Follow Us @soratemplates

Wednesday, July 6, 2011

Jom makan di Papardelle..

July 06, 2011 2 Comments
Emm.. bestnye ais kacang papardelle.. RM8 satu mangkuk..

Hehe.. jangan salah sangka, kata ummi makan ais kacang time berpantang pulak.. ni saje je nak ngimbau kenangan time kami sekeluarga gi makan kat Papardelle sempena hari ibu yang lepas..

Biasala.. time berpantang ni, macam - macam makanan yang takleh nak makan, teringin nak makan.. takpe, tahan.. sabar.. tak lama dah.. :D

Tapi, abang dah siap sound awal - awal lagi.. ais hanya boleh di minum selepas 100 hari!!.. huhu.. melepas lah nampaknye.. nak - nak time bulan puasa ni.. :(

Takpela, takleh nak makan, kita enjoy this picture je la.. 

Makanan yang paling ummi gemar kat sini adalah pizza..
Selain tu, banyak lagi makanan lain yang best - best..
Abang Muadz yang membacakan doa sebelum makan,.

Kami suka makan kat sini, bukan sahaja kerana makanannya yang best, tetapi tertarik juga dengan diorang punye presentation dan decoration.. ala - ala hotel gitu..


Sham dan family nye pun ada..
hadif dan bb sara..

Biasanya, kalau ada event yang special, sinilah tempat pilihan kami.. so, saje nak tolong promote bagi pihak diorang.. kalau sesape yang datang kemaman, sila- sila la ke restoren ni.. mesti berbaloi.. :D

ummi : tak sabar nak gi makan kat papardelle.. abang, takleh makan ais pun takpe, pizza boleh kan kan?? hehe..

Sunday, July 3, 2011

Thursday, June 23, 2011

Welcome home, bb Maher.. :)

June 23, 2011 2 Comments
Catatan bertarikh 1hb Jun 2011

Selepas 3 malam terpaksa bermalam di KMC, maka harini kami sudah dapat balik umah.. yey!.. kali ni, kami akan balik bersama si kecil ni.. :)
 


situasi nya sudah berbeza bb..
sebelum ni, bb berada di 'dalam'.. tapi, sekarang sudah berada di 'luar' tau.. :)

 
Setelah di periksa oleh Dr Yeoh (pakar kanak - kanak), kami di maklumkan bb sihat dan sudah boleh di bawa pulang dan di minta untuk kembali sebulan selepas ini untuk pemeriksaan selanjutnya.

Menunggu urusan bil bagi kesemua kos perubatan, mengambil masa yang agak lama. Sekira - kiranya, waktu tengahari juga untuk selesaikan semua proses. Sempat juga ummi di hidangkan dengan makanan untuk orang bersalin ni..

emm.. perut tengah lapar, sedap jugak la makanan ni.. berselera je makan.. nyum2.
 .

nampak cam best je..
ikan tenggiri panggang, nasi putih, sayur, lada hitam, epal dan air
inilah menu yang akan ummi hadap untuk 60hari seterusnya..
makan lah sementara berselera kan.. hihi..


Setelah siap semua urusan bil - bil, abah kembali ke wad untuk solat sebelum kami bertolak pulang. Kali ni, kos perubatan agak tinggi berbanding abang Muadz dulu. Mencecah 4k jugak la.. Berbeza dengan yang sebelumnya. Ini kerana ubat induce yang terpaksa ummi ambil sebanyak 2 kali, dan juga procedure lain yang perlu di lakukan oleh Dr, serta bayaran untuk bilik yang kami inap sepanjang berada di sana. Semua itu melibatkan kos. Nasib baik semuanya di tanggung oleh syarikat abah, kalau tak banyak jugak yang perlu kami belanjakan..Syukur. Terima kasih di atas kemudahan yang diberikan. :) terima kasih daun keladi.. hee :D

Sebelum pulang, sempat kami tangkap gambar bersama seorang yang banyak berjasa kepada kami.. :)
Setelah di edit, maka terhasil lah gambar ini.. :D



Dr Suriati, jasamu sentiasa kami kenang..
Semoga hidup Dr Su akan sentiasa di berkati dan di rahmatiNya. Ameen


Ok bb.. sekarang masa untuk kita pulang..
Abang Muadz dan Along sudah tak sabar menunggu bb balik.
Welcome home, bb Maher!!.. :)

Tuesday, June 21, 2011

Ahmad Maher Zafry.. kelahiranmu kami syukuri..

