Follow Us @soratemplates

Sunday, October 17, 2010

Sokongan kuat isteri antara pendorong kejayaan Maher Zain

October 17, 2010 0 Comments
Artikel ni, ummi dapat dari blog kegemaran ummi, iaitu Keluargaku Sayang yang telah banyak memberikan input - input berguna sebagai panduan hidup ini. InsyaAllah. Semoga anda juga sudi2 kan berkunjung ke laman webnya juga bagi mendapatkan pelbagai maklumat yang sangat bermanfaat untuk semua.

Kali ini, ummi sangat tertarik untuk 'menyimpan' cerita yang di petik oleh kak chik dari harian metro baru - baru ini. Suka untuk menyimpannya kerana ia melambangkan suatu penghargaan yang sangat besar buat insan yang bergelar isteri. Ini kerana dengan sokongan dan dorongan yang kuat dari isteri lah, antara penyebab Maher Zain dapat berjaya sehingga ke hari ini.

Walaupun tidak didedahkan dan dipublisitikan siapakah isteri nya, namun ummi percaya isterinya sangat berbangga dengan apa yang telah di capai oleh suami nya itu dan, bagi ummi, mendoakan semoga kehidupan mereka akan berkekalan hingga ke Syurga..

Alhamdulillah, selain dari lagu yang di nyanyikan oleh Sami Yusof, lagu dendangan Maher Zain adalah antara lagu pilihan yang menjadi halwa telinga kami sekeluarga. InsyaAllah, moga Allah pandu jalan yang baik kepada kami, dan akan mendekatkan lagi kami kepadaNya Yang Esa sewaktu mendengar lagu - lagu mereka. InsyaAllah.

Buat Aisyah ( isteri Maher Zain ), didoakan juga moga dia akan tabah dan sabar dalam menghadapi segala ujian Allah. InsyaAllah..

Sokongan kuat isteri
Oleh MURSHID EUNOS
murshid@hmetro.com.my
2010/10/16

Pun begitu, penyanyi kelahiran Lubnan ini kemas mengunci bibirnya, enggan bercerita lanjut soal peribadi. Maher menolak dengan penuh hemah dan berbudi bahasa.

Bisik salah seorang teman yang mengiringinya, nama wanita bertuah yang sudah lebih setahun disunting menjadi permaisurinya itu adalah Aisyah dan usianya 21 tahun. Nama yang sama ditanyakan kepada Maher, senyumnya meleret, terdiam seketika menyusun bicara.

“Jujurnya, saya tidak mahu mengheret soal peribadi dan keluarga dalam lapangan kerjaya yang semakin menunjukkan peningkatan seperti sekarang. Saya akui yang sudah berkahwin dengan seorang wanita yang benar-benar memahami diri saya pada Jun tahun lalu dan sehingga kini perkahwinan kami diulit bahagia.

“Dia (isteri) memang inspirasi kepada perjalanan diri seorang lelaki pada saya. Bukan saja menjadi peminat setia dan sahabat baik yang tidak jemu mendengar cerita manis dan pahit, malah dia juga penyokong utama yang sentiasa memastikan kerjaya saya tidak terhenti separuh jalan. Sejak awal lagi, dia mengetahui minat dan perjuangan yang ingin saya lakukan.

“Saya berharap agar pihak media dan peminat menghormati pendirian ini untuk tidak mendedahkan identiti keluarga. Biarlah kerjaya nyanyian yang ditonjolkan bukannya soal peribadi. Malah, isteri dan keluarga saya juga tidak mahu jika publisiti tempias kepada mereka,” kata anak kedua daripada lima beradik ini dengan intonasi rendah dirinya.

Hampir dua minggu Maher di Kuala Lumpur mempromosi album sulungnya, Thank You Allah sempat berkongsi pengalaman yang pernah terpalit dalam diari hidupnya. Selain menggegarkan Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam malam Khamis dan Jumaat lalu dengan persembahan istimewanya di hadapan lebih 1,000 penonton, Maher juga hadir bagi menyampaikan dakwah melalui melodinya.

Meskipun masih hijau di pentas nyanyian antarabangsa, namun konsepnya yang berbeza dengan elemen muzik yang menjurus ke arah balada ketuhanan ini jelas menggambarkan sebuah fenomena baru kepada peminat muzik dunia.

SELEBRITI enggan terlepas peluang dalam membuat liputan ke atas usahanya dalam menyebarkan keagungan Islam menerusi nyanyian meskipun cerita mengenai Maher sudah banyak dipaparkan. Setidak-tidaknya, dakwah serta niat murninya itu diperluaskan lagi.

“Album ini satu usaha yang mungkin dapat saya lakukan bagi menebus dosa lama selain menyebarkan agama menerusi bakat yang ada. Mungkin ini yang mampu saya lakukan dan saya percaya, setiap insan itu punya kelebihan masing-masing. Setakat ini usaha ini berkesan dan saya cukup berpuas hati maklum balasnya.

“Saya adalah wajah Islam dan menjadi satu tanggungjawab saya untuk terus mengagungkan dalam apa saja cara sekalipun. Saya bersama beberapa tenaga kreatif yang menerbitkan album ini bersungguh-sungguh memperkenalkan karektor terbaik dalam Islam.

“Saya perangi kezaliman yang berlaku terhadap saudara Islam lain dan pastinya saya cintai kedamaian untuk agama sejagat. Saya tidak mahu melihat umat Islam terus ditindas dan mustahil untuk saya terus ke depan dan berperang hingga pertumpahan darah. Justeru, perjuangan yang mungkin mampu saya lakukan adalah secara halus seperti ini. Alhamdulillah ia berkesan.

“Bayangkanlah, setiap lagu saya yang sarat menceritakan kebesaran Islam ini mampu menarik perhatian peminat bukan Islam hingga mereka menitiskan air mata kerana kagum dengan keindahannya. Mereka mungkin tidak memahaminya, namun setidak-tidaknya, keharmonian dalam Islam itu berjaya memancing perhatian mereka,” katanya yang sempat mengajak peminat bagi mengunjungi laman sosialnya di facebook.com/maherzain.

Sejauh mana kita tersasar daripada landasan kebenaran, itu tidak bermakna perjalanan seterusnya kekal gelap. Sesungguhnya, detik itu akan mengajar dan memberi ruang yang lebih luas untuk menoleh pada kesilapan lalu kepada mereka yang tergelincir. Untungnya mereka yang diberi peluang kedua.

Tidak sekali merasa janggal dan malu, Maher mengakui dirinya bertuah selepas berjaya bangkit daripada zaman hapak bertahun-tahun lamanya. Malah, pengalaman itu digumpal kemas menjadi semangat baru. Inilah peluang kedua buatnya.

Mungkin darah muda dan segala ujian yang datang ketika menimba rezeki dan pengalaman di kota New York menggoncang imannya. Namun berkali-kali Maher yang popular menerusi lagu Insha Allah ini memanjat syukur diberi kesedaran oleh Allah.

“Itu semua ketentuan dan satu suratan. Siapa saya untuk menolaknya. Namun alhamdulillah saya tidak terus hanyut dengan dugaan itu sebaliknya lekas sedar untuk kembali ke jalan yang benar. Saya terlalu taksub dengan keseronokan dunia serta rezeki yang tidak pernah putus ketika itu hingga jujurnya, saya lupa dengan Tuhan. Malah saya akui, kira-kira tujuh tahun lalu, saya tidak mampu melawan tekanan yang bersarang dalam jiwa. Saya lupa dan terus lupa segala-galanya soal kewajipan.

“Ketika di Sweden saya bertemu teman-teman yang membawa saya ke sebuah masjid dan saya merasakan satu jawapan yang selama ini dicari-cari. Ibarat teka-teki yang terjawab. Saya mula sedar akan kealpaan selama ini,” katanya.

Thank You Allah dipasarkan seluruh dunia pada Oktober tahun lalu dan memasuki pasaran tempatan kira-kira empat bulan lalu.

Pengalaman sebagai penerbit muzik di New York menambah keyakinan lelaki berusia 29 tahun ini untuk merakamkan album yang mewakili jiwanya. Jelas Maher, darah seni itu sudah lama tersembunyi dalam jiwanya kerana sejak kecil, dia sudah terbiasa melihat ayahnya menyanyi serta mengadakan persembahan.

“Ayah juga seorang penyanyi di Lubnan dan sejak kecil, saya sudah dikelilingi dengan muzik dan melodi. Alhamdulillah bakat dan minat itu datang seiring menguatkan lagi rasa percaya untuk terus memperjuangkan apa yang diimpikan. Pengalaman di New York juga membuka ruang yang lebih luas buat saya mencipta karya sendiri.

“Thank You Allah adalah satu terjemahan daripada apa yang sudah lama terpendam dalam hati. Memang jujurnya keinginan untuk berbicara melalui nyanyian sudah lama saya fikirkan, cuma langkah itu tidak pernah bermula hingga insiden yang benar-benar membuka perspektif baru dalam diri saya.

“Justeru, album sulung ini bukan sembarangan karya sebaliknya ia benar-benar dekat dengan diri saya,” katanya yang sempat bercuti ke Langkawi.

Pinta graduan Kejuruteraan Aeronikal sebuah universiti di Sweden ini agar meneliti albumnya dengan mata hati. Thank You Allah memberi satu dimensi baru dalam industri rakaman seni suara. Bukan saja konsep, malah Maher menyuntik kejujuran jiwanya.

“Inspirasi dalam penciptaan melodi serta lirik hanya berpaksi pada pengalaman dan rasa hati semata-mata. Tidak pernah saya memandang mana-mana penyanyi sedia ada atau ikon untuk dijadikan rujukan. Sebaliknya, kesemua 14 lagu dalam album ini punya cerita sendiri.

“Insha Allah umpamanya menceritakan perhitungan dan kebarangkalian yang mungkin berlaku dalam diri seseorang jika terus bertawakal dengan ketentuan. Memeluk Islam dan mengenali keindahannya membuatkan ada kalanya perasaan sayu

itu wujud kerana memikirkan soal kebesarannya. Saya berhasrat agar ada yang tersentuh setiap kali menghayati lagu ini,” katanya yang meneruskan penjelajahan dakwahnya ke lima bandar utama di Amerika Syarikat sebelum ke Dubai, Jerman dan Sarajevo bermula bulan depan.

