Follow Us @soratemplates

Wednesday, October 2, 2019

Al Quran Sahabatku

October 02, 2019 0 Comments
Teringat kata2 ustazah Asma Harun yang memberi pesanan agar kita ni, perlu lah mempunyai Al Quran sendiri yang boleh di anggap sebagai sahabat baik kita.
Jika belum ada, kena cuba cari dan dampingi lah ia. Sentiasa lah baca dan faham kan lah maksud yang terkandung di dalam nya.
Memahami ayat quran mampu melembutkan hati kita yang terlalu banyak kotoran ni (sayalah tu)😔
Ianya bukan sahaja akan menjadi terapi untuk kita untuk mendapat ketenangan, malah ia juga akan mampu memberikan syafaat (pertolongan) kepada kita di akhirat kelak.


------------- ok ini kisah saya -----------------------
Saya ni terinspirasi dengan mak saya ( mek ) dan anak saya Nur Alia Syakirah sebenarnya.
Mek saya, memang dia ada AlQuran kesayangan nya yang tersendiri. Sangat tebal kerana berserta terjemahan. Dan yang special nya, terjemahan tu dalam tulisan jawi. Mek memang expert membaca tulisan jawi. Dan, pernah juga saya hadiah kan Al Quran lain ( yang berserta Audio tu ).. tetapi mek tetap sayangkan AlQuran nya yang satu tu.
Alhamdulillah, sebenarnya AlQuran tu juga merupakan hadiah saya buat mek, sewaktu saya belajar di USM dulu. Saya pun dah lupa kat kedai mane yang saya beli tu. Tetapi, rasa sebak dan terharu kerana ianya cukup berbakti pada mek.
Mampu menjadi sahabat baik mek, walaupun anak sendiri tidak dapat berada berdekatan dengan mek. ( Nanti saya balik kampung, saya snap gambar Al Quran tu..) InsyaAllah..
Allah ala kulli hal.
Moga ianya menjadi syafaat buat mek di akhirat kelak. Aameen.
Ok. Terinspirasi dengan anak sulong saya pulak, kerana dia mempunyai musyhaf AlQuran tulisan tangan nya yang sendiri. Kebanyakan pelajar tahfiz Ulul Albab memang di train untuk menulis sendiri setiap huruf di dalam Quran mereka sendiri untuk memudahkan mereka mengingati ayat2 Quran hafazan mereka.
Alhamdulillah, sikit sahaja lagi akan complete la Quran nya itu. Moga di permudahkan olehNya.
Dan, semoga ianya juga akan menjadi syafaat buat dirinya di akhirat kelak.
Aameen..
Ok. Ini masuk cerita saya. hehe..
Saya ni, entah berapa banyak step yang saya guna ni pun tak pasti. Tapi, yang saya tahu.. saya ingin jadikan ianya sebagai sahabat saya juga.
Sehingga lah saya 'bertemu' dengan tablet ini, MasyaAllah.. ianya sangat memudahkan saya.
Alkisah nya, sebelum ini saya hanya usung ke sana sini Quran terjemahan yang kecik ni je. Tapi, bila dah hala ke tua ni, mata dah semakin senak tak boleh nak baca tulisan yang kecik2..
Jadi sempena Anniversary kami aritu, ada suami hadiah kan Terjemahan perkata pada saya.. .. tapi, saya sayang nak conteng dan pernah juga letak sticky note kat tepi2 tu.. tapi, macam kurang praktikal sebab ia akan menghalang tulisan dan ayat2 Quran yang ada di mukasurat tersebut.
Ini yang saya guna sebelum ini. Banyak berbakti pada saya juga. Tetapi, bila dah hala ke tua ni, mata dah tak boleh baca tulisan haluih2.. huhu..

Nikmat di tarik sikit demi sedikit..

Jadi, saya pun cuba la macam step pertama tu, print border dalam a4 paper, dan tulis ayat Quran tu satu persatu.
Alahai, comot dengan tulisan nya ada yang salah2.. dan ada juga yang saya tulis separuh tapi tak puas hati dengan tulisan saya la.. alahai.. macam2 la..
Aim saya.. nak ada tempat untuk saya conteng maksud setiap ayat tu. Untuk saya mudah ingat bila jumpa lain ms. Dalam masa sama, saya boleh belajar bahasa Al Quran juga serta faham dengan lebih mendalam maksud ayat tersebut.

ha. ini korang tengok laa.. bukan mudah ye nak tulis ayat Quran ni.. salah baris satu pun dah lari maksud.. dengan comotnya lagi.. patut la anak saya alia tu guna kemain banyak correction tape.. huhu.. kita sedap hati je nk suruh dia hafal laju2.. huhu..
Korang tengok lah, saya dah cuba print ayat quran juga, dan tampal.. juga tak menjadi. jadi saya cuba pulak beli buku yang cute comel tu tulis tangan.. juga tak menjadi.
Buruk je rasa tulisan tu..
Last2, saya rasa saya ni dah buang masa yang banyak hanya dengan kerana nak cantik dan menarik je ni. Jadi saya tinggalkan dah semua ni.. Baca jela dari Quran terjemahan yang asal tu.
Baru2 ini, saya ada terbeli Tablet samsung ni. Tujuan asal untuk lukis doodle.. Tetapi selepas projek tu siap, saya seakan mengabaikan dah penggunaan nya.
Lepas tu, baru saya terfikir untuk gunakan ia untuk tujuan ini.
MasyaAllah.. saya sangat gembira kerana apa yang saya hajati, dah tercapai.
Caranya, mudah je.
Saya crop page Quran yang sedang saya baca, masukkan dalam Notes dan saya dah boleh tulis maksud perkataan words by word..
Alllahuakbar.. kenapa saya tak terfikir sebelum ni..
Bersyukur dan sangat teruja.
Alhamdulillah.. moga ia mampu menjadi syafaat buat saya juga di akhirat kelak..
Aameen3,.. ya Rabbal Alamin...
- umi - 031019 -
ini saya print, konon nak tampal dalam buku kecik2 tu.. tapi, tak menjadi juga.

Ini lagi la.. nak tulis guna pen khat, xmuat .. tulis tulisan biasa, aihh.. rasa ketar jugak jari nak siapkan. tu belumm letak baris lagi..huhu

Ini nak buat Musyhaf ke, buku design.
i'm confused. haha

Sempat la pegi print dekat kedai. satu bundle lagi kosong ni.

Baru page ke berapa je ni.. sebab Quran ni diberi hadiah oleh Suami ai.. sempena Anniversary aritu. Thanks abah.. moga ia juga mampu menjadi syafaat di akhirat kelak. Aameen..

Yes. ini yang saya guna sekarang..
Alhamdulillah.. syukur kpdNya..



ecece.. ini yg 1st buat..
tengah rajin, siap ada bunga2 lagi.. huhu


yang ni konon buat latihan nak guna tulisan gaya mane.. biasalah.. bukan mahir sgt pun dalam khat.. dah berkarat damat dah aih... berpuluh tahun dulu kut belajar.. hihi


ini jenis tampal sticky note. abis halang ayat quran page tu.

Tuesday, June 25, 2019

Al Quran Mu'jam dan Kitab Riyadus Solihin

June 25, 2019 0 Comments
Alhamdulillah setiap kali raya, kita yang dah tua ni pun selalu dapat duit raya dari en suami tau.. 😉😅

Selain simpan ke dalam akaun, saya lebih suka abadikan duit tu dalam bentuk sesuatu yang boleh di nilai.. Berbentuk hadiah.

Alhamdulillah kali ni saya saje nak share keterujaan dapat 2 'Tali Allah' ini sebagai hadiah untuk diri sendiri, menggunakan sebahagian dari duit raya yang dapat aritu.

Al Quran mu'jam ni saya suka kerana di samping terdapat nya terjemahan ayat, di sertakan juga terjemahan perkata.
Sambil baca, dapat juga belajar bahasa arab dalam masa yang sama.
Saiz nya pun sedang2 dan mudah serta ringan je untuk dibawa.

Kitab Riyad As Soleheen ni saya cari hampir seluruh kemaman memang tak jumpa. Pegi popular mesramall pun dah abis stok.
Ini saya beli online. Alhamdulillah sangat2 gembira kerana penghantaran nya pun cepat.

Kitab ni tebal tau. 1047ms semuanya.
Walaupun tebal tapi ringan je. Dorg guna material kertas yang ringan.
Berbaloi sangat membelinya.
Kalau harga pasaran, rm120 sebijik.. Kalau online ada yg lebih murah.
Sekarang dah masuk bab Taubat..
Nanti boleh guna next kelas dengan Ustazah Nabilah.. InsyaAllah.

