Follow Us @soratemplates

Wednesday, October 20, 2010

Berbaik sangka dengan Allah..

Hampir 10 bulan berlalu. Peristiwa kehilangan beg tangan di Masjid Sultan Ahmad Kemaman, masih segar dalam ingatan ummi. Di anggarkan, kerugian hampir mencecah 2k dari kes ini, yang akhirnya ia 'kembali' ke pangkuan ummi setelah di jumpai di buang ke dalam tong sampah di Cherating, Pahang. Alhamdulillah..

Walaupun tidak kesemua barang di pulangkan, namun ummi sangat berterima kasih kepada pakcik dan anaknya yang telah menjumpai beg ummi itu, sewaktu mereka sedang membersihkan kawasan pantai pada hari keempat ummi kehilangan nya. Beg tangan itu di jumpai di buang ke dalam tong sampah dan berbalut dengan plastik supaya ianya tidak kotor.. ( mungkin mereka sengaja; supaya ia dipulangkan pada ummi .. )

Terima kasih juga kepada 'si pencuri' yang telah sudi memulangkan beg tangan ummi beserta dengan purse dan kad2 yang boleh di katakan kesemua sudah tidak boleh digunakan kerana sudah di block.

Ummi masih bersyukur, kerana masih ada jodoh dengan beg tangan dan purse pemberian abang itu, cuma apa yang ummi terkilan kan adalah, perginya kamera digital kami, Olympus yang juga pemberian abah kepada ummi; dan telefon yang dibeli untuk along di Mekah ~ pergi buat selama - lamanya dari kami...

 Gambar di Jabal Uhud ini sempat di snap menggunakan Olympus kami.. :)

Bercerita tentang kamera kami, sebenarnya telah banyak jasanya kepada kami sekeluarga. Dan, yang paling kami ingatkan ia kerana ia telah berjaya merakam saat - saat manis kami sewaktu berada di Haramain.. itu lah kenangan kami yang terindah.. nasib baik kami telah selamat men download kesemua gambar2 itu, walaupun banyak yang masih tersimpan di dalam kamera tersebut.


Apabila mengimbau kenangan ini, kami bersyukur dengan pemberian nya, dan kami juga perlu redha dengan ketentuannya.. Allah berhak berikan kepada sesiapa sahaja yang Dia mahu, dan Dia juga berhak untuk mengambilnya semula dari kita.. InsyaAllah kami terima segalanya ketentuanNya dengan hati terbuka.... kerana tidak akan terjadi sesuatu itu jika bukan dengan kehendak Allah Taala Yang Maha Esa...

Oleh itu, sentiasa lah kita berbaik sangka dengan Allah, moga Allah berikan yang lebih baik kepada kita di atas setiap musibah yang di timpakan kepada kita. InsyaAllah..

At Traders KL

 -----------

Yakin dengan janji Allah.. dan, rasanya tidak salah ummi katakan yang ummi dapat 'ini', adalah lebih baik dari yang sebelum nya.. Terima kasih buat abang yang telah sudi membelikan ummi D5000, sekaligus telah merawat luka kehilangan olympus yang lama tu.. walau begitu, hadirnya dslr yang baru, namun olympus yang lama masih dalam kenangan..:)

 Gambar yg di shoot oleh D5000 & yg pertama di edit menggunakan photoshop 

Tak pernah belajar pun cara menggunakannya, namun berpuas hati dengan hasil yang diperolehi. Dan, ini adalah antara yang sempat ummi editkan.. walaupun hasilnya tak seperti seorang yang pro.. tapi, agak2 nya boleh la cari makan kan.. :)

Perlu banyak belajar lagi ni..

 Sewaktu birthday muadz

Suasana malam raya..



Sewaktu majlis perkahwinan yatie & firdaus

 

No comments:

Post a Comment