Wednesday, October 13, 2010

Majlis hari lahir Ahmad Muadz Zikry ke4 tahun

October 13, 2010 0 Comments
Alhamdulillah, ucap Syukur kami kepadaNya kerana telah mengurniakan kami anak - anak yang sihat dan sempurna. Lahirnya Ahmad Muadz Zikry ke dalam keluarga kami, telah melengkap kan hidup kami sekeluarga seterusnya menceriakan lagi kehidupan kami.

Alhamdulillah juga kami panjatkan kepadaNya kerana di beri kelapangan bagi mengadakan majlis yang sederhana bagi menyambut hari lahir nya yang ke empat tahun yang jatuh pada 19 September 2010 yang lepas. Walaupun ianya dah beberapa minggu berlalu, namun ummi merasakan tidak terlewat lagi untuk ummi simpankan kenangan manis ini ke dalam blog SulamKaseh kami ini, sebagai kenang kenangan di masa depannya. InsyaAllah.

 Selamat Hari Lahir Buat Muadz tersayang,
doa kami yang tak pernah putus, semoga aysh akan menjadi anak yang soleh dan beriman kepadaNya.. Amin

Kek ini telah di pilih sendiri oleh Muadz, begitu juga dengan hiasan Spiderman :)
 
Turut meraikan majlis..sepupu sepupu..
 
Santai sambil menunggu tetamu :)
 
 Along dan Muadz turut membantu meniup belon hiasan
 
 Rayyan Putra
Hadif

Talhah menggayakan topi chicken run yang di jumpai nya di dalam bilik along :)


Ini adalah antara gambar - gambar yang sempat ummi edit. Ada kelapangan nanti, akan ummi attach kan kemudian. Apapun, terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke majlis dan moga berkat atas doa kalian semua.. Amin..

Tuesday, October 12, 2010

Imam Muda Muadz

October 12, 2010 0 Comments

Kami mengharapkan dan berdoa, semoga anak - anak kami tergolong di kalangan orang - orang yang beriman dan di jauhkan dari segala fitnah dunia, lebih - lebih lagi di akhir zaman ini.


Semoga dengan asuhan dan didikan yang kami berikan, akan menjadi kan mereka seorang yang patuh dengan ajaran Nya dan menjadikan mereka seorang pemimpin dan pejuang agama Allah suatu hari nanti. InsyaAllah.

Muadz sekarang lebih gemar menjadi imam, berbanding menjadi makmum. Biasanya, jarang sekali dia ingin bersembahyang di belakang ummi atau along, dan selalunya dia akan jawab yang dia akan sembahyang sendiri.

Sebagaimana Along seusia nya dulu, juga di dedahkan dengan pendidikan sembahyang supaya bila besar nanti, mereka tahu akan kewajipan yang mereka perlu lakukan. InsyaAllah doa kami, semoga anak - anak kami akan menjadi seorang yang soleh dan solehah serta sentiasa di berkati olehNya.. Amin

Kami rakamkan detik ini, sebagai kenangan buatnya, menjadi Imam kepada Hadif ( sepupunya..) di usia 4 tahun.. Selamat Hari Lahir Muadz.. Ummi dan Abah doa kan moga adik akan jadi seorang hafiz dan berjaya dalam hidup.. Amin..

Monday, October 4, 2010

Maher Zain pencetus fenomena baru di kalangan umat Islam di akhir zaman

October 04, 2010 0 Comments
Pada hari ini, tidak perlu di perkenalkan lagi siapakah Maher Zain. Seorang penyanyi yang cukup berbakat dan boleh di katakan mempunyai pakej yang lengkap bagi seorang insan biasa yang bergelar hamba Allah. Banyak nikmat Allah yang ada padanya, yang mana selain fasih ber dwibahasa (eng & arab), dia juga seorang yang pandai menggubah lagu, menyanyi, dan tidak kurang juga mempunyai paras rupa yang kacak.

Melalui lagu - lagunya yang kebanyakannya bersifat ketuhanan membuatkan ianya di minati oleh segenap peringkat umur. Tidak kiralah, samada budak kecil, anak muda, dewasa, makcik, pakcik, seterusnya kepada peringkat golongan atasan juga turut sama gemar mendengar kelunakan suara penyanyi ini.

Selain itu, banyak juga dari lagu - lagunya dapat mencuri hati para penggemar dari kalangan ustaz dan ustazah, dan minat mereka bukanlah tertumpu kepada  penyanyi itu semata - mata, tetapi kepada bait - bait lagu yang di gubah dan di jadi kan lagu itu cukup menginsafkan semua.

Fenomena seperti ini sebenarnya jarang berlaku. Ini kerana, kebiasaannya, lagu - lagu yang di minati oleh anak - anak muda jarang sekali di minati oleh golongan dewasa. Mungkin kerana alunan dan penggunaan musik nya yang kurang enak di dengar oleh mereka yang sudah berada di peringkat dewasa. Selain itu, penggunaan bahasanya juga kekadang tidak sesuai untuk di alunkan dan di dengari oleh mereka.

Semua ini berbeza selepas lahirnya Maher Zain. Mari kita perhatikan, gelombang auranya telah bergerak ke seluruh negara, bukan sahaja di Malaysia, malah mencakupi di seluruh pelusuk dunia, terutamanya di kalangan mereka yang beragama Islam. Lagu - lagu nya yang bersifat ketuhanan ini benar - benar mencetuskan satu fenomena baru dalam dunia hiburan.

Tidak dapat di nafikan, kami sekeluarga juga antara berjuta peminatnya, terutamanya anak - anak. Anak sekecil Muadz itu pun sudah pandai meminta - minta untuk memainkan CD Maher Zain setiap kali menaiki kenderaan. Bahkan setiap seorang, tidak kiralah samada along atau pun adik sudahpun mempunyai lagu kegemaran masing - masing. Ummi dan abah pun tidak begitu melarang mereka memandangkan banyak juga lagunya yang bertujuan untuk mendekatkan diri kita kepada Allah sewaktu mendengarnya. Pada kami, berhibur itu tidak salah, asalkan kena pada tempatnya.

Namun begitu, tanggapan ummi pada gelombang MZ ini sedikit goyah apabila mendengar kupasan daripada Farah ( pengacara TV9) yang menyatakan bahawan MZ ini pernah menjadi producer kepada penyanyi - penyanyi terkenal, seperti RedOne, New backstreet boys, Akon dan juga Lady Gaga..( dalam hati.. apa? LG?.. benar kah begitu?.. ) 

Ummi jadi kaget buat seketika. Siapa sebenarnya MZ ini? Siapakah dia sehinggakan boleh terlibat dengan seseorang yang menjadi pengikut ajaran freemason seperti LG itu?. Semua ini membuatkan ummi berfikir dan berfikir. Dalam hati, takut dan bimbang sekiranya MZ juga antara mereka yang terlibat dalam konspirasi akhir zaman ini. Mempunyai agenda, untuk melalaikan umat Islam yang mana terlalu cintakan musik dan mengagungkan penyanyi berbanding dari Tuhan, Allah Yang Maha Esa?. Jika kita lihat di sekeliling kita, samada di radio, televesyen, media massa dan di internet khasnya, sedang di banjiri dengan peminat MZ. Malah, di dalam hp setiap seorang juga, pasti akan kedengaran musik MZ ini. Ia berada di mana - mana dan di serata tempat. 

Sedangkan, kita setiap kali itu juga memohon supaya Allah menjauhkan kita dari fitnah dajjal laknatulLah?. Semua ini tidak mustahil berlaku, kerana apabila manusia terlalu fanatik kepada manusia, dia akan  leka kerana terlalu asyik dengan musik, sehinggakan lupa untuk mengingati kepada PenciptaNya Yang Esa. . Nauzibillah.. 

Tetapi, semua yang bermain di fikiran ummi itu hanyalah telahan ummi semata - mata, yakni sebelum mendengar pengakuan sebenar dari MZ dalam temubual nya bersama krew TV9 semasa lawatannya di Brunei baru - baru ini.

Sempat ummi melihat dan mendengar sendiri temubual tersebut, dan dapat menarik nafas leka selepas mendengar semua penjelasannya. Bercerita tentang dirinya, dia merasakan amat bersyukur kerana di beri peluang untuk berdakwah melalui lagu seperti yang di lakukannya sekarang.

Dia juga mengakui semua ini berlaku selepas dia melalui proses penghijrahan dan merasakan agama Islam ini adalah satu - satunya pegangan hidup yang sebenarnya. Selain itu juga, merasa bangga kerana walau kemana dia pergi, dia dapat lihat terdapatnya penyatuan ummah di kalangan orang - orang Islam.

Sememang nya dulu, dia pernah menjadi producer kepada LG, dan semua itu telah pun di tinggalkan nya, selepas melalui proses penghijrahan ini. Di bawah adalah serba sedikit maklumat yang ummi dapat dari pelbagai sumber tentang MZ ( sekadar untuk pengetahuan, supaya kita kenal siapa idola anak2 kita ) :

Biodata Tentang Maher Zain

  • Name: Maher Zain
  • Age: 29 years old
  • Nationality: Swedish (of Lebanese origin)
  • Education: BA in Aeronautical Engineering
  • Previous Job: Music Producer
  • Worked with in the past: RedOne: Akon, Lady Gaga, etc
  • Album Name: Thank You Allah
  • Number of Tracks: 13
  • Release Date: 1st of November 2009
  • Record Label: Awakening Records
Sumber inspirasi pertama Maher dalam muzik datangnya dari bapanya sendiri iaitu penyanyi tempatan di bandar Mediterranean, Tripoli – Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweeden ketika dia berumur 8 tahun dan meneruskan persekolahannya dan kemudian masuk universiti sehingga dia mendapat sarjana dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. 

Disebabkan banyak perkara yang berubah di sekitarnya, satu perkara yang tetap sama ialah hasratnya yang kuat untuk muzik. Dia menghabiskan masa akhir di sekolah dengan teman-temannya di mana mereka akan bernyanyi, rap, menulis dan bereksperimentasi dalam segala hal berkaitan dengan muzik. Ketika itu dia mula menyedari yang muzik menjadi sebahagian dari dia.

