Follow Us @soratemplates

Friday, May 8, 2015

Apakah PEDOFILIA. Jaga diri dan keluarga

May 08, 2015 0 Comments

Saya copy tulisan kakak sahabat saya ni untuk kita sama2 faham, apakah pedofilia.

Membaca artikel ni seakan jantung yang baru lepas berlari 100m..huhu.. berdegup laju dan sangat mendebarkan.

Mungkin ramai di luar sana yang sama dengan saya. Tidak begitu faham dengan masalah ni, dan tidak pernah terfikir yang adanya segelintir 'manusia' yang hidup dengan penyakit sebegini.. huhu.. Nauzubillah...

Ya Allah.. moga Engkau peliharalah kami dan keturunan kami dari dihinggapi dengan penyakit mental seperti ini..

Lindungilah kami dari segala mara bahaya dan mala petaka..

Segala yang baik datangnya dari Allah.. yang buruk juga terjadi dengan izin Allah..
Engkau Maha Berkuasa..

-----------------------------------------------------------------

[PEDOFILIA: PERLUKAH KITA KISAH?]

Pedofilia adalah seorang dewasa atau remaja yang mempunyai kecenderungan dan keinginan seksual terhadap kanak-kanak. Pedofilia telah lama terlepas bebas di negara kita.

Ingatkah lagi pembunuhan kejam adik Nurin Jazlin pada tahun 2007 dulu? Kegagalan pihak berkuasa menangkap pembunuh adik Nurin sejak 8 tahun lalu membuktikan bahawa sekurang-kurangnya seorang pedofilia tegar masih bebas. Pedofilia dalam kes ini memperolehi kepuasan dengan mendera anak kecil secara seksual dengan kejamnya. Pedofilia yang masih bebas itu mungkin pernah mendukung anak kecil kita yang dipuji comel, dia mungkin adalah ‘friend’ Facebook kita, dia mungkin seorang ‘jaga’ di apartment kita, dia mungkin juga peniaga kantin sekolah anak kita dan dia sudah pastinya saudara mara salah seorang daripada kita. Pelbagai kemungkinan.

Dua hari lepas, kita digemparkan dengan berita tertangkapnya seorang pedofilia yang merupakan pelajar Malaysia di universiti terkemuka London. Pelajar ini menyimpan, menghasilkan dan mengedar gambar dan video pornografi kelas A yang hakikatnya adalah penderaan seksual kanak-kanak yang ekstrim. Berapa ramai lagikah mereka ini di Malaysia?

Pada awal tahun 2015, ibubapa di UK dikejutkan dengan penemuan website pedofilia berpengkalan di Rusia yang mengandungi 41 juta keping gambar kanak-kanak. Gambar-gambar tersebut disalin dari akaun media sosial milik peribadi/keluarga mangsa dan dimuatnaik ke website tersebut yang mempunyai beratus-ratus ribu pengunjung dari seluruh dunia.

Petikan dari laporan,
“Most of the images are accompanied by inappropriate comments from users across the world, which show they are being used for sexual gratification.”

Bayangkan jika gambar anak-anak kecil kita juga dimuatnaik ke situ.

Kebanyakan kanak-kanak yang menjadi mangsa pedofilia adalah yang belum baligh (prepubescent), lelaki dan perempuan. Di Malaysia, pada awal tahun ini, seorang bayi berusia 7 bulan dirogol suami pengasuh di Kepong. Ini bukanlah satu-satunya kes di Malaysia yang melibatkan bayi. Ada lagi yang telah dilaporkan. Beginilah betapa jahat dan sakitnya seorang pedofilia. Adakah kita tidak perlu kisah?

BAGAIMANAKAH IBUBAPA BOLEH MELINDUNGI ANAK-ANAK DARI PEDOFILIA?

1. Sentiasa ‘connect’ dengan anak-anak dan bina kepercayaan supaya kita menjadi tempat bercerita dan mengadu.

2. Ingatkan anak-anak kecil untuk tidak menyimpan sebarang rahsia antara anak dan orang dewasa yang lain. Pedofilia selalunya memujuk anak untuk menyembunyikan perbuatan keji mereka.

3. Hentikan sifat malu dan segan untuk bercakap soal seksual dengan anak-anak. Setiap hari anak-anak kita terdedah kepada unsur seksual di media, internet, iklan, sekolah dan paling menghampakan, di muka hadapan suratkhabar utama. Rancangan TV kanak-kanak dan siri kartun juga ada yang mengandungi unsur seksual dan menggunakan bahasa yang berunsul seksual. Kita mesti bersedia dan bersifat terbuka untuk mendidik anak-anak tentang isu seksual apabila perlu. Berbicaralah mengikut kesesuaian umur anak dengan bahasa yang difahami anak.

4. Sentiasa peka dengan gerak tubuh anak-anak yang mungkin mempamirkan sebarang ketidak-selesaan atau kegelisahan. Ambil tahulah.

5. Berhati-hati dengan paparan gambar dan video anak-anak di media sosial dan internet secara umumnya. Kenalkah kita siapa ‘friend’ dan ‘follower’ kita? Gambar-gambar anak kita mungkin di antara 41 juta gambar di website pedofilia yang disebut di atas. Sekarang ini mungkin ada pedofilia yang sedang berfantasi seksual melihat gambar anak-anak kita.

6. Ajar anak kecil tentang “appropriate and inappropriate touch”. Pesan kepada anak-anak lelaki dan perempuan, bahawa tubuh-badan mereka adalah milik mereka dan tidak boleh disentuh oleh orang lain termasuklah saudara-mara terdekat ataupun mereka yang berada di rumah pengasuh/nurseri/tadika.

7. Kenalpasti urusan-urusan yang membabitkan keadaan berisiko kepada anak-anak seperti membersihkan diri selepas ke tandas, bersalin pakaian, mandi dan sebagainya dan selalulah bertanyakan mereka dalam perbualan tentang siapakah yang terlibat. Contohnya, k
alau tiba-tiba anak kecil bercerita bahawa pada hari ini anak penjaga yang membersihkan dirinya selepas ke tandas, atau ada orang mengambil gambar mereka mandi, anda perlu bertindak segera.

8. Ajar anak-anak teknik YELL RUN AND TELL (JERIT, LARI DAN CERITA) sekiranya mereka disentuh oleh sesiapa yang membuatkan mereka rasa tidak selesa seperti yang telah kita tunjukkan (di atas).

9. Jangan biarkan anak kecil ke tandas awam bersendirian. Iringilah anak dan tunggu sehingga anak selesai ‘berurusan’ di tandas. Kiranya kita perlu ke tandas dan anak kita berseorangan dengan kita, apa yang boleh dilakukan adalah mencari tandas awam yang mempunyai banyak unit tandas dan suruh anak kita masuk ke dalam sebuah unit tandas. Pesan kepada anak supaya terus berada di dalam unit tandas mereka yang berkunci, sehinggalah kita mengetuk dan memanggil.

10. Pasanglah parental ‘control software’ dan perisian saringan di komputer yang digunakan oleh anak-anak. Bersembanglah dengan anak-anak tentang bahaya ‘chat’ dengan sesiapa sahaja yang dikenali di internet. Pedofilia sentiasa mencari mangsa dengan merayau-rayau di internet. Mereka pandai memujuk dan bermanis kata. Mereka juga menggunakan identiti palsu supaya mudah dipercayai oleh kanak-kanak.

11. Adakan peraturan yang mewajibkan anak-anak menggunakan komputer hanya di ruang keluarga/umum di dalam rumah. Elakkan dari membenarkan anak-anak menyimpan dan menggunakan komputer di dalam bilik tidur mereka kerana sukar untuk dipantau. Ini membuka peluang untuk pedofilia ‘masuk jarum’ kerana mereka tahu anak kita tidak diawasi.

12. Elakkan memberikan telefon pintar dengan keupayaan ber’chat’ kepada anak-anak kecil.

13. Pastikan kita kenal siapa kawan-kawan rapat anak-anak kita, begitu juga guru-guru, jurulatih dan semua remaja dan orang dewasa yang terlibat dengan anak-anak kita.

14. Jangan biarkan anak kecil ke mana-mana berseorangan walaupun destinasi yang berdekatan seperti kedai, pasar malam dan sebagainya. Pedofilia mungkin telah lama memerhatikan rutin dan gerak geri anak kita. Mereka mungkin telah pun merancang sesuatu dan hanya menunggu masa untuk bertindak jahat.

15. Bekerjasama dengan pihak nurseri/pra sekolah/sekolah anak untuk melindungi anak-anak dari pedofilia.

BAGAIMANA PIHAK NURSERI/PRA-SEKOLAH/SEKOLAH BOLEH MELINDUNGI KANAK-KANAK DARI PEDOFILIA?

1. Tidak memaparkan gambar pelajar di akaun media sosial peribadi guru dan kakitangan. Yakinkah kita ‘friend’ guru-guru bukannya pedofilia? Jika ada ibubapa yg menjadi ‘friend’ guru, biarlah hanya gambar anak ibubapa itu sahaja yang dipaparkan jika dibenarkan, bukannya seluruh kelas.

2. Paparan gambar di website dan media sosial rasmi pihak sekolah perlu mendapat persetujuan (consent) ibubapa terlebih dahulu.