Sesiapa yang berminat nak beli kitab atau Qur'an ni, nak beli melalui saya pun boleh. 😉😁

Okey. Tu je nak share..
Moga bermanfaat.








Saturday, June 22, 2019

Uwais Al Qarni

June 22, 2019 0 Comments
Di Yaman, tinggalah seorang pemuda bernama Uwais Al Qarni yang berpenyakit sopak, tubuhnya belang-belang. Walaupun cacat, ia adalah pemuda yang soleh dan sangat berbakti kepadanya Ibunya. Ibunya adalah seorang wanita tua yang lumpuh. Uwais senantiasa merawat dan memenuhi semua permintaan Ibunya. Hanya satu permintaan yang sulit ia kabulkan.

"Anakku, mungkin Ibu tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkan agar Ibu dapat mengerjakan haji," pinta Ibunya. Uwais tercenung, perjalanan ke Mekkah sangatlah jauh melewati padang pasir tandus yang panas. Orang-orang biasanya menggunakan unta dan membawa banyak perbekalan. Namun Uwais sangat miskin dan tak memiliki kendaraan.

Uwais terus berpikir mencari jalan keluar. Kemudian, dibelilah seeokar anak lembu, Kira-kira untuk apa anak lembu itu? Tidak mungkinkan pergi Haji naik lembu. Olala, ternyata Uwais membuatkan kandang di puncak bukit. Setiap pagi beliau bolak balik menggendong anak lembu itu naik turun bukit. "Uwais gila.. Uwais gila..." kata orang-orang. Yah, kelakuan Uwais memang sungguh aneh.

Tak pernah ada hari yang terlewatkan ia menggendong lembu naik turun bukit. Makin hari anak lembu itu makin besar, dan makin besar tenaga yang diperlukan Uwais. Tetapi karena latihan tiap hari, anak lembu yang membesar itu tak terasa lagi.

Setelah 8 bulan berlalu, sampailah musim Haji. Lembu Uwais telah mencapai 100 kg, begitu juga dengan otot Uwais yang makin membesar. Ia menjadi kuat mengangkat barang. Tahulah sekarang orang-orang apa maksud Uwais menggendong lembu setiap hari. Ternyata ia latihan untuk menggendong Ibunya.

Uwais menggendong ibunya berjalan kaki dari Yaman ke Mekkah! Subhanallah, alangkah besar cinta Uwais pada ibunya. Ia rela menempuh perjalanan jauh dan sulit, demi memenuhi keinginan ibunya.

Uwais berjalan tegap menggendong ibunya tawaf di Ka'bah. Ibunya terharu dan bercucuran air mata telah melihat Baitullah. Di hadapan Ka'bah, ibu dan anak itu berdoa. "Ya Allah, ampuni semua dosa ibu," kata Uwais. "Bagaimana dengan dosamu?" tanya ibunya heran. Uwais menjawab, "Dengan terampunnya dosa Ibu, maka Ibu akan masuk surga. Cukuplah ridho dari Ibu yang akan membawa aku ke surga."

Subhanallah, itulah keinganan Uwais yang tulus dan penuh cinta. Allah SWT pun memberikan karunianya, Uwais seketika itu juga disembuhkan dari penyakit sopaknya. Hanya tertinggal bulatan putih ditengkuknya. Tahukah kalian apa hikmah dari bulatan disisakan di tengkuk? itulah tanda untuk Umar bin Khattab dan Ali bin Abi Thalib, dua sahabat utama Rasulullah SAW untuk mengenali Uwais.

Beliau berdua sengaja mencari Uwais di sekitar Ka'bah karena Rasullah SAW berpesan "Di zaman kamu nanti akan lahir seorang manusia yang doanya sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdua untuk kamu berdua."

"Sesungguhnya Allah mengharamkan atas kamu, durhaka pada ibu dan menolak kewajiban, dan meminta yang bukan haknya, dan membunuh anak hidup-hidup, dan Allah, membenci padamu banyak bicara, dan banyak bertanya demikian pula memboroskan harta (menghamburkan kekayaan)." (HR. Bukhari dan Muslim)

CERITA KEHIDUPAN UWAIS AL QORNI

Pemuda bernama Uwais Al-Qarni. Ia tinggal dinegeri Yaman. Uwais adalah seorang yang terkenal fakir, hidupnya sangat miskin. Uwais Al-Qarni adalah seorang anak yatim. Bapaknya sudah lama meninggal dunia. Ia hidup bersama ibunya yang telah tua lagi lumpuh. Bahkan, mata ibunya telah buta. Kecuali ibunya, Uwais tidak lagi mempunyai sanak family sama sekali.

Dalam kehidupannya sehari-hari, Uwais Al-Qarni bekerja mencari nafkah dengan menggembalakan domba-domba orang pada waktu siang hari. Upah yang diterimanya cukup buat nafkahnya dengan ibunya. Bila ada kelebihan, terkadang ia pergunakan untuk membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti dia dan ibunya. Demikianlah pekerjaan Uwais Al-Qarni setiap hari.

Uwais Al-Qarni terkenal sebagai seorang anak yang taat kepada ibunya dan juga taat beribadah. Uwais Al-Qarni seringkali melakukan puasa. Bila malam tiba, dia selalu berdoa, memohon petunjuk kepada Allah. Alangkah sedihnya hati Uwais Al-Qarni setiap melihat tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka telah bertemu dengan Nabi Muhammad, sedang ia sendiri belum pernah berjumpa dengan Rasulullah. Berita tentang Perang Uhud yang menyebabkan Nabi Muhammad mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya, telah juga didengar oleh Uwais Al-Qarni. Segera Uwais mengetok giginya dengan batu hingga patah. Hal ini dilakukannya sebagai ungkapan rasa cintanya kepada Nabi Muhammmad saw, sekalipun ia belum pernah bertemu dengan beliau. Hari demi hari berlalu, dan kerinduan Uwais untuk menemui Nabi saw semakin dalam. Hatinya selalu bertanya-tanya, kapankah ia dapat bertemu Nabi Muhammad saw dan memandang wajah beliau dari dekat? Ia rindu mendengar suara Nabi saw, kerinduan karena iman.

Tapi bukankah ia mempunyai seorang ibu yang telah tua renta dan buta, lagi pula lumpuh? Bagaimana mungkin ia tega meninggalkannya dalam keadaan yang demikian? Hatinya selalu gelisah. Siang dan malam pikirannya diliputi perasaan rindu memandang wajah nabi Muhammad saw.

Akhirnya, kerinduan kepada Nabi saw yang selama ini dipendamnya tak dapat ditahannya lagi. Pada suatu hari ia datang mendekati ibunya, mengeluarkan isi hatinyadan mohon ijin kepada ibunya agar ia diperkenankan pergi menemui Rasulullah di Madinah. Ibu Uwais Al-Qarni walaupun telah uzur, merasa terharu dengan ketika mendengar permohonan anaknya. Ia memaklumi perasaan Uwais Al-Qarni seraya berkata, “pergilah wahai Uwais, anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa dengan Nabi, segeralah engkau kembali pulang.”

Betapa gembiranya hati Uwais Al-Qarni mendengar ucapan ibunya itu. Segera ia berkemas untuk berangkat. Namun, ia tak lupa menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkannya, serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi. Sesudah berpamitan sembari mencium ibunya, berangkatlah Uwais Al-Qarni menuju Madinah.

Uwais Ai-Qarni Pergi ke Madinah

Setelah menempuh perjalanan jauh, akhirnya Uwais Al-Qarni sampai juga dikota madinah. Segera ia mencari rumah nabi Muhammad saw. Setelah ia menemukan rumah Nabi, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam, keluarlah seseorang seraya membalas salamnya. Segera saja Uwais Al-Qarni menanyakan Nabi saw yang ingin dijumpainya. Namun ternyata Nabi tidak berada dirumahnya, beliau sedang berada di medan pertempuran. Uwais Al-Qarni hanya dapat bertemu dengan Siti Aisyah ra, istri Nabi saw. Betapa kecewanya hati Uwais. Dari jauh ia datang untuk berjumpa langsung dengan Nabi saw, tetapi Nabi saw tidak dapat dijumpainya.

Dalam hati Uwais Al-Qarni bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi saw dari medan perang. Tapi kapankah Nabi pulang? Sedangkan masih terngiang di telinganya pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman, “engkau harus lekas pulang”.

Akhirnya, karena ketaatannya kepada ibunya, pesan ibunya mengalahkan suara hati dan kemauannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi saw. Karena hal itu tidak mungkin, Uwais Al-Qarni dengan terpaksa pamit kepada Siti Aisyah ra untuk segera pulang kembali ke Yaman, dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi saw. Setelah itu, Uwais Al-Qarni pun segera berangkat mengayunkan langkahnya dengan perasaan amat haru.