Setelah terlibat sekian lama dalam bidang muzik di Sweden sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan oleh RedOne seorang penerbit muzik yang berbakat dan meningkat naik dalam bidang muzik di Sweden. Maher mula bekerja dengan RedOne sebagai artis dari Sweden dan kemudian pindah dengan dia ke New York. Selama beberapa tahun ia berada di tengah-tengah kesibukan kota NY, mereka bekerjasama dengan artis seperti Kat Deluna di album debutnya yang termasuk lagu yang mendapat hits seperti ‘Whine Up’ dan ‘Run the Show’.

Walaupun Maher mengecapi kemasyhuran dan banyak orang menggambarkan sebagai pekerjaan mimpi bagi seseorang yang begitu muda dalam bidang ini, tetapi untuk Maher rasanya seperti ini jauh dari apa yang dia sebut ‘mimpi’, “saya mencintai muzik, tapi saya benci segala sesuatu yang dikelilingi itu, selalu merasa seperti ada sesuatu yang tidak benar “. Sumber : Istimewanya Maher Zain


Ummi berdoa, semoga hasratnya dan hijrahnya adalah kerana Allah, dan bukan lah kerana faktor - faktor lain. Semoga niat murninya untuk berdakwah melalui lagu ini akan tercapai dan dia merupakan salah seorang yang menjadi tali rantai yang akan memperjuangkan agama Allah.

Cuma, kita sebagai hamba Allah, rasanya tidak perlu lah terlalu fanatik kepada seseorang itu kerana dia juga hanyalah insan kerdil ciptaan Allah, sebagaimana kita juga. Ambillah segala yang baik darinya, dan jangan sampai kita melupakan Allah Yang Esa.

Lagu - lagu yang bermanfaat, dengarkan ianya hanya sekadar halwa telinga kita di sesetika sahaja dan perlulah ingat bahawa syair yang paling indah adalah Al Quran itu sendiri. Jangan kita telalu taasub kepada musik, sehinggakan kita melupakan dan meninggalkan untuk membaca kalam Allah ini. InsyaAllah.. Amin..

Nasihat kepada diri sendiri juga, semoga dapat memperdengarkan Al Quran lebih kerap kepada anak - anak dan juga diri sendiri, sebagai bekal kita di akhirat kelak. Selain dapat di jadikan penawar hati, ianya juga dapat di jadikan sebagai doa kepada kehidupan kita sehari - hari.

Kupasan ummi kali ini, bukan lah untuk menuduh, atau memfitnah sesiapa. Sekadar lontaran idea untuk kita semua berfikir, bahawa nak atau pun tidak, kita sememangnya berada di akhir zaman. Dan, Nabi telah berpesan, berhati - hatilah kita semua dengan fitnah akhir zaman ini kerana ianya sangat dasyat dan kita tidak tahu bagaimana ianya akan datang.

Sekian kalinya, memohon semoga kami sekeluarga, dan semua pembaca .. agar di lindungi oleh Allah dari fitnah dajjal di akhir zaman ini. .. Amin Ya Allah.. Amin Ya Rahman .. Amin.. Ya Rahim..

p/s : Bacalah sepuluh ayat dari surah Al Kahfi untuk mengelakkan diri dari fitnah dajjal.

‘Jika seseorang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Al-Kahfi, ia akan terlindungi dari fitnah Dajjal’ (HR. Muslim no. 809)

“Barang siapa yang membaca sepuluh ayat pertama dari surah al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.”

Dan di dalam riwayat yang lain disebutkan,

“Barang siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” (HR. Muslim) 2 – Baca doa elak fitnah dajjal, berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a
yang maksudnya ‘Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur, siksa neraka, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah al-Masih Dajjal‘.”

Wallahua'lam.
Semoga bermanfaat untuk semua.
~ ummi ~

Saturday, September 25, 2010

Sepantas awan yang berlalu..

September 25, 2010 0 Comments
Pantasnya masa berlalu..sepantas awan yang berlalu...tampak seakan perlahan, namun dalam sekelip mata sahaja, berlalu meninggalkan kita...begitulah kita sehari - hari.. Hari yang di tunggu, sedar tak sedar, dah pun berlalu..

Masih teringat lagi, minggu lepas kami sekeluarga ke rumah Ayah Ku bagi majlis rumah terbuka di rumahnya. Sewaktu itu juga, ummi memaklumkan kepada cik ros, mama chik dan ngah yang kita juga akan mengadakan majlis hari lahir muadz pada Jumaat yang akan datang.. dan, sekarang Jumaat yang di nyatakan dah pun berlalu dan esok, adalah hari Ahad dan rutin setiap hari bekerja akan berjalan seperti biasa.

Apabila mengenangkan detik waktu yang berlalu terlalu pantas, kekadang perasaan risau melanda.. takut akan ajal yang sedang mendekati diri kita.. dan kematian adalah suatu yang pasti, namun ummi takut dan risau dengan BEKALAN yang akan di bawa.. mencukupikah?..

Bercakap tentang kematian, teringat lagi hari Khamis lepas.. ada seorang pekerja Gamin Engineering memasuki pejabat kami untuk mengambil dokumen penting. Walaupun Gamin merupakan salah sebuah syarikat yang bernaung di bawah syarikat Bahtera Marine, namun muka adik yang masuk ke pejabat kami kali ini tidak ummi kenali.

Terdetik dalam hati.. "tak pernah nampak pulak muka adik ni.. pekerja baru ke" sambil berteka teki sendirian.. "emm.. biasalah.. pekerja Gamin selalu bersilih ganti.. " memberi jawapan kepada soalan sendiri.. selepas itu, perhatian ummi kembali kepada komputer yang berada di hadapan tanpa memikirkan tentang adik yang tadi itu lagi.

Semalam, sewaktu berbual dengan kliza ( teman sepejabat ), ummi bagaikan terpaku.. 'adik' yang ummi lihat masuk ke pejabat khamis lepas, telah pun meninggal dunia. Di maklumkan, yang dia meninggal seusai menyelesaikan kerjanya di Bandar Chukai. Maksudnya, dia datang ke pejabat kami itu adalah buat kali terakhir buatnya..

Ya Allah.. lemah rasa bila kenangkan peristiwa itu.. dia meninggal kerana ingin mengelak seorang warga bangladesh yang ingin melintas jalan. Namun, dia tersilap bajet, kedua - dua mereka meninggal. Adik tu parah kerana bergeser di jalan dan di hempap motor besarnya.. sempat di bawa ke ICU Kemaman, namun tidak dapat di selamatkan.. sedih.. dan tumpang sedih bagi keluarganya memandangkan ummi turut mengenali keluarganya.

Sudah 2 malam dia di semadikan, namun ummi masih lagi terkenang kan peristiwa yang menimpanya. Dalam tak sedar, sewaktu dia memasuki pejabat kami, itu adalah kali terakhir dan, dalam masa yang sama.. ajal telah pun mengekorinya dalam waktu yang paling hampir.. dan, apa yang pasti, ianya akan terjadi kepada kita juga selagi kita bergelar hamba Allah di muka bumi ini.

Sedia ataupun tidak bukan lagi persoalannya.. sekarang yang penting, kita perlu tanya diri kita.. sudah cukupkah amalan ataupun bekal yang ingin di bawa?.. semua itu terpulang kepada diri kita masing - masing.. hanya kita yang mengetahui perihal diri kita..

Ummi selalu menasihati diri ini, supaya sentiasa mengingati akan kematian, namun terkadang leka juga dengan kehidupan yang sementara ini..

Ya Allah, pandulah diriku ke jalan yang Engkau Redhai.. pimpinlah diriku dan keluargaku untuk berada di landasan yang benar.. dekatkanlah kami denganMu Ya Allah.. Ampunkanlah kami.. kasihanilah kami..

Semoga masa yang kami perolehi ini, kami dapat manfaatkan untuk berbuat amal kepadaMu Ya Allah.. Amin Ya Rabbal Alamin..

Tuesday, March 30, 2010

Janji yang tertunai

March 30, 2010 1 Comments
Kes dulu

Sebenarnya dah lama ummi janji dengan adik dan along nak membelikan mereka ikan peliharaan. Tetapi, banyak kali ummi tangguhkan kerana dah beberapa kali kes ikan mati di sebabkan kelalaian kami.

Bukan nya tak cakna, tetapi disebabkan kekurangan ilmu kami dalam menjaga hak2 ikan ini.

Kes 1 : Ikan ini mati selepas melompat keluar dari bekas. Kesian sangat, apabila balik dari pejabat, dia dah kering di bawah meja.
Pengajaran : Jangan isi air banyak sangat. Senang untuk dia lompat keluar.

Kes 2 : (Boboy) Ikan ini mati lemas disebabkan air berklorin.
Pengajaran : Jika air yang di ambil dari paip, maka perlu di bubuh anti klorin supaya mereka tak lemas


Kes 3 : (Merry) Mati kerana terlebih makan.
Pengajaran : Perlu bagi mereka makan yang cukup - cukup je.. nanti pecah perut depa. Mereka tak reti nak berhenti makan..selagi ada je makanan, selagi tu mereka makan.. :(


Setakat ini, masalah yang berkaitan dengan kes - kes seperti sebelum ini, InsyaAllah ummi dapat handle. Cuma, tak tahu lah jika ada lagi masalah lain yang menyebabkan mereka boleh mati. Moga kali ini ummi lebih prihatin dengan kebajikan mereka.


Tunai Janji


Hari sabtu aritu, selepas ummi menghadiri usrah Nisa', ummi telah mengotakan janji dengan anak - anak. Kami telah ke rumah kawan mak kerana mengikut apa yang mak cakap, kawan nya itu ada menjual ikan peliharaan ni.

Mok dek pun ikut sama. Setelah pilih dan pilih, adalah 4 ekor yang kami beli. Along telah menamakan ikan nya dengan nama Merry, sempena nama ikan yang telah mati dlu. Begitu juga dengan adik yang memilih nama Boboy, seperti nama ikan nya yang dulu.

Rupa - rupanya dalam banyak2 ikan yang ada kat rumah kawan mak tu, ada yang mok dek berkenan. So, the next day tu, ummi sekali lagi ke rumah kawan mak itu untuk membeli ikan yang mok dek chop tu.

