Follow Us @soratemplates

Monday, September 16, 2013

Berkenalan dengan Syarbat Gula 'Afgan Girl'

Kisah 'Afghan Girl' yang diceritakan oleh cikgu syamsul sebelum menutup tirai kelas Fotografi semalam amat menarik perhatian saya..
( Nampak sangatkan saya ni jenis yang tak suka membaca. Hihi...kisah yang cukup glamer macam ni pun xtau...aduii..

Tapi, nampaknya pelajar lain yang sekelas saya tu pun macam dua kali lima jek.. masing masing cam blur je waktu cikgu citer...

Jadi.... jangan salah kan saya je yang buta info... hihi.. ~ ni alasan membela diri ~ .. sila jangan amalkan ye...hee..)

Ok. Berbalik kepada kisah tadi..
Dalam fikiran ni asyik berlegar..yang mana kah tuan empunye gambar yang mencetus populariti di seluruh dunia itu..
Seaakan dapat bayangan..tetapi adakah benar dia?.. ceh konon.. :P

Terasa nak sangat kenal wanita misteri ini.. Bagaimana kah raut wajah nya ( yang mana dari penceritaan cikgu ),
dapat menggambarkan keseluruhan kehidupan nya..
Dan yang paling menarik perhatian apabila orang melihat gambar itu adalah 'matanya'...
Dari sepasang mata itu, dapat menceritakan tentang keperitan, kepayahan dan konflik yang dihadapi nya.. emm...semakin menarik kisah ni..

Sewaktu cikgu duk bercerita tu, , sebenarnya hati ni melonjak nak search tentang kisah gadis misteri ni, tapi terbantut la plak..henpon kehabisan bateri.. huhu..

Jadinya kami semua, termasuk lah saya...sekadar menjadi pendengar setia je.. hihi..lagipun masa tu dah menunjukkan jam hampir 5.30ptg..masing masing dah gelisah nak balik..

Cikgu ada cakap, siapa yang berminat nak tau lebih lanjut, boleh je gugel cari gambar afghan girl ni.. pasti akan keluar banyak pautan yang akan menceritakan kisah ni.

Sebenarnya apa yang membuatkan cikgu Syamsul berminat nak berkongsi mengenai kisah ni apabila dia terpandangkan aisyah ( niqabis selain saya dalam kelas tu ).

Berkebetulan juga, aisyah pun mempunyai sepasang mata yang cantik dan menarik, itu lah ayat yang keluar dari mulut cikgu..

"Apabila saya lihat awak, teringat saya pada Syarbat Gula". Tersenyum sambil mengambil pen marker dan menuliskan nama Syarbat Gula ni di papan putih di hadapan kami..

"Siapa Syarbat Gula ni sebenarnya?"bertanya lagi cikgu kepada kami..

Namun masing2 tak berani nak meneka.. Dan ada juga yang macam saya, memang tak tahu...huhu..

Cikgu mula bercerita...yang mana potret Syarbat Gula ini lah yang telah menaikkan nama Steve McCurry ke persada antarabangsa..

( asalnya saya ingatkan McCurry ni adalah photographer sepenuh masa..rupanya beliau adalah seorang wartawan terkenal yang telah menyelami kehidupan bersama dengan pelarian Afghanistan yang telah melarikan diri ke Pakistan ~ maklumat ni saya dapat selepas menggunakan khidmat macik gugel.. .hehe.. )

Dan sedikit maklumat tambahan yang saya kutip dari wikipedia tentang Gula ni..

"Sharbat Gula (Pashto: شربت ګله‎) (pronounced [ˈʃaɾbat]) (born ca. 1972) is an Afghan woman who was the subject of a famous photograph by journalist Steve McCurry. Gula was living as a refugee in Pakistan during the time of the Soviet occupation of Afghanistan when she was photographed. The image brought her recognition when it was featured on the cover of the June 1985 issue of National Geographic Magazine at a time when she was approximately 12 years old. Gula was known throughout the world simply as "the Afghan Girl" until she was formally identified in early 2002. The photograph has been likened to Leonardo da Vinci's painting of the Mona Lisa[1][2] and is sometimes popularly referred to as "the Afghan Mona Lisa".[3]"

~ terjemahan yang saya edit sedikit..
Sharbat Gula (Pashto: شربت ګله) (disebut [ʃaɾbat]) (lahir sekitar tahun 1972.) Adalah seorang wanita Afghanistan yang menjadi subjek gambar oleh wartawan terkenal Steve McCurry.
Gula telah hidup sebagai pelarian di Pakistan semasa pendudukan Soviet di Afghanistan sewaktu gambar ni di ambil.
Imej yang dibawa pengiktirafan itu apabila ia telah dipaparkan di penutup Jun 1985 isu National Geographic Magazine yang mana pada ketika dia berumur kira-kira 12 tahun.
Gula telah terkenal di seluruh dunia sebagai "Afghan Girl" sehinggalah dia telah dikenal pasti secara rasmi pada awal tahun 2002.
Gambar yang telah disamakan dengan lukisan Leonardo da Vinci Mona Lisa [1] [2] ini juga terkenal dengan jolokan "Afghan Mona Lisa". [3] ~

Menyambung cerita dari cikgu tadi..

