Follow Us @soratemplates

Wednesday, March 30, 2011

Ummi jaga elok - elok ye ummi..

Masa nak keluar rumah pagi tadi, ummi ternampak ada something yang muadz sempat ambil dari bakul mainan nya. Ummi tak perasan sangat apa yang dia ambil, tapi ummi pasti yang ianya adalah mainan..

Belum sempat dia menyembunyikan mainan nya tu ke dalam beg sekolahnya, ummi terlebih dahulu menegurnya..

"Abang, tak yah lah bawa mainan gi sekolah.. nanti cikgu marah.. abang kan dah janji dengan abah, nak belajar elok - elok..tak mboh (tak nak) main - main dah kat sekolah.." pesan ummi.

"Bukan abang nak bawa gi sekolah la ummi.. abang nak bawa naik keta je..abang nak main dalam keta je ni.." jawabnya, dengan nada terkilan kerana hajatnya tak kesampaian.

Ummi tahu, jika tidak ditegur perbuatan nya tadi, pasti mainan tu dah sampai ke sekolah la harini..

Namun, ummi perasan.. nampak kekecewaan di mukanya.. mungkin sebab taktiknya sempat di kesan ummi.. dan, usahanya kali ini tidak berjaya..
Oleh kerana helah dia tak berapa menjadi kali ni.. dia mencari helah lain.. yelah, kononnya dia amat concern dengan mainan nya itu, siap pesan lagi kat ummi..

"ummi, kalu (kalau) abang tinggal power rangers ni dalam keta ummi, abang takut ada orang ambik pulok..nanti ummi kunci pintu keta ye bile ummi nak gi kerja?.."
"okey.. " jawab ummi ringkas, sebelum menaiki kereta..

Perjalanan ke sekolah Muadz hanya mengambil masa lebih kurang 3 - 5 minit, tetapi ummi tetap menekankan supaya dia sentiasa membaca doa  dan surah2 lazim yang dia dah hafal semasa di dalam kereta.. Alhamdulillah, setakat ini.. dia akan terus membacanya selepas menaiki kereta.. tapi, kekadang perlu di peringatkan juga.. :) biasanya gitu lah.. anak - anak..

Hari ni, sambil baca doa.. sambil dia main dengan power rangers nya.. mengotakan janjinya. Mainan itu hanya untuk di mainkan di dalam kereta sahaja, bukan untuk di bawa ke sekolah. :)

Selepas bersalam dengan ummi, dan sewaktu ingin turun dari kereta, ada satu lagi pesanannya kepada ummi, yang membuatkan ummi nak tergelak.. namun, tahann jee.. yelah, tak nak juga menggores perasaannya..

"Ummi jaga baik - baik power ranger muadz ni.. jangan bagi orang ambik.. ummi kunci ye keta ummi.. ingat tu.." pesan dia pada ummi, macam penting sesangat mainan dia tu..
"iye!.. " jawab ummi ringkas..
"ummi janji ye ummi.." pesannya lagi sambil memeluk ummi, sebelum turun dari kereta..
"Okey.. ummi janji.. :)"

Tersenyum sendiri ummi ingatkan gelagat dia sorang ni..
hehe.. macam - macam la muadz ni.. :)

No comments:

Post a Comment