Follow Us @soratemplates

Thursday, June 23, 2011

Welcome home, bb Maher.. :)

Catatan bertarikh 1hb Jun 2011

Selepas 3 malam terpaksa bermalam di KMC, maka harini kami sudah dapat balik umah.. yey!.. kali ni, kami akan balik bersama si kecil ni.. :)
 


situasi nya sudah berbeza bb..
sebelum ni, bb berada di 'dalam'.. tapi, sekarang sudah berada di 'luar' tau.. :)

 
Setelah di periksa oleh Dr Yeoh (pakar kanak - kanak), kami di maklumkan bb sihat dan sudah boleh di bawa pulang dan di minta untuk kembali sebulan selepas ini untuk pemeriksaan selanjutnya.

Menunggu urusan bil bagi kesemua kos perubatan, mengambil masa yang agak lama. Sekira - kiranya, waktu tengahari juga untuk selesaikan semua proses. Sempat juga ummi di hidangkan dengan makanan untuk orang bersalin ni..

emm.. perut tengah lapar, sedap jugak la makanan ni.. berselera je makan.. nyum2.
 .

nampak cam best je..
ikan tenggiri panggang, nasi putih, sayur, lada hitam, epal dan air
inilah menu yang akan ummi hadap untuk 60hari seterusnya..
makan lah sementara berselera kan.. hihi..


Setelah siap semua urusan bil - bil, abah kembali ke wad untuk solat sebelum kami bertolak pulang. Kali ni, kos perubatan agak tinggi berbanding abang Muadz dulu. Mencecah 4k jugak la.. Berbeza dengan yang sebelumnya. Ini kerana ubat induce yang terpaksa ummi ambil sebanyak 2 kali, dan juga procedure lain yang perlu di lakukan oleh Dr, serta bayaran untuk bilik yang kami inap sepanjang berada di sana. Semua itu melibatkan kos. Nasib baik semuanya di tanggung oleh syarikat abah, kalau tak banyak jugak yang perlu kami belanjakan..Syukur. Terima kasih di atas kemudahan yang diberikan. :) terima kasih daun keladi.. hee :D

Sebelum pulang, sempat kami tangkap gambar bersama seorang yang banyak berjasa kepada kami.. :)
Setelah di edit, maka terhasil lah gambar ini.. :D



Dr Suriati, jasamu sentiasa kami kenang..
Semoga hidup Dr Su akan sentiasa di berkati dan di rahmatiNya. Ameen


Ok bb.. sekarang masa untuk kita pulang..
Abang Muadz dan Along sudah tak sabar menunggu bb balik.
Welcome home, bb Maher!!.. :)

2 comments:

  1. hospital tu sediakan makanan pantang ek kak mah? masa nadiah bersalin kat malaysia dulu..bukan makanan pantang pun yang dihidang. salah 1 lauknya yg nadiah ingat..ikan goreng berlada. sedap je la nadiah makan..hihi. tapi pastu mak bg warning dah.."kat hospital je boleh makan makanan mcm ni. balik rumah takde dah ye..makan nasi dgn ikan kering je". huhu. lemah betul bab pantang2 ni

    ReplyDelete
  2. nadiah, kalau kena kat akak pun, mesti makan je.. sebab tak reti jugak bab2 makanan dalam pantang ni.. walaupun dah anak 3, tapi still merujuk pada orang tua.. :D

    ReplyDelete