June 21, 2011 4 Comments
Mencuri waktu berpantang jap

Alhamdulillah, harini dah pun masuk hari yang ke 21 ummi berpantang dan sama jugak la sudah umur bb Maher.. Syukur ke hadratNya di atas kesihatan yang diberikan Nya..

Sengaja mengambil masa berpantang sekejap untuk update blog semasa kenangan itu masih segar lagi dalam ingatan.. yela, bila dah lama tinggal.. akan makin berkarat ingatan dan sudah lupa apa yang nak di kenang.. :)

Kali ni, ummi ingin bercerita tentang detik kelahiran baby Maher, yang pada ummi.. adalah proses kelahiran paling senang berbanding 2 orang anak yang terdahulu, iaitu Along dan abang Muadz.. Syukur, berkat doa  Abang, mek, mak, pak dan semua yang sudi mendoakan ummi.. Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa semua, dan ummi sentiasa mengharapkan semoga kalian juga akan sentiasa di berkati Nya.. Ameen..


Imbas kembali..
Segalanya bermula di sini...


Ummi masih ingat lagi, petang Ahad tu ummi sibuk dok ber message dengan sahabat baik ummi kat usm dulu iaitu Siti Sarah. Memang dah lama kami tak jumpa.. contact pun sesekali je, sebab masing - masing sibuk. Tetiba je petang tu dia message ummi. Rindu la tu.. hehe.. biasala, dah lama sangat tak jumpa, sesekali teringat jugak. Dia bagitau yang dia termimpi jumpa ummi..tu yang dia sms pada ummi, sambil bertanyakan keadaan ummi yang sedang sarat sekarang.. seronok sangat dok berbalas message dengan dia, sehinggalah tiba waktu maghrib.

Masa nak ke bilik air untuk mengambil air sembahyang tulah, ummi perasan seaakan ada tanda - tanda seperti ummi mengalami ketuban air. Sebenarnya ummi tak biasa dengan tanda seperti ni, kerana bersalin 2 kali sebelum ini, kedua - duanya mentuban darah.

Walaupun agak cemas dengan keadaan ummi yang pertama kali mengalami pengalaman sebegini, namun cuba untuk tidak terlalu panik dengan apa yang di hadapi... (tu pun sebab tak sakit.. :D) Jadi, lepas ambil air sembahyang tu, barulah ummi call abah dan bagitau apa yang ummi alami. Abah yang dalam perjalanan dari pejabat, meminta ummi untuk solat dan terus berkemas selepas solat. Dia akan membawa ummi ke Kuantan Medical Centre (KMC) pada malam tu jugak. Along dan Abang Muadz, akan kami tinggalkan di rumah Mak Tok.


Kandungan berusia 38 Minggu

Masuk minggu ini, kandungan ummi baru sahaja mencecah 38 minggu. Sedari kandungan sudahpun matang,  tu yang menyebabkan kami bergegas juga ke KMC walaupun ummi masih belum sakit dan alami apa - apa kontraksi.

Jadi, perjalanan kami ke Kuantan pada malam itu agak santai dan tidak terlalu terdesak walaupun ianya mengambil masa sejam untuk sampai sana. Kalau ikutkan abah, nak je dia pecut untuk sampai ke sana. Takut tak sempat, katanya.. :) hehe.. lucu juga, sebab dia siap berkira - kira, jalan mana yang patut kami ambil untuk lebih cepat sampai sana.. sedangkan dalam masa yang sama, ummi ni takde lah sakit mana pun .. kekadang rasa malu pada diri sendiri.. yelah, bayangkan kita tak sakit, tapi orang layan seaakan kita ni sakit sangat.. hee.. tu menunjukkan keprihatinan abah pada ummi.. ummi akan tetap hargai nya.. :)



Hari Pertama, bermalam di wad


Sampai ke Kmc, kami terus di bawa ke bilik untuk pemeriksaan yang lebih lanjut. Kat sini, sekali lagi kami berjumpa dengan orang yang sama sewaktu proses kelahiran Abang Muadz, 5 tahun yang lalu iaitu Sister Lecthumi.. banyak jasanya sepanjang bekerja di kmc.. :)
Dia yang membuat pemeriksaan melalui sensor elektronik kepada ummi samada ummi sudah ada tanda contraction atau pun tak.

