan di kedai je lah”. Sambut isterinya, “Eh nasi banyak lagi tu bang, gulaipun ada lagi tu. Nanti membazir, siapa pula nak menghabiskan tu”. Kalau diikutkan jawapannya itu seolah-olah membantah cadangan suaminya itu, tetapi tindakannya berlainan. Siisteri masuk ke bilik terus menukar baju dan membelitkan tudung di kepalanya di hadapan cermin di dalam bilik tidurnya. Sambil menunggu isterinya, dia mencapai surat khabar yang dibawa daripada pejabat tadi. Suaminya faham sangat. Kalau mulut isteri membantah tetapi nampak bergegas menukar baju, maknanya dia setujulah tu.

Setiba di gerai “char kue teow” yang biasa mereka singgah, adik di gerai tu menghampiri mereka dan bertanya, “Pak Cik nak makan apa?”. Pantas suaminya menjawab, “Char kue teow”. Ditegur isterinya, “Ish Abang ni, mintalah yang lain pula, mee ke, bihun ke. Kan dulu dah makan char kue teow ni”. Suami mula naik berang, “Menyusah je fikir-fikir, Abang tengah lapar, nak makan char kue teow le, Awak nak yang lain, pesan je la”. Muncung terus mulut si isteri mendengar arahan suaminya itu dan lantas memesan bihun sop untuk dirinya.
Sedang mereka menjamu selera, isterinya memecah kesunyian dengan bertanyakan satu soalan menjerat, “Sedap ke char kue teow tu bang?”. Sambil kepalanya masih tunduk menyedut lelehan kuah kue teow itu, suami membalas, “Sedap”. Terus melicinkan char kue teow kegemarannya itu. Apabila isterinya melihat piring suami telah licin, dia menegur dengan nada kecewa, “Awak tu makan, bukan nak ingatkan saya”. Tergamam suami mendengarnya terus membela diri, “Tadi tak cakap pun nak”. Sambut isterinya, “Dah cakap tadi, abang buat tak faham je”. Dibalas suaminya untuk membela dan membenarkan dirinya, “Mana Abang tahu awak nak rasa, kalau nak, pesan lagi satu”. Suara masing-masing mula meninggi. Isteri merasakan suasana romantik yang dia mula kecapi seawal suaminya mengajak makan di gerai tadi telah hancur berkecai apabila suami tidak memahami kehendaknya malam itu. Bagi Sisuami pula, asalnya tadi keluar makan di luar untuk membantu isteri merehatkan badannya supaya tidak susah-susah memasak di rumah dan dengan harapan malam nanti dapatlah hadiah istemewa daripada isterinya. Tetapi sekarang, telah bertukar menjadi medan peperangan dingin dengan isterinya di meja char kue teow pula. Mengapa perkara ini boleh terjadi?

Kebiasaan wanita, apabila mereka berkomunikasi, mereka menggunakan ungkapan yang tidak terus. Mereka menggunakan bahasa berlapik, maksud terbalik dan berpusing-pusing sebagaimana peribahasa Inggeris “beats around the bush”. Laporan ScienceDaily (Jan. 21, 2005) berjudul “Intelligence In Men And Women Is A Gray And White Matter” mengatakan binaan otak wanita yang memang telah diprogramkan memiliki lebih “white matter” yang bertugas menghubungkaitkan sesuatu perkara dengan yang lain hingga menyebabkan mereka pakar menggunakan pendekatan ‘komunikasi-bahasa-tidak terus’ ini. Bercakap adalah asas perhubungan yang utama bagi wanita. Mereka menggunakan pendekatan ini untuk membina jambatan perhubungan dengan orang lain untuk mengelakkan konfrantasi secara terbuka, bersopan santun dan berbudi bahasa. Wanita memang suka menggunakan proses komunikasi cara ini untuk menyampaikan mesej terutama sekali kepada orang yang dia sayangi. Bagi mereka, jika orang yang dia sayangi ini memahami apa yang dia ungkapkan dengan tepat, maka orang itu dilabelkan sebagai seorang yang romantik. Sebagai contoh kalau mereka berdua sedang menaiki kereta dalam perjalanan yang jauh dan isterinya berasa lapar. Pada masa itu mereka sedang melalui deretan kedai-kedai makan. Terdapat beberapa ungkapan yang tidak terus yang wanita gunakan untuk memberitahu suami yang mereka lapar. Mereka tidak sanggup mengungkapkan perkataan, “Abang saya lapar, berhenti di kedai makan depan itu sekarang”. Mereka akan menggunakan bahasa tidak terus seperti berikut, “Abang tak lapar ke?”. Atau, “Dulu kita pernah makan di kedai depan tu kan, sedap masakannya”. Atau, “Tomyam kedai di depan tu sedapkan Abang”. Dan banyak lagi ungkapan-ungkapan yang kebanyakan lelaki tidak faham. Maka suami yang romantik ialah apabila sahaja dia mendengar isyarat ini, dia telah tahu bahawa isterinya sedang lapar dan mahu makan. Tanpa bersoaljawab, dia terus sahaja membelokkan keretanya ke halaman deretan kedai makan dan mencari pakir yang dekat dengan restoren yang dia sebut tadi.