3. Mengawal pengambilan gambar dan video pelajar oleh guru dan kakitangan sekolah. Di sesetengah negara, guru tidak dibenarkan membawa kamera, malah telefon bimbit guru yang berkamera ditinggalkan di pejabat sepanjang waktu persekolahan untuk memastikan gambar dan video tidak dirakam sewenang-wenangnya bukan kerana urusan rasmi.

4. Banyak negara mempunyai sistem daftar-rujukan yang membolehkan sekolah dan organisasi yang terlibat dengan kanak-kanak memeriksa latar belakang mereka yang bekerja dengan kanak-kanak. Sistem ini diwujudkan untuk melindungi kanak-kanak.

5. Memantau kiranya ada kakitangan yang gemar berseloroh dengan unsur yang tidak appropriate/lucah. Ini adalah salah satu indikasi gangguan jiwa.

6. Memastikan pintu kelas mempunyai bahagian berkaca untuk melihat ke dalam kelas.

7. Tiada urusan di lakukan antara guru dan kanak-kanak di dalam bilik yang tertutup. Pintu mesti sentiasa dibuka.

8. ‘Educate’ guru, ibubapa dan pelajar tentang pedofilia bagi menunjukkan keseriusan masalah tersebut.

Prihatinlah wahai ibubapa, guru-guru dan penggubal polisi. Ambil tahulah. 
Sejauh mana sesuatu masyarakat itu melindungi keselamatan anak-anak melalui kesedaran, polisi dan undang-undang, membuktikan sejauh mana masyarakat tersebut menghargai kanak-kanak.

Marilah juga kita sama-sama ‘connect’ dengan anak-anak remaja supa
ya mereka tidak menjadi seorang pedofilia. Semoga Allah melindungi anak-anak kita yang merupakan amanah dari Allah swt.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Monday, May 4, 2015

Tips Mudah Crack Adobe Photoshop CS5 Extended

May 04, 2015 0 Comments
Bismillah.

Entry kali ni, saya kopipes sedebuk dari blog NorFanil ni..
Moga ada pahala untuk dia kerana beri ilmu yang tersangat mudah untuk saya follow..
So, sape yang suka meng-edit atau suka design2 tu.. boleh la baca instruction kat bawah ye..

Sekali lagi, big thank to Norfanil.. Muahss...

Gambar je bukan copy yg Norfanil punye. hee..
Ni gambar anak saya..
So, sekarang dah boleh guna CS5 tanpa masukkan keygen lagi.. :D


Assalamualaikum.

Selepas 30 hari menggunakan trial version Adobe Photoshop CS5 Extended, hari ni baru la terhegeh hegeh nak crack.. Hehe.. Ini lah dia designer yang malas gila nak crack.. Sabo je la..  Sebelum ni dah ada crack  Adobe Photoshop CS5 tapi ada masalah dengan keygen tuh. Hanya beberapa minit je patch diterima, lepas tu diminta untuk crack lagi..
Saya jumpa cara mudah nak crack Adobe Photoshop CS5 Extended.. Korang boleh follow instruction bawah ni.. InsyaAllah menjadi.. So tak payah pening pening dah nak download keygen ke apa.. guna je cara ni… ok..
1. Go to C:\Windows\System32\drivers\etc
2. Now download this hosts file and replace your old hosts file with this hosts file
3. Now open Adobe Photoshop CS5 Extended and just enter this serial key
  1330-1245-8292-4567-6480-4584 
And press Ok after that it will not ask you for serial key.
Selamat maju jaya… ~ Cara Mudah Crack Adobe Photoshop CS5 Extended

Thursday, April 30, 2015

AKU DIINFAQKANNYA UNTUK MEMBANTU PERJUANGAN ISLAM

April 30, 2015 0 Comments

Assalamualaikum.

Sewaktu melewati catitan yang di forward ke dalam group WA kami ni.. dalam tak sedar berderai airmata.
Pilu dan sebak membacanya.

Tatkala semua orang sibuk menyambut Hari Pekerja, dan bersuka ria bersama keluarga, di sana sahabatku (senior sebenarnya) sedang menghadapi dugaan yang sangat hebat.
• Hilangnya seorang yang sangat mustajab doanya kepada seorang yang bergelar anak • 

Allahu..
Perginya di hari yang bahagia. Penghulu segala hari.. moga Allahyarhamah akan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan soleh..
Aameen.. Ya Rabbal Alamin..

# Kak Athirah ni senior dalam jemaah sewaktu saya belajar di USM. Seorang yang sangat saya kagumi kerana kecekalannya dalam berjuang bersama jemaah PAS..
Moga Allah kuat kan semangat Kak Athirah dan diberi ganjaran Syurga Allah...
Aameen..

-------------------------------○●○-----------------------------
AKU DIINFAQKANNYA UNTUK MEMBANTU PERJUANGAN ISLAM - PAS

Penghujung tahun 1999, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat pada waktu itu iaitu Ustazah Hjh Jamilah Ibrahim @ Mak Lah telah meminta aku untuk membantu Ahli-Ahli Dewan Negara (Senator) daripada kalangan Muslimat dalam segala urusan berkaitan Parlimen.

Selain tugas sebagai "Pegawai Khas Senator Muslimat", aku juga sekaligus diminta membantu urus tadbir Dewan Muslimat,memandangkan pada waktu itu bukan ramai yang sanggup kerja sepenuh masa dengan jamaah dengan gaji atau elaun yang rendah berbanding kelulusan akademik masing-masing.

Aku tidak keberatan memandangkan ia sudah menjadi janji dan bai'ah ku sejak Tamrin Tahun 2 yang diadakan di Taman Melewar di hadapan Presiden PAS ketika itu, almarhum Dato Ust Fadzil Noor dan Mak Lah sendiri.

Pun begitu, seperti biasa aku akan terlebih dahulu meminta izin daripada ibu ku terhadap apa sahaja perkara penting yang mahu aku lakukan. Demikian mama pula senantiasa maklumkan aku tentang apa jua yang dia mahu lakukan, barangkali untuk dapatkan "second thought". Ia suatu yang biasa kepada kami berdua.

Aku mengajukan tawaran Mak Lah kepada mama, reaksi awalnya ialah DIAM. Aku mengulas panjang untuk meyakinkannya, al maklum PAS pada ketika itu hanyalah lebih terkenal sebagai parti politik pembangkang.

Mama mendengar ku teliti...daya penaakulan dan pandang ke hadapannya memang sentiasa membuat aku teruja. Mama seorang ibu yang berpandangan jauh, kritis dan berani. Dia kemudiannya menekankan soal kebajikan dan masa depan ku, apakah itu akan diberikan perhatian oleh PAS. Sekaligus mengajak aku berfikir tentang apa yang sudah aku ada, yakni jawatan dan pendapatan sedia ada dengan apa yang PAS boleh berikan dan sediakan.

Mama bertanya PAS bagi berapa sebulan?....Aku diam....lama...kemudian menjawab perlahan ..hanya RM1,000 sebulan in shaa Allah.

Mama merenung aku tajam. Aku tahu dia terkejut. Aku tunduk. Mama bertanya "itu saja"?...Aku jawab "iyya...tetapi in shaa Allah RM1,000 itu akan lebih berkat berbanding yang aku dapat dengan kerja sebelum ini yang mencecah RM5-6 ribu sebulan."

Aku terus mengulas tentang keberkatan dan janji Allah...beberapa surah al quran aku petik...khususnya surah Muhammad ayat 7.

Ada sinar di wajah mama selepas mendengar kepetahan ku barangkali meyakinkannya...tetapi masih diam...tidak berkata iya atau pun tidak. Aku cemas.

Tiba-tiba ilham daripada Allah itu sampai...aku seraya menggunakan hujjah mudah...aku katakan kepadanya , "Allah telah anugerahi mama 7 orang anak, semuanya sempurna dan  hidup...sedangkan Allah hanya minta seorang sahaja untuk mama infaqkan kepada kerja-kerja Gerakan Islam PAS...dan itu pun Allah bukan ambil terus, tetap kekal menjadi anak mama yang in shaa Allah akan terus berbakti kepada mama dan keluarga...". Mama terus senyum dan berkata, "kalau kamu sudah fikir betul-betul dan rasa itu baik maka mama takkan menghalang..tapi buatlah betul-betul...".

Demikian mama ku, aku diinfaqkannya untuk membantu perjuangan Islam.

Walaupun aku duduk jauh daripadanya, setiap hari, pagi atau petang, siang atau malam kami selalu berhubung sehinggalah ke saat-saat mama ku dijemput menghadap ilahi malam tadi. Aku yang sudah lebih 8 hari  di PRK P044 Permatang Pauh, Pulau Pinang ketika itu menuju balik ke Kuala Lumpur untuk  menghadiri Himpunan 1 Mei Bantah GST, sempat memaklumkannya dan meminta DOA nya untuk keselamatan ku dalam perjalanan....

Kedengaran suaranya tidak seperti biasa, aku bertanya "mama ok?"...mama memaklumkan ringkas...katanya dia muntah, pedih ulu hati.. Aku katakan sekejap lagi aku akan hubunginya semula...bagi memberi ruang kepadanya..

Dan....kurang lebih 2 jam selepas itu rupanya aku sudah kehilangannya ...kehilangan DOAnya yang setiap hari aku minta...selama hayat ku yang dipinjamkan Allah...