Selepas 20 minit berlalu, nampak nya memang ummi masih tidak mengalami kontraksi. Namun, atas nasihat doktor, kami perlu juga bermalam di wad pada malam itu kerana memandangkan ummi sudah keluar tanda.

Menurut kata Dr Su, sekiranya tanda itu adalah darah ataupun lendir, maka dia berani melepaskan ummi pulang pada malam tu. Namun, di sebabkan ianya adalah tanda ketuban air, maka dia risau akan ada jangkitan kuman pada bayi sekiranya ianya di tangguhkan.

Oleh itu, sekiranya ummi tidak juga merasa sakit pada esok hari, maka besar kemungkinan ummi akan di induce. Pada malam itu, terpaksa lah kami bermalam di wad.. dan, malam pertama berada di kmc ini jugala ummi tak dapat nak lelap. Bukan kerana sakit, tetapi risau dok fikir, bila la rasa sakit tu akan tiba, dan sebenarnya... dah lupa bagaimana rasa sakit nak bersalin.. hehe..



Hari ke-2, masih tidak sakit

Ini lah masalah yang ummi hadapi, iaitu tidak merasa sakit langsung. Apabila Dr Su datang, dia menasihatkan ummi untuk mengambil ubat induce supaya akan ada contraction. Ummi pun, setuju dengan keputusan tu memandangkan agak jemu juga menunggu sesuatu yang tidak pasti.. :D


Ummi yang masih dapat bersantai di bilik 221.. :)
Walaupun agak sempit, tetapi lengkap dengan astro..
(tp xberminat pun nak tengok..)

Siap dapat merakamkan keadaan sewaktu awal pagi di hadapan kmc, yang masih lengang..


Parking lot pun masih kosong..
burung - burung mencari rezeki di pagi hari

Dari jauh nampak tersergam 2 menara Hotel Zenith..
dan langit yang membiru ..


Keadaan ummi yang masih sama, tidak sakit..
walaupun tengahari menjengah.

Hidangan untuk 'orang sakit' yang tidak sakit..

Hidangan malam pula datang, tapi ummi masih dalam keadaan yang sama..


Induce ke-2 pada malam kedua

Di sebabkan ummi masih tidak sakit selepas di berikan suntikan induce yang pertama, maka pada malam kedua tu, ummi di berikan sekali lagi induce. Telefon ummi, mahupun abah sibuk dok berdering datang dari keluarga yang bertanya kan keadaan ummi yang masih tidak bersalin.

Sebelum ini, risau takut sakit.. tapi, kali ini.. sampai ummi terlintas di hati, Ya Allah, berilah aku rasa sakit supaya dapat mempercepatkan proses kelahiran.. sampai gitu sekali, kerana rasa jemu dah menunggu.

Untuk suntikan kedua ni, ummi sudah ada sedikit kontraksi. Tetapi, mengikut bacaan sensor elektronik, tahap yang paling tinggi pun, bacaan nya hanyalah mencecah 41. Malam ini, ummi tidak dapat lena juga kerana masih berdebar - debar bagaimana rasa sakit yang amat, kerana sakit kali ini masih boleh dikatakan hanyalah sakit main - main.. InsyaAllah masih boleh bertahan..


Hari ke-3, detik kelahiran bb Maher

Hari ini, adalah hari yang di tunggu - tunggu.. :)
Tepat jam 10.30 pagi, Dr Su datang ke bilik, dan bertanya kan keadaan ummi.. selepas melihat kepada carta bacaan sensor elektronik tu, dia menyatakan yang ummi sudah ada tanda kontraksi, namun tak tinggi. Jadi, dia menyuruh ummi terus ke bilik bersalin dan drip hormon akan di berikan kepada ummi supaya kontraksi akan menjadi lebih cepat dan efektif.

Semasa dalam bilik bersalin tu, abah baru teringat yang kami masih takde air zam - zam dan buah kurma untuk di berikan kepada bayi kami yang akan lahir nanti. Memandangkan keadaan ummi yang masih stabil, abah meminta kebenaran ummi untuk keluar mencari nya di kedai berhampiran.

Pada masa tu, ummi masih dapat bertahan.. jadi ummi benarkan lah abah keluar untuk sementara waktu, namun tetap harapkan abah akan segera kembali...  ( risau juga kalau takde supporter ni.. )
di bilik bersalin ni pun ada juga astro, tetapi ummi memilih untuk bertemankan alunan bacaan Al - Quran daripada Syed Al Ghamidi yang di pasang dari handphone ummi. Dari mula -mula masuk wad, ummi memasangnya tanpa henti.. mengharapkan ianya akan lebih menenangkan situasi ummi ketika itu..