Namun kebanyakan lelaki tidak faham dengan bahasa-tidak-terus ini. Minda lelaki yang memiliki lebih sepuluh kali “grey matter” daripada wanita yang tugasnya hanya memproses maklumat, kurang dapat mengaitkan ungkapan atau ayat-ayat yang berlapik-lapik ini. Kefahamannya hanya bergantung kepada apa yang diucapkan. Dia tidak pandai untuk mentafsirkan apa yang tersirat daripada apa yang tersurat. Oleh itu, jika isterinya beri isyarat. “Abang tak lapar ke?”, Dia akan jawab, “Tak lapar” dan meneruskan pemanduannya. Kecewalah isteri ini dan suaminya ini akan dicopkan sebagai tidak romantik.

Berbalik kita kepada kisah yang mula-mula saya paparkan itu. Apabila isteri bertanyakan kepada suaminya, “Sedap ke char kue teow tu bang?”. Ini bermaksud, “Abang, saya nak rasa sikit char kue teow tu”. Dan sebaik-baiknya, tanpa soal jawab, suaminya itu terus menukar piring char kue teownya dengan mangkuk bihun sop isterinya. Selepas minum separuh, suami itu juga menukarkan gelas minuman milo aisnya dengan minum isterinya. Suami yang berbuat demikian dicopkan sebagai seorang yang romantik. Dia bukan hanya dipuji kerana memahami kehendak isterinya, malah isteri juga puas kerana dapat merasai dua jenis makanan dan minuman pada malam itu dengan harga yang dibayar oleh seorang mengikut perkiraan wanita.

Berikut saya paparkan sedikit daripada ungkapan bahasa-bahasa-tidak-terus yang boleh dijadikan panduan kepada suami jika dia terdengar isterinya.
1. Bila suami mengajak isterinya pergi ke sesuatu tempat dan isterinya menjawab, “Tengoklah”. Besar kemungkinan maksudnya dia tidak mahu pergi.
2. Bila suami isteri sedang berbincang untuk membeli atau memberikan sesuatu kepada isteri, tetapi dalam perbincangan itu timbul pelbagai masalah hingga isterinya seolah-olah mengalah, “Saya tak kisah”. Sebenarnya apa yang dia maksudkan itu ialah dia kisah dan mahu juga benda itu.
3. Bila suami pulang dari kerja dan sesampai di pintu, isterinya menegur suaminya, “Abang letih eh”. Bagi suami yang tidak faham, pasti akan menjawab apa yang dia rasai seperti, “Aa, letih”. Maka kecewalah isterinya itu kerana maksud sebenar ialah dia hendak mengajak suaminya keluar masa itu juga.

Mengapa orang lelaki tidak faham bahasa perempuan ini ialah kerana kebiasaannya orang lelaki berkomunikasi menggunakan ayat yang pendek, terus, tepat kepada maksudnya dan penuh dengan fakta. Lelaki dengan watak kepimpinan dan penguasaan sering menggunakan komunikasi ini untuk mendapatkan kuasa dan sokongan daripada orang lain. Di dalam perniagaan, cara komunikasi sebegini amat sesuai untuk membuat keputusan dan keberkesanan perundingan dengan cepat. Tetapi kalau cara ini digunakan untuk berkomunikasi dengan orang perempuan, ia dilihat sebagai kurang sopan dan tidak beradab.