Peperangan telah usai dan Nabi saw pulang menuju Madinah. Sesampainya di rumah, Nabi saw menanyakan kepada Siti Aisyah ra tentang orang yang mencarinya. Nabi mengatakan bahwa Uwais Al-Qarni anak yang taat kepada ibunya, adalah penghuni langit. Mendengar perkataan Nabi saw, Siti Aisyah ra dan para sahabat tertegun. Menurut keterangan Siti Aisyah ra, memang benar ada yang mencari Nabi saw dan segera pulang kembali ke Yaman, karena ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama. Nabi Muhammad saw melanjutkan keterangannya tentang Uwais Al-Qarni, penghuni langit itu, kepada para sahabatnya., “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia, perhatikanlah ia mempunyai tanda putih ditengah talapak tangannya.”

Sesudah itu Nabi saw memandang kepada Ali ra dan Umar ra seraya berkata, “suatu ketika apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit, bukan orang bumi.”

Waktu terus berganti, dan Nabi saw kemudian wafat. Kekhalifahan Abu Bakar pun telah digantikan pula oleh Umar bin Khatab. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi saw tentang Uwais Al-Qarni, penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kembali sabda Nabi saw itu kepada sahabat Ali bin Abi Thalib ra. Sejak saat itu setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, Khalifah Umar ra dan Ali ra selalu menanyakan tentang Uwais Al Qarni, si fakir yang tak punya apa-apa itu, yang kerjanya hanya menggembalakan domba dan unta setiap hari? Mengapa khalifah Umar ra dan sahabat Nabi, Ali ra, selalu menanyakan dia?

Rombongan kalifah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais Al-Qarni turut bersama mereka. Rombongan kalifah itu pun tiba di kota Madinah. Melihat ada rombongan kalifah yang baru datang dari Yaman, segera khalifah Umar ra dan Ali ra mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais Al-Qarni turut bersama mereka. Rombongan kafilah itu mengatakan bahwa Uwais Al-Qarni ada bersama mereka, dia sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawaban itu, khalifah Umar ra dan Ali ra segera pergi menjumpai Uwais Al-Qarni.

Sesampainya di kemah tempat Uwais berada, khalifah Umar ra dan Ali ra memberi salam. Tapi rupanya Uwais sedang shalat. Setelah mengakhiri shalatnya dengan salam, Uwais menjawab salam khalifah Umar ra dan Ali ra sambil mendekati kedua sahabat Nabi saw ini dan mengulurkan tangannya untuk bersalaman. Sewaktu berjabatan, Khalifah Umar ra dengan segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais, seperti yang pernah dikatakan oleh Nabi saw. Memang benar! Tampaklah tanda putih di telapak tangan Uwais Al-Qarni.

Wajah Uwais Al-Qarni tampak bercahaya. Benarlah seperti sabda Nabi saw bahwa dia itu adalah penghuni langit. Khalifah Umar ra dan Ali ra menanyakan namanya, dan dijawab, “Abdullah.” Mendengar jawaban Uwais, mereka tertawa dan mengatakan, “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?” Uwais kemudian berkata, “Nama saya Uwais Al-Qarni”.

Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais Al-Qarni telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali ra memohon agar Uwais membacakan do'a dan istighfar untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada Khalifah, “saya lah yang harus meminta do'a pada kalian.”

Mendengar perkataan Uwais, khalifah berkata, “Kami datang kesini untuk mohon doa dan istighfar dari anda.” Seperti yang dikatakan Rasulullah sebelum wafatnya. Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais Al-Qarni akhirnya mengangkat tangan, berdoa dan membacakan istighfar. Setelah itu Khalifah Umar ra berjanji untuk menyumbangkan uang negara dari Baitul Mal kepada Uwais untuk jaminan hidupnya. Segera saja Uwais menampik dengan berkata, “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi.”

Fenomena Ketika Uwais Al-Qarni Wafat

Beberapa tahun kemudian, Uwais Al-Qarni berpulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan, tiba-tiba sudah banyak orang yang berebutan untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana pun sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafaninya. Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburannya, disana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke pekuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.

Meninggalnya Uwais Al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat mengherankan. Sedemikian banyaknya orang yang tak kenal berdatangan untuk mengurus jenazah dan pemakamannya, padahal Uwais Al-Qarni adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, disitu selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu.

Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya-tanya, “siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais Al-Qarni? bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir, yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya sehari-hari hanyalah sebagai penggembala domba dan unta? Tapi, ketika hari wafatmu, engkau menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamanmu.”

Berita meninggalnya Uwais Al-Qarni dan keanehan-keanehan yang terjadi ketika wafatnya telah tersebar ke mana-mana. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya, siapa sebenarnya Uwais Al-Qarni. Selama ini tidak ada orang yang mengetahui siapa sebenarnya Uwais Al-Qarni disebabkan permintaan Uwais Al-Qarni sendiri kepada Khalifah Umar ra dan Ali ra, agar merahasiakan tentang dia. Barulah di hari wafatnya mereka mendengar sebagaimana yang telah disabdakan oleh Nabi saw, bahwa Uwais Al-Qarni adalah penghuni langit.

Sumber: "Cerita ini diambil dari buku '20 Kisah Sahabat dan Thabiin' terbitan Qibla karangan Ummuthoriq el khanzo."
Subhanallah

Sunday, May 12, 2019

Kematian itu dekat

May 12, 2019 0 Comments
(یَسۡتَفۡتُونَكَ قُلِ ٱللَّهُ یُفۡتِیكُمۡ فِی ٱلۡكَلَـٰلَةِۚ إِنِ ٱمۡرُؤٌا۟ هَلَكَ لَیۡسَ لَهُۥ وَلَدࣱ وَلَهُۥۤ أُخۡتࣱ فَلَهَا نِصۡفُ مَا تَرَكَۚ وَهُوَ یَرِثُهَاۤ إِن لَّمۡ یَكُن لَّهَا وَلَدࣱۚ فَإِن كَانَتَا ٱثۡنَتَیۡنِ فَلَهُمَا ٱلثُّلُثَانِ مِمَّا تَرَكَۚ وَإِن كَانُوۤا۟ إِخۡوَةࣰ رِّجَالࣰا وَنِسَاۤءࣰ فَلِلذَّكَرِ مِثۡلُ حَظِّ ٱلۡأُنثَیَیۡنِۗ یُبَیِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ أَن تَضِلُّوا۟ۗ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَیۡءٍ عَلِیمُۢ)
[Surat An-Nisa' 176]

Kematian itu dekat.
Kematian bukan lah "bencana" yang harus dilupakan, melainkan pelajaran penting yang mengajarkannya kepada manusia erti hidup yang sebenarnya. Dengan demikian, kematian seharusnya menjadi bahan pemikiran yang mendalam. Seorang muslim akan benar2 merenungi kenyataan penting ini dengan kesungguhan dan kearifan.

Wednesday, May 8, 2019

Persoalan sah dan batal puasa

May 08, 2019 0 Comments
BATALKAH PUASA KITA JIKA...

Antara arahan yang disepakati tatkala puasa adalah menahan nafsu syahwat, menanggung lapar dan dahaga serta menahan diri dari bersetubuh dengan isteri di siang hari dengan niat ikhlas ibadat kerana Allah. Inilah yang dijelaskan dari al-Quran dan as-sunnah, demikian juga menjauhi kata-kata nista, bohong, mengumpat, cercaan dan lain-lain dosa anggota demi kerana Allah. Ia disebut di dalam ayat al-Baqarah : 187 dan disokong oleh hadith-hadith yang banyak.

Merokok, keluar darah haid atau nifas dan hilang aqal adalah dipersetujui secara sepakat ulama membatalkan puasa.

Adapun yang tidak disepakati, boleh dibincangkan cuma jangan sampai ia mengambil  perhatian utama kita apabila berada di dalam Ramdhan. Sebagai panduan, berikut disertakan beberapa hukum secara ringkas berkaitan puasa yang kerap ditanya oleh orang ramai :-

1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.

Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah dipinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)



2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala.

Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.

Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 211). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.



3) Pil elak haid untuk puasa penuh :

Hukumnya : Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa. Namun yang terbaik adalah tidak menyekat haid, dan tidak menganggu kitaran fitrah yang telah ditentukan oleh Allah swt. selain itu wanita sedang haid juga masih boleh melaksanakan pelbagai jenis ibadah.



4) Penyembur gas untuk pesakit lelah :

Hukumnya : Baru-baru ini pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Isu ini amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan  apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.

Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Julai 2007 baru-baru ini, tetapi kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang. Namun itu adalah pandangan sebahagian ulama kontemporari yang menyakini masuknya serbuk jisim gas ke dalam perut.

Bagaimanapun para ulama masih perlu bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat. Sebahagian ulama seperti Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)

Namun jelas para ulama berhati-hati dalam memberikan keputusan dalam hal ini kerana menyedari walaupun serbuk-serbuk dari inhaler tersebut boleh memasuki ruang perut, namun ia adalah satu keperluan mendesak buat pesakit athma dan tidak pula dilaksanakan secara saja-saja, bukan pula kerana nafsu lapar.

Pandangan terpilih adalah TIDAK BATAL, kerana terdapat perbezaan informasi dan data oleh para pakar perubatan berkenaan ketepatan fakta masuknya jisim ke dalam perut pada setiap kali semburan dibuat. Justeru, hukum puasa adalah kekal di atas sifat asalnya iaitu sah selagi belum terdapat bukti nyata dan diyakini terbatalnya ia. Sebagaimana kaedah Fiqh "

والأصل بقاء الشيء على ما هو عليه

Ertinya : Hukum asalnya, kekalnya hukum sesuatu pada sifat sebelumnya.

Justeru, jika ada sekalipun jisim yang termasuk ke dalam perut, ia bukanlah makanan yang mengenyangkan dan bukan pula dilakukan secara suka-suka serta ia tergolong dalam ubat-ubatan yang diperlukan secara mendesak. Selain itu, jisim yang termasuk ke dalam perut pula adalah tergolong di dalam kategori DIMAAFKAN sebagaimana beberapa kadar air yang tertinggal di atas lidah dan dalam hidung semasa berkumur dan berwudhu. Wallahu'alam.

5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal:

Hukumnya : Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, 'pain killer' dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.

Berkenaan suntikan makanan, airseperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercanggah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).

Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.

6) Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhu.

Hukumnya : Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa adalah lebih baik.

Ia berdasarkan hadith : "Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu, dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; Sohih).

7) Melakukan Maksiat seperti tidak solat

Hukumnya : Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramadhan. Pahala puasanya pula akan terhapus. Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa, beroleh keampunan dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104) Nabi bersabda : "Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)

😎 Mencium lelaki dan wanita semasa berpuasa

Hukumnya : Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama.

Ia berdasarkan beberapa dalil antaranya :-

كان رسول اللَّهِ  يُقَبِّلُ وهو صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وهو صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كان أَمْلَكَ لِإِرْبِهِ

Ertinya : "Nabi S.a.w mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia berpuasa, tetapi baginda adalah seorang yang menguasai diri dan nafsunya" (Riwayat Abu Daud,  2/311 ; Syuaib arnaout : Sohih)

Dan satu lagi adalah : -

 فجاء شاب فقال أقبل يا رسول الله وأنا صائم قال لا قال فجاء شيخ فقال أقبل وأنا صائم قال نعم قال فنظر بعضنا إلى بعض فقال النبي قد علمت لم نظر بعضكم إلى بعض إن الشيخ يملك نفسه رواه أحمد والطبراني في الكبير وفيه ابن لهيعة وحديثه حسن وفيه كلام

Ertinya : Kami bersama Nabi tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda dan bertanya : Aku berpuasa dan aku mencium isteriku, jawab nabi : Jangan ; tiba-tiba dating seorang tua dan bertanya soalan yang sama : Jawab nabi : Ye ( tiada masalah) ; kami kami saling berpandangan antara satu sama lain, maka nabi berkata :-

"aku tahu apa mengapa kamu saling berpandangan antara satu sama lain, sesungguhnya orang tua mampu mengawal dirinya (nafsu)" (Riwayat Ahmad dan At-Tabrani, sanad terdapat Ibn Lahi'ah yang diperkatakan tentangnya, menyebabkan hadis dianggap dhoif)

Al-Qaradawi pula menambah "berapa ramai orang tua zaman sekarang yang turut tidak mampu mengawal nafsunya " (Fiqh As-Siyam, hlm 106 )

Kesimpulannya, ia tidak membatalkan puasa dan ciuman sebegini tidak harus jika ia boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari Ramadhan.

9) Wanita tamat haid

Wanita tamat haid pada waktu malam dan sempat niat pada waktu malamnya sebelum naik fajar subuh. Ia dikira sah walaupun belum mandi hadas. Jika ia tidak sempat berniat sebelum fajar subuh, seperti belum makan dan minum apa-apa pada pagi itu, kemudian pada jam 8 pagi haidnya kering, ia tidak dikira boleh berpuasa pada hari itu kerana tiada niat bagi puasa wajib boleh dibuat selepas terbit fajar.

Demikian juga ditegaskan oleh majoriti ulama (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/201)

Dalilnya adalah :-

من لم يُجْمِعْ الصِّيَامَ قبل الْفَجْرِ فلا صِيَامَ له

Ertinya : "Barangsiapa yang tidak berniat untuk puasa sebelum fajar, tiada puasa (wajib) baginya" ( Riwayat Abu Daud, 3/108 ; Albani : Sohih )



10) Keluar air mazi

Air mazi adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan kerana naik syahwat. Banyak persoalan berkenaan keluarnya air mazi semasa berpuasa, samada ia membatalkan puasa atau tidak.?

Zahir dalam mazhab Hanbali menyatakan, ia membatalkan puasa.

Bagaimanapun mazhab Hanafi, Syafie, Awzai'e, Hasan albasri, As-Sya'bi dan Imam Ahmad dalam satu pendapatnya berfatwa keluarnya air mazi tidak membatalkan puasa. Saya lebih cenderung dengan pendapat ini.

11) Keluar air mani tanpa setubuh

Mencium dan menyentuh melalui onani sehingga keluarnya mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib qadha, ia adalah disepakati oleh seluruh ulama.

Adapun keluarnya air mani hanya kerana berfikir lucah dan melihat dengan syahwat, ia tidaklah batal menurut sebahagian ulama termasuk mazhab Syafie, Hanafi. (Al-Mughni, 4/159)

Manakala mazhab Hanbali dan Maliki mengatakannya batal.

Walau bagaimanapun, saya lebih cenderung dengan pendapat yang mengatakannya batal kerana ia benar-benar bercanggah dengan tujuan dan maqasid puasa dalam Islam. Selain itu, ia juga adalah sama dengannya keluar mani kerana sentuhan.

Keluar air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit tertentu. Sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.

12) Menelan air liur dan kahak

Hukum : Ia tidak membatalkan puasa disebabkan terlalu sukarnya untukmenjaga hal seperti ini. (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/159). Manakala Kahak yang selagi ia belum sampai ke anggota mulut (sebelah hadapan lidah), iaitu masih berada pada had tekak makatidak membatalkan puasa jika ditelan. Kerana ia masih tidak keluar daripada anggota zahir. Kahak yang sudah sampai pada mulut, inilah yang menjadi khilaf adakah membatalkan puasa atau tidak. Ada pendapat yang mengatakan batal dan ada pendapat yang mengatakan tidak batal. Sebahagian ulama berpendapat HARAM menelannya dengan sengaja kerana ia adalah kotoran.Jadi, kesimpulan yang terpilih adalah kahak yang sampai ke mulut haram ditelan dan kebanyakan ulama menyatakan ia membatalkan puasa. Manakala yang berada di bahagian pangkal lidah dan tekak, jika ditelan tidak membatalkan puasa.

  Ramadhan Mubarak Buat Semua Pengunjung zaharuddin.net : Ust Zaharuddin Abd Rahman

13 ) Mandi



Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh, namun mandi junub adalah wajib, bagaimana pula mandi sunat atau harian yang biasa?.  Jawapnya ia tidak membatalkan puasa malah sahabat besar seperti Ibn Abbas juga pernah disebutkan mandi ketika berpuasa. Anas bin Malik pula adakalanya merendam kepalanya di dalam batu dipenuhi air (seperti telaga) akibat bersangatan panas. (Rujuk Fath Al-bari). Cuma  puasa hanya boleh batal apabila seseorang mandi sambil mencuri minum sebagaimana yang mungkin dilakukan oleh para remaja dan lainnya, maka ia batal kerana minum dan bukan mandi itu sendiri.

14) Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu.

Tindakan sebegini adalah membatalkan puasa menurut mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi. Cuma jika dengan segera seseorang itu kembali berniat dan membetulkan niatnya tadi, puasa tidak terbatal.