Lebih kurang jam 12.45 tengahari, Dr Su datang sekali lagi dan meminta izin untuk memecahkan mentuban bagi mempercepatkan proses kelahiran. Mujurlah abah sudah kembali semasa Dr Su membuat keputusan tu.

Sepanjang 3 jam selepas itu, sempat juga abah membaca Surah - surah penting sebagai doa pemudah cara untuk ummi bersalin sambil menggosok belakang ummi yang sakit.. ( kali ini, memang betul - betul sakit.. takde main - main dah.. ) hehe.. dan, sakit inilah yang ummi anggapkan sebagai penghapus dosa - dosa ummi selama ini.. moga di perkenankan.. Ameen..
( namun, risau juga.. adakah Allah memendekkan masa sakit, maka kafarah dosa kita juga akan semakin sikit? ) Moga - moga tidak.. InsyaAllah..

Moga moga juga, keadaan ummi yang tidak perlu menunggu masa yang lama untuk proses kelahiran adalah kerana berkat doa semua.. InsyaAllah..

Dan, tepat jam 2.52, maka kedengaran lah suara budak ini di muka bumi Allah ini.. dan, lafaz syukur yang tidak terhingga sejurus mendengar tangisan itu.. Syukur Ya Allah.. Alhamdulillah.. semuanya selamat..
Abah mengucapkan ucapan syahadah ke telinganya sebaik sahaja di letakkan ke atas dada ummi, dan selepas itu di bawa oleh nurse untuk di bersihkan.

Keadaan bb semasa di bersihkan oleh nurse.. mengangis kuat time ni.. :)
di bersihkan oleh nurse
Selepas di azankan oleh abah, dan di bawa ke bilik ummi.. :)

Muka bengkak lagi time ni


Tahniah !

Tarikh lahir : 31 Mei 2011
Masa : 2.52 ptg
Panjang : 52 cm
Berat : 3.52 kg
Ukur lilit kepala : 35 cm
* angka yang sinonim.. 52 :)

Abang Muadz yang excited untuk berjumpa dengan adiknya.. :)

Tengoklah abang Muadz.. dia yang sibuk nak tidur atas katil dengan ummi :)

Adik atas katil sendiri, abang muadz yang stay dengan ummi..


Along.. suke sangat dia dapat adik baru.. :)

Bergambar bersama mok dek..

Syukur.. Thank you Allah..

Itulah sedikit sebanyak rakaman kenangan ummi bersalin anak yang ketiga ini.. :) syukur yang tidak terhingga kerana beberapa perkara Allah tolong di saat akhir ummi dalam proses bersalin..
Antaranya :

> Nurse datang tepat pada waktunya ke bilik ummi kerana mereka juga tidak menyangka ummi akan bersalin awal ( pada waktu itu, mereka sibuk juga menyiapkan sorang lagi pesakit)

> Nurse telah menekan butang kecemasan untuk perhatian Dr Su, tetapi Dr telah pun keluar dari biliknya untuk ke OT

> Dr Su nyaris - nyaris masuk ke OT kerana ada satu operation yang perlu di lakukannya kerana pada jangkaan nya, ummi akan bersalin paling cepat pun, jam 5 petang.. Syukur sangat.. itu pun, dia hanya melalui kawasan itu untuk ke OT, dan mendengar Nurse memanggil namanya, lalu dia bergegas ke bilik ummi...

Bila kenangkan, inilah yang di katakan Allah permudahkan segala urusan buat ummi.. Syukur Syukur sangat.. mujurla.. Allah Maha Mendengar.. Thank you Allah..


Thank you to All..
Selain ucap Syukur kepadaNya Yang Esa, ingin sekali ummi rakamkan kenangan terima kasih ummi kepada semua yang telah mendoakan ummi sepanjang proses kelahiran bb Maher kali ini..

Pertama sekali, buat Suami tercinta fillah, iaitu Sukiman Jinazan yang sememangnya telah banyak berkorban untuk isterinya ini. Terima kasih yg tidak terhingga kerana abang telah banyak berkorban untuk imah.. menjadi pendokong dan tulang belakang utama semenjak dari proses kelahiran sehinggalah ke tahap sekarang dan akan datang..doa ummi, semoga abang akan di limpahkan rahmat dan di balasi dengan pahala yang berganda dariNya Yang Esa..Ameen. Terima kasih Abang.