Oleh itu nasihat saya kepada suami yang ingin memahami bahasa terbalik isterinya ialah,
1. Bila isterinya bersuara, cuba dengar betul-betul ungkapannya dan lihat juga air muka serta pandangan matanya. Pasti kita boleh memahami maksudnya sama ada terus atau terbalik melalui tonasi dan bahasa badannya.
2. Kalau suami masih merasai tidak faham maksudnya, cepatlah bertanya secara terus terang, “Apa maksud awak tadi?”.
3. Bila suami telah memahaminya, maka simpanlah ilmu dan kemahiran ini untuk digunapakai masa depan apabila diucapkan oleh isterinya nanti. Pastinya suami ini dilebelkan sebagai lelaki yang paling romantik.
4. Terimalah cara bahasa terbalik yang amat memeningkan kepala ini sebagai tanda isteri masih sayang kepada kita. Kebiasaannya, isteri tidak menggunakan kaedah ini kepada sesiapa sahaja yang dia tidak kenal melainkan kepada orang yang dia sayangi dan teman sejenisnya
Kepada isteri pula,
1. Sebelum anda menggunakan bahasa berbahasa ini kepada suami, sila lihat dulu keadaan suami anda. Jika dia dalam keadaan serius atau kelihatan letih atau mengalami stres, jangan gunakan lagi pendekatan ini. Dibimbangi, ketidakfahamannya nanti boleh menyebabkan jiwa panas barannya mengganas.
2. Kalau keadaan suami kelihatan ceria dan bersedia untuk bergurau senda, bolehlah anda bermanja-manja menggunakan bahasa terbalik berpusing-pusing ini untuk menagih kehendak dan keperluan anda. Kalau dia tidak faham juga, anda hendaklah dengan suara manja menerangkan maksud sebenar. Jangan mengharapkan dia faham sendiri kalau dia kelihatan tidak faham. Nanti anda juga yang kecewa.

~Pak Utih

Dapat artikel ni dari sorang rakan fb.. terus teringat nak masukkan dalam blog SK..
Bukan apa, saje teringat kisah kami dulu - dulu pun, selalu juga timbul konflik dek kerana suami yang sukar nak faham apa yang saya ingin sampai kan.. hee..

(Kononnya) .. Saya ni agak pemalu nak berterus terang.. kadang tu, kita nak sangat sesuatu tu, tapi segan nak kabor.. so, berkias - kias la.. tapi, kadang tu suami saya ni kurang faham.. so, kadang tu jadi jugak la macam dalam kisah kat atas ni..

Tapi, tu kisah lama2 kami dulu.. sekarang suami saya dah boleh di katakan expert dah dalam bab2 percakapan terbalik saya ni.. dan, saya juga perlu banyak belajar untuk tidak bercakap terbalik sangat, sebab suami ni sorang yang terlalu sibuk.. kadang tu, dia tak sempat nak tangkap apa yang saya nak sampai kan kalau berkias - kias ni.. so, better straight to the point.. hee

Apapun, saya sangat - sangat bersyukur kerana di kurniakan suami yang sangat penyayang sepertinya.. Syukur kepada Allah di atas nikmat bahagia ini..dan, semoga ianya akan berkekalan hingga ke Syurga.. Aameen... 

Wednesday, February 27, 2013

Alkisah ciuman pagi…

February 27, 2013 0 Comments
"Abah.. abah sayang tak Maher?.."
"yes. for sure sayang... :)"

Alkisah ciuman pagi…

Sejak kecil saya sering melihat, papa sebelum keluar dari rumah untuk kerja, papa akan mencium dahi mak sambil membisik ‘I love you’ di telinga mama.

Mama pula akan senyum keriangan sepanjang hari, melakukan kerja-kerja rumah menanti kepulangan papa dari kerja.

Bila tiba waktu zohor, selepas solat, mama akan menghantar satu sms untuk papa bertanyakan sudah papa makan tengahari.

Bila lepas azar, mak akan mula ke dapur menyiapkan makanan untuk makan malam bersama papa.

Mama tidak bertanya apakah papa malam ini akan pulang makan. Mama selalu masak dan lepas itu barulah mak menghantar sms ke papa bertanya apakah papa akan pulang untuk makan.

Jika papa kata ya, mama akan tunggu sehingga papa balik baru makan, walaupun perut sudah berbunyi kuat tapi saya akan disuruh makan dulu tanpa menunggu papa.

Satu malam, mama bertengkar dengan papa kerana papa berkata sesuatu yang mama tidak suka.

Pada sebelah paginya, mama tetap menyediakan sarapan pagi untuk saya dan papa.

Tapi mama dan papa tetap tidak bercakap antara satu sama lain.

Pagi itu, ketika papa keluar pintu rumah, papa tidak mengucup dahi mama. Mama pula buat tidak tahu dan tidak memberikan salam pada papa.

Apabila kereta papa sudah keluar, mama menangis.

“Mama, mengapa ngangis?” tanya saya.

“Tak ada apa,” kata mak yang melihat ke ruang tempat ayah meletak kereta yang kini kosong.

Mama balik ke bilik melipat kain. Saya pula bersiap nak

15 minit kemudian, ada kereta henti di depan rumah. Saya keluar melihat.

Papa patah balik. “Mana mana?”

“Dalam bilik.”

Papa terus ke bilik. Saya mengikut. Papa terus memeluk mama dan mencium dahinya dan membisik ‘I love you’ di telinga mama.

Air mata mama mengalir lagi.

“Hati abang tak tenteram bila abang pergi kerja tanpa salam dan doa ayang,” kata papa sebelum beredar balik ke kerja.

Mama tersenyum semula riang.