Justeru, seluruh individu berpuasa wajib menjaga niatnya agar tidak terpesong untuk membatalkannya. Imam Ibn Qudamah menolak pandangan yang mengatakan tidak batal kerana ibadah itu adalah berdasarkan niat seperti solat juga yang akan terbatal jika berniat membatalkannya. (Al-Mughni, 4/175)



15) Mengosok gigi ketika berpuasa

Persoalan ini telah saya ulas di entry yang berbeza, sila ke tajuk link  'Gosok Gigi Ketika Puasa'

Sekian,

Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa untuk semua pengunjung zaharuddin.net


Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Presiden MURSHID

Boleh baca dengan lebih selesa di link http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/38/595-ramadhan-a-batalkah-puasa-kita-jika.html

Kenangan berbuka puasa sewaktu di Madinah 


Membaca sambil mentadabbur adalah yang terbaik amalan

May 08, 2019 0 Comments
Suatu usaha yang sangat baik dari Promedia Tajdid dalam menyampaikan ilmu yang sahih.

Semoga mendapat barakah untuk mereka semua yang menyebar luaskan ilmu yang sangat baik ni.

----------------------------

Membaca sebuah ayat al-Qur’an disertai dengan mentadabburi dan merenungkan maknanya jauh lebih baik dari pada mengkhatamkan al-Qur’an tanpa disertai tadabbur dan pemahaman akan maknanya. Membaca al-Qur’an dengan memahami makna dan kandungannya jauh lebih bermanfaat bagi hati serta jauh lebih besar faidahnya dalam menambah keimanan dan merasakan manisnya al-Qur’an.

Di zaman serba moden ini tiada dapat lagi kita memberi alasan utk kita katakan tidak mempunyai ruang, masa dan kesempatan untuk  mentadabburi alquran oleh kerana perkembangan teknologi membantu kita untuk menuntut ilmu dimana jua kita berada mahupun ketika sedang dalam perjalanan ke sebuah destinasi

Ayuh kita tanamkan azam mulai saat ini " Aku Ingin khatam tadabbur 114 surah sebelum bertemu allah swt kelak" ..

Tampil Dalam Bentuk Usb 16GB Versi Mp3(Audio) boleh diakses sepenuhnya di radio, audio player kereta, laptop, komputer yang mengandungi slot USB.

Dapatkan Usb Terbaru:
1)Siri 1 Tadbbur Al-Quran Ustaz Abdullah Bukhari.

2)Siri 2 Tadabbur Al-Quran Ustaz Abdullah Bukhari.

3)Syarah Fiqh Manhaji 49 Siri Oleh Dr.Rozaimi Ramle

4)120 Koleksi Kuliah Khas SS Mufti Wilayah Persekutuan.



Tuesday, May 7, 2019

Bacaan doa dalam Airbus A380 sewaktu berangkat

May 07, 2019 0 Comments
Ini sedikit kenangan sewaktu kami dalam permusafiran aritu.
Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan buat kami.

Plan asal ke Madinah dahulu, namun saat2 akhir tukar masuk ke Mekah dahulu..
Maka kami perlu bersiap pakai kain ihram awal sewaktu di Airport klia dan menaiki pesawat dah pun siap berpakaian ihram.

Alhamdulillah anak2 pun ok, tak de meragam.. Semuanya dipermudahkan.

Seronoknye menaiki pesawat A380 ni, kerana siap ada bacaan talbiah, selawat serta tazkirah yang di sampaikan oleh krew kapal sendiri sewaktu dalam perjalanan.

Pesawat ini ditempah khas untuk jemaah yang akan menunaikan kerja umrah, campur dengan pelbagai agensi travel yang lain termasuk lah jemaah dari Indonesia pun ada sekali.

Syukur.
Atas segalanya.
Bila rindu mula berputik, perasaan sayu menyapa..
Engkau jemput lah kami lagi menjadi tetamuMu Ya Allah.. 😢
Aameen...

Bahagia dan barakah dalam rumahtangga

May 07, 2019 0 Comments
Dalam rumahtangga, soal bahagia dan barakah sangat subjektif. Tak dpt diukur dgn banyaknya harta, cantiknya rupa, ramainya anak, tingginya pangkat atau apa saja yg zahir semata2....

Tetapi bahagia dan barakah ada pada kebaikan, ketulusan, ketaqwaan, ketenangan, keimanan, qanaah, tanggungjawab, ihsan dan segala sifat yg Allah redho.

Langkah dalam rumahtangga adalah langkah kembali kepada Allah. Semakin dekat dgn Allah.

Ada masalah atau ujian rumahtangga, baik suami atau pun isteri harus jujur utk kembali pd Allah... Sbb itu Rasulullah saw anjurkan...berwuduk dan solatlah dua rakaat...angkat segala hajat dan permasalahan kepada Allah. Jgn nafsu jadi konsultan..apatah lagi iblis yg suka menjauhkan manusia dari nilai SYUKUR dan menyesatkan. 

Seorang suami yg berusaha menyenangkan hati isterinya ...percayalah itu adalah ibadah. Seperti itu juga utk seorang isteri.

Ustazah percaya Allah beri bahagia pd sikap kita yg suka membahagiakan...dan pasangan kita yg bersama kita susah dan senang adalah insan yg paling berhak utk kita bahagiakan mereka dengan izin Allah.

Apapun keputusan dlm hidup berumahtangga ingatlah " Terburu2 itu dari Syaitan, tenang itu dari Allah". Elakkan gelojoh dalam keputusan. Kerana yg datang dari syaitan selalu berakhir dgn penyesalan.

Nukilan : Ustazah Norhafizah Musa Koleksi Kuliah

Rumahtangga Perlukan Kematangan : http://www.fatehteam.com/rumah-tangga-perlukan-kematangan/

#JomToJannah #J2J

Laungan azan oleh abe Haqeem

May 07, 2019 0 Comments
Suasana sebelum kami berangkat menunaikan umrah aritu.
Alhamdulillah abe Haqeem Najhan sempat melaungkan azan dan membacakan doa untuk kami.

Ini adalah keadaan dalam homestay kami.
InsyaAllah masih dalam term promo ye..
Sesiapa yang nak stay cuti2 ni, boleh la pi em deh 😁

Taiba Arac Suites penginapan kami di Madinah

May 07, 2019 0 Comments
Untuk anda yang pergi umrah bersama keluarga, sesuai sangat stay kat Taiba Arac Suites ni.
Hotel ni ada 4 bilik kesemua, dan 3 bilik air.
Ada ruang tamu dan dapur yang mana terdapat mesin basuh.
So, macam tinggal kat rumah sendiri.. Boleh basuh2 baju dan tak perlu hantar dobi. Sangat berbaloi kerana kami ni ramai. Sangat bermanfaat la mesin basuh tu.
Cuma dapur tu memang kami tak sempat guna la. Beli makanan yang siap masak je. Dan boleh di panas kan menggunakan microwave yang disediakan.
Hotel ni letak betul2 depan pintu 17, yang mana access ke ruang muslimat sangat dekat.
Dalam building yang sama juga terdapat banyak kedai2 untuk membeli belah serta makanan dan keperluan asas juga mudah dibeli kerana terdapat nya Pasaraya Bin Dawud juga dalam bangunan yg sama.

Alhamdulillah. Saya share sini sekadar untuk panduan mereka yang akan mengerjakan umrah nanti..
Moga bermanfaat. 😉😚

Sori.. Rakaman dari amatur kan.. Bergegar2 skali rakaman nya.. 😆😅


Tragedi 2 Ramadhan, daging khetung ^_^

May 07, 2019 0 Comments

Ini bukan setakat bakar, khetung doh.. haha
Nak marah anak, tak sampai hati omak 😂
Ini dah bukan daging bakar nakk.. Ini dah hangit.. Huhu..

Alkisahnya Umi nak cepat ambik si adik kat sekolah, jadi mintak si abang nya tolong tengok2 kan apa yang sedang di masak.

Kebetulannya dia ada kat rumah cuti sekolah sempena sambut awal ramadan.

Bila umi sampai kat rumah, dari luar dah bau macam hangit. Alamakk...
Daging bakar umiii..

Jawapan dia mudah je.
"abang tengok dah tadi lepas umi suruh. Masuk kali pertama tu ok lagi.. Bila masuk kali kedua, ia macam dah hangit.. ."
Huhu.. Ni bukan macam hangit.. Tapi benar2 hangit.. 😅😆

Nasib laa ia hanya nampak buruk kat luar, tapi molek je kat dalam..
Alhamdulillah sedap dan menyelerakan bila di gabungkan dengan air asam.
😁😁

Begitulah adanya.
Abang muadz.. Abang muadz.. Anak soleh umi ni. Malam ni dah nak hantar asrama. Moga di permudahkan segala urusan ye..

Daging bakar cicah air asam




Tuesday, April 30, 2019

Syurga milik insan yang bersyukur

April 30, 2019 0 Comments
Jika kita tidak mampu syukur dengan yang sedikit, kita juga tidak akan mampu bersyukur dengan yang banyak.