Yang keduanya, kepada ibu ummi sendiri, yang melalukan solat hajat beberapa kali selepas mengetahui ummi di masukkan ke wad, begitu juga dengan ibu dan bapa mertua ummi yang juga tidak lekang mendoakan dan bersolat hajat untuk menantu nya ini.. segala jasa kalian juga, hanya Allah yang dapat membalasnya.. InsyaAllah..

Tidak lupa juga kepada keluarga dan teman - teman yang turut mendoakan ummi. Allah itu Maha Mengetahui.. InsyaAllah doa kalian, akan memberkati kalian juga suatu hari nanti.. InsyaAllah.. :)


Tips untuk melegakan kesakitan

Di sini, ingin ummi kongsi kan beberapa tips yang ummi lakukan sepanjang proses kelahiran agar mengurangkan kesakitan. Ummi tahu, masih ramai yang lebih tahu dan arif berbanding ummi, tetapi.. tidak salah untuk berkongsi kan? :)

1. Perlu taqarrub dengan Allah.. kita sendiri juga perlu lakukan solat hajat dan bermohon kepadaNya agar di permudahkan segala urusan buat kita. Allah sahaja yang dapat membantu kita... perlu yakin dengan Allah.

2. Mohon maaf dengan semua, terutamanya suami dan ibubapa serta mertua. InsyaAllah Allah akan permudahkan juga untuk kita sekiranya kita bermaafan.

3. Baca surah - surah penting untuk permudahkan kelahiran. Antaranya Surah Mariam dan baca juga doa - doa yang pendek sekiranya kita sudah tidak dapat membaca Quran

4. Set kan di minda dan fikiran kita, yang kita akan dapat melihat anak yang kita kandungkan selama ini. dan, ianya adalah suatu perasaan yang sangat mengembirakan kita. Jangan fikirkan tentang sakit. InsyaAllah ianya dapat kurangkan stress semasa sakit.

5. Jangan SESEKALI menjerit atau mengeluh kesakitan semasa kontraksi, sebaliknya bacalah selawat atau istighfar, dan ingatkan yang itulah antara penghapus dosa kita.. InsyaAllah Allah membantu kita.

Itu sahaja kot yang dapat ummi kongsi. Mungkin ada, tetapi di keterbatasan masa ni, InsyaAllah ini adalah yang terbaik. InsyaAllah..


Akhir kata, semoga segala kenangan ini akan sentiasa terpahat di ingatan.. InsyaAllah.. dan moga bb Maher akan membesar menjadi seorang insan yang berjaya dalam hidup, beriman, soleh dan menjadi pejuang Agama Allah .. InsyaAllah..

Friday, June 17, 2011

Sewaktu dalam kandungan ummi..

June 17, 2011 0 Comments
Alhamdulillah. Buat masa sekarang, kesihatan ummi dah pun bertambah baik. Namun, sekarang masih dalam tempoh berpantang. Sama seperti abang Muadz yang jemu menunggu bila lah ummi nya cepat sembuh (kerana nak ngajak pergi jalan - jalan katanya.. :)).. begitu juga la ummi nye.. :)

Setelah sekian lama tidak menjamah laptop kesayangan ni, so harini rasa gatal tangan nak update blog..

Ini adalah antara gambar yang sempat ummi capture daripada video yang Dr Suriati berikan kepada kami sebelum tempoh kandungan ummi matang. Sengaja menunggu bb keluar dulu, baru nak update.. saje nak pastikan semua nya selamat, baru boleh masukkan dalam blog. Simpan sebagai kenangan.. :)

Sewaktu bb Maher berusia 28 minggu di dalam kandungan. 

Kaki bb.. 

Kandungan sihat

Relaks je dok dalam perut ummi kan .. :)

Ini adalah gambar sewaktu bb berusia 32 minggu di dalam kandungan.
Waktu ni, bb dah seberat 3.3kg mengikut jangkaan. Berat yang merisau kan ummi juga kerana takut berat bb akan meningkat secara mendadak. Syukur, mujur lah semasa lahir tu, tidak lah seberat abang dan kakak nya.. :)


Sunday, May 8, 2011

Ummi dapat kad ada 'mulut' :)

May 08, 2011 3 Comments

Sempena hari ibu ni, ummi dapat kad yang special dari anak - anak.. :) siap ada mulut lagi.. comel sangat.. kreatif sungguh anak ummi ni..