“Mama tadi menangis pasal papa ke? Mama senyum ini pun pasal papa ke?”

“Anak mama ini. Ya, mama menangis dan senyum pun untuk papa?” jawab mama.

“Papa ini nakallah, sekejap buat mama ngangis, sekejap buat mama senyum,” kata saya.

“Tak. Papa orang baik. Mama yang sakitkan hati papa semalam. Apa yang mama nak papa beri, tapi itu bukan sumber kegembiraan mama. Mama merajuk semalam tatkala papa letih kerja kerana lupa belikan hadiah buat harijadi ayang. Papa kata terlupa, mama pula terlebih kata papa tiada hati untuk keluarga.

Biasalah perempuan ini mudah merajuk, walaupun salah, dia mengharapkan suaminya datang memujuknya semula. Tapi oleh kerana papa tak buat demikian, mama merajuk dalam hati tak cakap. Tapi bila papa pergi kerja tak cium dahi mama, mama menangis bukan kerana papa, tapi kerana mama terasa terlepas peluang untuk berbaik dengan papa, dan terasa papa tak sayang kat mama. Tapi apabila papa balik mencium dahi mama, mama terasa papa sangat sayang kat mama, dan mama sempat memohon maaf pada papa, sebab itu mama senyum,” kata mama.

Saya tak berapa faham kata-kata mama kerana masa itu kecil.

Sebelah malamnya, saya bertanya papa ketika mama sudah tidur keletihan.

“Papa, mengapa papa patah balik pagi tadi?” tanya saya.

“Mama dah bertungkus-lumus jaga keluarga ini dan ingin pastikan keluarga ini bahagia dan gembira. Tapi bila mama tahu papa terlupa beli harijadi ayang, mama naik berang kata papa tiada hati untuk keluarga. Papa terguris sedikit, tapi papa ada ego tak nak mengaku salah.

Masa memandu terfikir bagaimana mama setiap hari membuat yang terbaik untuk sarapan dan menunggu papa pulang untuk makan malam bersama, papa terasa bersalah bertindak kejam pada mama dengan tidak mencium dahi mama. Papa pulang kerana papa tahu mama adalah orang terpenting dalam hidup papa dan papa tak boleh biarkan mama sedih walaupun sesaat... ayang akan faham bila kahwin nanti,” terang papa.

Kini saya sudah berkahwin – saya akhirnya faham apa yang dilalui mama dan papa. Rupa-rupanya ombak yang melanda mama dan papa sekali-sekala ini bukan merosakkan hubungan tapi ia memperkuatkan lagi kesayangan dan keeratan dengan orang tersayang setelah ombak itu reda kerana kedua-dua akan memahami betapa pentingnya pasangan masing-masing dalam hidup mereka.

Satu lagi cerita untuk renungan malam ini.

Senyum.

hee... saya dapat citer ni, dari fb mentor saya, Ust Tuan Ibrahim Tuan Man.. ^_^ .. saje nak kongsi dengan sahabat semua.. kan saya pernah bagitau.. kalau ust tuan bercakap, saya mesti sebak, sayu dan mudah meresap ke hati... apa yang dia cakap tu, memang tulus dari hati... :)
Moga segala apa ilmu yang saya perolehi darinya, akan dapat di praktikkan dalam hidup saya dan keluarga.. Aameen.. :) 

Tuesday, February 19, 2013

'Petlin Cop' yg echem gitu ^_^

February 19, 2013 0 Comments
Ini adalah sambungan citer sebelum ni..

The LOVE and TIES that Bind

Kali ni.. my hensem man.. jadi "Petlin Cop".. hihi..

Acara ni sewaktu sukaneka petang kami sampai tu.. dan terbuka kepada semua staff petlin yang nak join.. cuma, dengan syarat, semua manager di jemput untuk menjadi model..

Tak terkecuali la abah.. ^_^
"Good luck to u.. "
Senyum ye abah..umi snap gambar ni.. hee..
( bukan senang nak dapat gambar abah senyum.. mahal tu.. hehe..)


bersiap sedia untuk di 'hias'..hehe
Pada awal2 tu, nampak ok je design diorang ni... nampak kemas dan teratur berbanding robot kumpulan lain.. tapi, bila dah banyak sangat aksesori tu.. nampak berserabut pun ada.. :)


robot  siap ada topi ..hihi
Bila tiba yang last tu, mereka taruk macam renda kat depan muka tu, macam tak elok.. tapi, dari segi kekemasan, kumpulan abah yang terbaik.. :)
Ada peluang untuk menang la.. hehe..