"Assalamua'alaikum ma.."..itu kata-kata yang kini hanya mampu ku bisikkan di dalam hati....I missed you mother!

Aduhai Allah...
sungguh aku redha....tetapi izinkanlah aku untuk terus mengenangnya..dalam-dalam...

Terima kasih ya Allah..
Anugerahi untuk ku seorang ibu sebaik dan sehebat mama.

Rehatlah ma...yaumul jumuah!
Cant wait to see you.

Al fatihah...
Allahul musta'an.

🅰🅰🅰
AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
1 Mei 2015, 08:41
Flight AK 5198

Friday, April 24, 2015

Andai Dia Pergi Dulu Sebelummu

April 24, 2015 0 Comments

Andai Dia Pergi Dulu Sebelummu

Untuk diri ini, dirinya dan untuk pembaca, saya tuliskan pesan dan amanat ini:

Andai dia pergi dulu sebelummu…

Sepuhlah air mata dan teguhkanlah jiwa. Kita yang masih hidup perlu menyambung perjuangannya. Tidak mengapa bersedih seketika. Itu fitrah jiwa. Namun sederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula. Katakan kepada diri, ya… kau telah pergi, pergi bersama doaku. Kau tunggu di sana, pasti aku akan menyusul nanti!

Andai dia pergi dulu sebelummu…

Tanyakan pada hatimu yang sebati dengan hatinya, apa yang dia inginkan jika dia masih di sisi? Renung wajah anak-anakmu, luaskan fikiran melampaui jangkauan kesedihan. Anak-anakmu punya masa depan. Di tanganmu segala cita-cita dan harapan. Jangan sampai nestapa ini menjadi halangan. Apakah kautega mengecewakan?

Andai dia pergi dulu sebelummu…

Katakan kepada diri, akan kugalas amanah ini. Sekiranya terpaksa bertongkat dagupun, aku tidak akan lemas dipagut sendu. Berjuanglah, agar dia mampu tersenyum di alam barzakh. Oleh nukilan doa anak yang soleh dan solehah. Kalau benar cinta itu setia, anak-anak itulah titiannya. Di jambangan munajat, di taman ibadat, tentu ada mata air pahala… yang mengalir selamanya… sentiasa!

Andai dia pergi dulu sebelummu…

Walaupun dia tidak akan kembali lagi, tetapi itu bukan akhir pertemuan. Dulu kita bertemu untuk berpisah.  Kini kita berpisah untuk bertemu. Inilah jalan takwa yang telah dilalui oleh seluruh Ummahatul Mukminin ketika ditinggalkan Rasulullah. Syukur kau terpilih untuk melalui jalan itu. Jalan mujahadah di lebuh raya mehnah. Kau terpilih, bukan tersisih. Terpilih untuk merasai mehnah Ilahi, tradisi hidup Ummahatul Mukminin yang ditinggalkan suami!

Andai dia pergi dulu sebelummu…

Sibukkanlah dirimu. Beribadahlah sehingga kau letih untuk merasa sedih. Gembirakanlah hati mu dengan menggembirakan orang lain. Carilah peluang kebajikan dan kebaikan yang bertaburan. Bila sesekali kesedihan datang tanpa diundang, berwuduk dan bacalah al-Quran. Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu satu kerehatan. Menangiskan, bukan kerana kau lemah tetapi kerana fitrah, kerana telah begitu lama kau mengempang kesedihan!

Begitulah setiap kali Rasulullah bila terasa gundah… diadukannya kesedihan kepada Allah. Lalu masyhurlah kata baginda yang apabila nestapa melanda, “Aku hamba Allah, Allah tidak akan mengecewakanku.

Andai dia pergi dulu sebelummu…

Bisikan ke dalam hati mu yang paling dalam. Dia bukan milikku. Dan aku pun bukan miliknya. Pemilik segala ialah al-Malik. Dialah yang memiliki dan menguasai segala-galanya. Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah.Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki.

Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi… tetapi katakan padaku sentiasa ada yang menanti. Tunaikan amanah, perhebatkan ibadah semoga kita dan dia melangkah ke syurga!

Tulisan itu berhenti di situ. Seolah-olah tidak berdaya lagi hati meneruskannya. Untuk diri dan siapa sahaja yang bernama suami yang belum ditinggalkan, maka ingin jua saya berpesan agar hati tidak terkilan ketika dia meninggalkan.

Jika Dia Masih Bersama

Inilah pesan buat diri sendiri dan para suami yang telah berusia, sedangkan si dia masih di sisi:

Sungguh, kau jangan lupakan dia. Dia yang sejak awal rela untuk bersamamu – mengharungi denai dan ngarai. Pada segala kesusahan yang dirasainya sejak mula. Isterimu, adalah sayap kiri. Pelengkap kembara kita melayari suka dan duka, ria dan nestapa dalam kehidupan yang sementara. Aku pasti dia telah tua sekarang. Tenaga wanitanya pasti dipagut usia dan gelombang rasa.

Pada usia yang hampir mencecah pertengahan abad, tidak kira ketika kariermu sedang di puncak atau masih terus mendaki, kau tidak punya alasan untuk meminggirkan dia. Tergamakkah kau mematahkan tongkat yang membantumu melangkah, atau membakar jembatan yang telah membawamu ke seberang? Jangan, jangan begitu. Bukankah tidak bersyukur kepada manusia kekadang mencacatkan syukur kita kepada Allah?

Apa salahnya kauteladani Rasul yang mengenang jasa Sayidatina Khadijah? Isteri yang memberi selimut sewaktu Baginda kedinginan dilanda wahyu pertama? Ketika segalanya meminggir, Khadijah tega dan sedia menjadi insan terhampir. Segalanya diserahkan kepada perjuangan suami kerana dia dan suami adalah satu. Satu hati menegakkan kalimah yang satu di lautan berhala yang beribu!

Tergenang air mata Rasul bila mengenangkan Khadijah. Jauhari yang mengenalnya sewaktu gelap jahiliah. Orang lain buta, tetapi Khadijah tidak. Dia tetap mengenal permata di tengah celahan kaca. Lantas dia menjadi mahkota di hati Rasulullah. Dukacita Nabi atas pemergiannya diubati oleh peristiwa besar Israk dan Mikraj. Lalu Tahun Dukacita abadi dalam sejarah – nostalgia duka yang berbekas di hati Rasulullah.

Ketika hidupnya dan selepas pemergiannya, Rasul mengenangnya. Tatkala ada hidangan yang hendak dinikmati, sering Rasul berpesan, “Kirimkan kepada kawan-kawan Khadijah.” Siapa yang menghantar makanan ke gua Hira’ ketika Nabi Muhammad gelisah di tengah amukan jahiliah. Siapa pula yang menahan kesukaran untuk hamil dan melahirkan cahaya mata Rasulullah? Kita tentu akur bahawa srikandi cinta Rasul ialah Sayidatina Khadijah.

Walaupun isteri kita tidak sebaik Khadijah, kerana kitapun tidak semulia Muhammad, namun apa salahnya cinta sejati itu diteladani dalam mengharungi cinta suami-isteri masa kini. Yang berubah hanya ‘alat-alat’ teknologi, tetapi bukan soal hati. Hukum cinta tetap abadi dan hakiki – untuk disayangi, mesti terlebih dahulu menyayangi!

Jangan kau lupakan jasa insan yang bersama mu ketika kau ‘merangkak’ agar engkau tidak tersungkur semula bila sudah di puncak. Jika alam boleh bersuara, pasti semuanya akan mengingatkan betapa besarnya ‘saham’ seorang isteri pada kejayaan seorang suami.

Jangan kau melupakannya kerana melupakannya bererti kau melupakan dirimu sendiri. Jangan melihat ‘pucuk muda’ di hujung dahan sehingga kau lupa ‘akar tua’ yang menumbuhkan pepohonan. Insan semulia Muhammad itupun masih mengenangkan jasa isteri, apalagi kita insan yang biasa-biasa ini…

Jangan gigit tangan yang terus rela dan tega bersamumu dalam perjalanan ini. Kenang dan balas jasanya sementara dia masih ada. Pesanku, buatmu dan buatku jua… jangan lupakan ‘Siti Khadijah’ kita!

Sumber : GentaRasa

Sunday, April 12, 2015

Memburu Cinta Fatamorgana

April 12, 2015 0 Comments
Lagu Antara Dua Cinta yang di mainkan di radio Ikim pagi tadi, mengembalikan kenangan ummi sewaktu belajar di USM dulu2.. minat sangat dengan lagu ni, dan seingat ummi lagu ini dinyanyikan oleh Kumpulan Saujana.

Namun, kali ini kedengaran suara Nazrey yang mendendangkan nya.. Mungkin juga lagu asalnya adalah nyanyian Kumpulan Raihan, dan diberikan nafas baru oleh Saujana. Mungkin. Beranggapan begitu kerana nyanyian kumpulan Saujana, agak berentak sedikit berbanding yang di nyanyikan oleh Nazrey. Setakat mana kesahihan nya, ummi kurang pasti. wallahua'lam.

