Follow Us @soratemplates

Friday, May 11, 2012

Lensa Abah ~ Putrajaya

May 11, 2012 0 Comments
Lokasi : Masjid Putra, dan kawasan sekitar Putrajaya
Tarikh : 28hb April, 2012
Hari : Sabtu

Walau di mana jua anda berada, berusahalah untuk melaksanakan i'tikaf kerana ia adalah sunnah yang tidak pernah ditinggalkan oleh baginda Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam walaupun hukumnya tidak wajib.

Arca dan penunjuk arah Kiblat..

 
 


Model meniarap.. :)















Tak ketinggalan, kami.. :)
Sempat lah nak berposing, masih tak ramai orang.. awal pagi..

Thursday, May 10, 2012

Mereka mungkin ahli syurga….

May 10, 2012 0 Comments
Bila terbaca artikel kat bawah ni, teringat dengan Abang Muadz.. :)
Pernah sekali ummi tanya dia,
"Abang nak jadi apa ye bile besar nanti?"
"emm.. abang nak jadi orang kutip sampah lah ummi.. "jawab nya..
errkk.. ( alamak.. agak terkejut juga dengan jawapan dia tu pd mulanya.. )

"nape abang nak jadi pengutip sampah nye?.. kan banyak lagi kerja lain yang abang boleh pilih?" tanya ummi sekadar nak tahu apa jawapan nya.. :)
"kan ummi kata orang yang kutip sampah tu banyak pahala?.. abang nok jadi lah orang kutip sampah.. sebab abang nak banyak pahala.." jawab nya dengan tulus..

hihi.. anak ummi ni kan..betul sungguh.. :)

"ye.. memang tugas pengutip sampah tu sangat mulia, dan InsyaAllah banyak pahala dia kalau dia buat kerja tu dengan ikhlas.. tapi, tak semesti nya kerja tu sahaja yang kita dapat pahala banyak.. kalau kita buat apa - apa kerja pun, tapi kalau niat kita ikhlas, dan buat kerana Allah, semua tu Allah kira sebagai ibadat dan InsyaAllah kita akan dapat pahala.. "

"oo gitu ye ummi?.. abang nak jadi tok imam lah kalu gitu.. Imam Muadz.. " jawab nya..ringkas.

Alhamdulillah..:D
InsyaAllah.. sebenarnya tu lah juga impian ummi.. :) Moga anak ummi akan menjadi seorang yang cerdik pandai apabila besar nanti, dan dapat menyebar luaskan agama Allah ini, mengikuti jejak perjuangan Rasulullah SAW.. Ameen.. InsyaAllah..

Mereka mungkin ahli syurga….

Pernahkah anda melihat kehebatan yang dimiliki oleh pekerja-pekerja rendah am seperti mereka?
1-Mereka bekerja mencari rezeki yang halal demi menampung kehidupan ahli keluarga mereka. Ini adalah satu ibadah yang sangat mulia.
2-Mereka bertungkus lumus menjaga kebersihan alam sekitar dan tanpanya sukar untuk dibayangkan bagaimana kita berhadapan dengan permasalahan sampah dan bau busuk yang begitu menguja setiap kita.
3-Mereka mampu merendahkan diri untuk bekerja di sektor seumpama ini untuk menyara keluarga dan memanfaatkan masyarakat menghayati kebersihan yang merupakan sebahagian daripada Islam.
Beberapa soalan :
  • Pernahkah anda menyapa mereka ?
  • Pernahkah anda menggembirakan mereka?
  • Pernahkah anda memberi salam atau mengangkat tangan kepada mereka ?
  • Pernahkah anda menghadiahkan sesuatu bersempena hari perayaan seumpama hari raya dsb kepada mereka ?
  • Adakah anda sentiasa memudahkan kerja-kerja mereka dengan menyediakan sampah untuk diuruskan dengan baik dan sebersih mungkin?
Walau pun anda mungkin menganggap ini adalah isu kecil tetapi hidup anda pasti sukar tanpa mereka…..
Ada seorang di kalangan mereka yang sempat saya kenali dengan lebih rapat. Dia bekerja sebagai buruh pengutip sampah di siang hari dan kemudiannya bekerja sebagai ‘jaga’ atau ‘security guard’ di sebelah malam bagi menampung pendapatannya yang rendah. Beliau terpaksa menyara 6 orang anaknya yang bersekolah dan yang sedang membesar. Namun beliau tidak pernah kelihatan mengeluh dan kelihatan sentiasa menjaga solatnya. Lebih mengkagumkan lagi apabila beliau turut membayar zakat di Pusat Zakat Negeri walau pun pernah diberitahu bahawa kadar pendapatannya yang rendah menyebabkan beliau dimasukkan di dalam kategori ‘tidak wajib’ untuk membayar zakat.
Mereka mungkin dipandang rendah oleh orang ramai tetapi jangan lupa bahawa kehebatan mereka memungkinkan mereka mendahului kita sebagai calon ahli syurga…..!