Kad dari Along

Bahagian depan
Bahagian tengah. Tu dia, siap ada mulut.. comel je mulut ummi tu.. hihi..
Siap ada dialog lagi tu..
Ummi " Along!."
Along "Ya Ummi!.."

Ucapan along untuk ummi ( biasala alia ni jiwang sikit.. :))

"Along saayaang Ummi, sebab UMMI baik dan comel. Terima Kasih
kerana menjaga Along dari kecil. Apa sahaja yang Along mahu Ummi bagi.
Terima Kasih UMMI.
Selamat Hari Ibu UMMI."


Kad dari Abang Muadz

emm.. ini kad dari abang muadz.. (sebenarnya along juga tukang buat nye.. dia ambik nama
je.. :))

Nak yang ada mulut jugak.. :D
Ucapan dari abang (tak tahula, skrip along ke dia ni.. tp mcm lebih kurang
macam yang along je.. )
"Abang saayaang UMMI.
UMMI sangat comel.
dan Ummi baik"
Ini lah kad yang paling istimewa ummi terima setakat ni.. :)
Hasil kreativiti anak - anak..
Alhamdulillah Ya Allah,
kurniakan ku anak - anak yang sejuk mata memandang dan
patuh kepada agamaMu..
Doaku, semoga mereka membesar menjadi seorang
yang sentiasa taat dan bertakwa kepadaMu, serta menjadi pejuang agamaMu..
Jauhilah mereka dari mala petaka dan fitnah dunia akhir zaman..
Lindungilah mereka dari bala bencana..
Masukkan lah mereka di kalangan orang - orang yang beriman..
Ameen Ya Allah,
Ameen Ya Rahman..
Ameen.. Ya Rahimm..

Wednesday, March 30, 2011

Ummi jaga elok - elok ye ummi..

March 30, 2011 0 Comments
Masa nak keluar rumah pagi tadi, ummi ternampak ada something yang muadz sempat ambil dari bakul mainan nya. Ummi tak perasan sangat apa yang dia ambil, tapi ummi pasti yang ianya adalah mainan..

Belum sempat dia menyembunyikan mainan nya tu ke dalam beg sekolahnya, ummi terlebih dahulu menegurnya..

"Abang, tak yah lah bawa mainan gi sekolah.. nanti cikgu marah.. abang kan dah janji dengan abah, nak belajar elok - elok..tak mboh (tak nak) main - main dah kat sekolah.." pesan ummi.

"Bukan abang nak bawa gi sekolah la ummi.. abang nak bawa naik keta je..abang nak main dalam keta je ni.." jawabnya, dengan nada terkilan kerana hajatnya tak kesampaian.

Ummi tahu, jika tidak ditegur perbuatan nya tadi, pasti mainan tu dah sampai ke sekolah la harini..

Namun, ummi perasan.. nampak kekecewaan di mukanya.. mungkin sebab taktiknya sempat di kesan ummi.. dan, usahanya kali ini tidak berjaya..
Oleh kerana helah dia tak berapa menjadi kali ni.. dia mencari helah lain.. yelah, kononnya dia amat concern dengan mainan nya itu, siap pesan lagi kat ummi..

"ummi, kalu (kalau) abang tinggal power rangers ni dalam keta ummi, abang takut ada orang ambik pulok..nanti ummi kunci pintu keta ye bile ummi nak gi kerja?.."
"okey.. " jawab ummi ringkas, sebelum menaiki kereta..

Perjalanan ke sekolah Muadz hanya mengambil masa lebih kurang 3 - 5 minit, tetapi ummi tetap menekankan supaya dia sentiasa membaca doa  dan surah2 lazim yang dia dah hafal semasa di dalam kereta.. Alhamdulillah, setakat ini.. dia akan terus membacanya selepas menaiki kereta.. tapi, kekadang perlu di peringatkan juga.. :) biasanya gitu lah.. anak - anak..

Hari ni, sambil baca doa.. sambil dia main dengan power rangers nya.. mengotakan janjinya. Mainan itu hanya untuk di mainkan di dalam kereta sahaja, bukan untuk di bawa ke sekolah. :)

Selepas bersalam dengan ummi, dan sewaktu ingin turun dari kereta, ada satu lagi pesanannya kepada ummi, yang membuatkan ummi nak tergelak.. namun, tahann jee.. yelah, tak nak juga menggores perasaannya..