Walaupun ianya adalah kenangan yang sudah hampir 10tahun berlalu, namun lagu ini masih lekat di ingatan.. dan, InsyaAllah masih meminatinya sampai sekarang.. bukan kerana siapa penyanyinya, tetapi kerana bait kata - katanya yang cukup menginsafkan ummi.. Mungkin janggal bagi sesetengah orang, tetapi bagi 'seorang' yang berjiwa sentimental seperti ummi ni, kekadang boleh mengalirkan air mata hanya kerana mendengar sesebuah lagu.  ( InsyaAllah lagu yang berbentuk ketuhanan lah.. :) )

Mendengar nya, terasa seperti nasihat yang sentiasa membangkitkan diri ummi dari terus terlena dengan kenikmatan dunia..

Biasalah sifat manusia, apabila senang.. mudah lupakan Allah..
dan bila tibanya ketika susah dan di landa masalah, barulah akan dekat dengan Allah.. merintih dan memohon kepadaNya..

Bukan ummi menuduh sesiapa.. kerana, diri ummi juga begitu. Apabila kita di limpahi dengan kenikmatan dan kesenangan, menyebabkan terkadang diri terleka dan sedikit tersasar dari landasan sebenar.. Dugaan yang mendatang membuatkan diri tersedar kembali, dan cuba untuk kembali kepadaNya Yang Esa..

Ummi sedar dengan kekurangan diri.. dan, sentiasa cuba untuk memperbaiki segala keburukan ini.. Moga Allah sentiasa memberikan petunjuk dan jalan buat ummi.. Ameen..



Kebetulan juga, artikel yang ummi baca pagi ini di Genta Rasa juga menempatkan pengisian yang berkaitan dengan lagu yang ummi minati ini.. ummi lampirkan di sini, untuk di kongsi bersama semua, agar ada manfaat yang dapat dikutip darinya.. InsyaAllah..




Kali ini izinkan saya menulis tentang cinta orang tua. Mungkin ini berguna bukan hanya untuk orang  tua, tetapi juga orang muda. Sejak kebelakangan ini  terasa benar usia telah senja. Ketika melihat dan mengurut badan ayah yang telah tua baru-baru ini, saya mudah letih.
Barulah saya sedari bahawa yang mengurut (saya sendiri) rupa-rupanya telah tua. Ya Allah, semakin tawar kemanisan dunia di lidah, mata, telinga dan seluruh panca indera ku. Jemputan untuk pulang mula mengimbau… 
Inilah hakikat dunia. Yang halalnya dihisab, yang haramnya diazab. Segalanya bagaikan fatamorgana jika tidak dijadikan ibadah dan dijadikan alat untuk meraih taqwa. Kemanisannya… sebentar cuma.
Bagaikan semalam keremajaan ku yang telah berlalu. Bagaikan sedetik keindahan yang diburu dulu. Ya Allah, kurniakan kami hati yang mudah dibawa kepada MU. Jangan bebankan kami lagi dengan ujian keindahan-keindahan fatamorgana yang telapun menipu kami berulang-ulang kali. 
Ya Allah kami menyerah pasrah. Jangan dibiarkan pengawasan dan pemantauan diri ini kepada diri kami sendiri. Jangan, jangan walaupun sekelip mata wahai yang Maha Pengasih. Mungkin tulisan ini akan lebih lama bertahan daripada penulisnya. Entah yang dibaca lebih lama berkekalan daripada pembacanya. 
Namun, detik yang ada ini aku ingin berkongsi rasa. Rasa yang datang daripada melihat dan mendengar… Janganlah hendaknya kita  MEMBURU CINTA FATAMORGANA...

Kecuali mati dan tua, itu sahaja yang tidak boleh dielakkan oleh manusia. Keduanya pasti datang dalam hidup kita. Semua manusia pasti mati. Tetapi tidak semua manusia berkesempatan mencecah usia tua. Jika dilihat kepada jumlah keseluruhan manusia di dunia, ramai yang muda daripada yang tua. Itu petanda apa? Ya, ramai yang tidak sempat tua, masih muda tetapi sudah mati. Jadi kalau kita sempat tua, bersyukurlah, Allah telah mengurniakan kita nikmat yang jarang diberikan kepada manusia lain.
Walaupun tua, kita tetap punya hati. Dan selagi kita punya hati, selagi itulah ada cinta. Dalam satu hati tidak boleh ada dua cinta, setua mana pun kita pasti ada satu cinta yang bersemi dan mendominasi di dalam hati. Apakah cinta yang seharusnya ada di dalam hati wanita atau lelaki tua? Tentulah cinta Allah. Sebab semakin tua ertinya semakin dekat perjalanan kita menuju Allah. Kematian itu ertinya pulang menemui Allah. Dan itu juga pulang menemui cintanya yang sejati dan abadi.
Justeru, apabila usia telah tua, semua nikmat yang bersifat lahiriah dan fizikal mula dicabut sedikit demi sedikit dan secara beransur-ansur. Nikmat makan, nikmat sihat, nikmat tidur, nikmat melakukan hubungan seks dan lain-lain lagi menjadi semakin menurun. Walaupun cuba dipertahankan dengan ubat, makanan tambahan, rawatan, senaman dan usaha-usaha yang lain, tua tidak dapat dielakkan. Ia hanya dapat diperlahankan. Ini sunnatullah yang tidak dapat diubah-ubah.
Mengapa Allah takdirkan begitu? Tentu ada hikmahnya. Segala kemanisan dan kelazatan dunia mula dicabut perlahan-lahan menjelang usia tua agar manusia beransur-ansur beralih kepada kelazatan rohaniah pada episod-episod terakhirnya dalam hidup. Seolah-olah manusia ‘dipaksa’ menumpukan fokus hatinya untuk mencintai Allah. Semua ‘kesayangan’ kita sudah diambil, maka usah berpaling lagi daripada Allah. Rebut dan nikmati cinta-Nya sebagai bekalan di akhirat nanti.
Apabila kelazatan dunia semakin hambar dan tawar, itu petanda detik berpindah ke akhirat sudah dekat. Sediakan bekalan dengan cepat!
Inilah sudut pandang yang patut ada di dalam setiap hati orang tua. Kita segala-galanya menjauh, datanglah mendekat kepada Allah. Kau tidak ada apa-apa lagi, kuatkan pecutan hati mu menuju Ilahi. Jangan dilalaikan lagi oleh cinta-cinta yang lain.
Namun malang sekali kalau di usia senja masih memburu cinta fatamorgana. Ada yang kembali memburu cinta yang tidak sampai pada usia mudanya dahulu. Sudah beranak, telah bercucu, tetapi hatinya si datuk dan si nenek ini kembali mengimbau nostalgia cinta hampa pada zaman remaja. Dulu kononnya terpisah kerana berbeza darjat, disekat oleh orang tua, berpindah tempat dan sebagainya… lalu masing-masing bertemu dengan jodoh masing-masing. Bercinta, berkahwin, beranak dan bercucu.
Tiba-tiba kekasih lama muncul semula. Mungkin menerusi pertemuan yang tidak disangka dan dijangka. Atau setelah bersungguh-sungguh ‘search’ lewat laman sosial Face Book, Twitter dan sebagainya. Dan cinta berbunga kembali. Uban di kepala si datuk dilihat bagaikan mahkota oleh si nenek. Kedutan wajah si nenek dilihat manis dan memikat oleh si datuk. Lalu berlakulah antara mereka hubungan cinta terlarang. Keduanya jadi mabuk cinta dan ada yang terjerumus ke lembah cinta yang curang dan haram.
Cucu-cucu tidak dihiraukan lagi. Anak-anak terpinggir. Ini semua gara-gara memburu cinta fatamorgana pada usia senja. Nostalgia lama diputar kembali untuk membuahkan realiti masa kini yang penuh cinta. Nenek dan datuk jadi asyik maksyuk. Ah, malu sekali bila mereka mengambil kesempatan ‘berdating’ sewaktu sama-sama menghantar cucu di sekolah atau berbalas-balas pesanan ringkas (sms) secara maraton di tengah malam atau menjelang dinihari.
Sungguh bijak syaitan menipu. Angkara dan strateginya tidak pernah berhenti. Sentiasa kaya dengan inovasi dan kreativiti. Hanya bermodalkan cinta yang ‘dikitar semula’ dia masih memburu untuk menyesatkan manusia. Mata si datuk yang seharusnya sudah merasakan kesejukan wuduk dan ketenangan solat, sudah dilekakan untuk mengerling si nenek kekasih lamanya. Masa untuk menatap al Quran semakin luput apabila asyik berpaut di skrin telefon bimbit untuk membaca ‘ayat-ayat’ cinta yang masih berbisa.
Ini bukan cerita yang diada-adakan. Tetapi cerita yang benar-benar berlaku bahana cinta sumbang pada usia senja. Cucu-cu jadi resah. Anak-anak menggelengkan kepala. Namun, nenek atau datuk ini, tidak menyedarinya atau telah sedar, tetapi kerana cinta semuanya tidak dipedulikan lagi. Memang cinta itu buta… bukan sahaja pada remaja yang matanya masih terang, tetapi juga untuk si tua yang matanya hampir buta!
Dunia menipu. Cinta memperdaya. Apa yang dilihat indah hanyalah umpama fatamorgana. Panas yang membahang disangka air. Lalu kita berebut-rebut mengejarnya. Nampak indah dari jauh, tetapi bila didekati kosong makna, kontang rasa. Begitulah cinta terlarang pada usia senja.
Pada yang mendapatnya (tentu sahaja terpaksa membeli dengan harga yang mahal – yakni dengan meninggalkan isteri, anak-anak dan cucu-cucu), terasa sia-sia. Ah, pesona cinta tetap sama. Jika diburu berdasarkan nafsu percayalah… selagi belum dapat memang indah, tetapi bila sudah dapat, segala-galanya akan pudar. Apa yang diburu akan menjemukan bila sudah dalam genggaman.
Bila terjadi demikian hendak berpatah balik? Ah, air tempayan sudah dicurahkan tetapi guruh yang kedengaran berdentam-dentum sebelumnya, tidak langsung menurunkan hujan seperti yang dijangkakan. Pada waktu itulah jiwa yang lara akan menyebabkan diri menjadi lebih tua daripada sebelumnya. Kaki yang menggeletar yang tidak dirasakan dulu (semasa dilamun cinta) jadi tambah kronik. Langkah jadi capik. Semuanya menjadi kendur dan luntur semula. Paras cinta menurun, paras gula dan kolesterol yang sedia ada pula naik memuncak.
Pada yang muda jangan tersenyum. Ini bukan cerita mereka yang telah tua sahaja tetapi juga untuk anda yang muda. Ingat, kebaikan yang mampu kita lakukan pada usia tua hanyalah momentum yang dibina sejak usia muda. Dan begitulah dengan kejahatan. Siapa yang rajin beramal ibadah sewaktu muda, kerap-kali akan mewarisi tabiat yang baik itu apabila telah tua. Jadi rajinlah dan istiqamahlah dengan membuat kebaikan, mengerjakan solat, membaca al Quran sekarang, agar hati itu terisi… bukan sahaja kini tetapi nanti. Jangan ‘disantau’ oleh cinta fatamorgana pada usia tua.
Bagi remaja yang asyik memburu cinta terlarang sekarang ini, beringat-ingatlah. Jangan kita terpaksa memburu cinta palsu hingga ke akhir hayat. Kita akan diletihkan, ditipu dan dihancurkan oleh cinta itu berkali-kali. Usia muda terbuang, usia tua tersia-sia. Jangan begitu, orang mukmin tidak akan jatuh dalam lubang sama dua kali. Jika anda terus dibuai cinta palsu dan konon ‘bahagia’ dengan itu, insya-Allah anda akan disengat bisa cinta fatamorgana dua kali. Syaitan akan menggunakan senjata yang sama untuk memperdayakan kita kerana di situlah kelemahan yang kita suburkan sejak pada usia remaja lagi. Manusia tidak akan lebih memburu cinta. Itu hakikatnya. Alangkah malangnya jika yang diburu tanpa jemu itu hanya kebatilan?
Jika ditanya, mengapa ada cinta yang sehodoh dan sebodoh ini? Jawabnya mudah, cinta itu mengikut keadaan hati seseorang. Lebah akan menyeri sari pati bunga. Lalat akan menghurung bangkai. Jika hati itu terisi dengan cinta Allah, ia akan mencari dan memburu kebaikan. Tetapi jika hati itu terbiar kosong atau terisi oleh kebatilan, maka ia akan memburu kejahatan.
‘Retua’ yang memburu cinta terlarang adalah mereka yang kosong jiwanya. Di dalam hatinya belum ada kemanisan iman. Lalu ia mencari dan terus mencari. Allah tidak mengumpulkan dua cinta dalam satu hati. Akhirnya kekosongan itu diisi oleh cinta palsu. Bila makanan yang lazat tidak lagi memberangsangkan, bila tidur sudah diganggu insomnia, bila rangsangan naluri seksual tidak bergetar lagi, hati yang kosong akan bertambah kosong. Sunyi, sepi, sayup-sayup ada suara yang berdetak di hati, “ah, rumah kata pergi, kubur kata mari…”
Ah, tidak sudi dia ke sana. Takut dan benci mati. Lalu dalam keadaan terpinga-pinga syaitan membisikkan cinta lama. Ke sana kau, burulah kebahagiaan itu selagi usia masih ada! Lalu dengan mata yang kabur, uban yang bertabur dan tenaga yang sudah mengendur itulah si tua terus memburu cinta dengan keinginan yang membara dan menyala-nyala. Tanpa disedari yang diburunya itu hanyalah tipuan syaitan pada minit-minit terakhir dalam hidupnya!
Bila usia telah tua… ertinya Allah telah memanggil. Bersedialah untuk pergi. Pergi bukan untuk berpisah tetapi untuk bertemu-Nya. Di sana ada cinta yang lebih bahagia dan lebih sempurna. Jangan terkesima lagi dengan cinta fatamorgana!