Kak Ainul ( salah sorang officemate abah ) bersungguh suruh umi snap gambar abah masuk dalam fb.. suka sangat dia tengok abah jadi robot.. comel katanya..hehe

p/s : kak ainul, selepas hampir setahun, baru sempat imah masukkan.. basi sda... hihi

competitors.. :) ada chance utk abah menang..
Dan, seperti yang di jangka kan.. kumpulan abah menang!!.. hehe..
Tahniah kepada semua yang telah berusaha men'comel'kan Petlin Cop ni..
Harap hadiah yang kalian dapat tu, masih berguna.. hehe..

anak2 pun sibuk nak jadi robot jugak..
Gambar bawah kanan : kak ainul.. ^_^
Sepetang tu, kami di tepian pantai.. sambil tengok orang ber sukaneka.. sambil melayan budak nenchik ni.. :)

hai..

ada masa, abah ambil alih tugas.. ^_^

tengok gelagat dia tu.. hehe..




Along, mok dek dan abang muadz yang join dalam sukaneka.. berebut makanan dalam shredding paper. Dan, masing2 dengan hasil masing - masing...
Tengok tu, along... hee.. banyak paper dari makanan.. ^_^

to be continue.. :)

Tuesday, February 12, 2013

LELAKI CUBA NAK RASA SAKIT BERSALIN???!!

February 12, 2013 0 Comments
BELANDA : Dua penyampai berita Belanda, Dennis Storm dan Valerio Zena mahu merasai kesakitan yang dialami oleh kaum hawa ketika melahirkan anak.

Bagi tujuan itu mereka dibenarkan merasaikan kesakitan berkenaan secara simulasi, namun hasilnya, kedua-dua lelaki berkenaan hanya mampu bertahan selama dua jam.

Mereka menyifatkan kesakitan yang dialami itu sebagai satu seksaan.

Storm dan Zena mendedahkan mereka melakukan ujian itu untuk merasaikan pengalaman bersalin selepas mendengar bahawa ia paling menyakitkan di dunia.

Malah ketika memasang alat itu, Zena sempat bertanyakan kepada jururawat “Adakah awak rasa kesakitan ini akan membuatkan saya menjerit,” .

Soalan itu dijawab oleh jururawat ` ya, sudah pasti’.

Biarpun ketika memasang alat berkenaan, kedua-duanya cuba bergurau dan ketawa, namun wajah mereka menunjukkan kesakitan sebenar yang mereka alami.

Dengan pengalaman yang dilaluinya itu, Zena kini berfikir dua kali untuk memiliki anak kerana tidak sanggup melihat isterinya menanggung kesakitan ketika bersalin.

Zena dan Storm bagaimanapun bukan lelaki pertama yang cuba merasai kesakitan berkenaan.

Pada 2009, Dr Andrew Rochford melalui pengalaman sama untuk program TV, What’s Good for You.

Dua jam kemudian, muka Rochford hampir bewarna biru ketika dia sedang menahan kesakitan.


Allah telah menciptakan seorang wanita itu penuh dengan kelembutan dan seorang wanita sering dianggap lemah kerana mudah untuk mengalirkan air mata.

Tetapi uniknya seorang wanita mampu menahan kesakitan sehigga 57 Del ketika sakit bersalin iaitu bersamaan 20 tulang dipatahkan serentak sedangkan tubuh badan manusia dikatakan hanya dapat menahan45 Del kesakitan sahaja.

Subhanallah...Betapa hebatnya pengorbanan seorang ibu itu...Tak terbalas jasa seorang ibu itu walaupun untuk sehembus nafasnya di saat dia melahirkan kamu...

♥ Khas buat Kaum Adam semua...hargailah ibu dan isteri anda ♥



Sumber :  My Little Yaya

Wednesday, January 30, 2013

The LOVE and TIES that Bind ~ Mystery Drive

January 30, 2013 0 Comments
Ni citer tahun lepas punye.. tapi, baru sempat post..
Biasalah, alasan yang sama gak .. sibuk la kunun2 nye.. hee.. ^_^

Ini adalah antara program tahunan syarikat abah. Kami mengikut je la..
Alhamdulillah.. kali ni, kami berpeluang 'berjalan' jauh sikit.. GOLD COAST gitu.. hehe.. tapi, ni bukannya GC Australia .. tp ini Morib Sepang maa.. hee..

Tapi, kata je Morib tu dalam mesia.. tp, mak ai.. jauh jugak tu.. pinor mata driver nak sampai sana.. nasib baik committee ada buat Mystery Drive, jadi takde la stress sangat .. sesambil bawa keta, sambil cari jawapan.. :) ~ NO.. Zeto Rules ~ driver tolong bagi jawapan je.. co-pilot yang tulung tulis..hee..

Jadi, co-pilot pun xde masa la nak layan mengantuk sangat, sebab nak kena tulis jawapan dan selesaikan soalan yang berderet - deret tu sebelum sampai sana..

