Follow Us @soratemplates

Tuesday, June 21, 2011

Ahmad Maher Zafry.. kelahiranmu kami syukuri..

Mencuri waktu berpantang jap

Alhamdulillah, harini dah pun masuk hari yang ke 21 ummi berpantang dan sama jugak la sudah umur bb Maher.. Syukur ke hadratNya di atas kesihatan yang diberikan Nya..

Sengaja mengambil masa berpantang sekejap untuk update blog semasa kenangan itu masih segar lagi dalam ingatan.. yela, bila dah lama tinggal.. akan makin berkarat ingatan dan sudah lupa apa yang nak di kenang.. :)

Kali ni, ummi ingin bercerita tentang detik kelahiran baby Maher, yang pada ummi.. adalah proses kelahiran paling senang berbanding 2 orang anak yang terdahulu, iaitu Along dan abang Muadz.. Syukur, berkat doa  Abang, mek, mak, pak dan semua yang sudi mendoakan ummi.. Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa semua, dan ummi sentiasa mengharapkan semoga kalian juga akan sentiasa di berkati Nya.. Ameen..


Imbas kembali..
Segalanya bermula di sini...


Ummi masih ingat lagi, petang Ahad tu ummi sibuk dok ber message dengan sahabat baik ummi kat usm dulu iaitu Siti Sarah. Memang dah lama kami tak jumpa.. contact pun sesekali je, sebab masing - masing sibuk. Tetiba je petang tu dia message ummi. Rindu la tu.. hehe.. biasala, dah lama sangat tak jumpa, sesekali teringat jugak. Dia bagitau yang dia termimpi jumpa ummi..tu yang dia sms pada ummi, sambil bertanyakan keadaan ummi yang sedang sarat sekarang.. seronok sangat dok berbalas message dengan dia, sehinggalah tiba waktu maghrib.

Masa nak ke bilik air untuk mengambil air sembahyang tulah, ummi perasan seaakan ada tanda - tanda seperti ummi mengalami ketuban air. Sebenarnya ummi tak biasa dengan tanda seperti ni, kerana bersalin 2 kali sebelum ini, kedua - duanya mentuban darah.

Walaupun agak cemas dengan keadaan ummi yang pertama kali mengalami pengalaman sebegini, namun cuba untuk tidak terlalu panik dengan apa yang di hadapi... (tu pun sebab tak sakit.. :D) Jadi, lepas ambil air sembahyang tu, barulah ummi call abah dan bagitau apa yang ummi alami. Abah yang dalam perjalanan dari pejabat, meminta ummi untuk solat dan terus berkemas selepas solat. Dia akan membawa ummi ke Kuantan Medical Centre (KMC) pada malam tu jugak. Along dan Abang Muadz, akan kami tinggalkan di rumah Mak Tok.


Kandungan berusia 38 Minggu

Masuk minggu ini, kandungan ummi baru sahaja mencecah 38 minggu. Sedari kandungan sudahpun matang,  tu yang menyebabkan kami bergegas juga ke KMC walaupun ummi masih belum sakit dan alami apa - apa kontraksi.

Jadi, perjalanan kami ke Kuantan pada malam itu agak santai dan tidak terlalu terdesak walaupun ianya mengambil masa sejam untuk sampai sana. Kalau ikutkan abah, nak je dia pecut untuk sampai ke sana. Takut tak sempat, katanya.. :) hehe.. lucu juga, sebab dia siap berkira - kira, jalan mana yang patut kami ambil untuk lebih cepat sampai sana.. sedangkan dalam masa yang sama, ummi ni takde lah sakit mana pun .. kekadang rasa malu pada diri sendiri.. yelah, bayangkan kita tak sakit, tapi orang layan seaakan kita ni sakit sangat.. hee.. tu menunjukkan keprihatinan abah pada ummi.. ummi akan tetap hargai nya.. :)



Hari Pertama, bermalam di wad


Sampai ke Kmc, kami terus di bawa ke bilik untuk pemeriksaan yang lebih lanjut. Kat sini, sekali lagi kami berjumpa dengan orang yang sama sewaktu proses kelahiran Abang Muadz, 5 tahun yang lalu iaitu Sister Lecthumi.. banyak jasanya sepanjang bekerja di kmc.. :)
Dia yang membuat pemeriksaan melalui sensor elektronik kepada ummi samada ummi sudah ada tanda contraction atau pun tak.