Antara dua cinta
Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan

Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang

Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus

Nafsu bagaikan fata morgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air

Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan, leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hati ku

Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta

Hanya cinta Mu yang ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh

Friday, February 7, 2014

I need You because I love You

February 07, 2014 0 Comments
Amat besar bezanya antara ungkapan, “aku cinta kamu kerana memerlukan mu” dengan “aku perlukan kamu kerana aku mencintai mu.” Ungkapan kedua lebih murni dan suci sifatnya. Itulah cinta yang ikhlas.
Begitulah sewajarnya cinta kita kepada Allah. Kita mesti memerlukan Allah kerana kita memang mencintaiNya. Jangan kita mencintaiNya hanya pada ketika-ketika kita memerlukanNya.  Itu cinta yang palsu. Cinta yang berfokus pada kepentingan diri bukan kepada Allah,  zat yang mesti kita cintai.
Berapa ramai manusia yang ketika dilanda masalah, susah, gagal, terhimpit, sakit dan miskin, merayu dan merintih kepada Allah. Ketika susah dia memperkemaskan ibadah dan akhlaknya. Panjang doa dan solatnya. Namun sebaik sahaja masalahnya selesai, apa yang dihajati telah tercapai,  dia kembali lalai, kufur dan derhaka. Tuhan diperlukan hanya pada waktu-waktu terdesak sahaja. Apabila senang Tuhan kembali dipinggirkan dan dilupakan. Apakah ini yang dikatakan cinta?
Ibadah orang yang mencintai Allah hanya ketika sedang terdesak sangat rapuh. Apabila Allah memberi apa yang dipohonnya,  dia alpa. Sebaiknya, jika yang dimintanya tidak kunjung tiba dia jadi kecewa, marah dan putus asa. Mengapa Tuhan tidak memperkenankan doa ku? Mengapa setelah lama aku berbuat baik keadaan ku masih begini? Dia seakan mendesak, bahkan memaksa  dan mengugut Tuhan dalam ibadat dan munajatnya.  Luntur dan gugur segala sifat kehambaannya semasa meminta. Hakikatnya dia adalah peminta yang ego.
Allah berfirman: “Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi bakhil. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir. (Al Ma’arij: 19-21). Jangan, jangan begitu. Ingatlah pesan Rasulullah SAW ini sewaktu senang, “Barang siapa yang ingin ditolong Allah saat tertimpa malapetaka dan kesempitan, maka perbanyakanlah berdoa di saat lapang (senang).” (HR Tirmidzi) . Ingatlah pesan Rasulullah SAW ini ketika susah, “”Ya Allah! Sungguh aku berlindung kepadaMu dari kesempitan dunia dan kesempitan hari kiamat.” (Abu Daud) ” Justeru, jika benar cintakan Allah, ingatlah Dia dalam senang dan susah.
Jangan samakan keperluan kita kepada Tuhan dengan ‘lampu Aladin’. Digosok dan didakap hanya apabila diperlukan.  Kita beribadah, bukan kerana-kerana yang lain tetapi semata-mata kerana mengharap wajah Allah. Kita mencinta Allah kerana kita memang mencintaiNya, bukan kerana mencintai diri kita. Lalu Allah akan sentiasa di hati kita, sewaktu senang dan susah, sewaktu sempit dan lapang, sewaktu di atas atau di bawah. Inilah cinta tanpa syarat.
Itulah cinta sejati. Cinta yang menafikan kepentingan dan keperluan diri demi yang dicintai. Mereka tidak sekali-kali tega untuk ‘menduakan’ cinta dengan selainnya. Tidak ada syirik dalam akidah dan ibadah, kerana  dalam hati mereka yang satu hanya ada cinta yang satu (Allah). Cinta orang mukmin hanya untuk Allah. Itu bukan cinta biasa, tetapi cinta luar biasa kerana terlalu cinta. Firman Allah:” Dan orang mukmin itu tersangat cinta kepada Allah.” (Al Baqarah 165).
Dalam hati itu mana mungkin ada riyak dan suma’ah? Puji dan keji manusia tidak menjejaskan hati.  Mereka bebas daripada kongkongan dunia luaran. Mereka bebas daripada belenggu ‘tuhan-tuhan kecil’ (kepentingan duniawi dan penghargaan manusia) untuk mengabdikan diri sepenuh dan seluruhnya kepada Allah.
Masalah manusia dari dahulu sehingga sekarang bukan kerana tidak ada Tuhan tetapi kerana terlalu banyak ‘Tuhan’. Terlalu banyak ‘Tuhan’  menyebabkan kita keliru dan buntu dalam hidup. Kita sukar membuat pilihan dan keputusan yang tepat dan cepat kerana terlalu banyak yang kita pertimbangkan. Sebaliknya, ikhlas itu bebas. Jika hati tulus, jalan hidup akan lurus. Hati tidak akan mudah terganggu oleh kerenah manusia. Itulah hati yang bahagia. Dalam hati itu sentiasa ada bisikan, “Ya Allah, aku memerlukan mu kerana aku mencintai mu!”