Sememangnya nasib McCurry amat bertuah !!. Hanya berbekalkan sekeping gambar, yang meragut perasaan sesiapa yang melihatnya..

McCurry sendiri tidak menyangka..dengan sekeping gambar yang di namakan dengan 'Afghan Girl' itu telah melonjakkan dirinya bukan sahaja dalam bidang kewartawanan, malah photography.. sekaligus memberi pulangan yang amat lumayan kepadanya..

Sesiapa yang memandang kepada potret Gula itu pasti akan terpegun. Bukan kerana kecantikan, tetapi kerana 'rahsia' kehidupan yang terselindung di sebalik sepasang matanya yang sangat unik itu..

McCurry menjadi terkenal dan di jemput ke merata dunia berbekal kan pengalaman nya sebagai wartawan di negara itu..

Kisah konflik dari sepasang mata itu berjaya menjadi bualan dunia..sedangkan 'tuannya' tidak tahu menahu tentang ini..heee..

Cikgu menyambung, selama berbelas tahun juga usaha untuk mencari kembali pemilik sepasang mata unik ni.. 
timbul dari keinginan McCurry menyatakan terima kasih nya dia kepada pemilik asal raut wajah yang dikenali di seluruh dunia itu..

Alahai, bayang kan lah kesukaran nya itu.. yelah, bukannya McCurry tu tau nama gadis tu, kerana dia main snap je..dan tambah pulak..dah berbelas tahun tuu..

Cikgu menambah.
Proses pencarian semula pemilik sepasang mata unik itu telah mendapat liputan meluas. Dan, ianya telah menjadi projek komisel kepada semua pihak..
Hehe.. bila teringat, seaakan cerita Cinderella la pulak.. misteri mencari pemilik tuan kasut, manakala yang ini pemilik sepasang mata.. :)

Semua pihak yang terlibat telah ke penempatan Gula ni semula untuk mencari 'Cinderella' itu...

Bukan kerja mudah. Sehinggakan terpaksa di buat scan mata seorang demi seorang untuk mendapat sepasang mata yang sepadan dengan gambar asal.

Di pendekkan cerita, akhirnya mereka yang telah berusaha ini telah berjaya menemui Gula ni. Akan tetapi dia dah berumur dan dah pun berkahwin dan mempunyai anak dah..hehe
( proses nak memujuk dia untuk membuka niqab nya untuk tujuan pengesahan juga ambil masa..
Yelah.. selepas pertama kali di ambil gambar 17tahun yang lalu, ini lah kali kedua dia berdepan dengan kamera..
Jika pun bukan kerana kamera, tetapi atas dasar prinsip.. bila dah berniqab, pastu sekadar nak membuka nya hanya untuk saje2 tu susah jugak..sedangkan waktu makan pun kita tutup...
Tapi, selepas di pujuk..Gula setuju juga akhirnya untuk membuka niqabnya.. dan, terhasil nya gambar kedua ini..)
Alhamdulillah pencarian yang berjaya! :)

Bagi membalas jasa Syarbat ni, McCurry menawarkan apa sahaja yang di minta oleh Gula akan ditunaikan..

Maka dengan itu, Gula telah meminta untuk di hantarkan untuk menunaikan haji ke Tanah Haram..
Nampak seperti tak padan dengan keuntungan yang McCurry tu dapat, maka bukan sekadar Gula sahaja yang dapat menunaikan Haji...malah seluruh kampung tu !!.. hehe

Alhamdulillah. Permintaan yang diberkati.. Syukur. .

Betul lah...setiap apa yang berlaku di dunia ni.. pasti ada hikmah di sebalik nya..
Allah Maha Berkuasa...
Dia Mampu untuk menaikkan atau menjatuhkan sesiapa yang Dia ingini, dengan sekelip mata sahaja..

Moga Allah merahmati dan memberkati seluruh umat Islam di seluruh dunia..
In syaa Allah. . Aameen.

No comments:

Post a Comment