Selepas 20 minit berlalu, nampak nya memang ummi masih tidak mengalami kontraksi. Namun, atas nasihat doktor, kami perlu juga bermalam di wad pada malam itu kerana memandangkan ummi sudah keluar tanda.

Menurut kata Dr Su, sekiranya tanda itu adalah darah ataupun lendir, maka dia berani melepaskan ummi pulang pada malam tu. Namun, di sebabkan ianya adalah tanda ketuban air, maka dia risau akan ada jangkitan kuman pada bayi sekiranya ianya di tangguhkan.

Oleh itu, sekiranya ummi tidak juga merasa sakit pada esok hari, maka besar kemungkinan ummi akan di induce. Pada malam itu, terpaksa lah kami bermalam di wad.. dan, malam pertama berada di kmc ini jugala ummi tak dapat nak lelap. Bukan kerana sakit, tetapi risau dok fikir, bila la rasa sakit tu akan tiba, dan sebenarnya... dah lupa bagaimana rasa sakit nak bersalin.. hehe..



Hari ke-2, masih tidak sakit

Ini lah masalah yang ummi hadapi, iaitu tidak merasa sakit langsung. Apabila Dr Su datang, dia menasihatkan ummi untuk mengambil ubat induce supaya akan ada contraction. Ummi pun, setuju dengan keputusan tu memandangkan agak jemu juga menunggu sesuatu yang tidak pasti.. :D


Ummi yang masih dapat bersantai di bilik 221.. :)
Walaupun agak sempit, tetapi lengkap dengan astro..
(tp xberminat pun nak tengok..)

Siap dapat merakamkan keadaan sewaktu awal pagi di hadapan kmc, yang masih lengang..


Parking lot pun masih kosong..
burung - burung mencari rezeki di pagi hari

Dari jauh nampak tersergam 2 menara Hotel Zenith..
dan langit yang membiru ..


Keadaan ummi yang masih sama, tidak sakit..
walaupun tengahari menjengah.

Hidangan untuk 'orang sakit' yang tidak sakit..

Hidangan malam pula datang, tapi ummi masih dalam keadaan yang sama..


Induce ke-2 pada malam kedua

Di sebabkan ummi masih tidak sakit selepas di berikan suntikan induce yang pertama, maka pada malam kedua tu, ummi di berikan sekali lagi induce. Telefon ummi, mahupun abah sibuk dok berdering datang dari keluarga yang bertanya kan keadaan ummi yang masih tidak bersalin.

Sebelum ini, risau takut sakit.. tapi, kali ini.. sampai ummi terlintas di hati, Ya Allah, berilah aku rasa sakit supaya dapat mempercepatkan proses kelahiran.. sampai gitu sekali, kerana rasa jemu dah menunggu.

Untuk suntikan kedua ni, ummi sudah ada sedikit kontraksi. Tetapi, mengikut bacaan sensor elektronik, tahap yang paling tinggi pun, bacaan nya hanyalah mencecah 41. Malam ini, ummi tidak dapat lena juga kerana masih berdebar - debar bagaimana rasa sakit yang amat, kerana sakit kali ini masih boleh dikatakan hanyalah sakit main - main.. InsyaAllah masih boleh bertahan..


Hari ke-3, detik kelahiran bb Maher

Hari ini, adalah hari yang di tunggu - tunggu.. :)
Tepat jam 10.30 pagi, Dr Su datang ke bilik, dan bertanya kan keadaan ummi.. selepas melihat kepada carta bacaan sensor elektronik tu, dia menyatakan yang ummi sudah ada tanda kontraksi, namun tak tinggi. Jadi, dia menyuruh ummi terus ke bilik bersalin dan drip hormon akan di berikan kepada ummi supaya kontraksi akan menjadi lebih cepat dan efektif.

Semasa dalam bilik bersalin tu, abah baru teringat yang kami masih takde air zam - zam dan buah kurma untuk di berikan kepada bayi kami yang akan lahir nanti. Memandangkan keadaan ummi yang masih stabil, abah meminta kebenaran ummi untuk keluar mencari nya di kedai berhampiran.

Pada masa tu, ummi masih dapat bertahan.. jadi ummi benarkan lah abah keluar untuk sementara waktu, namun tetap harapkan abah akan segera kembali...  ( risau juga kalau takde supporter ni.. )
di bilik bersalin ni pun ada juga astro, tetapi ummi memilih untuk bertemankan alunan bacaan Al - Quran daripada Syed Al Ghamidi yang di pasang dari handphone ummi. Dari mula -mula masuk wad, ummi memasangnya tanpa henti.. mengharapkan ianya akan lebih menenangkan situasi ummi ketika itu..