Sumber : Genta-rasa.com

Wednesday, November 6, 2013

Hepi Berty Day !!

November 06, 2013 0 Comments
Selepas saya terkena bang bang boom by My Secret Admirer ( entry yang lepas ), ni lah baru berkesempatan nak masukkan entry yang baru.

Masih berkisar tentang hari lahir saya.. hee :D
Tapi, kali ni.. saya nak simpan semua wish dari sahabat.. sebagai kenangan buat saya di lain masa..

Copy dari fb saya :
Syukur ke hadrat Yang Esa di atas kurniaan usia yang sudah pun mencecah 35thn harini..♥♥♥

Alhamdulillah. 
Syukur sangat...

Setelah melalui pelbagai mehnah dan tribulasi dalam sekolah kehidupan ini, saya menyedari setiap yang terjadi itu punya hikmah nya ter sendiri..dan pasti nya untuk lebih mematangkan diri ini.. 

Terima kasih Ya Allah..

Moga usia yang di masih berbaki ini dapat di gunakan dengan sebaik mungkin, sebagai hambaNya yang sentiasa mengingati hidup ini tidak kekal dan semoga dapat menjadi insan yang sentiasa dapat berbakti kepada orang tua serta keluarga.

Terutamanya kepada suami terkasih fillah.. Sukiman Jinazan.. doa kan moga diriku sentiasa dalam redhaNya dan redhamu..

Doa ku juga..moga diri ini adalah sebaik pendorong dan idol buat anak2 ku.. jadi kan lah aku seorang yang solehah Ya Allah..

Aameen Ya Rabb..

Hee.. harini hati saya berbunga2. ..

~ senyum sampai telinga..hihi ~
Saya Saayang kamu semua.. muahs... <3


Kad Abang Muadz
Ok.. ini kad dari anak saya yang kedua.. Abang Muadz Zikry..
Entah dari mana dia dapat perkataan Berty tu pun tak tau...hihi..
nampak sangat mak dia tak pandai ngajar.. :P

Apapun, kad dia kali ni se rasa saya, boleh mengalah kan yang kakak nya buat kan.. hii..
Siap ada kek, dan smiley yang toing toing tu.. ( xnampak sangat dlm gambar ni..)


Comel kan kad ni <3
Made by Abang Muadz :)
Kad dari Along

Sebenarnya kad yang along buat kan ni, pun sangat kretif.
Cuma, kurang menjadi..

Sebenarnya dia nak buat seaakan kain yang membalut kertas bentuk love tu.. tapi, dia kata tak sempat dan tak cukup kain.. so, jadi lah camni.. 

Apapun, still comey... hehe..



Ucapan dari sahabat FB


















Ucapan dari Wassap

Ini antara wishing yang sangat kretif.. siap ada lagu lagi.. 
Kretif tu sebab, bukan lagu yang biasa2 dengar.. tapi, lagu dari bahasa Arab.. hihi... suka sangat dengar..
Mekasih nor <3


Ini dari adik nor <3
Dari sahabat group




Kepada semua yang memberi ucapan, dan doa.. saya mengucapkan terima kasih bebanyak..
doa saya juga.. agar anda semua juga di limpah kan Rahmat dariNya Yang Esa..
Aameen...

Thursday, October 31, 2013

Mr Secret Admirer bagi bunga la ^_^

October 31, 2013 0 Comments
Ini lah bunga yang di hantar oleh Mr. SA saya tu :P
Al kisah nya begini..

Harini adalah hari lahir saya.
Seperti tahun - tahun sebelum ni pun, selalu nya hari lahir saya jatuh pada hari bekerja. Jadi pada siang hari ni memang takkan ada sambutan apa2 la.

Biasanya kalau celebrate pun..pada malam nya bersama anak2...
Rutinnya, begitu lah setiap tahun cara sambutan nya.. :D

Kebiasaannya, suami akan belikan sekeping kad untuk saya dan belanja makan kat luar. Bab hadiah pulak, suami lebih open, yang mana saya akan pilih sendiri nak hadiah apa.. hee.. 
So, kali ni pun saya beranggapan begitu juga la.. sama tahun2 sebelum ni.

Pagi ni selepas abang ke tempat kerja, saya masih di rumah bersama Maher je.. sesambil menunggu Kak ton ( helper kami ) datang, saya membalas mesej dan ucapan Selamat Hari Lahir dari sahabat di fb :)

Malam tadi ( sekadar suka2 ), konon - konon nya buat kejutan la untuk diri sendiri.. hihi..
Pi taruk status ni kat fb :D

Tak sangka la pulak, ramai yang masih belum tidur jam 12 malam tadi..jadi berderet deret mesej masuk kat ruang komen di bawah posting saya ni..
Tergelak sorang - sorang sebenarnya.. sebab saya ingatkan suami la yang akan jadi 1st person tukang like dan komen kerana setiap kali saya update apa2 di fb, notification tu akan masuk ke handphone dia (walaupun sebenarnya memang saya dah maklum, suami ni memang jenis payah nak respon atau reply apa2 kat fb. Tapi, jiwa seorang isteri kan.. kadang mengharapkan juga suami yang akan orang terawal yang akan wish di hari bahagia kita kan.. hehe )
Tapi nya, taktik saya tu sebenarnya tak menjadi mana pun.. coz bila saya masuk bilik, rupa2 nya suami dah lena di buai mimpi daa.. huhu.. 
(apapun, thanks to Nadiah Sidek.. dia berjaya menjadi yg pertama komen.. kalau duk dekat, boleh bagi hadiah ni.. tapi sebab dia duk UK sekarang.. jadi payah la nak mengepos bagai...hihi)
Terima kasih juga kepada anda semua yang sudi wish.. tak kiralah jadi yang ke berapa pun, yang penting anda semua masih ingatkan saya.. hee.. 
Takpela.. sahabat juga merupakan penawar buat saya.. Banyak juga doa dari mereka.. semoga segala yang mereka ucapkan, akan mendapat keberkatan dariNya Yang Esa.. Aameen..
Doa saya juga, semoga segala doa mereka yang baik2 tu, akan kembali kepada mereka juga nanti..
Ok. Berbalik kepada story saya pasal Mr. SA tadi tu kan...

Sejurus tiba nya kak ton ke rumah, saya pun bertolak ke taska Yayasan untuk menghantar Maher dan terus ke pejabat memandangkan jam sudah pun menunjukkan pukul 8.25pagi. Walaupun jarak rumah saya dengan ofis tersangat dekat, tapi tidak menjadi alasan untuk saya melewat2kan masa untuk datang ke pejabat. Dan, memang kebiasaannya saya lah orang yang pertama sampai ke pejabat.

Rupanya harini di pejabat saya berdua je dengan kak liza. Orang lain belum tentu samada nak masuk atau tak. En Alli je yang confirm tak masuk ofis. Tak sihat katanya, melalui mesej yang di hantar kepada saya. Biasanya bos ( En Johan, En Afzan atau En Izani) ni jarang masuk ke pejabat sekiranya tiada apa yang mustahak..

Tapi kan..
Nasib baik juga takde orang kat pejabat selain kami berdua. Kalau tak.. mau nya segan juga saya..., atas kekecohan kami tadi.. haha.... apa tak nya.. semua ni gara2 si Mr. Secret Admirer ni lah.. :P ..

Pakcik Dispatch. Pelakon pertama :) ...
Dalam pukul 10.30 pagi tadi, ada seseorang datang mengetuk pintu di pejabat. Pintu kat pejabat kami tu, memang masalah sikit. Hanya orang yang dah biasa je pandai buka.. haha..
Kalau orang luar yang tak biasa datang, memang terpaksa kami la tolong bukakan nya. Sebenarnya keadaan nya cuma ketat je sikit.. jadi ia menjadi payah nak buka. Tapi, bila orang luar yang tak biasa, dorang ingatkan kita kunci dari dalam. .

Tapi, kali ni.., dispatch tu dapat membuka pintu tu tanpa sempat saya ke depan untuk membuka kan nya. Oh.. mamat dispatch yang nak datang hantar surat la tu, sebab dia pandai buka sendiri.. tapi, salah sebenarnya tanggapan saya tu.

Rupa rupanya seorang pakcik dispatch.
Saya anggarkan usia beliau mungkin dalam lingkungan umur 45tahun ke atas.. berkopiah putih.
Di tangan nya terdapat sejambak bunga rose merah yang sangat cantik. ..
Hati saya berbunga - bunga melihat bunga tu.. haha
Sambil berteka teki dalam hati..
"Aii.. bunga untuk sape terr.. hihi.. Ni mesti untuk saya ..harini kan hari lahir saya.. hehe" 
Setelah dia memasuki ruang hadapan pejabat, lantas bertanya..
 "Siapa ye Karimah?. Ada seseorang minta saya hantarkan bunga ni kepada nya.. "
Bangun dari kerusi, terus saya meluru ke arah pakcik tu.
Pakcik dispatch tu pun menghulurkan bunga yang berada di tangan nya tu kepada saya.