Sebab itu, syurga hanya milik insan yang bersyukur.

Tanpa syukur, mana mungkin tinggal di syurga!

Via Ust Pahrol Juoi

Semoga Allah jadikan kami hambaNya yang sentiasa Bersyukur di atas segala nikmat Nya.
InsyaAllah Aameen..

Monday, April 29, 2019

Hutan di tengah kota bandaraya

April 29, 2019 0 Comments
Suka sangat suasana sini..
Konsep dalam taman aka hutan pun ye. 😅
Terimbau kenangan zaman kecik2 dulu..
Pokok2 yang ditanam kat sini, payah dah nak jumpa kat kampung pun sebab banyak kawasan dah di bina rumah..

Dan, anak2 sekarang mane nak kenal dengan alam ni.. Sebab masing2 sibuk dengan gadget je 🙄

Umi ni takde kerja sementara anak tido, ambik kesempatan rakam sana sini utk kenangan dan nk tunjuk anak2.
Banyak pokok2 ni kami buat main masak2 zaman dulu2.. Hehe..

Time rakam ni takde makna nya nak tunjuk kat anak2 sebab masing2 sibuk nk main kolam.

InsyaAllah ada kesempatan nak datang lagi la sini... Suka dengan suasana nya..
Damai je rasa.. Dengan kicauan burung, sekeliling penuh dengan hijauan dan.. Bunyi deruan air terjun..



Tuesday, May 30, 2017

Ramadhan Kareem Warming Up dan To Do Checklist

May 30, 2017 0 Comments
Assalamualaikum..

Selamat berpuasa kepada semua yang beragama Islam..

Lama saya tak berkongsi dengan semua..
InsyaAllah kali ni, saya nak kongsi Ramadhan Kareem Warming Up dan To Do Checklist bersempena Ramadhan yang sedang kita lalui sekarang..

Boleh di cetak dan dikongsi bukan untuk komersil.

Dua Kegembiraan Bagi Yang Berpuasa

Checklist Ramadhan

To Do List
InsyaAllah bermanfaat buat semua.
Imah SulamKaseh Creative

Saturday, April 22, 2017

My Pure Love memasuki Creative United

April 22, 2017 0 Comments
Assalamualaikum semua...

Terima kasih tak terhingga kepada Fazie Yazin dan Noraziah Sha'ari kerana telah memberi tunjuk ajar buat ni..
dan penghargaan juga buat kak Liza Salim kerana memberi kebenaran memetik bunga di taman nya..

So, dah boleh membeli sape berminat ye..
Kalau nak mintak saya beli pun ok..

https://www.creativeunited.my/a/my-pure-love









Thursday, April 13, 2017

PERCUMA! Perisian Melukis Yang Termudah & Terpantas

April 13, 2017 0 Comments
Assalamualaikum semua.


Berita baik untuk semua terutamanya Guru - Guru dan ibubapa; 2 hari yang lepas pihak google telah memperkenalkan satu perisian terbaru mereka, iaitu medium online untuk melukis dengan cara yang termudah dan terpantas.

Perisian yang dicipta oleh pereka berbakat ini dikenali sebagai AutoDraw, amat mudah digunakan dan sangat membantu kerana ianya merupakan perisian yang berasaskan atas talian (web-based), dan tidak perlu dimuat turun ke dalam telefon, tablet mahupun komputer anda.

Penggunaannya yang hanya secara atas talian ini juga, lebih praktikal kerana ianya tidak akan membebankan gadget anda dengan satu lagi perisian lain yang pastinya akan melambatkan dan  menyusahkan kerja anda.

Kini anda semua mampu melukis dengan mudah dan tidak perlu sakit kepala terutamanya kepada guru - guru atau ibubapa yang nak melukis untuk sesi pembelajaran anak - anak di sekolah, mahupun di rumah. Amat Mudah, dan ianya PERCUMA!.

Jadi, selepas ini anda hanya perlu gunakan perisian ini untuk hasilkan sesuatu yang menarik; samada kad hari lahir, kad jemputan mahupun hanya sekadar untuk melukis doodle yang simple.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut kelebihan dan 'magic' di sebalik AutoDraw ini, anda boleh mencuba ianya di sini.  “Quick, Draw!”  . Ianya merupakan salah satu daripada Artificial Intelligent Eksperimen yang direka oleh pihak Google yang mana perisian ini akan mengenalpasti dan cuba menterjemahkan dalam bentuk lukisan berdasarkan apa yang anda lukis.

Video ini menunjukkan contoh penggunaanya.


Jom kenali mereka yang terlibat secara khusus dalam menghasilkan lukisan dan artwork menarik untuk AutoDraw ini.
HAWRAF, Design Studio
Erin Butner, Designer
Julia Melograna, Illustrator
Pei Liew, Designer
Simone Noronha, Designer
Tori Hinn, Designer
Selman Design, Creative Studio

Ok. itu saje yang saya nak kongsi. Semoga bermanfaat buat semua.
Artikel asal boleh di baca di sini.

Salam Jumaat.
With Love,
Imah SulamKasehCreative

Tuesday, April 11, 2017

Teruja Artikel Tersiar Di The Vocket

April 11, 2017 0 Comments
Assalamualaikum semua..

Mungkin anda menganggap cerita ni dah basi.. 😜.. tapi, bagi saya.. ianya sebuah keterujaan yang tidak dapat di gambarkan.. yelah, artikel saya berjaya tersiar di The Vocket gitu.. hik hik..😁
Website terkenal tu.. sape yang tak gembira kan?.. hee...


FB Profile Picture
Sebagai kenangan, saya simpan sini agar ianya akan dapat di baca dan ditenung semula oleh saya sendiri ( terutamanya la ) agar segala yang akan saya lakukan di masa hadapan tidak akan lari dari niat sebenar saya berada dalam bidang ini..
InsyaAllah..
Moga Allah permudahkan.. Aameen..


Artikel di tulis pada 10 February 2017
Artikel asal saya ini telah di muat naik ke dalam fb pada 10 February 2017 yang lepas. Sebenarnya tulisan saya ni dah beberapa kali tersangkut - sangkut..

Yelah, dalam masa yang sama saya begitu sibuk dengan tempahan dari cikgu - cikgu dan pelanggan luar yang membuat pesanan tanpa henti.. hee

Alhamdulillah.. saya bersyukur sangat dengan rezeki Allah ini.. bila sibuk tu, bermakna saya akan ada kerja dan akan ada rezeki yang akan masuk..
Kerana itu... "Nikmat Mana Lagi Yang Engkau Dustakan?.. " ( Wahai Karimah? )
huhu... Allahu.. nikmat Allah ini terlalu banyak..
Tak termampu ku mengiranya.... 😩
Ampuni lah diriku sekiranya ku terlalai...

( patah balik.. )
Kerana itu, walau dalam kesibukan yang melampau saya cuba juga siapkan coretan saya yang menceritakan sedikit sebanyak kronologi bermulanya saya dalam bisnes yang saya berada sekarang ini..

InsyaAllah saya cnp sini..
Bagi yang belum baca dan nak baca deh.. hee

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum
Salam Jumaat yang barakah..
Harini perasan nak berkarya pulak. Saje nak buat hilang penat menyiapkan order.. hehe..
Jom baca sape yang berminat 😊🤓
-------------------------------------------------------------------------------

. PERKONGSIAN .
Saya teringin untuk berkongsi dengan semua kisah saya ini, agar ianya menjadi inspirasi kepada mereka di luar sana yang ingin mencuba. Sememangnya rezeki Allah itu amat luas. Tak pernah kita terbayang dan boleh anggar dari mana Allah nak datangkan rezeki buat kita tu.
Konsep yang sentiasa saya tanam dalam diri, ialah husnuzhon dengan Allah.. sekiranya ianya memang dah rezeki kita, maka ia tidak akan ke mana. Adalah tu.. InsyaAllah.. yakin dengan Allah. Itu yang penting.
Semoga setiap yang saya perkatakan ini adalah sesuatu yang bermanfaat buat saya dan anda semua yang sudi membacanya. InsyaAllah.

. PELBAGAI BISNES .
Sebelum ini, saya telah mencuba pelbagai bisnes, samada dalam atau di luar talian. Semua yang nampak mendatangkan keuntungan (konsep yang silap sebenarnya), saya akan cuba. Seperti yang saya pernah katakan sebelum ni, saya ni memang seorang yang jenis suka try and error. Cuba dan terus mencuba..
Namun, tidak ada satu pun yang betul – betul ‘lekat’ dengan saya.
Saya dapat agak kenapa Allah tidak permudahkan apa yang saya lakukan pada waktu itu.. Allah tak nak saya menggunakan waktu kerja pejabat saya dengan kerja sampingan yang mungkin bercampur aduk dengan kerja yang sepatutnya. MUNGKIN?...
Wallahua’lam..
Namun, saya tetap yakin perancangan Allah adalah yang terbaik. InsyaAllah..

