Follow Us @soratemplates

Monday, September 16, 2013

Kenduri atas pokok buah..

Sebenarnya saya ni 'hantu' buah.. pantang tengok buah mesti teringin nak makan..
Sebut buah apa pun, mesti saya suka.. anak jati kampung la katakan..hee

Buahan yang paling saya suka adalah buah tempatan dan yang bermusim..
Suka buahan ni kerana rumah kat kampung di kelantan nun memang di kelilingi dengan pokok buah..

Memang seronok kalau teringat zaman budak2 dulu.. makan sambil panjat pokok tu menjadi kelaziman buat saya dan adik2 terutamanya pokok rambutan..

Struktur pokok yang rendang dan rendah membolehkan kami dapat 'berkelah' di atas pokok sambil memetik dan memakan buah rambutan yang sangat sedap tu...emmm.. kecur air liur kalau teringat ni...hehe..

( sebenarnya kebun itu lah peninggalan arwah ayah dulu..yang mana arwah tak sempat pun nak menjamah hasil tanaman nya kerana terlebih dahulu di jemput ilahi..)

Jadi bila teringat pada kebun buah, mesti teringat arwah ayah.. :(

Bila sesekali balik kampung tu, , teringin juga nak biar anak2 merasai pengalaman sebagaimana kami dulu2..tapi selalu terbantut kerana sekarang kebun banyak yang terbiar.. tiada siapa yang nak mengusahakan nya..
Kebun juga dipenuhi dengan semak, banyak lalang yang tumbuh.. kekadang tu ada juga mek mengupah jiran sebelah untuk membersih kan nya, bila tibanya musim buah.. luar dari musim, ianya akan terbiar begitu sahaja kerana mek pun sudah tidak larat nak menjaganya kerana uzur..
Menurut mek, sudah banyak pokok yang sudah tidak menjadi..dan tidak berbuah.. menurut mek juga, pokok tu pun dah tua...dah tak nak berbuah dah.. dah nak mati....sama lah dengan mek...
huhuu..sedih.. :(
Ungkapan 'mati' tu selalu bermain di bibir mek... tanpa menafikan yang mek sudah terlalu uzur, namun saya sangat respect dan kagum dengan semangat mek..
Walaupun tidak larat, mek masih tidak meninggalkan solat sunatnya, qiam nya..dan quran nya...
SubhanaAllah. .moga Allah merahmati ibuku..dan moga mek akan di limpah kan rahmat serta di panjang kan umur dalam ibadat kepadaMu Ya Allah. . Aameen..

Ajal tidak mengenal erti muda atau tua.. doa mek masih kami adik beradik perlukan...huhuhu. sedih. Sebak.

......

Berbalik kepada cerita buah tadi..

Kami pun jarang balik...sesekali balik pun tak kena dengan musim buah..
Sebenarnya dalam kebun tu ada banyak lagi pokok buahan lain, tapi yang menjadi 'memori terindah' adalah pokok rambutan kerana kami dapat 'membesar' bersamanya.. yang mana, di dahan yang rendang itu lah kami boleh duduk sambil

No comments:

Post a Comment