Sumber

Wednesday, May 9, 2012

Maher ber'posing' di Putrajaya

May 09, 2012 0 Comments
Kali ni, jauh sikit tempat penggambaran Maher.. :)

Sebenarnya, ni adalah kali pertama kami membawa nya ke Putrajaya.. begitu juga dengan Abang Muadz..
Seingat - ingat ummi, paling last kami ke sana, semasa along berumur 3 tahun.. kecik lagi along time tu..
Tapi, sekarang ni along dah masuk darjah 3, dan 25 mei ni, genap lah usia along 9 tahun.. emm.. cepat masa berlalu kan?.. :) tup2.. dah 6 tahun kami tak menjengah ke sana.. tapi, tak banyak perubahan nampak nya.. cuma, bangunan kerajaan yang semakin bertambah..

( bila terpandang bangunan2 kerajaan ni.. terimbau la kisah lama.. )
emm.. Kalau ummi terima tawaran kerja sebagai Pegawai Sistem Maklumat 2004 dulu, means.. di sini lah tempat kerja ummi sekarang kan?.... hihi.. ( tp, tu citer lama.. malas nak citer lah.. dah bersyukur sangat dah dengan apa yang Allah rezeki kan sekarang.. ).. dah!. cukup2..

Okla.. xmau sembang panjang.. just nak share gambar si kecik yang sempat berposing di masjid Putra, Putrajaya ni.. :) suka sangat tengok dia membesar.. isy.. geram!..

Awang sengeh.. :D
Seronok di agah along..

Saya dah boleh merangkak.. :)
Jalan je belum.. :)
hihi.. nampak gigi yang dah nak cukup 7 batang, atas bawah


Posing lagi..
cak!.. :D
Sempat juga bergambar dengan along sayang.. :)

Selebihnya, nak gigit along.. :D

Tersenyum sendiri melihat gelagat dia.. ( dalam hati.. Ya Allah, aku bersyukur dengan segala nikmat yang Engkau berikan padaku ini.. dari tiada, Engkau adakan.. seorang anak. Sebagai pelengkap hidup kami.. Moga Engkau janganlah leka kan kami dengan nikmat yang Engkau berikan ini, dan dekat kan lah kami padaMu dengan kehadiran mereka.. dan, semoga dapat kami didik dan asuh mereka dengan ilmu dan agama yang secukup nya bagi mereka menempuh segala liku kehidupan di dunia ini Ya Allah..
Jauh kan lah mereka dari segala fitnah akhir zaman, dan jadikan lah kami di kalangan hambaMu yang beruntung.. )
Ameen Ya Allah.. Ameen Ya Rahman.. Ameen Ya Rahimm..

Ummi sayang kamu kerana Allah. InsyaAllah..

Sunday, May 6, 2012

Kisah Muadz berpuasa..

May 06, 2012 0 Comments
Seronok membaca komen sahabat - sahabat di FB yang menceritakan tentang puasa anak - anak mereka. Ramai anak - anak yang sudah dapat berpuasa di usia yang seawal 4 - 5 tahun.. Syukur.. anak sekarang dah pandai dan peka dengan persekitaran mereka, berbanding ummi di usia mereka dulu.