. NIAT ASAL .
Bermulanya perniagaan saya ini, selepas anak saya yang sulong ( Alia ) memasuki sekolah berasrama. Agak jauh jarak nya dengan kami... Dia di Sekolah Imtiaz Besut sana, manakala kami di Kemaman sini. Nak ke sana mengambil masa lebih kurang 3 – 4 jam juga.

Alhamdulillah la.. selepas ada LPT2 ni, jarak perjalanan makin cepat juga lah berbanding jalan biasa yang lebih sejam berbanding melalui LPT2.. syukur dah tu. Dah dapat jimat masa dan jimat minyak kereta gak. Hehe.. ( tapi sekarang dah ada tol maa… jadi kos jadi naik juga la .. hihi )

Ok. Berbalik kepada niat asal tadi kan.. sebenarnya saya bermula membuat design dan print ke material tarpaulin ni dengan niat untuk menceriakan kelas Alia. Niat saya, apabila saya menghias dan mencantikkan kelasnya itu, anak sulong saya yang ‘manja’ + homesick itu akan lebih ceria dan dapat belajar dengan baik…

Ini kerana seakan - akan saya berada ‘dekat’ dengan dia, memandangkan tatahias dalam kelas dan idea untuk mencantikkan kelas nya itu adalah sumbangan dari saya.
Saya masih ingat lagi, pelbagai cara yang saya lakukan untuk mengutip idea bagaimana untuk menghias kelas ni. Yelah, saya bukan nya guru dan tidak biasa dengan persekitaran di sekolah.. apa yang do and don’t.. saya kurang arif.

Alhamdulillah, Allah buka kan jalan buat saya iaitu dengan join sebuah group guru-guru seluruh Malaysia. Iaitu TcherCollection TC.. saya memang cukup – cukup berterima kasih kepada Arisya Adam dan kawan – kawan nya yang menubuhkan group ini. Banyak info dan maklumat yang dapat saya cedok dari perkongsian dan idea yang diberikan oleh para guru seluruh Malaysia. Allahu.. jasa baik mereka yang membantu takkan saya lupakan.

Saya sangat teruja dengan semangat dan pengorbanan para guru ni.. yelah.. mereka bukan sekadar menjadi tenaga pengajar.. tetapi mereka semua serba boleh. Kalau saya boleh kalungkan hadiah ke setiap guru seluruh Malaysia ni, akan saya lakukan bagi menghargai jasa mereka. Tapi, mane nak mampu aihh.. ramai tu.. hee..

Sekarang, apa yang saya mampu lakukan ialah dengan memberikan sekalung doa buat kalian semua yang bergelar guru..

Saya sentiasa mendoakan semoga kalian akan di permudahkan dalam segala urusan dan semoga segala pengorbanan kalian akan mendapat barakah dari Allah SWT. Aameen..

. SULAMKASEH ENTERPRISE .
Dari niat asal yang hanya untuk menghias kelas Alia, saya cuba beralih kepada menjual hasil kerja tangan saya itu. Saya nampak peluang ini selepas membuat promosi di dalam fb yang mana agak ramai juga yang berminat. Jadi saya fikir, apa salah nya saya cuba pula untuk pasarkan produk saya ini kerana ianya mendapat sambutan dari kawan – kawan dan ada juga tempahan dari guru – guru seluruh Malaysia.

Saya masih ingat pada masa itu, sebuah kedai di Kemaman ini ada membuat promosi awal tahun dengan memberi tawaran harga yang agak rendah dari kebiasaan untuk printing. Saya cuba print hasil kerja tangan saya tu di kedai tersebut, dan berasa sangat berpuas hati. Ini kerana effect penggunaan warna yang terang dan kualiti material nya juga amat memuaskan.

Namun, promosi harga murah itu hanya berlangsung selama 2 bulan sahaja. Dari Januari hingga Februari. Jalan lain untuk saya mendapatkan harga sama ialah dengan menjadi agen kepada kedai tersebut. Syarat untuk menjadi agen, ialah dengan mengemuka kan salinan SSM syarikat dan sedikit bayaran ke dalam akaun agen.

Maka tanggal 3 Mac 2016, dengan rasminya saya mempunyai syarikat sendiri. Mula bertatih dengan mengambil tempahan – tempahan dari guru – guru. Alhamdulillah sambutan yang boleh di katakan agak memberangsangkan dan saya berasa amat bersyukur kerana mampu mempunyai syarikat enterprise saya sendiri. Syukur..

Selepas setahun berlalu, walaupun jualan agak memberangsangkan namun saya masih belum mampu membuat simpanan tetap. Sekadar lepas kos overhead dan untuk pusingan modal sahaja.
Sebagai permulaan, saya sudah berpuas hati. InsyaAllah..
Kenapa saya sangat bermotivasi untuk meneruskan perniagaan ini?.
Kenapa saya masih ingin meneruskan sedangkan ianya bukan nya mendatangkan jualan yang begitu lumayan?

Kenapa saya masih melayan permintaan guru – guru ini yang macam – macam itu?
Tidak lain, kerana setting minda saya yang sudah berubah dari mencari keuntungan kepada bisnes yang berkebajikan..
Dan, saya sangat – sangat seronok dengan matlamat baru saya ini. Hee..

. BISNES BERKEBAJIKAN .
Apa yang memotivasikan saya untuk meneruskan perniagaan saya ini kerana selepas melihat semangat dan pengorbanan guru – guru. Saya dapat nampak semangat mereka itu melalui bagaimana mereka yang sangat bersungguh dan berikhtiar untuk menghasilkan sesuatu bahan untuk di tampal di dalam kelas – kelas jagaan mereka.

Saya sangat terharu dengan segala pengorbanan dan usaha mereka. Jadi, saya bertanya kepada diri kenapa saya tidak berusaha untuk membantu mereka.

Dari situlah, saya betul – betul berazam untuk membantu guru – guru ini.
Sekarang bukan keuntungan yang mendepani matlamat saya, tetapi kerja yang berkebajikan.
Saya sematkan dalam hati, bahawa saya sedang membantu guru – guru ini disamping membuat kerja kebajikan kepada mereka.

Ye. Saya sebagai pemudah cara kepada mereka.

Segala yang mereka ingin adakan di dalam kelas, saya mudahkan dan bantu.
Dengan hanya bermesej dengan saya, mereka mampu dapatkan apa yang mereka nak kan. Semuanya menjimatkan. Mereka jimat masa dan kos. Jimat masa kerana mereka tidak perlu lagi ke kedai untuk menempah apa yang mereka mahukan, dan jimat kos kerana saya memang tidak meletakkan harga yang tinggi buat mereka.

Biasanya, saya hanya caj untuk printing sahaja, dan saya tidak meletakkan caj untuk design yang mereka minta. Terkadang untuk kes – kes tertentu, kos pos pun saya tidak ambil. Malah ada juga ketika nya, saya selitkan juga free gift kepada mereka. Gembira mereka itu yang saya raihkan.. tentu mereka sangat seronok kan.. hee
Alhamdulillah saya sangat senang dengan pendekatan itu.

. PEMUDAHCARA DAN MURAH .
Dua perkara ini sentiasa di set kan dalam hati. Iaitu bertindak sebagai pemudah cara dan menjual dengan harga yang murah.

Saya berniat untuk memberikan servis yang terbaik buat semua pelanggan. Saya cukup seronok apabila dapat mengembirakan mereka kerana walaupun saya tidak mampu menjadi guru, tapi saya masih dapat menyumbangkan sesuatu buat mereka yang banyak berjasa kepada anak bangsa ini.. dan dalam masa yang sama dapat membantu pelajar – pelajar juga kan.. betul tak?.. :D
InsyaAllah..

Saya sangat seronok melihat guru – guru ini gembira dengan apa yang saya hasilkan. Saya cukup terharu apabila hasil tangan saya di tampal dan dibaca oleh murid – murid seluruh Malaysia.
Sekarang saya bukan guru di mana – mana, tapi kerja tangan saya telah jelajah ke seluruh Malaysia. Kerja tangan saya telah berada di sekolah – sekolah di seluruh Malaysia, baik di semenanjung mahupun di Sabah Sarawak.. Allahu…

Saya sendiri pun belum mampu berada di sana, tetapi “kalian” ( hasil kerja tangan saya ) telah mendahului saya.. hee

Tidak dapat dibayangkan dengan kata – kata perasaan gembira saya itu..
Terharu, seronok, bangga dan sebagai nya.. huhu.. Alhamdulillah.. Syukur Ya Allah..