"Ummi jaga baik - baik power ranger muadz ni.. jangan bagi orang ambik.. ummi kunci ye keta ummi.. ingat tu.." pesan dia pada ummi, macam penting sesangat mainan dia tu..
"iye!.. " jawab ummi ringkas..
"ummi janji ye ummi.." pesannya lagi sambil memeluk ummi, sebelum turun dari kereta..
"Okey.. ummi janji.. :)"

Tersenyum sendiri ummi ingatkan gelagat dia sorang ni..
hehe.. macam - macam la muadz ni.. :)

Nur Kasih kami.. :)

March 30, 2011 0 Comments
Membelek - belek gambar lama. Terjumpa gambar dua beradik ni.. :)
Sengaja nak masukkan sebagai posting, sekadar untuk kenangan mereka di masa - masa yang akan datang.. Bila diorang dah besar, bolehlah mereka lihat kembali kenangan mereka sewaktu menggayakan busana muslim/muslimah dengan tema Nur Kasih..


Sebenarnya event ni berlangsung semasa Family day Petlin yang di adakan di Gambang Resort, Kuantan pada tahun 2009. Masa tu, ummi dan abah agak kalut kerana kebetulan juga pada masa yang sama, nama kami tersenarai sebagai antara jemaah yang dapat pergi mengerjakan haji.

Pada malam acara ni, abah tak dapat hadir kerana terpaksa membuat beberapa persiapan untuk ke Kursus Haji yang akan berlangsung pada keesokan harinya.

Memandangkan persiapan untuk anak - anak memasuki pertandingan ini telahpun di sediakan semenjak awal, dan anak - anak juga sudah seronok sangat nak menggayakan pakaian masing - masing, maka pada malam tu terpaksalah ummi tinggal bersama dengan anak - anak untuk acara tu, dan melayan anak - anak seorang diri... :(

Idea untuk menggayakan pakaian dengan tema Nur Kasih timbul kerana memandangkan pada masa tu, citer Nur Kasih tengah hangat di tayangkan di TV3. Jadi, ummi mengambil kesempatan itu bagi membolehkan along naik bersama adik nya ke atas pentas, supaya tidak lah mereka gementar sorang - sorang di atas pentas nanti..

Sebenarnya sejak awal lagi, Ummi dan anak - anak juga telah berpakat untuk membuat surprise ini kepada abah, dan rahsiakan segala idea kami ini, sehinggalah abah melihatnya sendiri pada malam acara tu..
akan tetapi, surprise kami tidak menjadi kerana abah tidak dapat hadir pada malam tu.. sedey.. :(
dan, abah juga tidak dapat bersama kami menerima hadiah - hadiah yang berjaya kami sekeluarga perolehi bagi acara - acara yang kami sertai pada sebelah petangnya..

apapun, ummi sangat seronok melihat anak - anak yang gembira dengan apa yang mereka perolehi.. dan, along lah orang yang paling penat pada malam tu, kerana terpaksa berulang alik ke pentas bagi mewakili abah untuk mengambil hadiah.. :)
( kebetulan banyak pula acara yang kami sertai tu, menang dan layak utk mendapat hadiah.. so, malam tu ummi dan anak - anak kepenatan membawa hadiah - hadiah balik ke bilik..banyak gitu.. )

 Along mendapat tempat pertama dalam pertandingan ini.. Alhamdulillah.. suka sangat dia dapat hadiah..
Along yang memegang watak NUR dan Abang Muadz yang suam - suam kuku menjadi ADAM.. :)

 Abang Muadz yang tetap gembira walaupun tidak menang.

Acara yang sempat kami join di sebelah petang. 

Acara Family. Dapat tempat pertama. :)

Alhamdulillah dan syukur di atas segala kurniaNya..  hakikatnya, bukan hadiah yang kami kejarkan, tetapi kegembiraan yang dapat di kecapi oleh anak - anak bagi mengisi diari kehidupan mereka bersama kami.. semoga ianya akan tetap terpahat di ingatan mereka, dan doa yang tidak pernah pudar buat mereka, semoga Nur Kasih kami ini akan sentiasa mendapat limpah rahmat dariNya Yang Esa dan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.. Ameen..