Apabila siap ummi sediakan tempat yang sesuai untuk ikan mok dek, lalu ummi masukkan ikan yang telah di beli itu ke dalam bekas tersebut. Tetapi, agak terkejut juga ummi kerana rupa2 nya ikan yang mok dek pilih itu, tercabut matanya.

Apabila melihatkan ikan itu, agak2 ummi yang mesti mok dek tak nak kerana ikan itu cacat. Dan, ummi berniat nak menjaganya di pejabat sahaja, tetapi sebenarnya bukan seperti yang ummi sangka.

Pada mulanya, ummi membawa lah ikan itu dan satu lagi ikan untuk mok dek membuat pilihan samada dia suka atau tak dengan ikan yang satu lagi itu. Tetapi, dia tetap memilih ikan yang takde mata tu. Katanya, dia suka ikan itu kerana dia kesian kan ikan itu. Katanya, mesti takde orang yang nak beli ikan itu sebab dia cacat. Biar lah dia yang jaga ikan tu.

Oo.. bagusnya mok dek. sama pendapat dengan ummi.. :)

Dibawah adalah gambar2 ikan yang telah kami beli. Kualiti gambar kurang bagus berbanding yang dulu, kerana kamera ummi dah hilang.. so, guna kamera hp je.. :(
(takpelah, asal dapat buat kenangan utk muadz, along dan mokdek bila besar nanti.. )

Ini ikan pilihan along. Dinama kan Merry


Ini ikan adik. Boboy..


Ini ikan ummi. Xde nama yang sesuai.. :)


Ini juga ikan ummi. Moon..


Ini ikan mok dek. .

Kali ini, ummi sangat mengharapkan hayat mereka dengan kami akan kekal lama.. InsyaAllah.

Thursday, February 25, 2010

Hari terakhir di taska yayasan

February 25, 2010 2 Comments
Harini merupakan hari terakhir adik dan along kat taska yayasan kemaman. Ummi terpaksa membawa mereka keluar dari taska tersebut atas beberapa faktor.

Yang pertama, kerana peraturan baru yang di tetapkan di taska tersebut bermula tahun ini. Iaitu ibubapa perlu mengambil anak - anak lebih awal pada hari khamis kerana memberikan kelonggaran untuk cikgu untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga mereka. Operasi taska yang berakhir pada pukul 4 petang menyebabkan ummi terpaksa membawa adik ke pejabat sementara menunggu ke pukul 5 petang.

Masalah utamanya apabila membawa adik ke pejabat, ialah tak larat nak melayan karenah nya. Setelah di belikan makanan dan minuman supaya dia dapat duduk dengan tenang di bahagian hadapan pejabat, masih tidak mencukupi. Apabila habis makanan nya, dia akan bergiat aktif semula. Macam itu lah setiap kali di bawa ke pejabat. Ummi segan dengan teman sepejabat. Sebab itulah, ummi terpaksa membuat keputusan mencari alternatif lain untuk tidak membawanya ke pejabat lagi.

Dari itulah, ummi merasakan tindakan memindahkan mereka ke taska lain itulah yang paling baik buat adik dan ummi juga.

Faktor yang kedua adalah, mengenai kelas KAFA along. Buat masa sekarang, sekolah along tidak menyediakan kelas kafa. Oleh itu, setelah ummi membuat beberapa tinjauan ke taska - taska yang terdapat di kemaman ini, ummi dapati di taska Awlad ( taska along suatu masa dahulu ) ada menyediakan kelas KAFA dan kelas mengaji al quran. Oleh itu, dengan bayaran sebanyak rm120, along akan dapat ditempatkan di transit, sekaligus akan ada kelas mengaji dan kelas kafa.

Alhamdulillah. Allah memberikan petunjuk.

Cuma, yuran untuk tiap - tiap bulan, ummi terpaksa menambah sebanyak rm50 menjadi kan ummi perlu membelanjakan sebanyak rm300 untuk dua orang anak ummi. Dan, rm80 lagi untuk bayaran yuran tuition along. Tak mengapalah. Semoga yang terbaik buat mereka.

Semasa ummi pergi nak mengambil mereka tadi, sempat bersalaman dengan cikgu - cikgu yang telah menjaga mereka, adik terutamanya semenjak adik berumur 1 tahun. Kira - kiranya adik sudah 3 tahun mendapat didikan dan asuhan di taska tersebut.
Ummi sangat bersyukur kerana mereka sudi menjaga dan mengajar muadz, lebih lebih lagi melayan karenah nya yang kekadang nakal.

Muadz teruja kerana ada hadiah yang diberikan oleh cikgu nor nya. Begitu juga dengan along.
Sambil berpesan kepadanya, supaya tinggal elok elok di taska baru.
Ummi mengucapkan terima kasih di atas segala budi mereka dan memohon kemaafan di atas segala kesilapan kami juga.
Doa ummi semoga segala budi dan kebaikan yang cikgu - cikgu curahkan buat anak kami akan mendapat keberkatan dariNya. Amin..

Tuesday, February 16, 2010

Ikut ummi dan abah ke pasar pasir mas

February 16, 2010 0 Comments
BERCUTI DI KAMPUNG

Kali ni, kami bernasib baik sekali lagi kerana cuti raya cina kena pada hari ahad dan isnin. Sama macam tahun lepas, cuti berderet 4 hari dari hari jumaat, hingga ke hari isnin. Cuma, tahun lepas kami telah bercuti di Bukit Merah dan cameron bersama famili mama chik.. dan, tahun ni, kami telah mengambil keputusan untuk balik ke kampung.
Di samping dapat melepaskan kerinduan pada mek, dapat juga kami merasa kenikmatan hidup di kampung yang tenteram .. Alhamdulillah..


BERAS SIAM

Menjadi kebiasaan kami, setiap kali pulang ke pasir mas, kawan - kawan akan mengirimkan beras siam untuk di belikan untuk mereka. Beras cap burung serindik lah yang menjadi pilihan. Mungkin kerana berasnya yang elok dan tak banyak yang rosak, menyebabkan ia adalah antara beras yang menjadi pilihan ramai.

Cuma, mungkin kerana harga nya yang agak mahal di terengganu, menyebabkan ada yang sanggup mengirimkan sebanyak 2 kampit beras yang seberat 9kg setiap satu. Sengaja untuk di buat simpanan, mungkin juga. Kerana kalau bagi kami, 9kg tu agak banyak jika hendak di buat stok. Biasanya kalau kami beli pun, kami akan membahagikannya dengan mak. Cukup untuk kami setakat 5kg sahaja.


KE PASAR PASIR MAS

Sebelum kami berangkat pulang ke kemaman pagi ahad yang lepas, kami telah ke bandar pasir mas untuk mendapatkan kiriman kawan - kawan. Tengah kami bersiap untuk ke pasar, muadz merengek nak mengikut kami. Biasanya, kalau semasa along sama baya muadz, kami tidak akan mengizinkannya mengikut kami. Tapi, ni lain.. ini adalah muadz.. dia memang pandai memujuk dan biasanya abah lah yang selalu cair dengan pujukan dia.. :)
Jadi, kali ini dia berjaya membuatkan dirinya dapat bersama kami ke pasar. Seronok sangat dia bila abah memimpin tangan nya menaiki kereta.





Bandar Pasir Mas (Sumber)










LANDASAN KERETAPI

Selepas siap kami membeli beras, abah mengajak kami ke seberang pasar untuk meninjau keadaan jualan di sana. Untuk ke sana, kami perlu melalui landasan keretapi yang menghubungkan pantai timur dengan pantai barat secara berjalan kaki.







Gambar : keadaan orang ramai yang melintasi landasan keretapi untuk ke seberang pasar.






PENGALAMAN BARU

Sewaktu hendak melintasi landasan, muadz di dukung oleh abah. Kerana merisaukan keadaan landasan yang nampak agak uzur. Ini adalah pengalaman pertama kami membawa nya melalui jalan yang agak 'adventure' baginya. Sebenarnya di dalam hati kami juga cuak, risau dengan keselamatan. "Selamat kah nak melalui nya"? bisik hati. Tetapi, apabila melihat keadaan orang ramai yang lalu lalang di situ, membuatkan perasaan khuatir tu hilang. Lagipun, bagi ummi, ini bukan lah kali pertama. Semenjak kecil lagi, ummi dah biasa melintasi landasan sebegini setiap kali mengikuti ayah ke pasar. Cuma, mungkin bila dah dewasa ni, aktiviti sebegini sudah lama ummi tinggalkan menyebabkan hati kurang senang. Mungkin juga kerana apabila membaca berita - berita di dada akhbar tentang kematian di langgar keretapi. Nauzubillah.. minta di jauhkan.

Alhamdulillah, semuanya selamat. Dan, nampak nya muadz pun takde la risau macam apa yang kami rasa.


Pasar Pasir Mas

Gambar : Keadaan pasar di seberang landasan.

Pasar Pasir mas

Suatu pengalaman yang baru sebenarnya untuk muadz. Dapat melihat pelbagai barangan yang di jual di sepanjang pasar ini. Ada yang menjual sayur sayuran, ada yang menjual ikan, ayam, buah buahan dan ada juga yang menjual pakaian. Pelbagai gelagat dan gaya persembahan bagi menarik pengunjung untuk membeli apa yang mereka jualkan.

Pasar Pasir Mas

Gambar : Hasil sungai dan hasil laut juga tidak terkecuali di jual di sini

Kami menyusuri pasar yang panjangnya lebih kurang 500 m itu sehingga ke hujung. Kesian muadz, kepenatan. Minta di belikannya air.

"ok, adik nak air apa?" tanya abah sebaik sahaja terjumpa gerai yang menjual air.
"asyh nak air jagung.. "sambil menunjukkan air jagung yang berada di dalam balang air.
seronok ummi tengok gelagatnya. Begitu lah setiap kali ingin membeli sesuatu. Yakin dengan pilihan nya. Tetapi, setiap kali tu jugak lah, dia akan berkenan yang orang lain selepas merasakan yang dia punye tak sedap. Biasanya bahagian along lah yang menjadi mangsa. Selalu along berkorban kepada adik.. ( ni adik kena ingat sehingga besar.. yang along selalu mengalah pada adik.. )
Ummi dah biasa sangat dengan keletah dia tu.