25 May 2012 ~ sempena Anniversary kami dan bdy Along tu..
Acara pelepasan berkonvoi bermula dari Kerteh.. tapi, memandangkan kami dah berada di haluan menuju ke sana, maka kami hanya bertolak dari Kemaman je..

Seingat umi, checkpoint yang pertama adalah di RnR Gambang..
Dan, ada beberapa lagi checkpoint yang perlu kami berhenti untuk mencari jawapan kepada Mystery Drive yang diberikan tu... Seperti sebelum ni la, tak semua yang join dalam MD ni. So, pada yang tak join tu, mereka boleh proceed utk terus ke Gold Coast..

Semenjak ada anak kecik ni, hanya abah yang handle untuk mencari jawapan kepada soalan - soalan ni. Tugas umi hanya mengawal anak - anak yang turun main atau nak minum sementara menunggu abah siap mencari jawapan.. ( ada dua situasi ~ samada cari jawapan, atau meniru jawapan.. haha.. ~ kalau bukan kita tiru orang, orang yang akan tiru kita.. biasa la tu.. )


Melayan anak  anak pun best jugek.. dan, ini adalah antara gambar yang sempat di snap, dan di edit.. :)

budak nenchik nomel2.. geram.. suke sangat dia dapat main ..

Abang Muadz..

my beloved assistant.. along ^_^

along..
Menjadi kebiasaan, kalau berjalan tu mesti nak bawa sesape untuk join kami..
Kali ni, kami bawa mok dek dan THE .. :)
Berkongsi kegembiraan tu kan besstt... hehe..

mok dek ina sakina.. 

tengok.. ada assistant kan best.. ^_^


Untuk mencari jawapan tu, abah terpaksa lakukan sepantas yang mungkin.. Siap satu checkpoint, terus bergerak ke checkpoint seterusnya..

Kami agak berkejar dengan masa juga kerana abah nak solat Jumaat. Alhamdulillah, sempat juga berhenti di salah sebuah masjid di kawasan Gombak tu.. sementara menunggu abah siap solat, ummi siapkan soalan teka - teki.. hee.. sekarang tak susah sangat nak tahu jawapan teka teki ni.. browse je dalam internet.. :)
hee.. aci lah.. dulu kemain perah otak nak cari jawapan.. tp, sekarang semua di hujung jari.. taip je soalan, berderet - deret jawapan keluar.. bijak ar tu.. jalan pintas.. hihi..

Sesampai nya kami di GC, kertas jawapan tu dah kena kembalikan.. abah menyemak beberapa kali sebelum menghantarnya.. hee.. biasanya abah banyak kali luck dengan join contest je.. nak harapkan dapat Cabutan Bertuah tu, biasa nya kureng bertuah.. hihi.. :D

Kiranya kami adalah peserta yang ke lapan yang sampai dan menghantar contest MD tu.. emm.. kalau ada rezeki, dapat la hadiah.. tapi, harapan tu memang tinggi untuk dapat 1st prize.. hehe..

bersambung .... ^_^

Thursday, December 27, 2012

Along budak cute ^_^

December 27, 2012 0 Comments
Sengaja nak kembalikan kenangan lama.. :)

Ini adalah anak sulong kami, Nur Alia Syakirah.
Sewaktu kami mendapat cahaya mata yang pertama ni, kamera digital masih belum keluar (or maybe kami masih belum mampu memilikinya waktu tu..) ..^_^
so, kebanyakan gambar yang di ambil adalah menggunakan filem .. samada kodak ke, fujifilm ke.. itu sahaja kemudahan yang kami ada waktu tu.. jadi, gambar pun, al maklumlah.. ada yang elok, dan ada juga yang blur dan sbgai nya..

Sekarang, bila ummi dah ada sedikit kemahiran, jadi dapat lah nak godek2 gambar lama yang xberapa nak elok tu, di touch up dan di beri nafas baru..hehe.. so, lebih kurang nampak macam kamera dslr jugak la konon2 nye.. hehe..

Gambar yang pertama ni, contoh gambar yang menggunakan kodak. Selepas di scan dan di masukkan ke komputer serta selepas di edit, jadilah ianya begini. :)

Ni sewaktu raya pertama kami dengan cahayamata kami. Along  xsampai setahun lagi masa ni.
Mulut kecik.. :D

Selepas tahun 2004, kami dah mula menggunakan kamera digital.
Jadi, banyak gambar yang mula di simpan ke dalam komputer dan tidak di print keluar untuk di simpan ke dalam album seperti yang sebelum2 ni.. ( bila dah banyak sangat gambar, tak larat la nak print.. banyak tu.. huhu..)