. SALES MELONJAK NAIK TAHUN INI .
Bagi mereka yang dah biasa tengok update saya di fb, mungkin ada yang dah maklum dengan apa yang saya sedang sibukkan... Tapi, bagi mereka yang belum tahu.. mai saya kkabor.. hee..
Bermula awal tahun ini, saya mula menjual set jadual kelas di samping banner – banner lain yang sesuai untuk menghias kelas dan untuk pembelajaran anak – anak di sekolah.

Bagaimana tercetusnya idea untuk menghasilkan produk ini, adalah sumbangan buah fikiran dari sahabat saya, iaitu Hafidzoh Zainon (Vit) yang telah meminta agar saya membuat satu set jadual yang sesuai untuk di tampal di dalam kelas. Dia menyerahkan sepenuhnya kepada saya untuk menghasilkan design yang bagaimana, asalkan yang bersesuaian. Kebetulan dalam masa yang sama, kawan sekolah rendah saya iaitu Hasrul Harnani Hamzah ( kak nani ) juga meminta benda yang sama dengan apa yang Vit cadangkan.. bertitik tolak dari situlah saya dilanda dengan kesibukan yang teramat. Gelombang set jadual kelas.. hee

Sepertimana yang di minta oleh Vit, saya berjaya menyiapkan 2 set tema dalam masa 5 hari. Yang pertama adalah Tema Owl dan yang kedua saya namakan sebagai Tema Alatulis. Untuk setiap set itu mengandungi 5 keping yang terdiri dari Jadual kelas, Jadual Bertugas, Carta Organisasi, Birthday dan Maklumat Kelas. Selepas dua minggu ianya di jual, baru lah saya terlintas untuk menambah sekeping lagi untuk setiap set, iaitu Selamat Datang dan menjadikan setiap set terdiri dari 6 keping.

Asalnya saya membuat harga promosi untuk jualan iaitu dengan harga RM45, dan pembeli akan mendapat 5 keping untuk satu set. Mereka juga dapat memasukkan nama, gambar, nama kelas dan tahun ke dalam set yang mereka tempah. Namun, selepas saya menerima tempahan yang bertubi – tubi, maka custom made terpaksa saya tutup. Tak menang tangan saya untuk mengendalikan seluruh order dengan mana nak edit lagi, nak kena uruskan rumahtangga lagi. Huhu..

Dan pada asal nya juga, saya menetapkan harga RM45 itu hanya untuk tempoh promosi sahaja. Namun, selepas melihat sambutan yang sangat memberangsangkan dari guru – guru, maka saya membuat keputusan untuk kekalkan harga yang sama cuma saya menutup untuk custom made.
Saya tidak sampai hati untuk naikkan harga kerana saya tahu, ramai juga di kalangan guru ini menggunakan duit mereka sendiri untuk menghias kelas.

Pada hemat saya, tidak wajar untuk saya mengaut untung yang terlalu tinggi kepada mereka yang banyak berjasa kepada anak bangsa ini.
Saya masih senang dengan kaedah yang telah saya dahpun sematkan dalam hati.. iaitu
Sebagai pemudahcara dan murah. InsyaAllah..

. REZEKI TIDAK DISANGKA .
Kerja utama saya sebenarnya adalah sebagai pengurus rumahtangga. Jawatan ini diberi oleh suami selepas meminta saya berhenti kerja pada akhir tahun 2015.

Kerja menjual ini hanyalah sebagai sampingan sahaja. Yang utama adalah menguruskan hal anak – anak dan hal rumahtangga. Suami memberi izin untuk membuat kerja ini, dengan tidak kesamping kerja utama saya.. Alhamdulillah setakat ini saya masih mampu kendalikan nya. Sebenarnya suami saya ( Sukiman Jinazan ) adalah pendorong dan tulang belakang saya yang paling kuat. Terima kasih abang.

Saya sangat bersyukur kerana Allah lorongkan saya dengan cara ini untuk mendapat rezeki. Saya juga sangat seronok membuat semua kerja ini kerana saya mampu menjana pendapatan sendiri walaupun berada di rumah.

Saya merasa sangat teruja kerana set jadual yang saya jual ini sangat mendapat sambutan dari semua guru – guru seluruh Malaysia. Sehingga ke hari ini, hampir 500 set telah pun terjual di samping tempahan lain seperti doa, kata – kata hikmah dan bunting pintu kelas.

Yang membuatkan saya lebih teruja apabila mendapat khabar dari seorang pelanggan saya yang mana, guru besar nya sendiri yang mendapatkan set jadual ini untuk diberikan kepada semua guru – guru yang memegang kelas. Subhanallah.. terharu nya saya. MasyaAllah… seronok sangat dengar.
Selain itu, ada juga di kalangan guru – guru ini berpakat antara mereka yang pegang kelas untuk membeli secara pukal. Ada yang membeli sehingga 20 set, 15set dan 10set. Ada juga yang repeat order berulang – ulang. Mereka suka dan seronok mendapatkan set ini, kerana ianya sangat murah dan berpatutan. Walaupun berapa kali mereka order, harga nya masih sama tanpa ada caj lain.

. MEMANG RARE .
Selepas anda membaca perkongsian saya ini, ada rasa Rare dok?.. hee..
Yelah.. bisnes saya ni, mungkin tak nampak kepentingannya pun pada orang biasa. Namun, pada guru – guru ianya amat membantu.

Apa yang saya nak sampaikan di sini adalah mengenai niat dalam berniaga. Sekiranya apa yang kita usahakan kerana Allah, InsyaAllah Allah akan permudahkan. Rezeki yang tidak disangka – sangka akan datang kepada kita.. InsyaAllah..
Semuanya bermula dari niat kita.
Sekiranya akhirat yang kita kejar, maka dunia akan mengikut kita..
Saham akhirat yang kita dambakan, bukan sekadar saham di dunia semata.
Semoga perkongsian saya ini akan memberi semangat untuk anda untuk mencari redha Allah dalam berniaga agar segalanya dipermudahkan olehNya.. Aameen.. InsyaAllah..

Saya selitkan di sini firman Allah SWT :
Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagiamu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak akan menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.
(QS. Al-Qashash: 77)

. NOTA KAKI TIPS BISNES INI .
Saya ingin kongsi kan di sini beberapa tips sekiranya anda berminat dalam bisnes ini.
1. Membuat kerja dengan perasaan seronok dan enjoy. Tidak stress – stress
2. Jangan meletakkan keuntungan di depan. Sebalik nya kena betul kan niat hanya kerana Allah
3. Niat untuk membantu, maka anda tidak boleh memarahi pelanggan anda walaupun mereka salah. Customer is always right.
4. Melayan pelanggan anda sebagai seorang sahabat yang anda dah kenal lama. Peramah dan tidak membuatkan mereka merasa janggal
5. Tidak meletakkan caj yang berlebihan
6. Tidak boleh memaksa pelanggan untuk membeli barangan kita. Sekiranya mereka mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan untuk membeli, jangan rasa kecewa
7. Menjawab persoalan dan pertanyaan pelanggan dengan baik walaupun pertanyaan dan permintaan mereka pelbagai
8. Banyak kan bersabar kerana kita sedang memberikan servis.
9. Cuba memenuhi segala kehendak pelanggan walaupun agak sukar dan seperti tidak munasabah. Ini kerana mereka lebih maklum apa yang mereka mahukan
10. Membina hubungan yang baik dengan pelanggan. Nasib baik, mereka boleh kekal menjadi sahabat anda sampai bila – bila.. InsyaAllah…😍
Sekian perkongsian dari saya.


Wassalam.

Imah SulamKaseh Creative.
10 Februari 2017



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selepas tersiar di The Vocket, banyak respon dan ucapan Tahniah yang saya dapat dari Sahabat2 Fb.. Alhamdulillah.. ramai yang masih ingat saya..

Moga segala yang baik kembali kepada anda semua juga.. InsyaAllah.. Aameen..










 Perkongsian saya di The Vocket juga telah di kongsikan oleh seorang guru ( Cik Apple Merah ) ke dalam Group TcherCollection.. Ramai juga yang mengucapkan terima kasih dan tahniah...

Saya mendoakan segala yang baik juga buat kalian.. InsyaAllah.. Aameen..













Okey.. itulah semua yang saya nak story malam ni.. huhu
Mata pun dah ngantuk dah..
InsyaAllah kita jumpa lagi esok jika jodoh masih panjang..

Wassalam
Imah SulamKaseh.
1.12am : 12 April 2017