Dalam perjalanan patah balik ke seberang landasan, muadz berpimpingan tangan dengan ummi. Dalam hati, berkira - kira yang ummi akan mendukung nya apabila ingin melintasi landasan keretapi.

Sebaik sahaja sampai ke landasan, muadz bersuara :
"ummi.. ummi tak payah lah dukung asyh.. adik nak jalan sendiri lah.."
aik?. terdetik dalam hati ummi. oo gitu ke?. berani lah pulak dia. Ingatkan dia takde feel apa - apa apabila melintasi landasan tu. Rupa nya bagi dirinya, ia adalah suatu pengalaman yang bermakna. Dalam pada itu, siap bercadang nak bercerita dengan along pulak yang dia telah melalui landasan keretapi haritu.

Mungkin pengalaman sebegitu amat biasa bagi anak - anak peniaga yang berniaga di situ. Tapi, bagi anak - anak kami, ianya suatu pengalaman yang mengujakan. Terutamanya apabila along mendengar cerita adik nya. Takpelah along, nanti ummi bawa along lain kali ye. pujuk ummi pada along.


GELAGAT MUADZ

Ada satu lagi gelagat muadz yang membuatkan ummi rasa tercuit hati.

Selepas melintasi landasan, kami ke bahagian pakaian. Sesambil nak mencari baju blouse untuk chik da. Dalam ummi meninjau - ninjau baju tu, terdengar muadz bersuara :
"wow.. baju ultraman la.. asyh nak tengok ah kejap.. padan dok ngan muadz.. "sambil mengambil baju yang tergantung di hadapan kedai, meletakkan baju tu ke badannya. Sebijik macam orang yang nak membeli baju. Rasa nak tergelak ummi tengok gelagat nya tu.

Ummi tersenyum je, sambil mencuit bahu abah, menunjukkan apa yang sedang muadz lakukan. Disebabkan kami tidak memberikan apa - apa komen terhadap nya, menyebabkan dia menyimpan kembali baju itu. Mungkin faham yang kami tidak akan membelikan untuk nya, sambil berkata :
"asyh suka baju ni.. asyh nak tengok je.. "

Ummi tersenyum. Abah pun. emm.. muadz ni, memang lain dari along. Ada pendirian nya yang tersendiri. Bukan seperti along. yang lebih banyak menurut apa yang kami putuskan untuk nya. "Sebaik nya begitu.." komen abah.
"biar dia pandai membuat keputusan sendiri. Bila dia besar nanti, lagi banyak keputusan yang dia perlu buat kerana dia adalah ketua keluarga suatu hari nanti. Jadi, elok lah tu. Apabila dia banyak membuat keputusan, maka dia akan lebih banyak berfikir. Kita sebagai ibubapa dia, bertindak sebagai pemantau dia. Kalau silap, kita betul kan. InsyaAllah dia akan lebih berdikari nanti.."

Terima kasih abah. Sememangnya abah banyak membantu ummi dalam mendidik anak - anak. Semoga keluarga kita akan sentiasa di limpah kan rahmat dariNya.. Amin..


Wednesday, February 10, 2010

Kampung halaman yang di rindui.

February 10, 2010 0 Comments
MENGHITUNG MASA

Menghitung masa ke jam 4 petang. Harini ingatnya, nak minta balik awal. Kebiasaannya, semasa mengambil along untuk ke kelas tuition jam 3 petang, adik akan ummi ambil terus dan membawanya ke pejabat.

Taska akan berakhir operasinya lebih awal setiap hari khamis bagi membolehkan guru - guru dapat pulang lebih awal. Ini peraturan baru kat Taska adik. Jadi, kebiasaannya setiap petang khamis, ummi akan di sibukkan dengan gelagat Muadz di pejabat. Nasib kami baik sekiranya bos - bos takde kat office. Biasanya diorang akan ke padang golf setiap khamis. Kalau diorang ada kat office tu, segan jugak la ummi.

Tapi, harini suasana muram kat pejabat, kerana bukan sahaja bos sahaja yang tak ada, malah hanya tinggal 2 orang sahaja. Ummi dan en alli. Mereka yang lain, semua dah ambil cuti. Sebab itulah, ummi pun rasa macam dah takde mood nak kerja. Apa yang terbayang, perjalanan balik ke kampung malam ni.. semoga semuanya dipermudahkanNya.. Amin


PERASAAN HATI

Tak sabar dan berdebar. Beginilah perasaan yang dirasai setiap kali nak balik ke kampung. Terasa amat teruja dan seronok. Seingat ummi, paling terakhir kami balik adalah semasa raya puasa. Agak lama jugak. Hampir 5 bulan. Dan, ini merupakan kepulangan kami yang pertama selepas balik dari mengerjakan haji. Alhamdulillah.

Ummi rindu kan suasana tenang di kampung. Dapat menghirup udara yang segar dan bersih. Dapat melihat sawah padi membuatkan hati cukup tenang. Di sawah itulah, ummi dan adik beradik pernah bergelumang dengan tanah dan selut. Digigit pacat dan lintah, menjadi kebiasaan. Semua itu mengajar kami tentang ketabahan dan kepayahan dalam kehidupan.

Seronok jika teringatkan kisah lama. Betapa susahnya hidup kami dahulu.. selepas kematian ayah, Allah nak uji kami sekeluarga. Dan, dari situ, kami bangkit untuk memperbaiki taraf hidup kami sekeluarga. Semuanya bermula dari kak, dan di ikuti oleh kak nah, ummi, adik ah dan adik ama. Kesemua kami dapat masuk universiti. Hanya berbekalkan hasil dari sebidang tanah sawah padi itulah, kami semua dapat berjaya. Alhamdulillah. Kami yakin dengan janji Allah.. yang rezeki seorang anak adam itu, telah di tetapkan oleh Allah. Sesusah mana pun hidup kita, InsyaAllah dengan usaha dan tawakkal kepadaNya.. kita akan berjaya.

Ummi bersyukur dengan semua itu. Cuma, sesekali bila terkenang kan arwah ayah, hati sayu kerana ayah tak sempat merasakan kesenangan. Hanya yang kami mampu, berdoa kepadaNya semoga arwah akan di lapangkan kubur dan di tempatkan di kalangan mereka yang beriman.. Amin..

SEMOGA DIPERMUDAHKAN NYA

10 minutes more to 4 pm.
Time to go. Nanti lama pulak budak - budak menunggu.
Semoga Allah permudahkan segalanya.. Amin.

Wednesday, February 3, 2010

Dah besar rupanya muadz.. dah boleh jadi 'cikgu'

February 03, 2010 0 Comments
PENINGKATAN USIA

Alhamdulillah.. dengan keberkatan dariNya.. kami sekeluarga dapat melangkah ke tahun baru dengan penuh keceriaan dan limpah rahmat dariNya.

Ucap syukur yang tak pernah padam dari diri ummi.. lebih - lebih lagi melihatkan peningkatan usia anak - anak.. terasa sangat cepat masa berlalu.. dan, semakin lama, semakin bertambah usia kita..

Terasa insaf di dalam diri.. kerana sudah banyak masa yang kami tinggal kan.. dan, semakin jauh kenangan lama dari diri kami. Sudah banyak pengajaran yang dapat kami kutip dari ranjau yang kami lalui.. terlalu banyak onak dan duri yang perlu kami tempuhi.. pahit dan manis.. semoga itu akan membuatkan kami lebih menghargai akan kehidupan ini. Semoga dengan ini akan membuatkan kami lebih tabah dan lebih mensyukuri segala nikmat yang Allah berikan.. InsyaAllah..

Dan, sekarang.. adalah masa untuk untuk melihat anak - anak membesar..memberikan mereka pendidikan agama yang sebaiknya.. InsyaAllah kami akan galas amanah itu sebaik yang mungkin.

"Ya Allah permudahkan lah kami dalam mendidik mereka..
jika kami tersalah, tunjukkan lah kami jalan yang lurus Ya Allah..
jangan biarkan kami mendidik mereka dalam keadaan jahil Ya Allah..
bantulah kami..
kasihani lah kami..
Engkau tunjukkan lah juga hidayah kepada kami supaya kami akan sentiasa di bawah lindunganMu..
Jadikanlah anak anak kami sebagai pembantu kami ketika di akhirat kelak..
dan, masukkan kami di dalam golongan mereka yang beruntung..
Amin Ya Allah..
Amin Ya Rahman..
Amin Ya Rahim..
Amin Ya Rabbal Alamin.."

Doa ummi dan abah yang tak pernah putus semoga Allah mengurniakan kami anak - anak yang soleh dan solehah.. kami risau dengan keadaan dan suasana kehidupan sekarang yang menagih lebih banyak ilmu agama di dada bagi membolehkan mereka dapat mengharungi kehidupan ini dengan selamat..


"CCTV"

Teringat dengan apa yang di bincangkan dalam program Halaqah baru - baru ini tentang satu topik yang bertajuk 'CCTV'. CCTV yang dibincangkan ini adalah cctv yang secara terus dari Allah. Yang mana, Allah Maha Melihat akan kesemua perbuatan yang dilakukan oleh hambaNya sama ada baik ataupun buruk.

Allah telah menugaskan 2 orang Malaikat untuk mencatit segala perbuatan kita. Setiap perbuatan.. akan di catit sebagai bukti kepada kita semasa 'perbicaraan' di akhirat kelak. Ketika itu.. akan beruntunglah kepada mereka yang mendapat buku amalan mereka dengan tangan kanan..tatkala meniti ayat - ayat suci dari surah Al Waqiah ini, terasa kerdilnya diri yang serba hina ini.. dapatkah kita tergolong di kalangan mereka yang "Muqarrabiin" itu?..

Kesudahannya: Jika dia (yang mati itu) dari orang-orang "Muqarrabiin", (88) Maka (dia akan beroleh) rehat kesenangan dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan. (89) Dan jika dia dari puak kanan, (90) Maka (akan dikatakan kepadanya): Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan. (91)
Surah Al Waqiah : Ayat 88-91.


IBUBAPA PENCORAK ANAK - ANAK

Cuba mengingati apa yang di terangkan oleh Ust di dalam perbincangan itu. Antaranya, ialah.. kita; sebagai ibubapa adalah antara individu yang terpenting dalam memastikan anak - anak terasuh dengan didikan agama yang sempurna.