Lebih kurang jam 12.45 tengahari, Dr Su datang sekali lagi dan meminta izin untuk memecahkan mentuban bagi mempercepatkan proses kelahiran. Mujurlah abah sudah kembali semasa Dr Su membuat keputusan tu.

Sepanjang 3 jam selepas itu, sempat juga abah membaca Surah - surah penting sebagai doa pemudah cara untuk ummi bersalin sambil menggosok belakang ummi yang sakit.. ( kali ini, memang betul - betul sakit.. takde main - main dah.. ) hehe.. dan, sakit inilah yang ummi anggapkan sebagai penghapus dosa - dosa ummi selama ini.. moga di perkenankan.. Ameen..
( namun, risau juga.. adakah Allah memendekkan masa sakit, maka kafarah dosa kita juga akan semakin sikit? ) Moga - moga tidak.. InsyaAllah..

Moga moga juga, keadaan ummi yang tidak perlu menunggu masa yang lama untuk proses kelahiran adalah kerana berkat doa semua.. InsyaAllah..

Dan, tepat jam 2.52, maka kedengaran lah suara budak ini di muka bumi Allah ini.. dan, lafaz syukur yang tidak terhingga sejurus mendengar tangisan itu.. Syukur Ya Allah.. Alhamdulillah.. semuanya selamat..
Abah mengucapkan ucapan syahadah ke telinganya sebaik sahaja di letakkan ke atas dada ummi, dan selepas itu di bawa oleh nurse untuk di bersihkan.

Keadaan bb semasa di bersihkan oleh nurse.. mengangis kuat time ni.. :)
di bersihkan oleh nurse
Selepas di azankan oleh abah, dan di bawa ke bilik ummi.. :)

Muka bengkak lagi time ni


Tahniah !

Tarikh lahir : 31 Mei 2011
Masa : 2.52 ptg
Panjang : 52 cm
Berat : 3.52 kg
Ukur lilit kepala : 35 cm
* angka yang sinonim.. 52 :)

Abang Muadz yang excited untuk berjumpa dengan adiknya.. :)

Tengoklah abang Muadz.. dia yang sibuk nak tidur atas katil dengan ummi :)

Adik atas katil sendiri, abang muadz yang stay dengan ummi..


Along.. suke sangat dia dapat adik baru.. :)

Bergambar bersama mok dek..

Syukur.. Thank you Allah..

Itulah sedikit sebanyak rakaman kenangan ummi bersalin anak yang ketiga ini.. :) syukur yang tidak terhingga kerana beberapa perkara Allah tolong di saat akhir ummi dalam proses bersalin..
Antaranya :

> Nurse datang tepat pada waktunya ke bilik ummi kerana mereka juga tidak menyangka ummi akan bersalin awal ( pada waktu itu, mereka sibuk juga menyiapkan sorang lagi pesakit)

> Nurse telah menekan butang kecemasan untuk perhatian Dr Su, tetapi Dr telah pun keluar dari biliknya untuk ke OT

> Dr Su nyaris - nyaris masuk ke OT kerana ada satu operation yang perlu di lakukannya kerana pada jangkaan nya, ummi akan bersalin paling cepat pun, jam 5 petang.. Syukur sangat.. itu pun, dia hanya melalui kawasan itu untuk ke OT, dan mendengar Nurse memanggil namanya, lalu dia bergegas ke bilik ummi...

Bila kenangkan, inilah yang di katakan Allah permudahkan segala urusan buat ummi.. Syukur Syukur sangat.. mujurla.. Allah Maha Mendengar.. Thank you Allah..


Thank you to All..
Selain ucap Syukur kepadaNya Yang Esa, ingin sekali ummi rakamkan kenangan terima kasih ummi kepada semua yang telah mendoakan ummi sepanjang proses kelahiran bb Maher kali ini..

Pertama sekali, buat Suami tercinta fillah, iaitu Sukiman Jinazan yang sememangnya telah banyak berkorban untuk isterinya ini. Terima kasih yg tidak terhingga kerana abang telah banyak berkorban untuk imah.. menjadi pendokong dan tulang belakang utama semenjak dari proses kelahiran sehinggalah ke tahap sekarang dan akan datang..doa ummi, semoga abang akan di limpahkan rahmat dan di balasi dengan pahala yang berganda dariNya Yang Esa..Ameen. Terima kasih Abang.


