Follow Us @soratemplates

Wednesday, March 30, 2011

Nur Kasih kami.. :)

Membelek - belek gambar lama. Terjumpa gambar dua beradik ni.. :)
Sengaja nak masukkan sebagai posting, sekadar untuk kenangan mereka di masa - masa yang akan datang.. Bila diorang dah besar, bolehlah mereka lihat kembali kenangan mereka sewaktu menggayakan busana muslim/muslimah dengan tema Nur Kasih..


Sebenarnya event ni berlangsung semasa Family day Petlin yang di adakan di Gambang Resort, Kuantan pada tahun 2009. Masa tu, ummi dan abah agak kalut kerana kebetulan juga pada masa yang sama, nama kami tersenarai sebagai antara jemaah yang dapat pergi mengerjakan haji.

Pada malam acara ni, abah tak dapat hadir kerana terpaksa membuat beberapa persiapan untuk ke Kursus Haji yang akan berlangsung pada keesokan harinya.

Memandangkan persiapan untuk anak - anak memasuki pertandingan ini telahpun di sediakan semenjak awal, dan anak - anak juga sudah seronok sangat nak menggayakan pakaian masing - masing, maka pada malam tu terpaksalah ummi tinggal bersama dengan anak - anak untuk acara tu, dan melayan anak - anak seorang diri... :(

Idea untuk menggayakan pakaian dengan tema Nur Kasih timbul kerana memandangkan pada masa tu, citer Nur Kasih tengah hangat di tayangkan di TV3. Jadi, ummi mengambil kesempatan itu bagi membolehkan along naik bersama adik nya ke atas pentas, supaya tidak lah mereka gementar sorang - sorang di atas pentas nanti..

Sebenarnya sejak awal lagi, Ummi dan anak - anak juga telah berpakat untuk membuat surprise ini kepada abah, dan rahsiakan segala idea kami ini, sehinggalah abah melihatnya sendiri pada malam acara tu..
akan tetapi, surprise kami tidak menjadi kerana abah tidak dapat hadir pada malam tu.. sedey.. :(
dan, abah juga tidak dapat bersama kami menerima hadiah - hadiah yang berjaya kami sekeluarga perolehi bagi acara - acara yang kami sertai pada sebelah petangnya..

apapun, ummi sangat seronok melihat anak - anak yang gembira dengan apa yang mereka perolehi.. dan, along lah orang yang paling penat pada malam tu, kerana terpaksa berulang alik ke pentas bagi mewakili abah untuk mengambil hadiah.. :)
( kebetulan banyak pula acara yang kami sertai tu, menang dan layak utk mendapat hadiah.. so, malam tu ummi dan anak - anak kepenatan membawa hadiah - hadiah balik ke bilik..banyak gitu.. )

 Along mendapat tempat pertama dalam pertandingan ini.. Alhamdulillah.. suka sangat dia dapat hadiah..
Along yang memegang watak NUR dan Abang Muadz yang suam - suam kuku menjadi ADAM.. :)

 Abang Muadz yang tetap gembira walaupun tidak menang.

Acara yang sempat kami join di sebelah petang. 

Acara Family. Dapat tempat pertama. :)

Alhamdulillah dan syukur di atas segala kurniaNya..  hakikatnya, bukan hadiah yang kami kejarkan, tetapi kegembiraan yang dapat di kecapi oleh anak - anak bagi mengisi diari kehidupan mereka bersama kami.. semoga ianya akan tetap terpahat di ingatan mereka, dan doa yang tidak pernah pudar buat mereka, semoga Nur Kasih kami ini akan sentiasa mendapat limpah rahmat dariNya Yang Esa dan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.. Ameen..

No comments:

Post a Comment