Walaupun di dalam hati tertanya – tanya siapa yang memberikan bunga itu, namun saya dapat mengagak ianya pasti datang dari suami saya..
hee.. ~ saje nak buat suprais la terr... ( dalam hati )
Selepas menyerah kan bunga itu, pakcik itu pun terus beredar keluar dari pejabat kami.

Saya.
Jambangan bunga tu telah berada di tangan. Saya mencium nya. Wangi. Bau segar bunga.. :D
Memang saya suka sangat rose merah. 12 kuntum semua nya. Masih segar dan lembab lagi jambangan bunga tu. Siap ada titisan air lagi pada kelopak bunga tu.. ( mesti pakcik tu yang tolong renjiskan sebelum dia masuk pejabat tadi.. hehe.. )
Bunga bunga cinta <3

Berhati hati saya memegang nya seakan memegang barang yang fragile..hehe.. takut rosak konon2...
Sangat suka la dengan gaya persembahan nya.. satu gubahan yang sangat menarik.
Memang dah lama saya impikan bunga yang sebegitu cantik. Serius..

Bersama jambangan bunga itu, di selitkan sekeping kad.
Akan tetapi, ejaan nama saya salah kat depan kad tu..
Tertulis

TO :
 “MISS KARIMAH HANAFI”
 Dalam hati
“Eh.. apsal lak ejaan nya salah ek... Nama ayah saya Hanapi.. bukan Hanafi”
Dah mula syak..
“eh.. takkan abang silap tulis nama pulak”
Tapi, masih husnuzhon :
“ni mesti sebab abang suruh tokey kedai tu je yang tulis kan untuk dia.. emm.. yela kut.. “ pujuk hati..

Selepas membuka kad tu lah, segala debaran saya bermula..

Kak liza yang memang dari tadi asyik bertanya siapa yang bagi bunga tu pun turut tergamam selepas membaca tulisan yang terdapat di dalam kad yang saya tunjukkan.

With Love : Secret Admirer.. 
Aduss.. dari siapa pulak datang nya bunga ni.. Siapa gerangan Secret Admirer ni??.. ber LOVE love la pulak !!..
Isy.. buntu. Buntu... serba tak kena.
Keterujaan dan gembira terima bunga tadi bertukar serta merta.
Alahai..
Berdebar debar, risau, serba salah.. semua perasaan ada..
Kalut duk tanya kak liza..
Doh sape ? Sape yang nak gurau ni?.. Sape yang bagi bunga ni?.. isy.. tak nak lah terima.. Ingat kan Jef (nama panggilan suami kat umah) yang bagi.. 
Bunga yang berada atas kerusi tu saya ambil dan terus letakkan di atas meja depan.
Buntu rasa.. yelah, mamat mane pulak yang nak main - main ni?!!..
Saya bukan nya ada kenal lelaki lain selain orang pejabat.. kalau kenal pun, takkan mereka nak hantar bunga pada saya. Saya ni kan isteri orang.. lebih baik diorang hantar pada anak dara, ada juga chances nak tackle.. haha. Ni bagi saya, tak dak pekdah nya rasa.. lagipun, saya pun tak nak lah terima pemberian orang lain yang saya tak kenal.. huhu...

Ligat duk fikir, siapa lah yang sengaja nak menyakat saya ni ..

Idea kliza.
Kak liza menggesa saya supaya kejar pakcik dispatch tadi tu, dan tanya siapa sebenarnya yang mengirimkan bunga itu pada saya..

Aa ye kan. Saya pun laju la keluar dari pejabat dan melilau mencari pakcik tu tadi.

Ohh.. nasib baik. Dia masih berada dalam kereta, tapi dah nak bergerak keluar dari kawasan depan pejabat. Lantas saya melambaikan tangan ke arah nya agar dia berhenti dan tidak terus beredar keluar.

Bergegas saya ke kereta nya..
Pakcik tu membuka cermin kereta nya.
Saya perasan yang muka nya nampak macam cuak je ( muka serba salah ).. hehe
Saya yang memang dah kalut time tu terus bertanya..
"Pakcik.. pakcik dari kedai mana ye.. tau tak siapa yang hantarkan bunga ni ye" 
 Jawab pakcik tu..
"ohh..saya dari kedai bunga bawah pejabat Umno kat bandar tu.. tapi, pasal bunga tu saya tak tahu.. saya cuma tukang menghantar kan nya aje.. " selamba dia cakap.. (pandai dia berlakon. Hasil persepakatan dia dengan Mr. SA tu lah... hihi )

Tambah saya lagi..
"Dah.. memang pakcik tak tau lah ye.. sape yang kirim?.." soalan tak puas hati.. hihi
Jawab pakcik tu..
"aa.. saya tak tau.. itu kedai la yang buat. Saya tukang hantar je.." 
Kecewa dengan jawapan pakcik tu, terus saya kembali ke pejabat.. emm.. xpela pakcik..

Masuk ke dalam pejabat, ternampak jambangan bunga tu.
Isy.. sape la pulak yang nak buat kejutan pada saya ni.. aduss.. penat fikir.

Akhirnya saya pun buat keputusan untuk bertanyakan suami.
Tapi, kak liza tak bagi tanya direct.. nanti risau abang akan salah anggap pulak.
Emm.. ye. Betul jugak.

OK. CALL Nana dulu...

Nana. SIL. Pelakon kedua :P
Teringat pada adik ipar saya tu. Dia yang pulang dari pejabat bersama suami petang semalam. Mesti dia tahu sekiranya benar suami yang pergi menempah bunga itu..

Tapi, selepas di selidiki, dia pun memang dah berpakat dengan Mr SA tu..
"Takde.. abe jef takde gi mana pun.. nape kak imah?"
Saya tak menjawab soalan nana tu, kerana tak nak la dia salah anggap pulak kalau tahu saya ada menerima bunga dari orang lain...
isy.. pandai sungguh dua beradik ni buat plan ye.. :P
Pandai.. memang pandai...he he he...

Usaha Terakhir. Tanya Suami.
Saya dah abis ikhtiar. Akhirnya saya terpaksa akur. Tanya jelah suami. Mana tau, kut memang dia yang bagi.. saje nak buat gempak.. Ala ala Bang bang boom kan.. hihi..

Tapi, cara saya tanya pada mula nya sekadar nak serkap jarang je..
Namun, semuanya tak mengena..

Aduss.. risau jugak sebenarnya nak explain benda benar.
tapi, takpela.. bukan saya yang minta pun. dah orang yang nak bagi kan.. hihi.. cuba jela nak bagi alasan tu

Akhirnya saya berterus terang padanya. Yang saya ada menerima sejambak bunga dari seseorang. Tapi, di dalam kad tu, tertulis dari SA..

Pada awal nya tu, dia memang betul2 tidak mengaku yang dia yang bagi bunga tu..
Puas saya godek2.. last2 dia pun mengakulah..

Mungkin kesian kat saya..kalau tak, mau nya saya ke kedai bunga tu bertanyakan hal ni..hehe..
"Yelah.. abah la Secret Admirer umi tu... kan dah lama abah suka umi... "
Hahahaha.. nak gelak besar rasa... haha..


BANG BANG BOOM.... saya terkena !!..hihihi..

Pandai abang buat lawak ekk.. suka pekena orang!!!...
Kena prank saya harini.. hihi.. tak pernah pernah kena mcmni. Berdebar juga.. tak suka la nak hadapi situasi ada SA ni tau.. huhu. Cukup lah suami je setia pada saya. Memadai..
Apapun, saya sangat sangat gembira harini.. ibarat gak, nok senyum sampai ke telinga la..hihi

Bang boom abang menjadi!!.. 
Memang saya terkena kali ni..

Bergaya dengan bunga pemberian suami ^_^

Sengaja buat entry khas untuk kisah ni, kerana saya bukan nya selalu dapat hadiah begini..
Memang saya tak sangka.. pulak kena dengan pelakon2 nya lagi..
Memang menjadi lah..
Heheh...

Selama ni, maintain je sambutan nya.. bila sesekali ada kejutan begini seronok jugak kan..
Terima Kasih abang ^_^
Kerana sudi menjadi MR. Secret Admirer imah <3

Tetapi, tahun depan dah tak valid la taktik ni.. dah tau dah..
hehehe...

Really really love this surprise <3 <3 <3
Malam. Tido bertemankan bunga rose.. :P
( takdelah.. gurau je... hehehe.. )

~ Coretan 30 Oktober 2013 ~ 

Wednesday, September 18, 2013

Syarbat Gula, Afghan Girl Versi Kemaman :)

September 18, 2013 0 Comments
Kisah 'Afghan Girl' yang diceritakan oleh cikgu syamsul sebelum menutup tirai kelas Fotografi semalam amat menarik perhatian saya..
( Nampak sangatkan saya ni jenis yang tak suka membaca. Hihi...kisah yang cukup glamer macam ni pun xtau...aduii..
Tapi, nampaknya pelajar lain yang sekelas saya tu pun macam dua kali lima jek.. masing masing cam blur je waktu cikgu citer...
Jadi.... jangan salah kan saya je yang buta info... hihi.. ~ ni alasan membela diri ~ .. sila jangan amalkan ye...hee..)