Yang keduanya, kepada ibu ummi sendiri, yang melalukan solat hajat beberapa kali selepas mengetahui ummi di masukkan ke wad, begitu juga dengan ibu dan bapa mertua ummi yang juga tidak lekang mendoakan dan bersolat hajat untuk menantu nya ini.. segala jasa kalian juga, hanya Allah yang dapat membalasnya.. InsyaAllah..

Tidak lupa juga kepada keluarga dan teman - teman yang turut mendoakan ummi. Allah itu Maha Mengetahui.. InsyaAllah doa kalian, akan memberkati kalian juga suatu hari nanti.. InsyaAllah.. :)


Tips untuk melegakan kesakitan

Di sini, ingin ummi kongsi kan beberapa tips yang ummi lakukan sepanjang proses kelahiran agar mengurangkan kesakitan. Ummi tahu, masih ramai yang lebih tahu dan arif berbanding ummi, tetapi.. tidak salah untuk berkongsi kan? :)

1. Perlu taqarrub dengan Allah.. kita sendiri juga perlu lakukan solat hajat dan bermohon kepadaNya agar di permudahkan segala urusan buat kita. Allah sahaja yang dapat membantu kita... perlu yakin dengan Allah.

2. Mohon maaf dengan semua, terutamanya suami dan ibubapa serta mertua. InsyaAllah Allah akan permudahkan juga untuk kita sekiranya kita bermaafan.

3. Baca surah - surah penting untuk permudahkan kelahiran. Antaranya Surah Mariam dan baca juga doa - doa yang pendek sekiranya kita sudah tidak dapat membaca Quran

4. Set kan di minda dan fikiran kita, yang kita akan dapat melihat anak yang kita kandungkan selama ini. dan, ianya adalah suatu perasaan yang sangat mengembirakan kita. Jangan fikirkan tentang sakit. InsyaAllah ianya dapat kurangkan stress semasa sakit.

5. Jangan SESEKALI menjerit atau mengeluh kesakitan semasa kontraksi, sebaliknya bacalah selawat atau istighfar, dan ingatkan yang itulah antara penghapus dosa kita.. InsyaAllah Allah membantu kita.

Itu sahaja kot yang dapat ummi kongsi. Mungkin ada, tetapi di keterbatasan masa ni, InsyaAllah ini adalah yang terbaik. InsyaAllah..


Akhir kata, semoga segala kenangan ini akan sentiasa terpahat di ingatan.. InsyaAllah.. dan moga bb Maher akan membesar menjadi seorang insan yang berjaya dalam hidup, beriman, soleh dan menjadi pejuang Agama Allah .. InsyaAllah..

4 comments:

  1. tersengih nadiah baca part ust sukiman yg nak pecut tu :D. teringat pulak suami nadiah yg panik masa nadiah dah nak bersalin sgt2 ari tu..hihi. semua suami mcm tu kot kak..kan? mak nadiah pun cerita dulu masa mak nak bersalin, ayah yg panik. mak relax je. kelakar pulak..hihi..

    ReplyDelete
  2. aa betul tu nadiah.. :) sebenarnya diorang prihatin, risau takut tak sempat bersalin kat hospital.. abang akak risau sangat tu sebab ada beberapa kes wife staff petronas yang bersalin sebelum sampai ke hospital panel. Jarak hospital yang agak jauh kot antara penyebabnya.. kami ni, ok jugak coz dari kemaman, lebih kurang sejam je.. kalau mereka yang dok rantau petronas kat kerteh tu, ambil masa lebih kurang 2 jam nak sampai.. kesian jugak kat diorang.

    ReplyDelete
  3. salam,
    saya nak tanya, berapa kos puan bersalin di KMC utk 3hari duduk di wad? wad single ke double?
    terima kasih..

    ReplyDelete
  4. yanAzhad : masa awal masuk tu, di sebabkan takde bilik kosong, kena kongsi.. dan, bila ada kosong, baru dapat masuk bilik single. Tapi, di kmc bilik single pun xde la besar sangat.. better ksh.. :D
    Tapi, memandangkan nak cari doctor yg perempuan dan islamic, xkisah sangat pasal bilik.. :)
    seingat saya, dalam 2k lebih sepanjang 3 hari duk situ.. sebab bersalin normal.. :)
    kalau operate, rasanya lebih kurang 5k/lebih..

    ReplyDelete