Di ketika anak - anak masih kecil.. kita masih boleh memarahi mereka jika mereka membuat silap. Dan, masih merotan mereka sekiranya ada kesalahan yang diperbuat. Kita masih boleh memantau setiap apa yang dilakukan oleh mereka kerana mereka masih berada bersama kita.

Keadaan ini amat berbeza apabila mereka telah meningkat dewasa.
Oleh itu anak - anak ini perlu di pasakkan di hati - hati mereka dengan iman kerana hanya dengan iman sahaja yang akan menjaga diri mereka tidak kira di mana mereka berada. Sekiranya iman yang menjadi pedoman mereka, InsyaAllah mereka tidak akan lupa akan CCTV Allah yang sentiasa ada berdampingan diri mereka.

Kami sentiasa mengharapkan semoga apa yang kami usahakan ini, akan menjadikan anak - anak kami seorang yang bertakwa dan patuh kepada arahanNya.. InsyaAllah. Kami akan cuba sedaya yang mungkin. Bertawakkal kepadanya.. dan, yang selebih nya.. terserah kepadaNya. Moga yang terbaik buat kami dan buat mereka. Amin..


MENDIDIK MUADZ

Berbanding along, tugas untuk mendidik maudz agak sukar. Dia banyak sangat ragam yang kekadang membuatkan kesabaran kami tercabar. Sesekali ada jugak perkara yang pelik yang dibuatkan, tetapi melucukan kami. Ini membuatkan perasaan nak marah pada mulanya,tetapi terbatal dek kerana rasa terhibur dengan apa yang dilakukan nya.

Selalu juga ummi sengaja bersembang, bercakap dan bertanya kan padanya tentang masa depannya. Sengaja bertanya sambil memberikan jawapan kepadanya supaya jawapan itu yang akan di jadikan matlamat nya suatu hari nanti..

"adik, ... bila adik besar, adik nak jadi apa ye?.."dengan nada memujuk, bertanya penuh pengharapan kepadanya..
"adik nak jadi hafiz kan?.. " mengharapkan jawapan inilah yang akan diberikan setiap kali soalan ini di ajukan kepadanya.

Pernah sekali soalan ini di tanyakan kepadanya.. dan jawapan yang diberi adalah "Muadz nak jadi ultraman.. " astaqhfirullahal azim.. terlalu banyak terpengaruh la ni.

Ummi perlu membetulkan keadaan. Dengan gaya memujuk, ummi menerangkan hakikat sebenar.. supaya dia faham dan tidak kecil hati dengan respon yang ummi berikan:
"adik.. adik mane boleh jadi ultraman. Kalau adik tengok kat sekeliling adik, ada tak adik jumpa ultraman?.. tak kan?. Ultraman hanya ada dalam tv je.. macam cerita - cerita kartun yang lain.. rekaan je semua tu.. adik jangan percaya sangat.. "

Alhamdulillah, sekarang dia dah makin faham dan InsyaAllah dia akan lebih memahami apabila dia meningkat semakin dewasa. InsyaAllah.



MUADZ MENJADI 'CIKGU'

Sama seperti along, banyak adab - adab yang ummi tekan kan kepada adik semenjak kecil. Supaya terbiasa dengan tabiat baik, dan akan merasa kekok apabila ingin perbuat benda yang tak elok. Walaupun tidak se sempurna orang lain, tetapi ummi sentiasa mengharapkan semoga usaha yang sedikit ummi ini akan di rahmatiNya.. InsyaAllah.

Antara ajaran biasa yang ummi selalu lakukan bersama - sama mereka, (terutamanya muadz) kerana banyak yang dia masih lupa :-
- membaca doa bersama mereka semasa dalam perjalanan ke sekolah
- memberikan salam buat ahli kubur serta membacakan doa semasa melalui kawasan perkuburan
- bertutur dengan bahasa yang lembut (muadz selalu kena marah oleh ummi kerana selalu lupa tentang ni.. )
- sembahyang berjamaah ( juga sangat2 sukar buat muadz kerana ada sahaja alasan dia.. )
- baca doa setiap kali nak makan ( alhamdulillah, setakat ini, walau mengantuk macam mane pun, dia akan tetap membacakan doa sebelum minum susu)
- dan antara lain, makan sambil tutup mulut..

Alhamdulillah,..
suatu hari semasa dalam perjalanan pulang dari taska, sedang along menyuapkan roti ke mulut adiknya yang kelaparan.. tak semena - mena muadz bersuara..

"ummi.. asyh (panggilan manja) ajar kawan asyh makan tutup mulut arini.."
sambil menunjukkan perlakuan nya makan sambil menutup mulut kepada ummi..

"oo ye ke?.. bagusnya anak ummi.. ha. macam tulah. Bagus. Ajarkan kawan benda yang baik.. ummi suka, dan Allah pun suka..nanti kalau asyh ajar kawan benda baik, Allah bagi pahala kat asyh.. "sambil memberikan senyuman kepada nya yang dapat ummi lihat dari cermin belakang.
dan, ummi dapat rasakan.. dirinya bangga dengan pujian yang telah ummi berikan. Dan, bersyukur kerana dia faham dengan apa yang di ajarkan kepadanya..

Begitulah anak - anak. Memerlukan sokongan dan dorongan dari ibubapa. Semoga kita akan sentiasa berusaha untuk memastikan diri kita adalah role model kepada anak - anak. InsyaAllah kita akan menjadi golongan yang beruntung.. Amin.

Tuesday, September 29, 2009

Bile la nak habis mood raya ni..

September 29, 2009 0 Comments
Alhamdulillah.. selepas seminggu kami bercuti, this week dah pun masuk office.. tahun ni, kliza bagi peluang pada ummi untuk cuti raya.. dah beberapa tahun ummi terpaksa di tahan cuti memandangkan tiada sesiapa di office. Dirisaukan ada tender yang masuk, so perlu adanya seseorang untuk memantau.. dan, kebiasaan nya.. ummi la that person.. hari raya ketiga biasanya, dah pun memandu kereta dengan hati sayu ke office.. dan, tercongok seorang diri menunggu sekiranya ada call atau ada fax yang masuk..

Alhamdulillah.. tahun ni, diberi kelonggaran oleh kliza, untuk imah pula mendapat cuti.. gembira dengan berita itu.. dan, sangat gembira juga kerana berjaya memujuk abang untuk bercuti panjang juga..

Tahun ni, turn beraya kat kemaman dulu.. so, tak pe la.. itu agreement yang telah termaktub semasa kami kawin lagi.. undang2 itu perlu di patuhi.. dan, ummi pun dengan rela dan pasrah.. menerima kenyataan ini.. pada tahun ni.. kami tak sempat pun untuk berbuka puasa kat kampung.. memandangkan abang sentiasa sibuk pada hujung minggu.. meeting.. dan, sempat juga kami beberapa kali join sama ke kl menemani abah..

Pada hari terakhir bekerja, rasa sebak.. berderai air mata kerana sedih mengenangkan adik ah dan kak telah pun balik ke kampung. Cuma, ummi tinggal kat sini.. lagi sedih bila kenangkan event yang mereka akan buat.. iaitu membakar lemang.. seronok nya rasa.. sayu sangat.. sebab tu, malam raya tu.. buat2 sibuk.. dan, tak nak fikir tentang kesedihan..

Apa yang ummi fikirkan, keseronokan nak beraya dengan anak2.. membuat persiapan raya dan majlis ulangtahun muadz nanti.. dan, seperti tahun2 sebelum ini.. kami ke rumah mok untuk menolong mok membungkus pulut tapir/tapai. Agak banyak jugak, kerana ramai yang menempah..

Nak tinggalkan mok membungkus sorang - sorang, kesian pulak.. so, kami la tercongok bersama - sama membungkus.. walaupun, di dalam hati nak berkejar ke Awana Kijal untuk membeli kek untuk majlis muadz nanti..

Jam 1130 tu, kami keluar jugak.. tapir/tapai tak siap di bungkus lagi..
Selepas kami balik, mok masih tak siap lagi.. dan, kami menyambung tugas... hampir pukul 1 baru kami balik ke rumah..

Dan, malam raya tu.. ummi tak nyenyak tidur.. teringat nak masak.. pukul 230 pagi, ummi terkejut.. dan, terus ummi bangun.. lepas tu, bermula la tugas ummi.. kemas umah sikit dan teruskan dengan memasak.. Alhamdulillah.. pagi tu, ummi tak kalut sangat.. kejutkan anak2 dan siapkan mereka..

Selepas sembahyang raya, kami sama bersalaman antara kami dan ummi juga dapat duit raya dari abah..


Adik...


















Along..

















dan turn ummi.. thanks abah.. moga kasih sayang kita akan berkekalan hingga ke syurga.. Amin..






Selepas tu, kami bersama - sama ke rumah mok. Selepas makan2.. ke rumah En johan, umah Kak Yah Hj Tahir, dan last sekali ke rumah kak Tie Iskandar.. pandai2.. pergi rumah orang kaya2 je ye.. :)



Lepas zohor, kami bersama - sama ke umah tok kat lamir.. ramai bangat kat sana.. dan, ini je sempat yang kami kumpulkan untuk di tangkap gambar.. yang lain semua dah balik..

Keesokan, pepagi lagi kami bertolak ke kampung.. hati riang.. dan, tak disangka.. kami sampai awal sangat.. 1030 pagi dah tercongok kat depan umah mek.. bestnya.. pulang ke kampung..

Selepas seminggu bercuti, hari ni dah masuk hari ketiga ummi ke office.. tapi, masih lagi dalam mood raya.. malas nye nak buat kerja.. kenangkan.. seronok nya raya.. tak puas pulak raya.. lebih dari budak pulak.. :)

Muadz Menyambut Hari Lahir nya Yang Ke 3

September 29, 2009 0 Comments
Sebelum ini, kami tak pernah sempat buat majlis sambutan hari lahir untuk muadz dek kerana tarikh lahirnya jatuh di bulan puasa. Kesian dia.. selama 2 tahun kebelakang, kami tak sambut birthdaynya..