Mungkin kita dulu, tidak banyak di dedahkan dengan tanggungjawab berpuasa ni. Seingat ummi, dapat puasa penuh pun semasa usia 8 tahun..:) hehe.. teruk kan.

Jika di ikutkan dengan prestasi along, semasa usianya sebaya Abang Muadz dah pun start puasa.
Memandangkan tahun ni usia Abang Muadz genap 5 tahun, jadi ummi berhajat nak melatihnya untuk berpuasa. Teruja juga nak tengok macamana reaksi nya dalam melaksanakan tuntutan agama ini kerana ini adalah tahun pertamanya berlatih berpuasa.


Grand Riverview, Kota Bharu

Wednesday, May 2, 2012

Maher bermesra dengan alam

May 02, 2012 0 Comments

Sejak Maher di jaga Moktok, ini kali pertama dia di beri kebebasan untuk turun ke rumput di halaman rumah moktok. Setia menemani, along, Abang Muadz dan mokdek yang 'mulut banyak' tu.. hehe


"Adik cuba pegang ni.. "
Yang kat belakang tu kira nak posing je.. :)

"Adik nak tau.., ni lah daun pokok mangga"
"Ok.. along bagi adik pegang satu ye.."
"Abang.. jangan la kacau yang adik punye.."
Tengok tu, nak cuba rasa la pulak daun tu.. :)

"ok.. line clear.. dah boleh masuk mulut sekarang.. :)"
Ni dorang punya kerja la ni.. penuh bunga kat badan adik.. hehe.. Ingat adik gegirl ke... 

nampak dua batang gigi.. :)

"yey.. harini saya bebas bermain dengan alam.."
Abang suka nyakat adik...

"emphh.. hiraukan orang la.. asal dapat masuk mulut, jadilah.."
Bila dah puas kenakan adik, naik beskal pulak.. macam ni lah, melayan anak - anak bermain..
Seronok tengok mereka ceria.. moga mereka dapat membesar dengan cergas, dan dapat menimba ilmu dengan sebaik mungkin..
Suatu hari nanti, akan menjadi orang yang berjaya dalam hidup, bahagia dunia dan akhirat.. Ameen..

kak imah.. ambil la gambar adik ni.. ~ mok dek
p/s : dan, bagi tidak menghampakan hasrat si budak yang bermulut becok ala2 makcik endon ni.. maka, di masukkan lah juga gambar dia.. :)


Nanti kak imah masukkan gambar adik dalam fesbuk deh hehe ~ mok dek..

Tuesday, April 24, 2012

Album terbaru Maher Zain ~ Forgive Me ~

April 24, 2012 1 Comments
Dah lama tak post citer mengenai anak - anak..
Sekarang ni, ummi tidak punya masa yang sesuai untuk menaip panjang - panjang dan memilih serta meng-edit gambar untuk di postkan kerana sekarang ni lebih banyak masa yang di peruntukkan untuk melayan budak kecik si Maher tu.. :)
Masa amat terhad dan perlu di gunakan sebaik yang mungkin.

Kebetulan sekarang ni, ummi sedikit berkelapangan kerana 'menginap' di rumah mak. Abah ke KL atas urusan kerja. ~ Walaupun abah di sana, kami di sini tetap mendoakan moga Abah kan sentiasa dipermudahkan segala urusan dan sentiasa rindu kan kami di sini ye.. ~ InsyaAllah..

Ni saje nak bercerita tentang si along dan abang muadz yang tersangat lah excited bila di belikan cd album terbaru Maher Zain ~ Forgive Me ~..

Tu pun, mereka yang minta belikan selepas membaca mengenai pelancarannya di akhbar baru - baru ni. Abah setuju membelikan untuk mereka, memandangkan album pertama MZ yang pernah kami beli dulu tu pun banyak yang berunsur ketuhanan dan lebih mendidik jiwa.