Ok. Berbalik kepada kisah tadi..
Dalam fikiran ni asyik berlegar..yang mana kah tuan empunye gambar yang mencetus populariti di seluruh dunia itu..
Seaakan dapat bayangan..tetapi adakah benar dia?.. ceh konon.. :P

Terasa nak sangat kenal gadis misteri ini..
Bagaimana kah raut wajah nya ( yang mana dari penceritaan cikgu ), menggambarkan keseluruhan kehidupan nya..
Dan yang paling menarik perhatian apabila orang melihat gambar itu adalah 'matanya'...

 Dari sepasang mata itu, dapat menceritakan tentang keperitan, kepayahan dan konflik yang dihadapi nya.. emm...semakin menarik kisah ni..

Sewaktu cikgu duk bercerita tu, , sebenarnya hati ni melonjak nak search tentang kisah gadis misteri ni, tapi terbantut la plak..henpon kehabisan bateri....

Jadinya kami semua, termasuk lah saya...sekadar menjadi pendengar setia je.. :)
lagipun masa tu dah menunjukkan jam hampir 5.30ptg..masing masing dah gelisah nak balik..

Cikgu ada cakap, siapa yang berminat nak tau lebih lanjut, boleh je gugel cari gambar afghan girl ni.. pasti akan keluar banyak pautan yang akan menceritakan kisah ni.

Sebenarnya apa yang membuatkan cikgu Syamsul berminat nak berkongsi mengenai kisah ni apabila dia terpandangkan aisyah ( niqabis selain saya dalam kelas tu ).
Saya yang memakai baju hijau.
Di sebelah saya, Aisyah; Taman Islam Girl :)
Berkebetulan juga, aisyah pun mempunyai sepasang mata yang cantik dan menarik, mungkin itu yang membuatkan Cikgu Syamsul teringat nak bercerita mengenai kisah ni..
"Apabila saya lihat awak, teringat saya pada Syarbat Gula". Tersenyum cikgu sambil mengambil pen marker dan menuliskan nama Syarbat Gula ni di papan putih di hadapan kami..
"Siapa Syarbat Gula ni sebenarnya?"bertanya lagi cikgu kepada kami..
Namun masing2 tak berani nak meneka..
Dan ada juga yang macam saya, memang tak tahu...huhu..

Cikgu mula bercerita...yang mana potret Syarbat Gula ini lah yang telah menaikkan nama Steve McCurry ke persada antarabangsa..
( asalnya saya ingatkan McCurry ni adalah photographer sepenuh masa..rupanya beliau adalah seorang wartawan terkenal yang telah menyelami kehidupan bersama dengan pelarian Afghanistan yang telah melarikan diri ke Pakistan ~ maklumat ni saya dapat selepas menggunakan khidmat macik gugel.. .hehe.. )
Dan sedikit maklumat tambahan yang saya kutip dari wikipedia tentang Gula ni..
"Sharbat Gula (Pashto: شربت ګله‎) (pronounced [ˈʃaɾbat]) (born ca. 1972) is an Afghan woman who was the subject of a famous photograph by journalist Steve McCurry. Gula was living as a refugee in Pakistan during the time of the Soviet occupation of Afghanistan when she was photographed. The image brought her recognition when it was featured on the cover of the June 1985 issue of National Geographic Magazine at a time when she was approximately 12 years old. Gula was known throughout the world simply as "the Afghan Girl" until she was formally identified in early 2002. The photograph has been likened to Leonardo da Vinci's painting of the Mona Lisa[1][2] and is sometimes popularly referred to as "the Afghan Mona Lisa".[3]"
~ terjemahan yang saya edit sedikit..
Sharbat Gula (Pashto: شربت ګله) (disebut [ʃaɾbat]) (lahir sekitar tahun 1972.) Adalah seorang wanita Afghanistan yang menjadi subjek gambar oleh wartawan terkenal Steve McCurry.
Gula telah hidup sebagai pelarian di Pakistan semasa pendudukan Soviet di Afghanistan sewaktu gambar ni di ambil.
Imej yang dibawa pengiktirafan itu apabila ia telah dipaparkan di penutup Jun 1985 isu National Geographic Magazine yang mana pada ketika dia berumur kira-kira 12 tahun.
Gula telah terkenal di seluruh dunia sebagai "Afghan Girl" sehinggalah dia telah dikenal pasti secara rasmi pada awal tahun 2002.
Gambar yang telah disamakan dengan lukisan Leonardo da Vinci Mona Lisa [1] [2] ini juga terkenal dengan jolokan "Afghan Mona Lisa". [3] ~


Menyambung cerita dari cikgu tadi..
Sememangnya nasib McCurry amat bertuah !!. Hanya berbekalkan sekeping gambar, sepasang mata Gula itu mampu meragut perasaan sesiapa yang melihatnya..

McCurry sendiri tidak menyangka..dengan sekeping gambar yang di namakan dengan 'Afghan Girl' itu telah melonjakkan dirinya bukan sahaja dalam bidang kewartawanan, malah photography.. sekaligus memberi pulangan yang amat lumayan kepadanya..

Sesiapa yang memandang kepada potret Gula itu pasti akan terpegun. Bukan kerana kecantikan, tetapi kerana 'rahsia' kehidupan yang terselindung di sebalik sepasang matanya yang sangat unik itu..
McCurry menjadi terkenal dan di jemput ke merata dunia berbekal kan pengalaman nya sebagai wartawan di negara itu..

Kisah konflik dari sepasang mata itu berjaya menjadi bualan dunia..sedangkan 'tuannya' tidak tahu menahu tentang ini..heee..

Cikgu menyambung, selama berbelas tahun juga usaha untuk mencari kembali pemilik sepasang mata unik ni..  timbul dari keinginan McCurry untuk menyatakan terima kasih nya dia kepada pemilik asal raut wajah yang dikenali di seluruh dunia itu..
Alahai, bayang kan lah kesukaran nya itu.. yelah, bukannya McCurry tu tau nama gadis tu, kerana dia main snap je..dan tambah pulak..dah berbelas tahun tuu..

Cikgu menambah.
Proses pencarian semula pemilik sepasang mata unik itu telah mendapat liputan meluas. Dan, ianya telah menjadi projek komisel kepada semua pihak..

 Hehe.. bila fikir fikir, seaakan cerita Cinderella pun ada.. cuma Cinderella tu misteri mencari pemilik tuan kasut, manakala yang ini pemilik sepasang mata.. :)

Semua pihak yang terlibat telah ke penempatan Gula ni semula untuk mencari 'Cinderella' itu...
Bukan kerja mudah. Sehinggakan terpaksa di buat scan mata seorang demi seorang untuk mendapat sepasang mata yang sepadan dengan gambar asal.

Di pendekkan cerita, akhirnya mereka yang telah berusaha ini telah berjaya menemui Gula ni. Akan tetapi dia dah berumur dan dah pun berkahwin dan mempunyai anak dah..hehe
( proses nak memujuk dia untuk membuka niqab nya untuk tujuan pengesahan juga ambil masa..

 Yelah.. selepas pertama kali di ambil gambar 17tahun yang lalu, ~ waktu tu gadis lagi..~ ini lah kali kedua dia berdepan dengan kamera..

 Jika pun bukan kerana kamera, tetapi atas dasar prinsip.. bila dah berniqab, pastu sekadar nak membuka nya hanya untuk saje2 tu susah jugak..sedangkan waktu makan pun kita tutup...
Tapi, selepas di pujuk..Gula setuju juga akhirnya untuk membuka niqabnya.. dan, terhasil nya gambar kedua ini..)
Alhamdulillah pencarian yang berjaya! :)

Bagi membalas jasa Gula ni, McCurry menawarkan apa sahaja yang di minta oleh Gula akan ditunaikan..
Maka dengan itu, Gula telah meminta untuk di hantarkan untuk menunaikan haji ke Tanah Haram..
Nampak seperti tak padan dengan keuntungan yang McCurry tu dapat, maka bukan sekadar Gula sahaja yang dapat menunaikan Haji...malah seluruh kampung tu !!.. hehe

Alhamdulillah. Permintaan yang diberkati.. Syukur. .

Betul lah...setiap apa yang berlaku di dunia ni.. pasti ada hikmah di sebalik nya..
Allah Maha Berkuasa...

 Dia Mampu untuk menaikkan atau menjatuhkan sesiapa yang Dia ingini, dengan sekelip mata sahaja..
Moga Allah merahmati dan memberkati seluruh umat Islam di seluruh dunia..
In syaa Allah. . Aameen.


Gambar sebelah kiri : Gula di usia 12 tahun
Gambar Kanan : Selepas 17tahun kemudian

~ Info tambahan :
Saya telah berjaya menghadirkan diri ke Kelas Fotografi dan Videografi yang di anjurkan oleh Empoyer Kemaman. Semua nya free. Terdapat 16 slot kelas, setiap sabtu jam 2 - 5 petang.

2 orang guru yang mengendalikan kelas ini, iaitu Cikgu Syamsul dan Cikgu Sawlihim.
Cikgu Syamsul yang banyak mengendalikan kelas, dan Cikgu Sawlihim more to technical. Apapun, dua dua nya sifuu..

Moga berkat ilmu yang sifuu curahkan buat kami... In Syaa Allah..


Moga Bermanfaat
~ SulamKaseh 140913 ~