Nasib dia baik tahun ni.. tarikh lahirnya jatuh sehari sebelum raya.. so, utk tak menghampakan nya, ummi dan abah plan untuk do something bagi menyambutnya.. walaupun tidak secara besar besaran.. at least ada kenangan untuk nya bila besar nanti..

Pada malam raya tu, kami round kat bandar untuk survey kek yang sesuai untuk muadz.. dalam fikiran kami, nak belikan kek Ben 10.. mesti seronok dia tengok tapi, hampanya kami kerana.. mostly kedai dah tutup. Mana2 kedai yang buka pun, tak menepati spesifikasi kami..

Pada malam tu jugak, kami berkejar ke Awana Kijal untuk mencari kek.. biasanya kalau kat Awana, kek yang dibuat oleh chef kat sana.. best2 jugak..

Selepas membungkus tapai kat umah mok, baru kami bertolak ke Kijal.. jam kat tangan dah pun menunjukkan pukul 11.30 malam.. ummi risau tak sempat je.. tapi, abang nekad.. kerana memandangkan itulah peluang terakhir kami untuk mendapatkan kek..

Sesampai je kat entrance Awana, parking je kat depan tu.. bergegas kami ke Bakery.. tengok2 semua dah gelap.. kaunter pun dah tutup.. cashier pun tengah angkat beg nak balik..

Abah.. kalau dah dia usaha nak kan sesuatu tu.. mesti tak puas hati kalau tak dapat.. di usahakan nya supaya dapat jugak. Mula - mula tu, cashier tu banyak jugak bagi alasan.. tapi, memandangkan bos nya ada kat tepi, di layan nya kami dengan sabar..

Last2.. dapat jugak kat abang. Cuma, kami tak dapat nak kek yang sebiji kerana semuanya dah habis. yang tinggal hanya yang slice2 je.. emm.. takpela.. asal rasanya sedap.

Abang siap minta suggestion form untuk bagi kredit pada 2 orang adik cashier yang sanggup layan kami, walaupun kaunter dah ditutup.. ucapan terima kasih yang tak terhingga kami kepada mereka atas keprihatinan mereka kepada kami.

Dan, akhirnya.. dapat la kami membuat sambutan hari lahir yang serba sederhana untuk anak kedua kami.. Ahmad Muadz Zikry yang sekarang sudahpun mencecah umur 3 tahun..
Alhamdulillah.. kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan berkat nikmat Nya, dapat kami merasa nikmat menjaga, menyayangi dan mendidik anak - anak..

Dan, kami juga bersyukur kerana rezeki anak - anak la juga, dapat kami hidup bahagia dengan penuh kesederhanaan ini.. Alhamdulillah..

Ini antara masakan ummi.. yang serba sederhana jugak.. hehe.. saje buat kenangan muadz bila besar nanti ye..
ummi memang tak pandai masak, tapi abah selalu puji sedap.. along pun.. :)









Bersekang mata jugak ummi malam raya tu.. kemas umah, kemas baju untuk balik kampung, iron baju dan malam tu memang tak tidur nyenyak.. pagi buta dah bangun untuk masak.. :)











Semua yang ummi buat ini.. istimewa untuk muadz.. moga muadz akan kenang apa yang ummi buat ni.. :)










Doa ummi yang tak pernah pudar, semoga muadz akan menjadi anak yang baik, cerdik, pandai dan soleh serta bertakwa kepada Nya.. Moga menjadi hafiz suatu hari nanti.. Amin..

Wednesday, July 29, 2009

"Adik kena rajin sembahyang.. Along takut masuk neraka.."

July 29, 2009 0 Comments
DVD "The Ants Bully" tu bukan nya baru dalam simpanan kami.. tetapi, mungkin sebelum ini, muadz masih belum betul2 mengerti isi kandungan cerita itu, membuatkan dia kurang mengambil perhatian kepada dvd tu..

Memandangkan sekarang dia dah makin pandai memasang cerita yang ingin di tonton nya dengan sendiri, menjadikan dia asyik menyelongkar dvd yang ingin di pasangnya setiap hari..


Sebelum ini, cerita ultraman lah yang menduduki carta teratas.. asyik2, cerita tu la yang di ulang ulangnya.. nexus la, ultraman max la, gayya la.. dan banyak lagi nama ultraman, yang kekadang ummi sendiri pun tak sempat nak menghafalnya..
sehinggakan, ummi ingatkan muadz tu saje2 sebut je nama ultraman TIGA.. rupanya memang betul terdapat ultraman dengan nama tu. Tu pun lepas browse dalam internet, youtube yang mengandungi cerita2 ultraman ni..
asal je abah atau ummi pasang laptop, mesti dia akan merenget nak di pasangkan cerita ultraman nya, siap di ajarnya kita cara membukanya, dengan meng'klik' pada lambang modzilla firefox yang terdapat di desktop tu..

Di sebabkan minatnya pada ultraman, menyebabkan ummi terpaksa beralah dengan muadz.. membelikan dvd ultraman untuk nya..
cuma, kekadang terdengar juga komen dari abah..
"ummi jangan leka kan sangat anak anak ni tengok cerita yang tak bermanfaat.. cuba alihkan juga perhatian mereka kepada cerita cerita yang berfaedah.. "

InsyaAllah.. ummi akan sentiasa ingat nasihat abah tu..

Cuma, dua tiga hari kebelakangan ini, cerita Ants Bully tu la yang menjadi favourite dia.. asal bangun dari tido ke, balik dari taska ke, cerita tu yang ingin di tontonnya. Sampaikan ummi nak tengok berita pun tak dapat dek kerana penangan cerita tu.

Ummi tidak melarang anak anak melihat cerita sebegini, kerana kekadang diorang menonton sambil belajar.. dan, biasanya filem yang di hasilkan oleh barat ini, ada jugak moral of the story..
mengkagumi juga hasil yang di keluarkan oleh negara mereka, kerana dari segi animasi, pengolahan cerita dan dalam masa yang sama, di selitkan moral untuk di adaptasi oleh penonton, terutamanya kanak - kanak.

Seperti juga cerita Cars, yang mengetengahkan tentang sikap sombong.. yang mana, jangan kita bersikap sombong dengan sesiapapun dalam sehari hari dalam kehidupan kita.
Begitu juga dengan Ants Bully ini, yang menyelitkan tentang pentingnya sikap prihatin kita dengan keadaan sekeliling.. jangan kita menindas orang lain yang lebih rendah daripada kita, lantaran kita terasa di tindas oleh orang lebih atas daripada kita.

Tidak dapat di sangkal, ummi juga terhibur melayani filem kanak kanak seperti ini..
dalam masa yang sama, anak anak dapat belajar tentang kehidupan semut, sikap mereka yang saling bantu membantu dan kerjasama yang di tonjolkan. Garapan sebegitu, membuatkan ummi sendiri teruja, kekadang sama tergelak menontonnya apabila bile tiba part2 yang lucu..

Buat diri ummi sendiri pun, cerita ini juga dapat memberikan sedikit gambaran betapa besarnya kuasa Yang Esa.. ( memandangkan kuasa Allah itu tidak terjangkau oleh fikiran manusia..)

Cuba membayangkan berada di tempat semut - semut itu,
(sepertimana kejadian yang berlaku kepada Lucas)..

betapa kecil nya dunia semut.. bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, memerlukan masa yang agak lama.
Bertapak dari koloni nya untuk mendapat kan makanan, pergerakan yang perlahan dan Amat terbatas..

Sedangkan, jika di lihat dari dalam cerita ini, jarak antara koloni semut itu dengan rumah Lucas itu, hanya terletak beberapa meter sahaja.. teramat dekat ( jika kita sebagai manusia.. )

Semasa kelas agama ahad lepas, Ustaz ada menyebut tentang Luas nya neraka..
Luas nya memang tak terjangkau oleh fikiran kita..
memang kita tak dapat membayangkan nya..

Email dari seorang sahabat : perkhabaran tentang Luas Nya Neraka..
------------------------------------------------------------
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam
keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh Nabi S.A.W.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya
dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui
bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah
itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya.'

Lalu Nabi S.A.W. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu
tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih,
kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam
nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka
sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana
panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu
digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana
panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai
yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair
sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat
tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat
panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air
panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu
dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap
pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg
lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'

Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah
diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang
namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa
tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati
belum sempat bertaubat.'

Maka Nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga
Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan
sesudah sadar Nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan
sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam
neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w.
masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian
kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah (dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg
Lalai').

----------------------------------------------------
Tatkala membaca baris baris email ini, membuatkan ummi terfikir dan berfikir.. di mana kah letak nya diri kita?.. 70,000 jauh perjalanan?.. teramat lama dan sepanjang mana kah waktu seperti itu?.. sedangkan umur manusia pun, kalau menjangkau 70 tahu itu pun, sudah cukup panjang rasanya.. ini kan pula 70,000 tahun?

Fikir lagi.. apa yang mustahil pada Allah?.. tidak ada..

jika kita bandingkan dengan semut tadi..
jarak perjalanan mereka, antara koloni dan rumah berhampiran pun, mengambil masa.. lantas, jika dibandingkan mereka ingin sampai ke malaysia la gamak nya.. berapa lama masa yang mereka akan ambil?.. dan, mungkin tak pernah terfikir pun di kotak fikiran mereka, yang bahawasanya terdapat nya kehidupan lain selain dari kawasan persekitaran mereka itu?..

Terasa, kita sebagai manusia ini, dah agak besar dan GAH berbanding dengan koloni semut yang terjengkek jengkek jalan nya itu.. sebab itu timbul nya perasaan riak, takabur, sombong dalam diri, dek kerana terasa diri kita besar dan lebih kuat dari orang lain..
Apatah lagi, kita berada di rumah yang sangat besar.. dan, di bumi yang lebih besar perbandingan nya dengan planet pluto, mercury, mars mahupun venus..

Lantas.. diri terasa HEBAT!...
MasyaAllah.. Ya Allah.. Ampunkan diri ku ini..
diri ini lupa sebenarnya.. bahawasnya.. ada lagi yang lebih besar dan lebih kuat dari kita??

Jika di renung kan gambar ini, terasa mengalir air mata.. SESUNGGUHnya.. kerdil nya diri ini...

Ini baru di bandingkan dengan kejadian Allah.. tidak lagi dengan Pencipta semua kejadian langit dan cakerawala ini lagi..
Membuatkan diri merasa insaf..