Kami fikir, lebih baik mereka minat dengan lagu - lagu sebegini, berbading mereka suka kan lagu2 yang lagha.. ( nak sekat sangat anak2 dari menjauhi muzik pun, tak boleh juga kerana Islam tidak melarang hiburan itu.. namun, perlu kena pada caranya.. )

InsyaAllah; kami ingin kan yang terbaik buat mereka.. dan, moga mereka tidak terarah kepada benda - benda yang tidak elok.. Aamiinn..

Terima kasih abah, belikan kami cd ni.. :)

Dalam banyak - banyak lagu yang terdapat dalam album MZ kali ni, ada satu lagu yang sangat mereka minat, iaitu Ku MilikMU.. ( ada ummi post sebelum ni, lirik lagu nya di sini..)


Hanya selepas beberapa kali je mendengar lagu tu, mereka dah dapat menghafal liriknya.. ( lebih senang kut, sebab ia dlm bm/indonesia.. berbanding album sebelum ni yang banyak dlm versi arab dan bi :))

Ada banyak lagi lagu yang best2, antaranya :-

01. I Love You So
02. Number One For Me
03. Mawlaya
04. My Little Girl feat. Aya Zain
05. Forgive Me
06. One Big Family
07. Assalamu Alayka
08. Paradise
09. Masha Allah
10. Radhitu Billahi Rabba
11. Freedom
12. So Soon
13. Muhammad (pbuh)
14. Guide Me All the Way

Dan satu lagi lagu yang juga berbahasa Indonesia berjudul:
01. Tuntunku KepadaMu


Menarik cover album dia kan?

Semoga segala usaha MZ dan kakitangannya yang telah berjaya dalam menerbitkan satu lagi album yang mendidik jiwa ini, akan di berkati Allah.. InsyaAllah..

Ia boleh di jadikan sebagai salah satu alternatif kepada anak - anak muda dalam berhibur, dan dalam masa yang sama untuk mendekatkan diri kita kepada Nya Yang Maha Esa..

Harap nya, dengan mendengar lagu nya, akan menerbitkan rasa kehambaan dalam diri kita.. :) InsyaAllah..

Buat anak - anak ummi; bukan ummi nak agar kalian menjadi penyanyi tau!.. menyanyi, berhibur dengan keluarga tak salah.. jangan sampai melupakan kewajipan kita sebagai hambaNya .. okey?.. :)

Siap disertakan lirik lagu lagi..patutlah senang mereka nk hafal.. :)

Lagu Ku Milik MU ~ Maher Zain

April 24, 2012 0 Comments
Lirik Lagu Ku Milikmu - Maher Zain

Kuberdoa
Dengan jiwa dan tubuhku
Setiap hari sepanjang hidupku
Dengan nafasku
Aku berjanji pada-Mu
Untuk hidup hanya untuk-Mu
O Allah!
Kau bangkitkan jiwaku
Cahaya-Mu terangi hatiku
Hidupku,
Kupersembahkan pada-Mu
Ku milik-Mu
Ku milik-Mu

Kini kutahu rasanya
Hidup dalam cahaya kasih-Mu
Kini kutahu rasanya
Menemukan damai di hati
Seandainya semua tahu
Indahnya mengabdi pada-Mu
Seandainya semua tahu
Kasih-Mu lepaskan belenggu
Bebaskanku, kuatkanku

O Allah!
Kubersyukur pada-Mu
Walau kata tak sanggup ungkapkan
Kau buatku,
Mampu lawan keraguan
Dan tegar hadapi tantangan
Hanya Engkau
Sanggup bangkitkan jiwaku
Cahaya-Mu terangi hatiku
Dan hidupku,
Kupersembahkan pada-Mu
Ku milik-Mu
Ku milik-Mu

Kini kutahu rasanya
Hidup dalam cahaya kasih-Mu
Kini kutahu rasanya
Menemukan damai di hati
Seandainya semua tahu
Indahnya mengabdi pada-Mu
Seandainya semua tahu
Kasih-Mu lepaskan belenggu
Bebaskanku, kuatkanku