Walaupun sedikit canggih, namun masih terhad penggunaannya kerana kapasiti memorinya yang kecil, menyebabkan jumlah gambar yang boleh di simpan pun terhad. Selain itu, fungsi zoom juga tidak sebaik dslr yang ada sekarang.

Tiga gambar di bawah adalah gambar yang kami ambil menggunakan kamera digital. Namun, inipun selepas melalui penambahan filter gaussian blur dan feather di dalam photoshop.

Kecik comel je along waktu ni.. ke mana saje, mesti orang geram nak cubit pipi dia.. ^_^

Ini along dah boleh berjalan. Setahun 3 bulan..
Gambar ni di tangkap sewaktu Hari Keluarga syarikat abah, PPSC.

Ini pun di hari yang sama. Along memakai tudung.. :D
Sebenarnya ummi mengajar along memakai tudung semenjak dia berusia 4 bulan lagi.. 


Hello.. abah.. belanja adik dan ummi makan deh.. :)

Gambar yang terakhir ni, adalah gambar yang kami snap menggunakan dslr, tanpa edit apa - apa.. :)

D5000 ni hadiah abah pada kami selepas kamera digital kami telah di curi.. ( panjang citernya.. dah memang bukan rezeki kami.... )


Jalan - jalan di Putrajaya :)

Sekarang, along dah pun nak masuk 10 tahun.. cepat je masa berlalu kan? Tanpa ummi sedar, budak yang kecik comel ni, dah besar tembam, dan nak sama tinggi ummi dah.. huhu.. ( tengok le dia sekarang )

Apapun, ummi sangat2 bersyukur mendapat anak yang baik seperti along..
Dapat menjadi penyokong kuat ummi.. :D
Ummi sayangg along.. muahh..

- ummi : 27 December 2012 -

Tuesday, December 4, 2012

Bermulanya SulamKaseh kami..

December 04, 2012 0 Comments

Ini adalah posting yang pertama untuk label GAMBAR PILIHAN.
In shaa Allah selepas ni, akan menyusul gambar2 yang lain, yang konon nya menjadi pilihan untuk di edit.. hehe

Tag untuk gambar ni..
"Terima kasih Ikhwanul Muslimin.. susah payah anda semua, menjadi kenangan terindah buat kami.."
p/s : Ikhwanul Muslimin merupakan salah satu group usrah adik2 yang di ketuai oleh Abang Sukiman sebagai Naqib .. ^_^

Pada hari bahagia kami, mereka semua ( dan juga sahabat2 seperjuangan abang ) berusaha datang dari penang jauh nun di sana, walaupun terpaksa melalui beberapa ujian di dalam perjalanan untuk sampai ke Salor, Pasir Mas, kampung halaman ummi :D

Alhamdulillah, ukhuwwah abang bersama adik2 kekal dan rapat sehingga hari ini..
Semoga berkatlah segala ilmu yang abang curahkan pada mereka.. Aameen..

Sunday, December 2, 2012

Cantik tak, banner baru untuk SulamKaseh? :P

December 02, 2012 0 Comments
Assalamualaikum buat semua.

Allah.. lamanya tak jenguk blog SulamKaseh ni.. sebenarnya rindu nak mencoret sesuatu, namun di sebabkan keterbatasan masa menyebabkan banyak story yang tak sempat nak update. huhu..

Bila dah banyak sangat benda yang nak citer, dah tak tahu mana nak mula dah.. ini lah jadinya bila dah banyak sangat yang tertunggak :P

Jadi, untuk segarkan semula yang hampir - hampir nak basi ni... saya mulakan dengan sesuatu yang baru. hehe.. Banner baru gitu.. :D







Mentang - mentang lah dah pandai main kufi sekarang, sampai banner pun taruk kufi deh.. tapi, design kufi ni, bukan saya yang buat sendiri.. ni hasil tangan sifuu dlm khat kufi ni.. Karya Kufi.. tocey2.. :D

Dah lama dia buatkan untuk SK, tapi sekarang baru saya mahir nak edit sikit2.. tahcap2 biar nampak comey skit.. then, taruk di banner kami.. dan, gambar kami sekeluarga juga telah di tukar.. ini gambar terbaru kami sempena konvo along.. HA?.. Konvo Along ??.. ehh.. silap2.. hehe.. konvo chik nana la.. along tumpang pakai jek.. hii..

Selain di blog, fb timeline cover juga telah bertukar wajah..


Semuanya lebih kurang sama, cuma saiz nya sahaja yang bertukar.. :D

Banyak citer lagi nak sembang, tapi stop dlu.. ada kerja yang perlu di siapkan. :D

p/s :
Seperti biasa, saya mengharapkan hari yang kita lalui ini akan semakin bertambah baik, selari juga dengan ibadat kita kepadaNya Yang Esa..
Bercakap ni, bukan nya pesanan untuk orang lain.. tapi, untuk diri sendiri juga..
InsyaAllah Allah memberkati kita semua.. Aameen..