Ya Allah, ampunkan lah di atas segala kelalaian ku selama ini.. berilah masa dan ilmu supaya dapat ku didik anak2 ku menjadi seorang yang bertakwa dan beriman kepadaMu... perkenan kan lah doaku ini Ya Allah..

---------------------------------
Semasa selepas sembahyang maghrib malam tadi, ummi terasa sejuk perut apabila mendengarkan 'syarahan' alia kepada adiknya.. (memandangkan muadz agak liat untuk sembahyang..)

"Adik..adik kena rajin2 sembahyang.. orang sembahyang akan dapat masuk Syurga.. bila kita masuk Syurga.. semua yang adik nak, akan dapat.. tak kira la.. nak keta ke, rumah besar ke.. semua Allah beri..
tapi, adik kena rajin sembahyang la..
Along suka sembahyang, sebab along nak masuk Syurga.. along nak dapat pahala banyak..
Along tak mboh masuk neraka..
orang tak mboh sembahyang tu, sebab dia ikut syaitan la tu.. nanti kena bakar kat neraka..
Along tak mboh masuk neraka.. nanti sakit kena bakar dengan api neraka.."

dari kejauhan ummi mendengar.. rasa nak menitis air mata... Ya Allah.. moga Engkau limpah kan lah rahmat kepada keluarga kami.. dan, aku bersyukur dengan semua kurniaanMu kepada kami.. dan kekal kan lah kami dalam kebahagian ini.. Amin.. Amin Ya Rabbal Alamin...

Wallahua'lam..

Monday, July 13, 2009

Cippotaminggo

July 13, 2009 0 Comments
Sehari - hari, kita di sibukkan dengan bebenan kerja, rumahtangga dan pelbagai masalah dunia.. sehinggakan, kita dah tak sedar dengan berlalunya masa, maka usia kita semakin meningkat dan anak2 juga bertambah matang dan membesar..

Seperti ummi, selalu terlupa; Alia telah pun besar dan kekadang lebih banyak yang dia tahu berbanding ummi.. kerana di sebabkan sikap suka bertanya nya..
Kekadang ummi yang terpaksa melayan pertanyaan nya, kelu; berfikir; apakah yang perlu di perkatakan supaya setiap pertanyaan nya itu di jawab dengan penjelasan.. bukan nya membuatkan dia semakin tidak faham.. ada juga kekadang jawapan ummi yang lebih menjurus kepada 'melarikan diri'.. kerana tak pandai menghuraikan pertanyaan nya yang agak rumit.. :)
Biasanya.. abah lah tempat rujukan ummi .. "ok.. nanti kita tanya abah ye.." dan, pastinya soalan itu akan di simpan untuk di tanyakan kepada abah nya kelak.. begitu la alia.. dan, sekarang dah pun mencecah umur enam tahun.. terasa cepatnya masa berlalu..

Sebagai perkongsian dengan semua, ummi bawakan beberapa tips yang kami gunakan untuk mendidik anak - anak..

Seperti sesetengah sahabat yang tak bekerja, banyak masa yang dia dapat spend bersama anak2.. tapi, macam ummi dan ramai lagi sahabat yang bekerja, so tak banyak masa bersama anak2 ni, terutamanya masa untuk mendidik mereka.

Ini antara cara yang ummi guna semenjak alia kecil dan di praktikkan sehingga muadz sekarang.

1. Semasa mula naik kereta, otw nak pergi hantar mereka ke sekolah.. ajarkan dan bacakan doa bersama2 mereka.. doa penerang hati, alfatihah, dan ayat kursi. Kekadang, tak sempat habis pun ayat kursi, coz dah sampai ke sekolah..

2. Otw kami ke sekolah diorang tu, akan melalui kawasan perkuburan yang sangat panjang.. so, masa tu ummi ajarkan mereka memberikan salam kepada orang yang telah meninggal dan sedekah kan mereka alfatihah.. (alia start bertanya kan pasal hidup mati ni semenjak dia berumur 4-5 tahun lagi.. di mana kita hidup selepas mati, dosa pahala dan semua yang berkaitan dengan alam ghaib).. sekarang ni, muadz pun dah pandai bacakan doa ni semasa melalui perkuburan, Cuma dia tak tahu lagi kenapa perlu baca semua tu..
Alhamdulillah la.. coz kalau nak kire, beberapa kali jugak la kami melalui perkuburan ni, berulang alik .. so setiap kali melalui nya, alia akan berhenti bercakap dan akan terus membacakan doa ini.. Cuma, muadz yang selalu ngelak.. antara sebab ummi mintak dia baca kerana, untuk “disedekah kan pada arwah ayah ummi.. “.. so, dia selalu la baca supaya dia dapat sedekah kan kepada arwah atuk nya yang tak pernah dia dapat jumpa..

3. Setiap kali hantar mereka ke sekolah, peluk dan cium diorang.. cakap kan perkataan yang elok2 kepada mereka.. “along budak baik kan.. nanti belajar elok2.. dengar apa yang cikgu cakap yee.. dan ect2..” sama jugak la dengan muadz.. dan, dalam masa yang sama.. sapukan kepala mereka, dan sambil membaca doa ini.. (للهم فقهه فى الد ين و علمه التأويل.“Ya Allah berilah kefaqihan kepadanya dan berilah kealiman dalam ta’wil (tafsir alquran)”(HR. Bukhari dan Muslim : 2477).


4. Marahkan mereka kalau betul mereka silap, tapi cuba pujuk balik dan bagitau kenapa kita marah dengan tindakan mereka.. dan, yang kami sentiasa praktik kan adalah masing2 perlu mintak maaf jika buat silap.. tak kira la samada kami (parents) atau anak2 yang buat silap.. kalau along buat silap dengan ummi.. so, kejap lagi dia akan datang minta maaf la.. coz along dah faham yang dia buat silap.. (dia dah tahu bezakan yang dia buat silap atau tak).. so, masa tu la.. ummi akan accept maaf dia, dan pujuk dia.. ceritakan kenapa ummi marah padanya.. setakat ni, along boleh datang minta maaf dengan kami bila buat silap, Cuma muadz je yang terpaksa bagitau dlu utk pergi minta maaf, barula dia akan buat.. coz dia still tak faham lagi.. tapi, macam alia dlu pun, kami ajarkan semua ni masa dia start boleh cakap jugak..so, sekrang ni dia dah tahu.. jika buat silap, macamana dia tak puas hati pun, dia terpaksa datang minta maaf..

Itu adalah antara cara yang kami gunakan untuk mendidik anak2.. mungkin di luar sana; masih banyak lagi cara dan kaedah yang di gunakan oleh kawan2 supaya anak2 akan lebih pandai dan yang paling penting; menjadi Muslim Sejati.. InsyaAllah..

-----------------------------
"Ummi, kenapa pok tok suka sangat jilat jari".. tetiba je alia bertanya kan soalan itu kepada ummi sewaktu dalam perjalanan ke kelas tuition nye kelmarin..

"Jilat jari macamane?.." ummi terasa pelik dengan soalan dia yang sebegitu.. betul ke pok jilat jari? bile?..tak pernah perasan pun..

"Bile pok tok jilat jari?...oo masa pok tok makan nasik ke?".. ummi berkira2.. itu la soalan yang dia nak kan jawapan kot.. telahan ummi..

"tak.. kenapa pok tok selalu jilat jari masa pok tok nak baca surat khabar?.."

ummi rasa nak tergelak pun ada.. oo.. itu rupanya.. ummi sendiri pun, sebenarnya tak pernah perasan pun dengan kelakuan pok tok tu.. tapi, alia ni memang dia tak boleh orang gelak dengan pertanyaan nya.. sat lagi.. dia akan merajuk kerana kita tak memberikan sepenuh perhatian dengan apa yang dia nak tahu.. so, ummi pun explain la kat dia..

"oo.. tu sebab pok tok nak suruh senang nak belek surat khabar tu.. kan, kalau jari kita basah.. lagi mudah untuk kita belek paper tu.."

"jadi, kalau kita nak baca surat khabar, kena jilat jari dulu la baru boleh baca?.."
isy.. silap faham la pulak..

"bukan,.. maksud ummi.. kalau kita jilat jari, maka jari kita akan jadi basah.. dan lebih senang kertas tu kita nak selak ke muka surat ke seterusnya.. "

"oo.. macam tu.." jawabnya..
ahh lega.. coz nampak macam dia faham dengan apa yang ummi terangkan..

"ummi.. kalau along nak buka plastik biskut ni, nak kena jilat jari jugak ke, baru kita senang nak buka?.."
alia.. alia..
macam tu karenah anak2.. ada saje pertanyaan nya selagi dia tak puas hati dan tak betul faham dengan pertanyaan nya.. sebab itu penting bagi kita; ibubapa; menjawab pertanyaan mereka dengan sebaik mungkin supaya mereka akan dapat ilmu dari kita.. bukan nya jawapan yang salah yang mereka tahu.. kerana ianya akan melekat di fikiran mereka sehingga la mereka besar..

Satu lagi peristiwa yang ummi terasa lucu apabila mengingatinya..
Semasa kami dalam perjalanan pulang dari kuantan minggu lepas, ada sebuah lori yang membawa muatan kayu2 kecik yang mungkin untuk di buat chipboard..

Disebabkan muatan nya itu agak melimpah; dan di khuatiri terjatuh dan terkena kereta kami; maka ada terdengar rungutan dari abah..
"isy.. lori ni.. bahaya sungguh.. takde safety langsung.. "
"kayu2 tu diorang nak bawa mane ye?.." saje ummi mencelah; saje ingin tahu..
"ni kayu2 yang diorang nak buat chipboard kat micco la ni.."
tetiba je.. along mencelah..
"ahhh?? apa abah?? cippotaminggo??"
lepas je dengar pertanyaan along tu..tergelak kami..kesian dia.. silap dengar..
tula.. nak sangat bertanya; tapi tak dengar bebaik apa yang orang cakap.. kang dah lain bunyinya.. :D
Buat along yang ummi kasihi..semoga along akan menjadi anak yang solehah dan sentiasa bertakwa kepadaNya Yang Esa.. Amin..
Semoga Allah sentiasa merahmatimu..