Cinta, hidup, siang, malam, harta, doa semua
untuk-Mu [x2]
Dan tiada satu pun dapat bersaing dengan-Mu di hatiku
Cinta, hidup, siang, malam, harta, doa semua untuk-Mu


Lirik Lagu Maher Zain - Ku Milikmu

Kini kutahu rasanya
Hidup dalam cahaya kasih-Mu
Kini kutahu rasanya
Menemukan damai di hati
Seandainya semua tahu
Indahnya mengabdi pada-Mu
Seandainya semua tahu
Kasih-Mu lepaskan belenggu
Bebaskanku, kuatkanku

Sunday, April 22, 2012

April 22, 2012 0 Comments
Terdapat dua ekor itik dan seekor kura-kura yang bersahabat baik tinggal di suatu kawasan yang semakin kering dek kemarau panjang. Binatang-binatang yang bermastautin di situ telah lama meninggalkan tempat tersebut memandangkan semakin hari semakin sukar untuk mendapatkan makanan dan minuman. Semua kolam kering dan tumbuh-tumbuhan semakin kekuningan dimamah sinaran mentari yang hangat membahang.

Disebabkan keadaan semakin mendesak, maka dua ekor itik itupun telah berpakat dan mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan yang lebih lembab dan berair. Kura-kura berasa risau memandangkan sahabat baiknya ingin meninggalkan tempat tersebut. Dengan keadaannya yang bergerak lambat dan tidak boleh terbang seperti mereka, agak mustahil untuk dirinya mengikuti jejak langkah mereka. Maka dia pun berkatalah kepada kedua-dua ekor itik tersebut.

"Kalian hendak berpindah, nanti aku akan mati kekeringan di sini. Aku tidak mampu terbang mengikutimu mencari tempat yang lebih baik. "

"Hmmm.. betul juga kata kamu Si Kura-Kura. Owh, tidak mengapa jika kamu mahu, kami boleh membantu kamu untuk sama-sama berpindah," ujar salah seekor itik tersebut setelah berfikir seketika.

"Bagaimana?" balas kura-kura kembali.

"Kami berdua akan menggigit sebatang kayu dan kamu juga mesti menggigit kayu itu untuk sampai ke destinasi kita dengan selamat. Bagaimana, kamu setuju?" Soal itik.

"Owh, kalau begitu aku setuju," kura-kura memberi persetujuan tanpa berbelah bagi.

Maka terbanglah kedua-dua ekor itik itu mencari tempat tinggal baru bersama kura-kura. Tiba-tiba sedang melalui suatu kawasan, ada beberapa orang budak nakal yang mengejek kura-kura.

"Hei kura-kura! Ada hati nak terbang tinggi. Engkau tu dah memang semulajadinya tidak boleh terbang, ada hati nak terbang tinggi macam itik. "

Kura-kura berasa geram dan marah dengan ejekan tersebut, tetapi dia masih tidak berkata apa-apa kerana dia tahu jika dia membuka mulut pasti dia akan terjatuh.

Kedua-dua itik tersebut terus terbang meninggalkan mereka tanpa mempedulikan ejekan budak-budak itu. Setelah penat terbang mencari destinasi impian, mereka melalui satu lagi kawasan yang dipenuhi dengan budak-budak yang sedang bermain. Mereka begitu kagum dengan keberanian dan kesungguhan kura-kura.

"Kura-kura, kami kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh kamu. Walaupun kamu tidak boleh terbang, tetapi kamu berusaha dengan gigih dan mahu ditolong oleh sahabat-sahabat mu, " jerit mereka kepada kura-kura.

Disebabkan teruja dengan pujian budak-budak tersebut, maka kura-kura pun membuka mulutnya untuk menjawab pujian budak-budak itu.

'ALHAMDULILLAH, aku ingin pergi ke tempat yang lebih baik dan berair bersama itik-itik"

Sebelum sempat menghabiskan kata-katanya, maka jatuhlah kura-kura itu ke atas tanah dan berkecailah badannya.