Wassalam.

Sunday, August 12, 2012

Santai keluarga selepas terawikh

August 12, 2012 0 Comments
 
Selepas hampir 6 bulan Papardelle menutup perniagaannya ( dengan sebab sebab tertentu ) , kini mereka kembali beroperasi..

Alhamdulillah, dengan dekorasi kedai yang lebih segar, menarik dan baru.. :) europe modern pye style.. Cantik.

Moga dengan bermulanya perniagaan mereka di tempat baru ini akan bertambah maju dan berjaya.. InsyaAllah..

Dengan kembalinya ia beroperasi, dapat lah kami anak beranak lepak - lepak di sana, sambil minum2 dn makan2.. ^_~

Sempena bulan Ramadhan ni, mereka ada juga menyediakan buffet untuk pelanggan yang ingin berbuka..tapi, kami pergi haritu, selepas solat terawikh.. Saje, nak minum dan makan ringan ringan je, bersantai bersama keluarga.. ^_^

Tuesday, July 10, 2012

My Imam Maher ^_^

July 10, 2012 1 Comments
Kenal tak saya? hihi..
Ini lah wajah saya selepas di potong rambut.. ^_^
~ konon Maher cakap la ni.. :) ~
Bagi ummi, rasa macam berbeza sangat muka maher sebelum dan selepas di potong rambut.. :)
Awal tu, memang nak potong sikit je rambut dia.. mungkin ada miss communication dengan tukang gunting tu, jadi lah macam ni..

Takpelah.. mak tok kata, macam orang baru balik dari umrah.. :)
suatu statement yang cukup menenangkan ummi.. moga ianya suatu doa, agar kami dapat membawa anak2 ke Haramain suatu hari nanti.. InsyaAllah..
Dan, kalau ada rezeki, dapat ketemukan Imam Maher kami, dengan Syeikh Maher yang menjadi Imam Besar Masjidil Haram tu.. Aameen.. Moga di permudahkan.. InsyaAllah..

Tak pe.. rambut yang di potong, ia akan tumbuh kembali.. cuma, cepat dengan lambat je..
Apapun, mari kita tengok reaksi si kecik ni sewaktu melalui pengalaman pertamanya bo'jeng .. ceria lagi la awal2 tu.. :D

Excited dapat duduk di kerusi yang tinggi tu.. masih ceria dan bergurau dengan abang muadz..

Abah assist maher..
yang si kecik tu, masih xpaham apa yg org nak buat kat dia tu :P


Peminat tegar air vitagen.. :)


Ok.. episod bermula.. :)
Awal tu, cuba la pakaikan kain alas tu ke badan dia.. tapi, xsempat seminit pun.. terus menangis tak nak di tutup dengan kain tu..


Botak dah separuh.. :(
Akhirnya, terpaksa abah yang duduk di kerusi, dan tolong pegangkan dia.. hihi.. Maher.. Maher..

waaa....
Huhu.. ni part yang paling tragis.. siap meraung lagi dia, tak nak orang kacau kepala dia... cian nye sayang ummi.. ;(
Tapi, kejap je nangis pun.. bila dah siap tu, ok semula la dia..
Cuma, lepas tu dia macam tak cam diri dia sendiri.. malu2 nak tengok cermin, dan bila orang usik dia kepala botak, dia akan sembunyi la.. malu kut.. ^_^

Ringan kepala saya sekarang, dan no gegirl lagi.. hihi..
~ Maher ~
~ 08 Julai 2012 ~

Saturday, July 7, 2012

Ekslusif bersama Ustaz Azhar Idrus

July 07, 2012 0 Comments

Pada 26 Februari 2012 yang lepas, abah di jemput menjadi salah seorang ajk program "Ekslusif bersama Ustaz Azhar Idrus" ni.. bertempat di De Palma Hotel, Ampang.

Kami tak dapat nak join kerana ianya di buat pada hari ahad.. kami kat sini hari bekerja..dan anak2 sekolah.. jadi hanya abah dan kawan nya shj yang berkonvoi ke sana sebelum subuh ..



Buku Daie Sejuta Ummat turut di jual di luar dewan


Proses Pendaftaran



Peserta mula mendaftar seawal jam 10 pagi


Alhamdulillah.. Ustaz diberikan kelapangan untuk menghadirkan
diri ke program ini


Para peserta khusyuk mendengar ilmu yang di curahkan oleh UAI


Ustaz Azhar Idrus..







Ustaz turut membawa isterinya bersama


Soal jawab agama






Abah bergambar bersama model UAI ~ pok mang





Ramai sungguh peminat Ustaz ni.. ^_^
Sampai ke kereta pun ikut..