Begitulah berakhirnya kisah Itik dan Kura-Kura. Apabila dikeji, dihina, kura-kura begitu kuat tetapi kura-kura yang dulu bersemangat kental akhirnya mati menyembah bumi dek kerana sedikit pujian.

Begitu juga dengan kita, kita akan kuat apabila dihina dan diberi pelbagai tohmahan tetapi kita mudah terbuai dengan puji-pujian. Dalam kehidupan ini, kita janganlah cepat lemah dengan kejian, dan cepat riak dengan hanya sedikit pujian.Sebaliknya sentiasa bersyukur dan jadikan setiap kejian, umpatan dan fitnah tersebut sebagai sumber kekuatan kita untuk terus berjaya. Dan jika kita dipuji, janganlah pula berasa riak. Sebaliknya kembalilah segala pujian tersebut kepada-Nya, kerana tanpa keizinan-Nya tidak mungkin kita mampu memiliki apa yang kita usahakan.

Awal pujian adalah lembah kehinaan. Janganlah kita mudah terbuai dengan pujian yang diberikan, kelak kita yang akan binasa...

Via Jom Berdakwah Di FB!

Niqab dari Abaya Elegan Lovers :)

April 22, 2012 6 Comments
Beberapa minggu yang lepas, ummi telah membeli sehelai niqab yang sangat cantik dari Abaya Elegan Lovers.
Tuan empunye butik ni, atau lebih di kenali dengan panggilan kchik, merupakan senior ummi sewaktu di usm dulu.. ( tapi, masa belajar tu, kami tak sempat kenal pun. )

Hanya selepas ada nya kemudahan internet ni lah, baru kami dapat mengenali antara satu sama lain. Walaupun kami masih belum sempat untuk berjumpa dan beramah mesra secara live, namun ummi dapat merasakan keakraban dia sebagai seorang sahabat yang sentiasa di rindui.. :)

Terima kasih kak chik, kerana dapat menjadi sumber inspirasi imah dan juga sahabat di luar sana, untuk lebih mendekat kan diri kepadaNya Yang Esa.. Ameen.. Moga segala usaha kchik selama ini akan di berkati Nya dan di perpanjangkan pahala hingga ke Syurga.. Ameen.. :)
( rindu nak tengok wajah comel kak chik.. hihi.. :))


Ummi attach kan beberapa keping gambar ummi memakai niqab dari produk Abaya Elegan Lovers ni, sebagai testimoni ummi as a customer kchik.. :) harap kchik berpuas hati..



Ummi sangat berpuas hati dengan niqab ni.. selesa dan tidak panas. Suka dengan bahagian belakangnya yang labuh, membolehkan ummi menyesuai kan nya dengan tudung lain.

InsyaAllah sekiranya di beri peluang lagi, ummi akan mencuba produk lain lagi.. :)

bersama si kecik berambut kerinting.. :)

Saturday, April 14, 2012

Inspirasi ~ Keluarga Ust Don

April 14, 2012 0 Comments
Ternampak gambar ni di fb, yang di share oleh seorang kawan.. macam familiar je wajah2 mereka ni.
Bila baca komen2 kat bawah gambar tu, ye. betul jangkaan ummi. Ini adalah gambar keluarga Ust Don.. :)

Kenapa nak share gambar keluarga dia? apa specialnya dia?.. ( saje buat2 tanya, sedangkan semua dah tahu bagaimana special nya, dan betapa bertuah nya ibubapa yang memiliki anak seperti nya.. )

Kat bawah ni, komen dari Prof Muhaya :

"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak?

Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja ...bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun.

Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"


SUBHANALLAH...indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.

Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan???
Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID

>
Takkan lahir anak seperti nya, sekiranya ia bukan dari 'baja' yang di berikan oleh ibubapa mereka sendiri..
> Moga Allah permudahkan kami untuk mendidik anak - anak kami agar menjadi seorang yang soleh, beriman dan sentiasa menghargai ibubapa mereka.. Ameen..